Khamis, 22 Januari 2015

15 Pemandangan Menakjubkan Dari Tingkap Kapal Terbang


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

"Tuan-tuan dan puan-puan sebentar lagi kita akan berlepas ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai..." Ayat yang sinonim yang selalu didengari sebelum kapal terbang berlepas ke destinasi. Saat itu mungkin terbayang-bayang tempat yang bakal dituju. Tak kurang jugak dengan perasaan sedikit gementar, jantung ni dup dap dup dap. Begitu la perasaan yang selalu aku lalui, setiap kali penerbangan, perasaan gementar tu tetap ada.

Kebanyakkan penerbangan aku berpeluang untuk duduk di kerusi tepi tingkap, waktu nak berlepas mata aku tak memandang ke tempat lain, sebaliknya tertumpu pada jendela pesawat. Bila naik kapal terbang, rasa macam angkasawan negara je "bercita-cita nak jadi angkasawan tapi tak tercapai". Semakin lama semakin tinggi kapal terbang meluncur naik ke angkasa, daripada bangunan kecil sehingga pemandangan dihiasi dengan awan, subhanallah sangat cantik.


Pemandangan semasa penerbangan daripada Kuala Lumpur ke Pulau Pinang

Penerbangan daripada Kuala Lumpur ke Beijing, waktu ni tengah malam tapi langit sangat cerah, pelik...

Semasa kapal terbang melintasi sebuah kawasan di London.



Tidaklah kamu melihat bahwa Allah mengarak awan, kemudian mengumpulkan antara bahagian-bahagiannya, kemudian menjadikannya bertindih-tindih, maka kelihatanlah olehmu hujan keluar dari celah-celahnya... Surah An Nuur: Ayat 43

Penerbangan daripada Kuala Lumpur ke Kuching, dapat tengok kapal laut. 

Gunung Santubong di Sarawak.

Penerbangan daripada London ke Istanbul

Kapal terbang semasa melintasi di ruang udara Turki

Kapal terbang semasa melintasi kota Istanbul

Penerbangan MH001 ke London semasa melintasi Perancis.

Pulau Kulaly di Laut Caspia 

Semasa melintasi ruang udara Afganistan di kawasan pergunungan

“Dan telah Kami jadikan di bumi ini gunung-gunung yang kokoh supaya bumi itu (tidak) goncang bersama mereka…”  surah Al-Anbiya : Ayat 31

Garabolgazkol di Turkmenistan berhampiran dengan Laut Caspia. 

Pelabuhan Shevchenko di Khazakhstan

BONUS 15 + 2

Penerbangan daripada Kuala Lumpur ke Kansai semasa melintasi ruang udara China. Saat matahari terbenam, subhanallah hati saya sangat tersentuh semasa menyaksikan kebesaran Allah s.w.t. 

Penerbangan daripada Pulau Pinang ke Medan. 

"Dan matahari itu berjalan (bergerak) di tempat ketetapan baginya, yang demikian itu ketetapan Allah Yang Maha Gagah dan Maha Mengetahui" Surah Yaasin : Ayat 38

Kadang-kadang aku berpeluang snap gambar, kadang-kadang aku tak ambil pun, cuma tengok jer. Bila tengok ke luar, nampak awan, aku terfikir macam mana la Allah jadikan awan, macam mana, macam mana? Macam-macam lagi la... Dari tingkap kapal terbang aku dapat lihat langit yang tinggi membiru. Aku juga sempat menyaksikan saat-saat matahari terbenam, aku rasa sayu di hati, kadang-kadang tu menitis air mata. Tapi, nasib baik boleh sembunyi belakang curtain kapal terbang, kikikikiki.... Aku kagum dengan setiap keindahan alam ciptaanNya. Kongsikan pengalaman anda...



54 ulasan:

  1. curtain kapal terbang kat mana? haha. suka duduk dekat sayap kapal terbang sbb nak tgk pergerakan sayap tu jugak :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha, dalam bas ada la curtain....
      ye suka tengok sayap tu bergerak2, tapi bukan masa sayap tu bergegar, yang tu tak suka... takut...

      Padam
    2. jemput travel central europe naa :D kalau minat nature, czech is one of the place you must go :D city pun menarik jugak to learn something

      Padam
    3. insyaAllah, saya plan ke Europe tahun 2017...
      mungkin awak ada cerita mengenai czech untuk dikongsikan?

      Padam
    4. haha, ada few je rasanya kat blog. cuma sy baru je start aktif balik blogging, so banyak jugaklah yg tak cerita kat blog tntg czech ni. will do it slowly. :)

      tu laa, ramai jugak bertanya mintak buatkan post pasal czech. kena duduk diam kejap sbb kena fikirkan dari pandangan traveler/tourist. sbb bila duduk sini lebih 3 tahun, rasa dia lain dah :D

      Padam
  2. Penulisan anda kreatif.., banyak idea ye....

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih, sementara banyak idea ni saya menulis, nanti tengok la blog ni senyap berbulan2... adeyh...
      menunggu untuk posting kerja...

      Padam
  3. yup... totally agreed!! pemandangan dari tingkap flight memang selalu dinanti-nantikan.. lebih2 lagi kalu duduk tepi tingkap.. rasa rugi je kalau tak snap gambar.. ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. paling susah nak dapat view waktu sunset atau sunrise!
      yang tu wajib snap...

      Padam
  4. Suka part bila nak landing tu. Memang cantik & rugi kalau tak ambil gambar!

    BalasPadam
    Balasan
    1. kann... tengok rumah kecik2 jer...
      waktu tu memang ready kamera siap2...

      Padam
  5. WOW...
    MENARIK...
    http://jmbelog.blogspot.com/
    (SINNGGAH KLIK NUFFNANG)

    BalasPadam
  6. Betapa indahnya ciptaan Allah kan... thanks for sharing those great photos!

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya sangat indah alam ciptaan Allah s.w.t
      terima kasih :)

      Padam
  7. Subhanallah..pemandangan yangsusah nak carik kolo sendiri x pergi. Terimekasih sebab berkongsi :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye betul tu, jarang2 nak berpeluang duduk di tepi tingkap, kalau dapat pun mungkin waktu tak mengizinkan untuk tengok view yang lawa2... sama2...

      Padam
  8. Subhanallah cantik sgt pemandangan tue

    BalasPadam
    Balasan
    1. subhanallah, indah sungguh ciptaan Allah
      terima kasih.... :)

      Padam
  9. xde peluang duduk tepi tingkap..huhu.. xde chance nak tengok pemandangan..selalu tengok org tepi tingkap kemain beria.. takkan kite nak ngendeng kat dia tukar seat kejap plak kan..hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha, betul tu takkan nak sibuk2 kacau tempat diorang, jeling2 jer nak tengok...

      Padam
  10. Keindahan ciptaan Allah swt..view yang sangat cantik..
    Kalau berpeluang duk tepi tingkap memang rugi tak snap gambar..sebab view takkan sama setiap kali terbang..
    ~biar la passanger lain tengok kita mcm jakun asik snap gambar awan..hahaha..

    BalasPadam
    Balasan
    1. setuju "view takkan sama setiap kali terbang...." saya pun tak kisah apa orang nak cakap, janji snap... kadang2 tu sebaris dengan kita, semuanya snap gambar...

      Padam
  11. My fav would be pulau kulaly di laut caspia!...cantik...semua pon cantik... rasa nk buat similar post la..he..he...

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih, silakan2 nanti saya nak ziarah blog....

      Padam
  12. Maha Suci Allah, diberiNya kesempatan buat Saffuan melihat betapa indahnya bumi ciptaanNya, kak ana singgah dan follow blog menarik ini #447. salam ukhwah :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah terima kasih akak sebab sudi ke sini dan follow blog saye...

      Padam
  13. Untung dapat duduk tepi tingkap lepas tu snap pic cantik-cantik macam ini. Meningkatkan keterujaan untuk terus travel

    BalasPadam
    Balasan
    1. yer, gambar yang cantik2 tu kita share dengan kawan...
      teruskan niat untuk travel, kerana banyak lagi misteri yang belum kita terokai...

      Padam
  14. Salam kenal, follower 448... kak pun suka duduk tepi tingkap, menyaksikan panorama indah ciptaan Tuhan.... tapi kalau terbang sebelah malam, mana-mana tempat pun takpe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam kenal juga,
      terima kasih sebab sudi follow....
      betul2 kalau malam2 mana2 pun jadilah...
      sebab tak de mende nak tengok...

      Padam
  15. Memang cantik kalau berpeluang duduk di sebelah tingkap, pernah sekali dapat tangkap gambar KLCC dari udara, lawa. Tapi saya lebih prefer duduk di aisle,sebab senang nak keluar pergi toilet tak payah kacau orang (walaupun memang jarang sangat saya pergi toilet tu hehehe)

    BalasPadam
    Balasan
    1. wah, dapat snap KLCC... saya dapat snap KLIA2...
      btul2 kadang2 tu kalau duk tepi tingkap nak kena kacau sampai 2 org...

      Padam
  16. Salam..Subhanallah cantik gambar-gambarnya..dulu masa duduk Jepun setahun sekali wajib ler naik ketebang balik kampung..sekarang naik pun p short business trip jerrr balik hari heheh..

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam.... wah seronoknya pernah duk jepun...

      Padam
  17. Selalu tengok awan melalui tingkap kereta je. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. insyaALLAH ada rezeki lepas ni tengok awan dari kapal terbang pulak...

      Padam
  18. besnya..kalau lah banyak duit nak travel juga...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, insyaAllah ada rezeki boleh la pergi travel....

      Padam
  19. bestnye terbang ke sana dan ke sini..=)
    follow kat sini...hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhadmulillah...
      terima kasih, rajin2 la ke sini...

      Padam
  20. Subhanallah.
    cantikkan pemandangan tu.
    Nanti travel ke banda acheh pula.
    boleh tengok landskap banda acheh yang dah berubah selepas tsunami.
    jangan lupa tanam dalam diri juga untuk berkunjung ke tanah suci. :)
    Balas kunjungan dan follow sini. Tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye, indahnya ciptaan Allah s.w.t...
      saya memang bercadang untuk ke acheh...
      terima kasih atas cadangan saudari tu...

      Padam
  21. Sronok nye..dh byk tmpt travel..sy ulang alik kl-bintulu je..tapi tuh pun dh bosan naek kapal terbang..hahah..nak2 lately nih byk sgt kes kemalangan di udara...buat rase cuak plak nk naek kapal trbg..heee

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah, sebab selalu naik kapal terbang tu yang bosan...
      memang betul sekarang ni takut....

      Padam
  22. subhanallah.. sangat awesome! ~ sy jarang dpt dok tepi tingkap... tp serius cantik bumi ciptaan Allah ini ~

    http://mohdkhairi9197.blogspot.com/

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya betul tu, tak terucap dengan kata-kata melainkan Subhanallah....

      Padam
  23. cantiknyaaaa subhanallah..mmg bila naik kapal terbang ni lagi terasa kagum dengan kebesaran Allah..dok atas sana rasa kecilnya kita sebagai hamba...

    BalasPadam
    Balasan
    1. setuju tu, terasa kerdil bila melihat keagungan Allah s.w.t

      Padam
  24. saya pon suka dduk tepi tingkap..suka snap2 gambar...subhanallah mmg cantik view awan & view dr atas...

    BalasPadam
  25. Subhanallah. Indah sungguh ciptaan Allah. Saya sgt suka tgk view dr tingkap kapalterbang. Saya selalu mmbayangkn bagaimanakah cantiknya syurga Allah itu sedangkan melihat awan yg berkepul kepul pun sudah cantik. Alahu rabbi.

    BalasPadam

Tolong letak nama, ok??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...