Memaparkan catatan dengan label Busan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Busan. Papar semua catatan

Isnin, 19 Januari 2015

Baca ni Korang Pasti akan ke Busan! | Throw Back

"Alhamdulillah tiket berjaya dibeli dengan harga RM437 untuk penerbangan pergi dan balik, ada 7 bulan lagi, wah tak sabarnya nak ke BUSAN"

SELEPAS 7 BULAN 


Kapal terbang jenis Air Bus yang aku naiki bergegar, isyarat lampu tali pinggang keselamatan dinyalakan. “Sebentar lagi kita akan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Gimhae...” Gegaran semakin kuat dan tiba-tiba ia seolah-olah hilang kawalan, ramai penumpang menjerit. Aku menarik nafas sedalam yang mungkin. Ia berlaku dengan sekelip mata, tetapi peristiwa itu menimbulkan perasaan panik dalam kalangan penumpang, sangat menakutkan. Itulah detik yang aku tak akan lupa. Alhamdulillah aku selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Gimhae, Busan. Kini bermula Kembara aku di bumi Korea Selatan.

PENGANGKUTAN DI BUSAN

Busan merupakan kota kedua terbesar di Korea Selatan selepas Seoul. Busan  juga merupakan kota pelabuhan terpenting dalam eksport dan import. Peranannya yang besar sebagai penyumbang kepada kemajuan ekonomi di Busan mencorak landskap Busan sebagai bandar moden. Maka tidak hairanlah Busan mempunyai sistem pengangkutan yang baik dan efisyen. Untuk melancong ke sini, anda tidak perlu risau kerana hampir setiap destinasi menarik di busan dapat diakses dengan mudah. Cara yang jimat untuk meneroka bandar Busan ini adalah dengan menggunakan tiket One Day Pass yang boleh didapati di semua stesen subway dengan harga ₩ 4,000.

Stesen Subway Kyungsung

Selesa, moden dan sangat mesra pengguna

One Day Pass yang boleh didapati di semua stesen subway dengan harga ₩ 4,000

Langkah untuk tidak sesat di Busan, FOR BEGINNERS

HOSTEL KYUNGSUNG

Hostel Kyungsung terletak berdekatan dengan stesen subway Pukyong-Kyungsung University. Kawasan hostel ini sangat strategik memandangkan ia terletak berhampiran dengan tempat lepak pelajar-pelajar universiti. Hostel ini menawarkan bilik private dan juga dorm. Pelbagai kemudahan lain turut disediakan di sini antaranya kemudahan internet, komputer, bilik air dan juga dapur. Berdekatan dengan hostel ini, terdapat gerai menjual kebab halal.

Bilik penginapan aku di Busan, sangat murah!

Kemudahan dapur seperti di rumah korang sendiri

PERKAMPUNGAN BUDAYA GAMCHEON

Untuk ke Perkampungan Budaya Gamcheon anda perlu turun di Stesen Toseong. Kemudian anda perlu mengambil bas mini no. 2 ke Gamcheon. Gamcheon Cultural Village mendapat banyak gelaran antaranya Santorini of the South Sea, Korea's Santorini, Korea's Machu Picchu dan ada juga menggelarkannya sebagai Kampung Lego. Gelaran Kampung Lego ini diberikan mungkin berdasarkan reka bentuk rumah yang berbentuk kotak serta bewarna warni. Kunikan kampung ini terletak pada “street art” yang ada di sekitar kampung.

Pemandangan keseluruhan Gamcheon Cultural Village seperti lego-lego kecil

Kawasan laut yang berhampiran

Salah satu street art yang unik di Gamcheon Cultural Village

Meneroka Perkampungan Street Art di GAMCHEON CULTURAL VILLAGE

MASJID AL-FATAH BUSAN


Daripada Toseong aku meneruskan perjalanan menuju ke Masjid al-Fatah, Busan yang terletak berhampiran dengan stesen subway Dusil. Masjid Busan ni merupakan masjid yang kedua dibina di Korea Selatan. Masjid ini didirikan pada tahun 1980 hasil derma seorang dermawan Libya, Dr. al-Falaq. Sejak itu masjid ini menjadi tumpuan muslim di sekitar Daegu, Ulsan, Gyeongnam dan Gyeongbuk untuk beribadat. Masjid ini juga menerima sumbangan dari Kerajaan Turki untuk tujuan pengubahsuaian pada bahagian dalaman masjid supaya lebih berkonsepkan seni lukis Islam. Berdekatan dengan Masjid al-Fatah terdapat sebuah restoran makanan halal Turki.

Ruan solat Masjid Al-Fatah Busan



Tempat yang wajib dilawati ketika di Busan, MASJID AL-FATAH, BUSAN

PASAR HASIL LAUT JAGALCHI

Pasar merupakan tempat kunjungan yang wajib buat aku. Di sini aku dapat melihat budaya hidup masyarakat Busan dengan lebih dekat. Pasar Jagalchi merupakan pasar ikan yang terbesar di Korea Selatan. Pelbagai hasil laut yang dijual di sini antaranya ikan segar, ikan kering, rumpai laut, lokan dan banyak lagi. Di Pasar Jagalchi anda juga boleh menikmati makanan laut yang segar. Pastikan anda berkunjung ke Pasar Jagalchi jika ke Busan. Pasar ini juga berdekatan dengan beberapa tempat menarik yang lain antaranya, Yongdunsan Park dan Busan International Film Festival.





Ikan Bakar di Jagalchi Market


TAEDJONGDAE

Busan merupakan kota yang kedua terbesar di Korea Selatan. Di Kota Busan juga terletaknya department store yang terbesar di dunia iaitu Shinsegae Centum City. Walaupun Busan sedang mengalami transformasi ke arah pemodenan tetapi kota ini masih lagi menyimpan Khazanah alamnya yang sangat unik. Taejongdae pelengkap kunjungan anda ke Busan kerana di sini anda akan dihidangkan dengam pemandangan yang sungguh mengasyikan. Di sini terdapat beberapa mercu tanda yang terkenal antaranya Rumah Api Yeongdo dan Sinseon Rock . Di Sinseon Rock anda berpeluang menyaksikan pemandangan laut biru yang terbentang luas!





Keindahan yang menakjubkan di TAEJONGDAE PARK

Jika anda sempat berkunjung ke Korea Selatan, lengkapkan kunjungan anda ke Busan. Antara Seoul dan Busan, saya lebih sukakan suasana di Busan. Walaupun Busan serba moden, Busan masih lagi menyimpan khazanah kebudayaan dan sejarah yang unik. Jika ada rezeki dan peluang insya-Allah saya akan ke sini lagi. Banyak lagi keunikan yang belum saya teroka. Jom Ke Busan.


Muhammad Saffuan Bin Jaffar

Jumaat, 9 Mei 2014

Langkah Mudah Untuk Tidak Sesat Semasa Bercuti di Korea | Busan Subway

Assalamualaikum dan salam sejahtera, alhamdulillah lepas habis trip aku ke Korea Selatan, aku share cerita kat blog. Terima kasih sebab korang sudi datang ke blog aku nih. Ramai juga yang tanya soalan, ada yang komen di blog dan ada yang mesej yang di Facebook. Daripada soalan-soalan korang aku ada la idea untuk tulis, thanks guys. Kali ni aku nak share pasal salah satu soalan yang banyak orang tanya kat aku.

" Macam mana saya nak guna laluan subway, saya tak berapa faham la...."

Soalan inbox di Facebook

Aku pun mula-mula tak berapa familiar jugak dengan laluan subway. Masa tu beli tiket nak ke Busan dalam bulan April, penerbangan bulan November. Jadi, dalam masa 7 bulan tu aku, ada studi sikit cara nak guna subway di Korea. Bagi yang travel sendiri macam aku, korang perlu tahu dan faham cara untuk gunakan subway nih. Insya-Allah aku akan cerita step by step macam yang aku buat. Harap dapat membantu korang sedikit sebanyak masa nak bercuti di Korea nanti.

1. Tentukan destinasi lawatan korang.

First sekali, aku tentukan lokasi kat mana aku nak pergi. Aku buat satu list destinasi yang aku akan pergi contohnya Jagalchi Market, Gamcheon Cultural village dan sebagainya. Dalam entry ni aku pilih satu tempat la so senang nak cerita. Aku pilih Jagalchi Market

2. Cari stesen Subway yang berdekatan dengan Destinasi pilihan korang.

Step yang kedua, korang perlu buat research, caranya melalui blog-blog atau website. Contoh website yang selalu jadi rujukan aku : Korean Tourism Organisation. Korang scroll sampai ke bahagian "Direction" kat situ ada info stesen subway yang berdekatan.

"Directions" Untuk ke Jagalchi Market. Naik Busan "Line 1" dan Exit 10. Yang ni ramai yang tanya aku sebab tak berapa faham apa tu "Line" dan "Exit", meh aku cerita.

i) "LINE" setiap stesen subway dihubungkan dengan "Line", "Line" tu kira macam jalan raya la. Contoh kat sini Jagalchi Market terletak di "Line 1" 
Gambar : Peta Subway Busan

Katakan korang dari Busan Station, cuba refer kat peta, Busan Station pun terletak dekat "Line 1" (Line warna oren) So korang akan gunakan Line 1 sahaja. Tapi kalau korang dari Gaya Station korang kena tukar Line, sebabnya Gaya Station terletak di Line 2 (Line warna hijau) dan korang boleh tukar Line di Seomyeon. So dari Gaya Station (Line 2) ke Seomyeon (Tukar ke Line 1) ke Jagalchi Station(Line 1).

ii) "ALIRAN" lepas korang tahu apa bendanya "Line" sekarang ni aku nak cerita pasal "Aliran" Nak tahu aliran korang refer stesen terakhir bagi "Line"
Line 1 ada dua Aliran, Aliran Sinpyeong dan Aliran Nopo.

Kenapa kena tahu aliran mana? Kalau korang dari Busan Station nak ke Jagalchi Market korang naik Line 1, kemudian korang kena tahu aliran mana, so dalam kes ni Jagalchi Market terletak di Line 1 dan Aliran Sinpyeong. Masa kat Subway nanti, korang akan nampak kat signboard dengan ada dua pecahan arrow Sinpyeong dan Nopo.

Dari Busan Station ke Jagalchi, Line 1, Aliran Sinpyeong. Tengok arrow. Kalau korang silap, pilih aliran Nopo, korang tak akan sampai ke Jagalchi

Dari Busan Station ke Jagalchi - Line 1,Aliran Sinpyeong - Train akan lalu bermula dari (Busan Station -;Jungang - Nampo - Jagalchi)

Kalau Silap pilih, korang amik Aliran Nopo
Dari Busan Station ke Jagalchi - Line 1 Aliran Nopo - Train akan lalu bermula dari (Busan Station - Choryang - Busanjin - Jwacheon) sampai la ke stesen terakhir di Nopo.

iii ) EXIT Seterusnya korang kena tahu Exit, exit ni pintu keluar dari stesen subway. 


Stesen Jagalchi ada banyak Exit (Refer kat Bulat Kuning bernombor) Ada Exit 1,2,3 sampai 10. Exit yang paling dekat dengan Jagalchi Market ialah Exit 10. 

 Signboard kat stesen subway Jagalchi, ada dipaparkan Jagalchi Market dan nombor pintu Exit.

Tanda di luar stesen subway Jagalchi di Exit 10.

So kesimpulannya mula-mula sekali korang kena list dulu destinasi yang korang nak pergi. Kemudian buat research, baca kat blog atau website. Dah buat research korang akan dapat maklumat untuk ke tempat pilihan korang, pertama tempat tu terletak kat line mana, lepas tu aliran mana dan exit mana korang patut keluar.

 Muhammad Saffuan Bin Jaffar

Isnin, 30 Disember 2013

Bajet Bercuti di Korea

Entry yang terdahulu
Assalamualaikum dan Hai Semua

Alhamdulillah tahun 2013 pun dah belalu, banyak sungguh kenangan pahit, masin, tawar, manis semuanya ada. Memandangkan ada kawan-kawan yang tanya berapa banyak aku belanja masa di Korea Selatan, aku dengan berbesau hati nak berkongsi. So Sekurang-kurangnya korang dah boleh plan siap-siap untuk ke Korea Selatan. Sebelum aku story mory mengenai bajet ke Korea Selatan, aku cerita sikit la perjalanan aku time bercuti di Korea.

RINGKASAN PERJALANAN

Dari Penang aku ke KL naik Keretapi (KTMB) turun di KL Sentral. Dari KL Sentral aku menuju ke LCCT aku guna SKYBUS jer. Flight AirAsia berlepas dari LCCT  ke Gimhae International Airport awal in the Morning, jam 1.10 pagi. Aku sampai di Busan jam 8.30 pagi.

Aku spend masa lebih kurang 2 hari 1 malam di Busan, kemudiannya dari Busan ke Seoul aku naik Bullet Train atau Speed Train. Lepas 3 hari kat makan angin kat Seoul aku balik semula ke Busan, pengangkutan yang aku gunakan keretapi biasa. Dari Busan aku naik Flight turun di LCCT, lepas tu naik flight pulak ke Pulau Pinang. 

TEMPAT MENARIK DI KOREA

Nak kata banyak tu tak banyak la sangat, dalam masa yang singkat aku di Korea mungkin tak sempat untuk aku cover. Pada awalnya macam-macam aku list, tapi disebabkan kekangan masa, aku pick the best place among the best yang aku rasa aku patut pergi. 

Hari Pertama :
  1. Gamcheon Cultural Village
  2. Masjid al-Fatah, Busan
  3. Haeundae Beach
Hari Kedua :
  1. Jagalchi Market
  2. Yongdunsan Park (Busan Tower)
  3. Taejongdae Park 
Kemudian aku bertolak ke Seoul (Naik Speed Train)
  1. Sungnyemun Gate
  2. Gwanghwamun Square
Hari Ketiga :
  1. Bukchon Hanok Village
  2. Changdeokgung Palace dan  Secrete Garden
  3. Gyeongbukgung Palace 
  4. Itaewon (Masjid Seoul dan Makanan Halal)
Hari Keempat :
  1. Cheonggyecheon Stream
  2. Namdaemun Market
  3. Namsan Seoul Tower
  4. Insadong
Kemudian aku bertolak ke Busan (Naik Train biasa je)


Hari Kelima :

Dari Busan Station ke Gimhae International Airport, bertolak ke LCCT jam 10.40 pagi.




Won,won,won...

BAJET BERCUTI DI KOREA SELATAN (BUSAN dan SEOUL)

Ok, sekarang ni aku nak cerita pulak bajet keseluruhan yang aku dah belanja semasa kat Korea, cover sampai dua bandar Seoul dan Busan. Untuk bagi nampak tak serabut dan senang korang nak baca, aku buat part by part. Mula sekali pengangkutan, pengangkutan yang aku dah belanja untuk sampai di Busan, yang part yang kedua penginapan di Korea, part ke-3 perbelanjaan mengikut hari. 


Jom kira tengok berapa bajet ke Korea Selatan!


Part 1 PENGANKUTAN KE BUSAN


1. KTMB (BUTTERWORTH - KL SENTRAL) = RM 36.00

2. KL SENTRAL - LCCT (Skybus) = RM8.50
3. LCCT - Gimhae International Airport (Airasia) =     RM  7437.00   RM437.00
4. LCCT - Penang International Airport (Airasia) = RM38.00

Part 2 PENGINAPAN 

Busan 1 malam (Kyungsung Hostel) ₩ 25,000

Seoul 2 malam (Seoul Hostel Center)  27,000

Part 3 PERBELANJAAN HARIAN


BUSAN 부산 


18 November 2013

  • Busan Gimhae LRT ke Sasang =  ₩2,600
  • Busan One Day Pass =  ₩4,000
  • Bas dari Toseong ke Gamcheon Cultural Village =  ₩1,800
  • Peta Gamcheon Cultural Village =  ₩2,000
  • Masjid al-Fatah = Free
  • Makan Malam di Cappadocia Restaurant = ₩19,000
  • Susu Pisang = ₩1,300
  • JUMLAH = ₩ 26,200
BUSAN 부산 - SEOUL 서울

19 November 2013
  • Busan One Day Pass =  ₩4,000
  • Dari Nampo-Dong ke Taejongdae Park (Naik Bas) = ₩2,400
  • Naik Danubi Train di Taejongdae Park = ₩1,500
  • Naik Bullet Train dari Busan ke Seoul (KTX First Class) = ₩74,600
  • Beli Tiket Balik Busan (Mugunghwa) = ₩27,300
  • Subway dari Seoul Station ke Jonggak Station = ₩1,650
  • Beli Nasik Segera (2 pek) = ₩2,000
  • Gwanghwamun Square = Free
  • Cheonggyecheon Stream = Free
  • JUMLAH = ₩ 113,450 
SEOUL 서울

20 November 2013
  • TMoney = ₩12,500
  • Bukchon Hanok Village = Free
  • Changdeokgung Palace = ₩8,000
  • Gyeongbukgung Palace ₩3,000
  • Makan Malam di Itaewon Buffet = ₩19,000
  • JUMLAH = ₩ 42,500
21 November 2013
  • Susu Pisang = ₩1,300
  • Strawberry beli di Namdaemun = ₩7,000
  • Namsan Seoul Tower = ₩9,000
  • Postcard & Setem = ₩2,400
  • T-Shirt = ₩ 5,000
  • Makanan Korea di Muree Halal Restaurant (Bulgogi) = ₩18,000
  • Shopping Souvenir di Insadong = ₩28,000 
  • JUMLAH = ₩ 70,700
SEOUL 서울 - BUSAN 부산


22 November 2013 (Hari terakhir di Korea Selatan)
  • Susu Pisang = ₩1,300
  • Nasi Segera = ₩1,600
  • JUMLAH = ₩ 2,900

JUMLAH KESELURUHAN = ₩ 304,850 @ RM 926.74 
(Tukaran Won pada kadar ₩1,000 = RM3.04)

Makanan yang aku bawak 


Antara Souvenir yang aku beli. Lain-lain macam biasa la, fridge magnet tu wajib beli.  Satu lagi, aku minat kumpul flag patch. Alhamdulillah, jumpa flag patch di Insadong...

Aku tak Shopping sangat kat sana, benda-benda yang banyak habis belanja of course la makanan. Di Busan aku selalu guna metro, kalau di Seoul banyak berjalan kaki, sampai dah jadi ketam aku dibuatnya. So, ni la belanja @ bajet bercuti di Korea Selatan, Jumlah keseluruhan tu cover di Korea saja tau. So, harap dapat la membantu korang nak ke Korea secara bajet. Sebarang pertanyaan boleh komen kat bawah, insyaAllah aku cuba tolong :)



Boleh consider sebagai percutian ala bajet tak?



 Muhammad Saffuan Bin Jaffar

Jumaat, 20 Disember 2013

Bercuti di Korea | Speed Train

Tempat Menarik di Korea Selatan Tempat Menarik di Busan
Entry aku diteruskan lagi, selagi ada daya untuk menulis aku akan terus menulis, cewah... "Aku menulis bukan kerna nama~"

Trip aku ke Korea Selatan bermula dari Penang Darul Nasi Kandar aku ke Kuala Lumpur, naik flight? Tak, aku pilih untuk naik keretapi. Trip bercuti di Korea Selatan pun aku guna keretapi. Di sana ada 3 Jenis keretapi, Mugunghwa, Saemaul dan KTX. Paling laju KTX.

Masa aku riki maklumat pasal transport dari Busan ke Seoul, aku ada jumpa "Korea Speed Train". Aku tak sangka pulak kat Korea ni ada speed train macam kat Jepun. So aku bercadang untuk naik keretapi dari Busan ke Seoul.

Banyak blog dan web aku search untuk dapatkan maklumat Korea Speed Train. Keretapi laju kat Korea dikenali sebagai KTX. Sebelum wujudnya KTX , Saemaul la paling laju, 5 jam dari Busan ke Seoul (Lebih kurang jarak Penang ke Johor Bharu). Tapi dengan KTX perjalanan dari Busan ke Seoul ambik masa 2 jam 3 minit sahaja!


So, macam mana nak dapatkan tiket?

Ada dua cara, yang pertama korang boleh beli dari website KORAIL yang kedua beli terus di kaunter. Aku beli di kaunter, sebab aku lebih yakin sikit. Tapi kena beli awal-awal takut tiket habis. Untuk ke Seoul dari Busan aku pilih untuk naik KTX waktu siang.

Sebabnya aku nak rasa nak tengok macam mana keadaan KTX bergerak, kalau naik malam mana nak nampak apa, nampak lampu je. Untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan, kelajuan maksimum KTX mencapai 300++km/j, wow!

Tiket KTX atau mana-mana keretapi iaitu Mugunghwa atau Saemaul boleh dibeli di Busan Station. Kalau naik metro turun di Busan Station, keluar dari Exit 8 anda boleh nampak Busan Station tersergam indah. Kaunter tiket di tingkat atas.

Kalau di Jepun speed train dikenali sebagai Shinkansen di Korea pulak nama manja speed train diorang KTX-Sanheon atau nama penuh Korean Train Express. KTX dibina oleh Hyundai Rotem iaitu salah sebuah syarikat yang  terkenal. 


 Busan Station dari Exit 8 

Busan Station 

Kaunter Tiket Keretapi. Di sini korang boleh dapatkan tiket untuk semua jenis keretapi sama ada Mugunghwa, Saemaul dan KTX

Urusan nak beli tiket mudah tak ada masalah, akak Korea tu boleh paham Bahasa Inggeris, tapi BI dia pun dah bunyik macam Korea. Dari Busan ke Seoul aku decide untuk naik KTX dan aku decide untuk amik First Class. Harga tiket KTX dari Busan ke Seoul untuk first Class ialah ₩ 74,600 korang kira la sendiri berapa ringgit.

Tiket KTX, jenis seat untuk kelas ekonomi 2-2 dan untuk first class 2-1

Sebelum berlepas pastikan korang sampai awal, tunggu di tempat menunggu. 15 minit sebelum keretapi bertolak baru korang turun ke track Setiap perjalanan akan ada pengumuman dan boleh refer kat screen besau, jangan risau semua maklumat ada dan dekat pintu masuk ada ahjussi yang akan guide.

 Maklumat perjalanan keretapi 

 Jam 14:09 train aku jam 14:30, tengok baris ke 3 KTX 146, Track 11









 Di tiket akan ada tempat mana korang nak naik, macam aku car no 5. Dekat tangga nak turun kat track KTX siap ada orang bukan main segak sambil tunduk kat penumpang, wah~

Seat kelas Ekonomi

Ini dia, First Class punya seat! Kalau orang depan baringkan kerusi tak dak efek, maksud aku tak ganggu tempat duduk korang



 Habis dengan-dengan ceruk tingkap pun aku amik gambar

 Tarik nak test tengok berfungsi ke tak, haha... 

 Maksud dia "Kalau hampa rasa panaih, silau sila tarik ke bawah"

 Sangat selesa, untuk First Class ada wifi tau.


 Menerjah ruang bilik air, lebih kurang macam toilet kapal terbang 

 Untuk ulat buku yang rajin nak membaca

 Keretapi masa tengah speeding, kelajuan maksimum 302km/j. Telinga akan bengang masa KTX bergerak pada kelajuan 300++km/j


 Sambil tu korang boleh tengok pemandangan yang indah. Sepanjang laluan ni ada kawasan pertanian, hutan dan bandar. Masa ni aku pergi musim luruh, tak tau nak cakap bila lalu kawasan hutan, korang boleh tengok semua pokok warna oren, subhanallah! Sangat cantik. 

 Sampai di Seoul Station

 Rupa KTX



Sebaik je sampai di Seoul Station aku terus beli tiket ke Busan. Kali ni naik Mugunghwa, aku amik train yang last sekali. Mulanya aku ingat Mugunghwa ni train buruk, sebab dalam internet aku tengok rupanya sungguh menyedihkan. Tapi bila aku naik train Mugunghwa ni canggih, ada kafe tu biasala, tapi ni siap dengan mesin game dengan bilik karaoke.

 Dari Seoul ke Busan, kualiti gambar teruk, aku menggeletar sebab suhu masa ni dah negatif

 Bilik karaoke dalam Mugunghwa

 Bergambar kat depan pintu masuk Mugunghwa

Keretapi Mugunghwa, Harga untuk tiket keretapi Mugunghwa ialah ₩ 27,300 mengambil masa kira 6 jam 30 minit dari Seoul ke Busan. Walaupun Mugunghwa keretapi paling slow paling koman, jangan kau pandang rendah. Seat jauh lebih selesa dari KTM (Keretapi Tanah Melayu).

Aku berharap sangat la ada speed train kat Malaysia, mungkin orang tak balik kampung naik kereta. Boleh naik speed train dari Perlis ke Johor 3 jam, tol pun tak kena bayar, kemalangan pun mungkin kurang. InsyaAllah aku akan sambung lagi dengan cerita di Seoul pulak.


 Muhammad Saffuan Bin Jaffar
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...