Isnin, 27 Disember 2010

جوم هيدوڤکن سمولا توليسن جاوي

 السلام عليکم دان سلام سجهتر




   بياساله د ڤاݢي يڠ مليا اين، باڽق الهام يڠ اکو داڤت اونتوق منوليس. تادي اکو تربيلايک لا دويت 50، دان د بلاکڠڽ اد توليسن جاوي. ادوه... ده لاما اکو تق منوليس دالم توليسن جاوي دان اکو امت مريندوي توليسن جاوي. کالي تراخير اکو منوليس جاوي سوقتو سڤي عيم دهولو، 5 تاهون لڤس، لاماڽ!

   دالم بولن جون يڠ لڤس، اکو برڤلواڠ اونتوق ک ترکيا. کيت تاهوکن ماچم مان ليکو-ليکو ڤرجالنن نݢارا ترکيا. دهولوڽ مريک مڠݢوناکن سيستم توليسن يڠ سام سڤرتي جاوي، مريک ݢلرکنڽ سباݢاي "توليسن عثمانايه". سلڤس ترکيا منجادي سبواه ريڤوبليق، توليسن ايت دمنسوخکن دان دݢنتيکن دڠن توليسن رومن.

   سام جوݢ سڤرتي نݢارا کيت مليسيا، دمانکه توليسن جاوي يڠ دهولوڽ لواس ڤڠݢوناانڽ. توليسن جاوي / عثمانايه ملامبڠکن کساتوان اومت اسلام سلوروه دنيا، کات سأورڠ صحابة کامي د ترکيا، اکو بوليه ممباچ توليسن مريک دان مريک ﴿اورڠ ترکيا﴾ بوليه ممباچ توليسن جاوي کيت.

   اکو امت برهارڤ، سواتو هاري ننتي توليسن جاوي اکن برسينر سمولا، ڤڠݢوناانڽ دڤرلواسکن کمبالي. انتهله براڤ راماي انق مودا زمان سکارڠ يڠ ماهير منوليس دان ممباچ توليسن جاوي. کيت مولاکن لڠکه کمباليقن سينر توليسن جاوي.   
   

Assalamualaikum dan salam sejahtera

   Biasalah di pagi yang mulia ini, banyak ilham yang aku dapat untuk menulis. Tadi aku terbelek la duit RM50, dan di belakangnya ada tulisan jawi. Aduh... dah lama aku tak menulis dalam tulisan jawi dan aku amat merindui tulisan jawi. Kali terakhir aku menulis jawi sewaktu SPM dahulu, 5 tahun lepas, lamanya!

   Dalam bulan jun yang lepas, aku berpeluang untuk ke Turki. Kita tahukan macam mana liku-liku perjalanan negara Turki. Dahulunya mereka menggunakan sistem tulisan yang sama seperti Jawi, mereka gelarkannya sebagai "Tulisan Usmaniyah". Selepas Turki menjadi sebuah Republik, tulisan itu dimansuhkan dan digantikan dengan tulisan Roman.

   Sama juga seperti negara kita Malaysia, dimanakah tulisan jawi yang dahulunya luas penggunaannya. Tulisan jawi / usmaniyah melambangkan kesatuan umat Islam seluruh dunia, kata seorang sahabat kami di Turki, aku boleh membaca tulisan mereka dan mereka (orang Turki) boleh membaca tulisan jawi kita.

   Aku amat berharap, suatu hari nanti tulisan jawi akan bersinar semula, penggunaannya diperluaskan kembali. Entahlah berapa ramai anak muda zaman sekarang yang mahir menulis dan membaca tulisan jawi. Kita mulakan langkah kembalikan sinar tulisan jawi.

 


محمد صفوان جعفر

   
 

Jom Basuh Teloq

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

    Di pagi yang hening lagi mulia, sesekali terdengaq ayam berkokok, lantas aku menyiapkan sarapan roti bakar dan telur rebus setengah masak. Lalu diilhamkan dalam kepala aku untuk bercerita pasai TELOQ. Dalam seminggu kita mesti ada makan telur, confirmlah. Kalau makan kuih mesti ada telur, nasik lemak telur rebus atau telur goreng, nasi goreng Pattaya, roti canai telur, telur bungkus, pendek kata kita tak leh LARI DARIPADA telur, betul kan?

 Nampak macam sedap, dah basuh teloq ka??? Kalau nak masak untuk diri sendiri atau untuk orang, biarlah cantik diluar bersih didalam. Halal lagi berkualiti
   Namun ( ni nak mula pancung )semua tukang masak ada basuh telur tak? Tak kisahlah telur apa yang kita  guna (telur ayam, telur itik, telur burung puyuh), sebelum masak tolong la basuh telur ayam, jangan jadi manusia yang makan makanan kotor. Cuba la fikir dari mana datangnya telur, mesti la dari ayam. Kalau kita keluar rumah ikut pintu, telur ayam pulak keluar dari mana? Tolong la, kalau kita masak untuk kawan-kawan belek-belek la telur ayam (tak kisah la jenis apa pun), ada najis yang terlekat pada kulit telur.

  Tolong la basuh teloq sebelum masak, ini pesan hamba buat orang perseorangan, peniaga burger roti canai, nasi lemak, Char Koew Teow, kuih
"Ala buat apa nak basuh telur, macam-macam la...banyak cakap pulak, makan aje"
Tolong reinstall kepala orang yang macam nih....

   Kalau tak ada najis pun, telur keluar melalui pintu najis, ayam memang tak basuh punggung, kadang-kadang terpalit najis pada kulit telur. Najis tu pulak keputihan kering dan melekat pada kulit telur. Kita ambik telur nak masak (telur goreng, telur dadar, kuih bahulu) masa nak pecahkan kulit teloq, serpihan kulit termasuk dalam telur, kita pun pukul telur dengan asyiknya. Lepas tu goreng, lepas goreng makan, sedap tak terhingga, sedangkan kita makan makanan yang tak bersih. Sama la kes dengan bahulu, makin banyak telur ayam yang tak dibasuh digunakan, makin tinggi peluang makanan yang kita makan mengandungi najis.


يَـٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ كُلُواْ مِمَّا فِى ٱلۡأَرۡضِ حَلَـٰلاً۬ طَيِّبً۬ا وَلَا تَتَّبِعُواْ خُطُوَٲتِ 
 ٱلشَّيۡطَـٰنِ‌ۚ إِنَّهُ ۥ لَكُمۡ عَدُوٌّ۬ مُّبِينٌ
 Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu (al-Baqarah ayat 168)
 
   Tolonglah jangan jadi pemalas + pengotor, basuh telur sebelum masak, basuh telur sebelum masak, basuh telur sebelum masak, aku berpesan 3 kali. Kalau beli makan kat luar, beliak-beliakan mata anda. Basuh telur sebelum masak!






Muhammad Saffuan Bin Jaffar

Sabtu, 25 Disember 2010

Nabi Isa dan Krismas

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Diizinkan Allah s.w.t aku menulis apa yang dikhabarkan kepadaku
Mengenai kelahiran Nabi Isa

Pohon Tamar
  Hari ini 25 Disember, penganut agama Nasrani (Kristian) menyambut Hari Natal atau kita kenali sebagai Hari Krismas, tujuannya menyambut hari kelahiran Nabi Isa (Jesus), pada tahun sudah, ketika Krismas tahun 2009 aku mendengar cerita dari seorang pendakwah di Bumi England mengenai bila sebenarnya tarikh kelahiran Nabi Isa, adakah baginda dilahirkan pada 25 Disember ?

  Dimulakan dengan persoalan kepada kami " Is it true Isa a.s was born in Dicember 25?" aku mula memikirkan, mungkin benar mungkin salah. 25 Disember berada di dalam musim sejuk bagi negara di kawasan hemisfera Utara, termasuk Palestin di mana baginda dilahirkan. Nabi Isa dikatakan lahir di sebuah bandar di Bethlehem  بَيْتِ لَحْمٍ‎ (Rumah Daging) בֵּית לֶחֶם‎ manakala dalam bahasa Ibrani (Beyt lehem) yang membawa erti (Rumah Roti). Bagi penganut Kristian mereka menyambut hari kelahiran Nabi Isa a.s pada 25 Disember iaitu pada musim sejuk, sekali lagi "adakah ianya benar dan selari dengan wahyu?"


Surah Maryam Ayat 23 -24


فَأَجَآءَهَا ٱلۡمَخَاضُ إِلَىٰ جِذۡعِ ٱلنَّخۡلَةِ قَالَتۡ يَـٰلَيۡتَنِى مِتُّ قَبۡلَ هَـٰذَا وَڪُنتُ نَسۡيً۬ا مَّنسِيًّ۬ا
(Ketika dia hendak bersalin) maka sakit beranak itu memaksanya (pergi bersandar) ke pangkal sebatang pohon tamar (kurma); dia berkata alangkah baiknya kalau aku mati sebelum ini dan menjadilah aku sesuatu yang dilupakan orang dan tidak dikenang-kenang!

 وَهُزِّىٓ إِلَيۡكِ بِجِذۡعِ ٱلنَّخۡلَةِ تُسَـٰقِطۡ عَلَيۡكِ رُطَبً۬ا جَنِيًّ۬ا
 Dan gegarlah ke arahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak

  Kami diberikan ayat tersebut, cuba perhatikan ayat "supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak" dan cuba fikir pernyataan ayat tersebut dengan waktu kelahiran Nabi Isa a.s. Aku mengalah kerana aku tidak faham pernyataan ayat tersebut, lalu kami diterangkan maksudnya, kenapa diceritakan mengenai buah Tamar.

   "Adakah kamu tahu, bila petani menuai buah tamar yang masak?" jawab aku dalam hati "aku tak tahu, rasanya di musim panas" Lalu beliau menerangkan kepada kami, buah tamar dipetik ketika musim panas dan  Allah mewahyukan Maryam ibu kepada Isa menggocangkan tamar "yang masak" (buah tamar masak pada musim panas) sedangkan penganut Kristian menyambutnya 25 Disember iaitu pada musim sejuk ianya bercanggah dengan wahyu yang secara tersirat menyatakan Nabi Isa lahir di musim panas bukan musim sejuk.

"Summer is also the time when farmers literally begin to reap the fruits of their labour, having carefully tended their plantations for the good part of the year"
Sumber rujukan : Date Palm Harvest
 Jadual Suhu Purata Bagi Bandar Jersalem
(berhampiran dengan Bandar Bethlehem)
 Terbukti bulan Disember di Bandar Jerusalem masuk dalam musim sejuk, sedangkan wahyu pula memberitahu (secara tersirat) Nabi Isa lahir di waktu musim Panas.

1. Di dalam al-Quran menyebut mengenai tamar yang masak
2. Tamar masak dan gugur pada musim panas
3. Orang Kristian Menyambut kelahiran Nabi Isa /Jesus pada 25 Disember
4. Bulan Disember di negara Hemisfera Utara adalah di dalam musim sejuk
5. Nabi Isa Lahir semasa musim panas/ pertengahan tahun (berdasarkan wahyu perkaitan buah tamar)

Sebarang kelemahan diatas penulisan artikel ini saya mohon keampunan dari Allah s.w.t serta saya amat terbuka menerima sebarang pandangan dan teguran dari pada pembaca sekali

Wallahualam






Muhammad Saffuan Bin Jaffar

30 Pesanan Imam Syafie


 Imam Syafie sungguh banyak jasa beliau kepada kita

Segala isi kandungan saya petik dari sebuah Novel Sejarah Islam yang bertajuk "ImamSyafie Pejuang Kebenaran" karya Abdul Latip Talib. Karya beliau mengisahkan pejuangan Imam Syafie dalam menegakkan kebenaran, walau dibenci diancam dan dikenakan hukuman berat, beliau tetap dengan pendirian beliau. Aku mengagumi tokoh ini. Sejak kecil beliau mempunyai semangat menuntut ilmu yang sangat tinggi, tidak pernah merasa puas dengan ilmu yang ada padanya, beliau juga seorang yang zuhud serta baik sangka terhadap orang yang mencelanya. Sungguh Imam Syafie mempunyai sikap yang terpuji yang patut kita contohi. Sedekahkan al-Fatihah kepada beliau kerana jasa beliau yang sangat besar kepada umat Islam. Al-Fatihah


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (١
ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (٢) ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (٣) مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ (٤) إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ (٥) ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٲطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ (٦) صِرَٲطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ (٧
30 Pesanan Imam Syafie

1. Tuntulah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjaga dan membuat kamu cemerlang di dunia dan akhirat

2. Perbanyakan menyebut Allah dari menyebut makhluk. Perbanyakkan menyebut akhirat dari menyebut dunia

3. Pilihlah makanan yang halal kerana ia menjamin kesihatan dan menyebabkan syaitan gerun

4. Sabar menghadapi musibah adalah sebesar-besar erti sabar di mana sabar itu sendiri memerlukan kesabaran pula. Bala dan musibah menunjukkan adanya perhatian dan kasih sayang Allah. Oleh itu bersyukurlah kerana syukur yang sedemikian setinggi-tinggi erti syukur.

5. Apabila salah seorang antara kaum kerabat ataupun jiran dan saudara kamu sakit, kamu perlu ringankan langkah menziarahinya kerana ia disaksikan oleh malaikat dan dicintai Allah

6. Marah adalah salah satu panah-panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu hindarilah ia supaya kamu dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya.

7. Kasihanilah anak yatim, kerana Rasulullah juha tergolong sebagai anak yatim dan beliau akan bersama-sama dengan orang yang menyayangi dan mengasihani anak-anak yatim di akhirat kelak

8.Berbuat baik dan tunjukkan bakti kepada ibu bapa tanpa mengenali letih dan lelah sebagaimana mereka berbuat begitu sepanjang hayat mereka. Ia dapat menambah keberkatan kepada umur, menambah rezeki dan kemapuan dosa - dosa kamu.

9. Banyakkanlah amal soleh kerana ia adalah pendinding dan perisai orang mukimin dan pelindung daripada serangan iblis

10. Takwa adalah pakaian kebesaran dan  hiasan akhlak Muslim sebenar. Ia ibarat pokok zaitun, minyaknya membawa berkat, ia juga memberi kejayaan dan kemenangan

11.  Iman mempunyai bentengnya bagi mengahalang segala serangan yang cuba mencerobohkannya. Oleh itu bagi menguatkan benteng iman, keimanan perlu diabajai dengan 5 pekara, yakin, ikhlas, mengerjakan amalan sunat, istiqamah, bertatasusila ataupun berdisiplin dalam mengerjakan ibadah.

12. Ingat dan zikir kepada Allah sebanyak-banyaknya kerana ia mengubati penyakit asmani dan hati. Ia mencetuskan ketenangan hidup dan qanaah

13. Khusyuk secara zahir adalah khusyuk orang awam, khusyuk secara batin adalah khusyuk orang pilihan di sisi Allah.

14. Kubur adalah perhentian sementara bagi membolehkan ke satu perhentian lagi yang penuh soal siasat. Oleh itu siapkanlah jawapan yang adil dan benar menerusi amal ibadat yang benar dan taat kepada al-haq yang tidak berbelah bagi.

15. Kita perlu sentiasa memohon perlindungan daripada Allah, sekurang-kurangnya mengucapkan "A'uzubillahi minassaithanirrajim". Kita perlu bersabar sekiranya serangan syaitan datang juga bertalu-talu dengan hebat dan menyedari Allah taala hendak menguji keteguhan dan sabar kita, hendak melihat ketulenan jihad kita. Ketahuilah perang dengan syaitan itu lebih hebat daripada perang sabil

16. Sebesar-besar keaiban (keburukan) adalah kamu mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam diri kamu

17. Hati adalah raja dalam diri. Oleh itu, luruskan dan betulkan ia supaya empayar kerajaan dirimu tegak di atas al-haq yang tidak disertai oleh iringan-iringan pasukan kebatilan.

18. Ketahuilah istighfar yang diucapkan dengan betul mampu membuat syaitan lari ketakutan dan menggoncang empayar iblis di istana kerajaannya.

19. Ketahuilah sebesar-besar kesenangan di dunia dan akhirat adalah memberi maaf kepada orang lain dan melupakan terus kesalahannya. Allah pasti akan meninggkan darjatnya di sisi manusia.

20. Tafakkurlah sebelum tidur bagi menghisab diri atas salah dan silap semasa aktiviti pada siang hari sebagaimana Umar bin al-Khattab menyiasat dirinya dengan pelbagai soalan berkenaan dosa-dosanya di siang hari.

21. Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjagamu dan membuatmu cermerlang di dunia dan akhirat. Ia juga amalan para nabi, rasul dan orang soleh.

22. Sesiapa yang mahu meninggalkan dunia dengan selamat, dia perlu mengamalkan pekara berikut iaitu mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan bercakap dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

23. Kamu seorang manusia yang dijadikan daripada tanah dan kamu juga akan disakiti (dihimpit dengan tanah)

24. Sesiapa yang menjalinkan ukhuwah dan menghidupkannya, dia memperoleh banyak kebaikan.

25. Allah menjanjikan kepada orang beriman, mereka akan ditinggikan darjat dan diberi kemuliaan selagi mereka menunaikan perintah Allah

26. Allah menjanjikan kepada orang beriman, mereka pasti mendapat pertolongan Allah, seperti dalam pernyataannya dalam surah ar-Rom ayat 47 yang bermaksud:

  وَكَانَ حَقًّا عَلَيۡنَا نَصۡرُ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ
dan adalah menjadi hak (tanggungjawab) kami untuk menolong orang yang beriman.

27. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka pasti mendapat pembelaan daripada Allah sebagaimana pernyataanNya dalam surah al-Hajj ayat 38 yang bermaksud,

 إِنَّ ٱللَّهَ يُدَٲفِعُ عَنِ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ‌ۗ
Allah membela orang yang beriman...

28. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman dan bertakwa, Allah pasti menaikkan darjat mereka hingga ke taraf wali-wali Allah selagi memenuhi syarat-syaratnya seperti dalam pernyataanNya dalam surah al-Baqarah ayat 257 yang bermaksud:

ٱللَّهُ وَلِىُّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ يُخۡرِجُهُم مِّنَ ٱلظُّلُمَـٰتِ إِلَى ٱلنُّورِ‌ۖ وَٱلَّذِينَ كَفَرُوٓاْ أَوۡلِيَآؤُهُمُ ٱلطَّـٰغُوتُ يُخۡرِجُونَهُم مِّنَ ٱلنُّورِ إِلَى ٱلظُّلُمَـٰتِ‌ۗ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ أَصۡحَـٰبُ ٱلنَّارِ‌ۖ هُمۡ فِيہَا خَـٰلِدُونَ
Allah Pelindung (Yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman) dan orang-orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli Neraka, mereka kekal di dalamnya.

29. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman akan memberi petunjuk dan jalan lurus sebagaimana pernyataan Allah dalam surah al-Hajj ayat 54 yang bermaksud :


وَإِنَّ ٱللَّهَ لَهَادِ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِلَىٰ صِرَٲطٍ۬ مُّسۡتَقِيمٍ۬ 
dan sesungguhnya Allah sentiasa memimpin orang-orang yang beriman ke jalan yang lurus...

30. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka akan memperoleh rezeki yang baik dan pelbagai keberkatan selagi mereka menunaikan perintah Allah sebagaimana pernyataanNya dalam surah al-A'raf ayat 96 yang bermaksud :

وَلَوۡ أَنَّ أَهۡلَ ٱلۡقُرَىٰٓ ءَامَنُواْ وَٱتَّقَوۡاْ لَفَتَحۡنَا عَلَيۡہِم بَرَكَـٰتٍ۬ مِّنَ ٱلسَّمَآءِ وَٱلۡأَرۡضِ وَلَـٰكِن كَذَّبُواْ فَأَخَذۡنَـٰهُم بِمَا ڪَانُواْ يَكۡسِبُونَ 
Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertakwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan



"Imam Syafie Pejuang Kebenaran"

Geramnya Aku

 Bukan dipakai ketika menembak tapi dipakai ketika TIDUR

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

   Aku tulis post malam ni sebab aku susah sangat nak tido. Kalau dengar bunyi kucing, bunyi ayam, bunyi orang tengah bercakap, bunyi kapal terbang (kebetulan kapal terbang tengah lalu), bunyi kereta, bunyi motor aku mesti terjaga... Walaupun aku boleh bangun awal tapi badan aku letih bila tengah hari sangat sebab tak cukup tidorrr... Kalau orang kacau aku time tidur, aku mesti marah punya...geramnya aku...

Penyelesaian

Aku beli benda ni ( shooting ear defens ) alat orang guna untuk kerja buruh atau pergi menembak. Api kemarahan aku sememangnya dah meruap-ruap dan menidih, bila orang suka buat bising time tengah malam, pasang lagu kuat-kuat, sembang kuat-kuat. Fikir la orang sama... Kalau kena batang hidung sendiri tahu pulak nak stresss, simpan la hang punya stress dalam gundi...

-alat kat atas ni sesuai mengurangkan bunyi bising contoh macam bunyi kaki buat bising, sesuai juga untuk frekuensi tinggi, contoh macam orang mengilai tengah-tengah malam-

   Kalaulah kita datang bilik orang nak studi, lepas tu tengok orang tengah tidoq, boleh tak aku nak mintak sesuatu, "sembanglah kuat sikit, cakap pelan-pelan (slow) buat apa, kalau boleh jerit kat telinga aku"... Ayo fikir-fikirkanlah, aku boleh jaga hati orang untuk tak marah, tapi kenapa korang tak boleh jaga hati dan perasaan aku, aku tertekan kalau rehat tak cukup! Jangan buat orang marah, aku cuba hormat dan mengelak diri aku dari suka marah orang, so... hormatilah hak aku... geramnya aku...

Kalau anda (hampa semua) buat macam mana untuk nak atasi masalah ni?






Muhammad Saffuan Bin Jaffar

Jumaat, 24 Disember 2010

Berita Kemalangan & Tindakan?

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

   Hari ini aku agak terkejut, bila tengok surat khabar ada lagi kemalangan yang menyebabkan kehilangan nyawa. Beberapa hari lepas, kita digemparkan dengan berita kemalangan melibatkan bas di Cameron Highlands - Simpang Pulai, juga menyebabkan kematian [Klik di sini]. Selepas dari kejadian itu ada badan bebas menjalankan siasatan kemalangan tersebut

 Sumber Foto : Berita Harian
.
   Hari ini sekali lagi digemparkan dengan berita kemalangan dua beranak selepas mengambil keputusan PMR [klik di sini]. Aduh sedihnya, adakah masalah disebabkan keadaan jalan? Atau pemanduan yang cuai oleh pembonceng motorsikal atau pemandu lori? Saya minta siasatan dijalankan dengan menyeluruh, termasuk menyiasat bagaimana cara pemanduan rakyat malaysia dan juga keadaan jalan (sebagai faktor kemalangan).

 Sudahkah faktor kemalangan jalan ini diambil kira?
Lokasi kerap berlaku kemalangan di Jalan Lama Jalan ke Balik Pulau

   Kenapa jurutera jalan atau lebuh raya tidak mengambil kira faktor kemalangan atau kemungkinan berlaku kemalangan sebelum jalan siap? Saya berpendapat, bukan "target" untuk cepat siap projek sahaja diambil berat, malah mereka perlu mengkaji kemungkinan berlaku kemalangan jika projek tersebut siap.

Dengan lampu keselamatan, Pembonceng basikal mudah dilihat
Bike Safety [klik di sini]

   Semalam saya menghadiri seminar, ketika perjalanan pulang di waktu malam, ada pembonceng basikal di tepi jalan mengayuh basikal. Dah la malam susah nampak, kalau di UK pembonceng basikal wajib memasang lampu merah (di belakang basikal) dan dihadapannya supaya senang dilihat, jika pembonceng melanggar arahan saman dikeluarkan, tegas! demi keselamatan. Saya minta pihak berkuasa supaya mewajibkan pembonceng basikal memasang lampu bagi tujuan keselamatan, kerana mereka juga menggunakan jalan raya. Mereka juga perlu disaman jika melakukan kesalahan trafik.

   Sebut mengenai saman, polis trafik hendaklah lebih tegas dalam menangani masalah salah laku di jalan raya. Jangan bagi peluang kepada pesalah jalan raya, mereka semua dah mempelajari undang-undang jalan raya sebelum mereka mendapat lesen. Pemantauan secara berterusan perlu dilakukan disekitar bandar dan kawasan kemalangan serta menempatkan polis peronda bagi betul-betul menguatkuasakan undang - undang. Namun begitu tindakan saman oleh polis perlulah munasabah dan bertempat.

Bagi menangani masalah ini, semua faktor perlu diambil kira 
sumber : http://www.bharian.com.my/bharian/Poll/keputusanbancian

“Memang ada balai polis di tengah pekan ini, namun saya jarang melihat pihak berkuasa bertindak terhadap penunggang motosikal itu malah mereka bebas lalu di depan balai polis berkenaan tanpa sebarang rasa takut dikenakan tindakan,” 

Berita Lanjut (Sumber Berita Harian) : Tak Hirau Keselamatan

Aduan penduduk menunjukkan pihak berkuasa kurang mengambil tindakan. Ini mungkin salah satu penyebab kemalangan berlaku

   Perancangan awal oleh pihak yang membina jalan seperti mengambil kira faktor kemungkinan berlaku kemalangan mungkin boleh mengurangkan kes kemalangan. Tindakan tegas perlu diambil oleh penguatkuasa bertujuan mendidik semua lapisan rakyat supaya takut untuk melakukan kesalahan trafik dan lebih berhati-hati.Saya benar-benar berharap agar perbincangan oleh pihak-pihak tertentu menampakkan hasil, supaya kita tak mendengar lagi berita mengenai kemalangan yang menyebabkan kehilangan nyawa.

 "Sudah Terhantuk baru tengadah"
Kita lebih suka menghantukkan kepala...





Muhammad Saffuan Bin Jaffar

Khamis, 23 Disember 2010

Penang Food, Must Try (Nasi Kandar Kayu)

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

    Tengah malam ni mula perut aku terasa lapaq. Apa yang terbanyang di kepala aku ni macam-macam, roti canai, aduhhh... sedapnya...  Tiba-tiba aku teringat pulak satu kedai nasik kandar dekat dengan rumah aku di Bayan Lepas, Nasi Kandar Kayu

 Restoran Nasi Kandar Kayu berdekatan dengan Hotel Vistana

"Kat KL pun ade nasi kandar, apa yang special sangat di Penang?"

   Lain broo... tak sama nasi kandar di KL dengan Nasik Kandaq di Penang. Aku pernah makan nasi kandar di KL, kedai yang aku makan tu lauknya berbeza, agak keMelayuan sikit, tak banyak kari dan tak dak sambal kelapa. Tak banyak aku jumpa ada jual kari telur sotong atau pun telur sotong goreng. Kalau di Penang banyak jenis kari, kari kambing, kari ikan, kari ayam semuanya tanpa santan.

   Lagi satu kalau di Penang, Mamak yang tolong taruk kuah, so dia tahu kuah apa yang kena dengan nasi yang kita makan, kalau tengok lenggok waktu dia tuang kuah tu pun dah nampak menarik dan menyelerakan.


Set Nasi Kandar

Ayam goreng , teloq sotong, kuah campoq

Kalau mai Penang try nasik kandaq kayu, kedai dia pun bersih. Selamat mencuba!






Muhammad Saffuan Bin Jaffar

Penang Food Must Try (Kapitan)

 Assalamualaikum & Salam Sejahtera


   Baru tadi aku makan nasik Briyani yang aku beli kat salah sebuah restoran yang special di Pulau Pinang. Ok, bila aku sebut di Pulau Pinang, aku maksudkan di bahagian Pulau, di sana aku dilahirkan. Makanan yang terkenal di Pulau Pinang semestinya semua orang tahu, "Nasik Kandaq" apa yang special sangat? Aku cerita sikit-sikit dulu pasai "Penang Food Must Try" kalau nak cover semua sah-sah tak cukup.

   Semalam aku pi seminar di Lebuh Bishop, kemudian mengisi kekosongan ruang kat perut di salah sebuah retoran terkenal iaitu " Kapitan " kalau yang dah pernah pergi ia berhampiran "Masjid Kapitan Keling" juga dekat dengan "Nasik Kandaq Beratoq". Kawan aku cakap ada dua benda special di restoran Kapitan, Briyani + Ayam Tandori. Aku sendiri dah try, memang sedap

Lokasi Restoran Kapitan

Restoran Kapitan terletak di dalam kawasan Penang Herritage 

    Sebenarnya aku dah banyak kali singgah di Restoran ni, tapi hari ni mai idea nak tulis, kot boleh bagi idea orang yang nak berkunjung di Pulau Mutiara. Selalunya aku oder Ayam Tandoori dengan Nasi Briyani Ayam

Set Ayam Tandoori

Fuhh... set Ayam Tandoori, ada roti (lembut dan panas), kuah dalcha, limau, bawang, sos pudina dan tak pasti yang warna merah tu sos apa

Kalau nak bawak balik dia bungkus cantik-cantik dalam kotak

Set Nasi Briyani Ayam (Clay Pot Biryani)

Di hidang dalam mangkuk, nasi biryani, ayam rempah dan kuah dalcha. Ada setengan orang tak suka dengan baru rempah bijik, kalau tergigit hilang selera, nasi biryani ni clean, jangan risau...

Ini dia kalau bungkus untuk bawak pulang, cantik tak?


Tukang masak yang sama jadi rasa tak boleh lari, mantain

Pandangan dari atas, tempat memasak memang sentiasa sibuk.

Luar restoran Kapitan di Lebuh Chulia

Aku sempat berbual dengan bos Restoran Kapitan, dia perkenalkan aku kepada "Pakar Biryani" bos cakap dia ni memang terrer la...

   Pendek kata aku memang cadang la hampa semua pi makan kat "Kapitan" memang sedap dan puas hati, dengan harga yang berpatutan pasti anda tersenyum kenyang. Kawan aku cakap restoran ni ramai, yess! memang betul sentiasa penuh dengan orang, kalau nasib tak baik susah nak dapat tempat duduk. Bukan setakat orang tempatan, Mat Salleh (orang putih) pun mai makan di sini.

Rate Kapitan

Ayam Tandoori = 5/5
Biryani Ayam = 4/5
Service = 4/5
Overall = 4.3/5






 Muhammad Saffuan Bin Jaffar

Rabu, 22 Disember 2010

Golongan yang Menyebabkan Aku Panas Hati

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

    Kenapa tiba-tiba aku nak tulis benda-benda yang aku tak suka orang buat kat aku dan aku tak nak buat kat orang sebab aku tak suka orang buat kat aku, faham tak?! Manusia ni pelbagai ragam dan jenis, ada A ada B dan ada jenis E. Macam mana kita nak faham orang kalau orang tak nak faham kita, macam mana orang nak faham kita kalau kita tak nak faham orang. Mungkin ramai kawan-kawan tak pernah tengok aku meluahkan perasaan marah aku, kan? Sebabnya dahulu aku ikutkan marah, lepas tu aku belajaq cara nak kontrol marah (aku ni panas baran dulu), alhamdulillah aku berjaya mengawal api kemarahan aku. Tapi ada jugak manusia yang bila aku tak naik angin dia ambik kesempatan. Dan di sini aku luahkan KEMARAHAN aku!

 
Memadam api kemarahan
Sumber foto : http://assunnahsurabaya.wordpress.com/2008/03/02/hindarilah-sifat-hasad/

1. Orang buat bising
Aku paling geram bila aku nak rehat, tengok ada manusia dia ingat seolah-olah dia sorang duk dalam pulau nih... aku memang sakit otak dengan orang yang suka buat bising tanpa sebab... kalau ada tape, aku lilit kat kepala dia...

2. Orang yang suka buat semak
Manusia ini aku sangat panas hati,geram sangat

3. Orang yang tak tepati masa
Janji pukul 10.00pagi bila telefon ada kat mana? "Sat sat on the way" on the way lah sangat

4. Orang yang berhutang, kita pulak yang nak kena ingatkan dia
"Wey aku pinjam kat hang RM10, esok aku bayaq" esok sengap lusa sengap, tulad lesap, reti pinjam ingat la sendiri.

5. Pinjam barang buat macam harta sendiri
Bila pinjam buku, dia boleh lipat buku buat macam harta dia sendiri, tolong la... kalau dah pinjam beringat la sama...

6. Orang yang suka pasang lagu kuat-kuat
Pasang lagu kuat-kuat, kalau aku minat sama dengan hang tak pa la... Kalau nak dengaq pakai headphone... lagi best tak dengaq hang nyanyi sama... sakit telinga sakit otak

7. Mulut jahat
Mulut jahat ni memang, dah dasar mulut orang, kalau tak kondem orang memang tak sah

8. Orang yang suka buat sampah
Fuhhhh... ini memang aku panas hati... kita penat-penat bersih relaks ja dia buang dengan tanpa rasa bersalah... 

9. Orang yang suka hon aku tanpa sebab munasabah
Orang macam ni ada banyak kat Penang. Yang paling syok dia hon  aku lepas tu dia potong aku, tengok-tengok kereta dia belakang kereta aku, nak tunjuk hebat pi selam dalam laut, ingat jalan hang sorang nak pakai!

10. Orang yang banyak komplain 
Ni lagi best, kita masak, bagi dia makan, kalau tak sedap diam la... kena jaga sikit hati orang yang bagi, ingat tak dak perasaan ka?

11. Suka ambil hak orang tanpa kebenaran
tak yah nak jelaskan kot... semua faham...

12. Orang yang suka naik angin tak tentu pasai
orang ni ingat dia hero, boleh nak angin-angin, hang tak tengok angin aku macam mana lagi...

Nak bagi tau, kalau nak list kat atas memang tak cukup, memadai dengan 12 pakara yang aku benci! Jadi kalau kalau ada terasa kita buat macam tu kat orang, hampa pikiq la sendiri... Jangan suka buat orang panas hati!

"Kemarahan ibarat api yang membakar kayu, jika tidak dipadam, ianya akan menjadi abu"







Muhammad Saffuan Bin Jaffar

Selasa, 21 Disember 2010

Sultan Muhammad al-Fateh

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

   Pada malam 15 Muharram 1432 H bersamaan 21 Disember 2010 iaitu pada hari solstis aku dah habis baca sebuah buku yang bertajuk "Sultan Muhammad al-Fateh Penakhluk Konstantinopel" sebuah buku yang menyuntik satu semangat buat aku yang kadang-kadang terasa lemah dengan kekalahan diri,kekalahan untuk merealisasikan matlamat diri berbanding dengan beliau yang mahu membuktikan kebenaran kata-kata Rasulullah s.a.w.


"Sultan Muhammad al-Fateh Penakhluk Konstantinopel"


 Kota Konstantinopel (Istanbul) kelihatan Masjid Biru dan Masjid Hagia Sofia (dahulunya gereja)
 
"Kota Konstantinopel hanya jatuh ke tangan seorang ketua yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik. Begitu maksud sebuah hadis yang pernah dinyatakan oleh Nabi Muhammad s.a.w."  
kata Sheikh Bayram semasa mengajar ilmu hadis di Masjid Yelderim Beyazid Kulliyesi selepas sembahyang subuh.

Sultan Muhammad al-Fateh Penakhluk Konstantinopel karya Abdul Latip Talib muka surat 2

   Bagaimana kota itu hendak ditawan sedangkan kota itu amat kukuh sekali pertahanannya? Bagaimana sebuah matlamat (kejayaan) Bakal direalisasikan sedangkan ia amat sukar? Dalam usaha untuk menakhluk Konstantinopel pelbagai usaha dilakuakn oleh Sultan Muhammad al-Fateh.

sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “...Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera...” 

   Sultan Muhammad al-Fateh dan ayahndanya Sultan Murad mencari jalan untuk merealisasikan kata-kata rasulullah s.a.w mencari kenyataan. Namun kunci kejayaan bukanlah kepada peralatan ketenteraan yang canggih jumlah tentera yang banyak, pengalaman berperang yang luas, tetapi kuncinya terletak pada ciri-ciri atau kriteria yang ditetapkan oleh Rasulullah s.a.w untuk orang yang layak menawan kota Konstantinopel, iaitu "Raja yang baik dan tentera yang baik..."

   Dalam usaha kita mencapai kejayaan kita perlu tahu sama ada diri kita sudah cukup layak untuk mencapai cita-cita? Sebagaimana yang dilakukan oleh Sultan Fateh dan Ayahndanya, segala-galanya bermula pada diri mereka, pertama sekali mereka perlu menjadi "pemimpin yang baik" dan mereka mendidik rakyat & tentera mereka supaya menjadi orang yang baik-baik. Lihatlah di dalam diri kita adakah kita menepati kretiria orang yang baik?

   Kemudian dalam usaha menakhluk Konstantinopel, Sultan Fateh bersedia dengan melatih tenteranya dengan ilmu peperangan dan juga kekuatan rohani. Baginda juga mengatur pelbagai strategi untuk mengetahui kelemahan pada Kota Konstantinopel dengan melakukan risikan. Baginda juga membebaskan Urban iaitu pakar senjata yang sangat canggih iaitu "Meriam". Sikap mulia pada baginda telah menarik hati Zaqhanus iaitu ketua paderi Konstantinopel untuk memeluk agama Islam.

   Bayangkan seorang Sultan yang sama umurnya dengan aku berusaha untuk merealisasikan kata-kata Rasulullah s.a.w. Beliau juga menyanjungi semangat yang ada pada seorang sahabat nabi iaitu Abu Ayub al- Ansari yang bersemangat untuk berjuang walaupun sudah tua.

 Makam sahabat Nabi Abu Ayu al-Ansari di Masjid Eyup Sultan

   "Serangan dilakukan namun banyak kali menemui jalan kegagalan"

    Golden Horn "Tanduk emas" yang diretangi oleh rantai-rantai besi menyebabkan kapal-kapal perang Sultan Muhammad tidak dapat mengepung kota itu seluruhnya. Tembok kota yang mempunyai 3 lapisan sangat kukuh walaupun beratus-ratus peluru meriam dilepaskan baru sahaja memusnahkan lapisan pertamanya. Namun Sultan Muhammad yang masih lagi muda tidak berputus asa. Sehingga tarikh 29 Mei 1453 Sultan Fateh bersama tenteranya bejaya menakhluk kota yang diidamkannya. Maka dengan itu hadis Rasulullulah s.a.w beratus tahun lalu menjadi kenyataan

 Makam Sultan Muhammad al-Fateh

  Dalam usaha mencapai kegagalan yang paling penting meletakkan matlamat pada jalan yang diredhai Allah s.w.t. Jika menemui kegagalan bukan penghalang untuk kita terus mencuba. Gagal menawan kota Konstantine bukan bermakna Kota itu terus lenyap dan tiada harapan untuk menawannya, selagi kota Konstantinopel itu masih wujud di Muka Bumi ini selagi itu peluang masih ada. Strategi yang baik perlu ada dalam usaha kita mencapai kejayaan namun jangan memandang rendah pada mereka yang gagal menawannya, tetapi jadikan ianya sebagai panduan untuk melihat diri kita supaya menjadi yang terbaik. Akhir sekali setelah berusaha apa yang perlu ialah berserah 100% kepada Allah s.w.t. Mudah-mudahan penulisan ini memberi semangat kepada diri aku dan juga pembaca setia.







Muhammad Saffuan Bin Jaffar
15 Muharram 1432 H

Lagi-lagi Kemalangan

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Sumber : KOSMO

   Wahai pembaca sekalian, bila nak tulis artikel kali ini aku rasa jiwa bergelora rasa nak menjerit pun ada, sebabnya... Kalau tengok berita, baca surat khabar, cerita apa yang paling banyak terpampang di akhbar? Tak lain tak bukan "kemalangan yang menyebabkan banyak nyawa terkorban" Selalunya kalau dah banyak kemalangan ada "golongan tertentu" yang akan bincang. Kemalangan bincang kemalangan bincang kemalangan bincang, dan bincang tak dah hasil (tindakan drastik). "ONLY TALK BUT NO ACTION"

   Aku nak ceritakan pengalaman aku ke Kuala Lumpur, tak silap aku dalam bulan Jun tahun 2010. Perjalanan dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur yang mengambil masa 4-5jam memerlukan pemandu ganti. Tapi driver bas/syarikat bas macam tak endah saja arahan yang dikeluarkan. Bas di dari Sungai Nibong sampai la ke plaza tol (jawi la kot) ada JPJ buat pemeriksaan akhirnya "kono saman la". Padan muka, senang-senang ja dia ingat boleh lepas.

Signboard di Lebuhraya Utara Selatan (Seberang Perai Selatan)

   Kes kedua semasa aku nak ke Kuala Lumpur dalam bulan Ogos tahun yang sama. Sepatutnya masa yang logik 4-5 jam ini bayangkan bas yang aku naik mengambil masa hanya 3 jam 30 minit dari Sungai Nibong ke Kuala Lumpur (tol masuk KL). Aku anggarkan jarak ke Kuala Lumpur dari Sungai Nibong ialah 370km. 370km/3.5jam = 105km/jam, driver bas bawak memang laju kecut perut aku, ingat benda lawak? Alhamdulillah la aku selamat sampai.

   Semalam dekat rumah aku ada kemalangan melibatkan kereta di tempat orang melintas (zebra line yang ada trfik light) dan 3 bulan lepas ada kemalangan yang sama terjadi apabila motorsikal melanggar pejalan kaki yang sedang melintas.

  Ok dah habis aku tulis pasai kemalangan, sekarang apa masalahnya? Pemanduan tidak berhemah atau penguatkusaan yang tidak tegas ATAU kedua-duanya sekali? Mahukah kita dengar berita kemalangan yang melibatkan kematian hampir setiap minggu? Masih ingat lagi kemalangan di Genting Highlands, bas yang di pandu tidak mempunyai brek?Bagaimana pula dengan tindakan undang-undang kepada pihak pengusaha bas yang cuai? Jika keadaan ini berlanjutan perlu kerajaan mengambil tindakan tegas membekukan lesen pemandu yang mempunyai rekod tidak baik, begitu juga dengan pengusaha bas yang endah tak endah. Perlu lagi perbincangan tanpa tindakan? Ini antara nokhtah dan persoalan, JOM BINCANG : )!

Mungkin antara langkah yang boleh dilakukan

1. Menggantung lesen pemandu bas yang mempunyai rekod hitam
2. Mewajibkan pemandu bas berkursus seperti pemandu lori tangki minyak
3. Speed Kamera di kawasan kemalangan
4. Rondaan kerap pihak berkuasa di jalan raya atau dan lebuh raya
5. Pantau rekod syarikat pengusaha bas agar mematuhi piawaian keselamatan (ada boleh biaq driver guna bas tak dak break?)
6. Atau kita bincang lagi....







Muhammad Saffuan Bin Jaffar

Ahad, 19 Disember 2010

KEMAS dan SEMAK

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

   Pagi tadi aku ada baca artikel mengenai "Bersih Hati, Bersih Perbuatan" dan ada satu petikan yang agak menarik untuk dikongsi bersama hampa semua.


HOS: Sudah jadi satu tanggapan pula, kalau rumah orang bujang biasanya dikaitkan dengan kotor dan bersepah, kecuali saya [lawak]. Apakah ustaz bersetuju dengan pendapat ini? Bagaimanakah untuk mengubah tanggapan ini? 

Sumber rujukan : Majalah Solusi Isu No.4 Jagalah Hati - Ruangan Remaja dengan Ustaz muka surat-73 "Bersih Hati, Bersih Perbuatan Iman itu dibuktikan melalui tindakan"



   Sebagai pelajar yang belajar jauh dari rumah, aku tak nafikan semua orang mengalami masalah seperti di atas, rumah kotor dan sebagainya. Sebagai individu yang berkongsi manfaat (rumah, dapur, ruang tamu, bilik air) dengan rakan-rakan lain, kita perlu menghormati hak kawan-kawan kita yang lain. Pandai guna, pandai basuh, reti basuh pandai simpan. Sikap main lepas tangan, biarkan pinggan mangkuk serta peralatan memasak di dalam sinki perlu dielakkan. Kita bijak berkata-kata tapi dimanakan tindakan, takkan nak biar sinki sampai penuh baru nak cuci? Fikirkan lah.

   Rasa tanggungjawab perlu ada. Selalunya kalau kita tengok tong sampah di dapur dah penuh, agak-agak ada sesiapa yang terfikir untuk tolong buang? Atau semua berpakat untuk tengok saja? "Tak pe lah, nanti ada orang tolong buangkan...." 10 kali lalu, 10 kali tengok. Jika kita faham situasi tinggal serumah, kalau dah kawan lain dah buangkan sampah, dan kita rasa diri tu tak buat (buang sampah) apa nak tunggu lagi, tolong la kawan tu, takkan asyik dia saja yang nak tolong buang.

   "Tetapi kalau orang bujang ada dorongan yang kuat, dia mampu bersih. Dan dorongan yang kuat tadi ialah keimanannya kepada Allah"

   Bayangkan situasi ini kena pada batang hidung sendiri. " Aku dah penat lap meja, sapu lantai, basuh pinggan, tengok-tengok dia buat semak balik... ya Allah tolonglah aku!"  Kita kemas orang lain buat semak, kita tak rasa bersalah ke? Biasakanlah diri anda tahu nak kemas ruangan yang dah guna, jangan susahkan orang lain dengan sikap anda tu, tolonglah ubah, ada orang memang tak boleh tengok SEMAK, jangan sampai orang sakit hati. Jangan cakap lebih dari bertindak, nak gotong royong la... itu la... ini la... but no action! Kalau yang termakan cili dan terasa pedas, mintak maaf la kat kawan anda tu... dia memang geram dan tensyen, tapi dia tak luahkan sebab nak jaga hubungan baik, tapi jangan kita tores hati dia dengan sikap kita yang tak reti nak hargai apa yang orang buat!

SECARA RINGKASNYA

 "SEMAK" >---susun elok-elok---> "KEMAS"
  
   Semak dan kemas berkongsi huruf yang sama A,E,K,M dan S cuma kita yang perlu ubah "SEMAK" jadi "KEMAS" atau "KEMAS" jadi "SEMAK". Segalanya di tangan kalian....
 





Muhammad Saffuan Bin Jaffar

Setem Percuma

Assalamualaikum dari penulis,

   Amaran! Sebelum aku nakcerita, aku nak pesan dulu sebelum aku nak mula cerita. Bak kata pepatah Melayu "Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan Sempadan". Tadi aku belek-belek surat yang aku terima dulu. Aku ternampak la setem Bunga Kertas yang cantik nih, setem 60sen.

 
Cantik tak setem ni?

  Kalau dibaca pada tajuk, aku bukan nak cerita pasai setem ni cantik… hobi kumpul setem la… tapi macam mana nak dapatkan “setem percuma”? Aku ingat lagi waktu aku dalam umur 8 tahun, teknik setem percuma ni ada orang yang ajar kat aku. Mudah saja nak dapat benda free nih, kena ada otak kuning sikit. Modal tak banyak, guna minyak rambut “code 10″ atau minyak zaitun pun dah on projek nih. Step dia, sapukan minyak pada setem sampai dakwat garisan yang macam ombak tu hilang… Dah tak payah nak keluar modal 60sen.

 
[sebelum] Setem yang kita terima, tengok dakwat berombak tu ada lagi

 
[selepas] tada… dah hilang, sapu dengan minyak ja dah boleh guna balik…

   Dengan nih kita boleh hantar surat dengan percuma tak payah nak bayar duit setem. TETAPI aku nak pesan sikit kat penipu yang duk buat kerja ni lagi. Ingat tak Allah s.w.t perhatikan apa yang kita buat. 60sen kalau kat dunia ni kecik ja, sanggup nak bayar 60sen yang akhirat punya? Ni satu bentuk penipuan dan satu bentuk kezaliman “meletakkan setem yang telah digunakan pada bukan tempatnya”. Ingat postmen tu buat kerja free? Kalau ikut definisi setem,

"Setem ialah bukti pembayaran yuran perkhidmatan pos yang lazimnya berbentuk helaian kertas segiempat kecil yang dilekat pada sampul surat atau poskad. Setem ini menandakan bahawa orang yang mengirim surat atau pakej itu mungkin telah membayar yuran pengiriman terdahulu sama ada dalam jumlah penuh atau ansuran. Setem merupakan kaedah paling laris bagi membayar untuk perkhidmatan pos runcit; alternatifnya termasuk sampul surat pos prabayar dan meter pos."

   Ingat semua kos penghantaran semuanya free? Fikir-fikirkanlah atas semua tindakan kita. Jangan marah ya, dan aku nak kongsi mengenai setem di UK.

 
 Gambar Queen ja yang ada, corak lain aku tak pernah tengok

   Aku test minyak kat setem UK, apa hasilnya? Dakwat cop tu tak keluar la pulak! Tak sama dengan setem Malaysia, aduh baru niat nak buat (acah je). Aku rasa Pos Malaysia kena ambil tahu mengenai benda ni, kalau tak rugi la. Katakan 1 orang buat setem 60sen, dan aku agak-agak, paling kurang pun ada 6000 orang  yang buat “setem subsidi”. 6000 orang x 0.60sen = RM3600 (kerugian yang di alami). Itu anggaran saja, aku tak tahu la berapa ramai yang buat.
 
Setem yang terbesaq aku pernah tengok. 9 Kali ganda saiz setem uk yang kecik tu…

   Kalau nak koyak setem tu tak boleh tu… macam roadtax kereta, kalau koyak hancur, sama hancur dengan hati penerima “setem subsidi/setem percuma”. Kepada yang dah buat tu sudah la, insaflah 60sen ja, yang cuba nak buat lepas baca artikel ni, aku ingatkan dari awal lagi, jangan cuba mencari jalan mudah yang tak diredhai Allah. Ok jumpa lagi nanti aku cerita benda lain pulak.






Muhammad Saffuan Bin Jaffar

Apa Hobi anda?

 Assalamualaikum dan salam sejahtera


     Malam-malam sabtu macam ni orang tengok drama di TV3, tapi aku malas nak layan tv. Kemudian aku dapat idea nak tulis cerita mengenai Hobi, apa hobi anda? Kalau aku, aku buat banyak benda waktu masa lapang dan aku ada banyak hobi. Jadi taklah rasa bosan.

1. Fotografi
Tiap-tiap hari memang tak sah kalau tak tangkap gambar, aku dah snap dekat 10,000 keping gambar. Paling aku suka amik gambar "night sky" memang cantiklah, lepas tu aku suka jalan-jalan sekitar George Town ambik gambar bangunan heritage.


  2.Astronomi
Hampir setiap hari aku akan tengok planet atau bintang, dan macam-macam lagi. Aku jugak ahli kelab Astronomi USM.

3. Baca Buku / Majalah
Sumber bacaan aku tak terhad kepada buku atau majalah, kadang-kadang aku baca jugak dari blog-blog. Aku tak suka beli surat khabar sebab dia besar, baca kat internet senang...

4. Memasak
Aku akan masak bila aku ada mood. Kalau ada idea bernas aku akan cipta resepi baru, macam kat atas ni. Kadang aku suka cuba resepi, kalau makan di kedai, aku akan analisis rasa balik on la experiment. But masak aku tak cakap la sebagai hobi, tapi salah satu kemahiran yang perlu ada tak kira lelaki ataupun perempuan.

5. Kumpul Wang lama dan syiling
Hobi ni pernah menjadi kegilaan aku masa aku darjah 5 sehingga ke sekolah menengah. Memang best aku cakap, kalau orang nak beli koleksi kita depa sanggup tawar harga tinggi. Yang mencabar hobi ni, kita kena pandai kenal pasti duit tu duit palsu atau pun sebaliknya. Kalau kena tipu memang frust.

6. Mengumpul stem atau Tiket
Hobi ni bergantung pada keadaan. Sebelum aku mula collect wang dan syiling aku mula dengan kumpul setem siap dalam album lagi. Setem senang cari dan murah berbanding wang lama. Cabaran hobi ni sama dengan kumpul wang lama, tapi kos rendah. Setem senang dijaga kalau nak banding dengan duit. Waktu aku sekolah dulu aku dengan cikgu aku tukar-tukar setem. Hobi ni best kalau ada join persatuan. Tiket pun aku suka simpan buat koleksi, tapi tak banyak la sangat

7. Berkebun
[Tak ada gambar, kebun lama dah musnah]
Berkebun hobi yang dah lama aku tinggalkan sebab masuk ke sekolah asrama. Aku ada tanah lapang seluas gelanggang badminton. Macam-macam sayuran yang aku tanam, yang bestnya ada orang beli dari aku. Dalam masa yang sama jadi bisnes la pulak. Ayam pun aku bela dulu, telur ayam dapat sambutan. Ini hobi yang ada income bagi aku tapi kena banyak sabar.

Apa Hobi Anda?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...