Ahad, 29 Disember 2013

Bercuti di Seoul | Bukchon Hanok Village

Entry yang terdahulu
Kringgg.... Loceng jam berbunyi, dengan penuh semangat aku menolak kain selimut. Siap solat aku ke dapur untuk siapkan sarapan. Tiada roti canai, tiada Nasik Lemak, yang ada Tuna Dalam Tin dan nasik segera, aku di Seoul bukan kat Malaysia... Suhu kat luar masih lagi mencecah negatif, tapi cuaca sangat cantik. Lepas ni aku akan menjelajah ke salah satu tempat menarik di Seoul!

Hari ni aku akan banyak berjalan kaki, sebab tempat-tempat yang aku nak pergi ni boleh la dikatakan dekat jarak dia. Tak macam di Busan, nak sampai ke satu-satu tempat kena gunakan public transport. Lokasi pertama, boleh dikatakan tempat bersejarah, ala-ala Kampung Morten di Melaka, Bukchon Hanok Village. So sarapan pagi ni aku sumbat banyak-banyak, siap bekal lagi.

 Tempat menarik di Seoul "Bukchon Hanok Village"

Apa yang istimewanya tempat ni? Yang pertama "FREE" nak masuk tak payah bayar, Free of Charge. Hahaha... Bukchon Hanok Village ni terletak di antara dua Istana yang terkenal di Kota Seoul, Istana Gyeongbuk dan Istana Changdeok. Last but not list, di sini jugak la filming location drama PERSONAL TASTE yang diserikan oleh hero Lee Min Ho dan heroin Son Ye-Jin


Untuk ke sini tak de la susah, korang proceed ke Angguk Station (Line 3) dan keluar dari EXIT 2 dan dari situ korang berjalan kaki kira-kira 300 meter. Kawasan Bukchon Hanok Village ni berbukit dan perlukan stamina, kalau jalan sikit dah semput, datang la awal-awal pagi, so tak de la nak berkejar-kerjar sangat.

Kawasan ni seolah-olah membawa korang kembali ke zaman Joseon, ala~ zaman dulu kala macam zaman Kesultanan Melayu Melaka. Kebanyakkan rumah kat kawasan ni diberikan sentuhan moden, pada masa yang sama ciri-ciri tradisional rumah di Bukchon Hanok Village masih dikekalkan.

Dalam cuaca yang terik tapi sejuk aku meneruskan misi menjelajah di sekitar Bukchon Hanok Village, yang merupakan salah satu Tempat menarik di Seoul. Aku mendaki dan terus mendaki, dari Stesen Angguk sampai ke geleng kepala, akhirnya aku sampai di Bukchon Hanok Village. Aku seolah-olah keluar dari mesin masa, terpinga-pinga aku di sini~ 전하!!! Jeonha!!!

Road to Bukchon Hanok Village 

Aku berlari pantas, di belakang aku pengawal sedang cuba menangkap aku, sebab aku berpakaian aneh tak macam orang di sekeliling aku. Rambut aku pendek tak panjang macam kat sekeliling aku. Pasti aku akan ditangkap dan di hukum oleh Maharaja Korea. 

Tangkap sama dia....

Sampai tahap tu bayangan aku...

Kembali ke Zaman 2013, kota Seoul, Bukchon Hanok Village

Papan tanda Bukchon Hanok Village 

 Walaupun masuk free, tak bermakna korang boleh mengilai sesuka hati. Kawasan ni bepenghuni dan kebanyakkan rumah milik persendirian, so kena jaga privacy!

Di sekitar lokasi Penggambaran Personal Taste 

Rumah-rumah yang ada di Bukchon Hanok Village. 



 Tempat menarik di Seoul "Bukchon Hanok Village"



Tempat ni korang berpeluang belajar buat Donglim Knot. Maklumat lanjut sila sila klik disini

Kat Bukchon Hanok Village jugak ada hostel yang disediakan untuk pelancong yang cuba nak duduk ala-ala zaman Joseon. Selain tu, kawasan Bukchon Hanok Village ni boleh dikatakan sebagai pusat kebudayaan atau dalam bahasa Angelina Jolie "Cultural Centre" Di sini korang berpeluang belajar macam-macam kebudayaan orang Korea contohnya buat kimchi ataupun korang berpeluang belajar buat Donglim Knot. 





Aku suka tengok reka bentuk rumah-rumah kat sini. Macam kat negeri Jepun macam kat negeri China pun ada. Kawasan ni agak berbukit, kalau korang tengok drama Korea, kawasan rumah kebanyakkan berbukit. Diorang relaks je jalan, tambah-tambah lagi golongan ahjumma dan ahjussi, kuat kaki diorang, yang aku ni baru sikit dah semput macam dah hilang separuh nyawa.

Tengok ahjumma tu, sampai lap dahi... sah penat panjat bukit...

So, selepas melawat Bukchon Hanok Village aku ke Changdeokgung atau Istana Changdeok, apa yang menarik kat sana? Hah...Sekarang ni baru la aku rasa azab sakit kaki, jalan pun dah terincut-incut macam ketam naik tangga. Tapi aku enjoy, sebab aku dapat tengok life diorang dengan lebih dekat :) So kalau ke Seoul jangan lupa ke Bukchon Hanok Village, sebabnye ia salah satu tempat menarik di Seoul! Annyeonghaseyo!



Kalau korang peminat drama Personal Taste, dan nak sendiri ke lokasi penggambaran


 Muhammad Saffuan Bin Jaffar

6 ulasan:

  1. Saya teringin sangat-sangat nak pergi Korea. Harapnya tahun depan tercapailah impian tu.
    Saya follow blog saudara sebab menarik, penuh dengan travel info

    BalasPadam
    Balasan
    1. dah follow ek? TQ....
      Terima kasih, info2 ni pun saya dapat daripada blogger lain sebelum pegi korea....
      Tahun depan bulan berapa pergi?

      Padam
  2. Paling x boleh blah siap imagine tu kena kejar ngan pengawal. Fuh, penangan Kdrama sangat tau.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Imagine yang tu tak pe kak.... jangan duk berangan jadi hero... dating dengan heroin... yg tu dah jadi kemaruk.... hahaha....

      Padam
  3. Salam, sangat membantu, saya plan nak ke korea 27 may nanti, harap sakura masih ada hehe. Mula2 nak ke seoul, tp bila saudara punya blog cerita ttg busan, mayb akan ke busan juga. Thanx 4 the info :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam, terima kasih... Kalau 27 May mungkin dah lewat nak tengok sakura.... apa2 pun boleh update dengan Korea Tourism Organization.... Busan pun best, paling saya suka Taejongdae Park... Cantik sangat view kat situ... Selamat Bercuti Ke Korea Selatan!

      Padam

Tolong letak nama, ok??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...