Khamis, 25 Oktober 2012

Pameran Radio Amatur SMK Kg Kastam

    Pada 24 Oktober sekali lagi Komuniti ASTRA Pulau Pinang dijemput untuk mengadakan pameran sempena Hari Kokurikulum yang bertempat di SMK Kg Kastam. Tahniah kepada 9W2RAF dan rakan-rakan yang bersama-sama menjayakan pameran Radio Amatur, mudah-mudahan lebih ramai masyarakat di Malaysia tak kira tua muda, kecik besar lebih mengenali Radio Amatur.

9W2PTO sedan memasang peralatan radio amatur untuk uji pancaran


2 antenna jenis Slim Jim hasil homebrew 9W2PTO telah dinaikkan di tapak pameran

Turut menarik perhatian pihak PDRM

Salah seorang anggota PDRM unit trafik sedang QSO dengan 9W2SPG dan dipantau oleh saya

Salah seorang guru SMK Kg Kastam tidak melepaskan peluang untuk QSO dan dipantau oleh 9W2PTO

9W2SPG sedang memberikan penerangan kepada pengunjung yang hadir

9W2PTO menerima sijil penghargaan dan cenderamata dari pihak sekolah

Antara rakan-rakan ham komuniti ASTRA Pulau Pinang yang hadir


Muhammad Saffuan Bin Jaffar
9W2SFJ
25/10/2012 6:31PM Sungai Nibong, Penang

Selasa, 9 Oktober 2012

Pameran Radio Amatur (1 ) IPGKPP

   4 Oktober 2012 yang lalu berlangsung pameran Radio Amatur di Institut Perguruan Kampus Pulau Pinang buat kali pertama sempena Karnival Akademik ke-2 2012. Pameran ini mendapat kerjasama dari IPGKPP khususnya dari Jabatan Teknologi Pendidikan dan Komuniti ASTRA Pulau Pinang. Terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan yang terlibat secara langsung mahupun tidak lansung semasa pameran ini berlansung.

Pasang antenna yang dipinjamkan oleh 9W2SPG

1,2,3 up! Pertama kali antenna Radio Amatur dipacakkan di bumi IPGKPP

Cubaan 1,2,3. Berhubung dengan satu rakan ham yang sedang mobile di Shah Alam dengan menggunakan repeater di sana. Copy 9W2PDT  

9W2SFJ & 9W2HKV (Ustaz Hasbullah) Rehat sat... 

                Antara peralatan radio amatur yang dipamerkan

Pengunjung pertama cuba QSO

Pengunjung kedua mencuba untuk QSO

Raja Azri, tertarik dengan komunikasi radio amatur pernah mengikuti saya dan 9W2HKV bersama-sama rakan ham komuniti ASTRA Pulau Pinang membaiki repeater masa bulan Ramadhan yang lepas. 

YDP IPGKPP 2012-2013 yang juga seorang ahli pengakap turut mencuba untuk QSO bersama 9W2MDY

Zulhasnan beri cadangan wajibkan pelajar guru semester akhir ambil lesen radio amatur. Tu diaa....

Teliti mendengar apa yang diperkatakan oleh Pak Ngah dan dipantau oleh 9W2SRQ

Sesi QSO dan penerangan

Pensyarah IPGKPP, Encik Choeng tidak melepaskan peluang qso

YL lebih berani untuk QSO

Berikut adalah nama-nama pelajar guru yang berkomunikasi  dengan 9W2MDY dengan menggunakan repeater 9M4RBB (Bukit Bendera) yang dipantau oleh saya dan rakan-rakan (9W2SRQ dan 9W2HKV)

1. Muhamad Syukri Roslan
2. Muhammad Mustaqim
3. Raja Ahmad Azri
4. Zulhasnan
5. Izram Hakim
6. Azrie Halili (YDP IPGKPP)
7. Zuraidah Abd Najib
8. Nurizyan Syamin
9. Norhazwani Husna
10. Siti Mazlina
11. Choeng Chan Huat (Pensyarah)

Semoga hobi saintifik ini mendapat tempat di hati masyarakat di Malaysia, 73.


9W2SFJ
Muhammad Saffuan Bin Jaffar
Sungai Nibong, PENANG
9/10/2012 10:56PM

Khamis, 4 Oktober 2012

Taktik Guna Radio Amatur Gagal

   Alhamdulillah, pada hari ini 4 Oktober 2012, Khamis telah berlansung pameran Radio Amatur dengan kerjasama IPG Kampus Pulau Pinang dan Komuniti ASTRA Pulau Pinang. Saya bersama-sama 9W2HKV saudara Hasbullah dan 9W2SRQ saudara Asraf bersama-sama menjayakan pameran ini. Banyak input yang kami perolehi dari pengunjung yang rata-rata di antara mereka belum pernah didedahkan dengan apa itu radio amatur. Segala kebaikan dan manfaat hobi ini disampaikan kepada pengunjung, alhamdulillah mereka kagum dengan keunikan hobi "saintifik" radio amatur.



   Namun terpalit sedikit kekecewaan apabila ternampak post dari rakan-rakan, tajuk akhbar Sinar Harian Taktik guna radio amatur gagal  [berita penuh klik di sini]. Di dalam akhbar dimuatkan cerita bahawa sekumpulan pengedar dadah menggunakan "radio amatur" berjaya digagalkan oleh sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik. Kekecewaan itu disebabkan penggunaan istilah "Radio Amatur" yang digunakan oleh pengedar dadah adalah salah sama sekali. Merujuk akhbar Harian Metro, cerita yang sama dan jika dilihat pada gambar yang dibulatkan ia bukanlah jenis "walkie talkie" yang digunakan oleh penggiat hobi radio amatur. Penggiat radio amatur, adalah mereka yang mempunyai lesen radio amatur yang sah.


Walkie talkie yang digunakan tidak sama seperti yang digunakan oleh Radio Amatur.




Muhammad Saffuan Bin Jaffar

Selasa, 2 Oktober 2012

Peperiksaan Radio Amatur Siri Kedua Tahun 2012

Pendaftaran Peperiksaan Radio Amatur Siri Kedua 2012 sudah pun dibuka. Anda boleh klik di sini untuk maklumat lanjut. 73



9W2SFJ
 Muhammad Saffuan Bin Jaffar
2/10/2012
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...