Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Pengalaman bercuti sememangnya menyeronokkan, tak kisah la sama ada korang bercuti dalam ataupun luar negara. Pengalaman bercuti pasti korang tak kan lupa sampai bila-bila, kadang-kadang tu masa waktu lapang, bukak balik album, tengok balik gambar, mesti suka kan... Tapi kadang-kadang tu, bila tengok balik ada gambar yang ntah ape-ape... aisyeh menn... Gambar ape yang aku amik nih! Bukan senang korang nak patah balik, nak ambik balik gambar. So aku nak share sikit tips dengan korang 20 Jenis Gambar yang Wajib Ditangkap Semasa Travel. Dalam entry kali ni aku bagi idea sikit macam mana gambar yang korang patut ambil untuk kenang-kenangan masa trip korang nanti. Jom kita terjah
Sumber : Dailymail
1. PASSPORT DAN TIKET KAPAL TERBANG
Jangan lupa setiap kali pergi travel snap la gambar cop visa ataupun tiket kapal terbang. Gambar ni dapat mengimbas balik tarikh sebenar korang travel.
2. GAMBAR SEMASA BERLEPAS/MENDARAT
Waktu mendarat merupakan saat yang gila exited, aku akan jenguk kat tingkap tengok, apa yang aku nampak akan bagi gambaran awal tentang trip aku. TIPS ini boleh pakai jika korang dapat seat tepi tingkap dan berlepas/mendarat waktu siang.
TRIP TURKI 2010 - Kapal terbang menghampiri Lapangan Terbang Sabiha Gocken, Istanbul
Kapal Terbang menghampiri Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching
Kapal Terbang menghampiri Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching
Pemandangan dari atas kapal terbang ketika melintasi salah satu bandar di Eropah
Pemandangan Gurun ketika Kapal Terbang melintasi Afghanistan
3. WELCOME SIGNBOARD
Kadang-kadang waktu jalan-jalan kita akan nampak Welcome Signboard, so cepat-cepat pergi ambik gambar, sebab dalam dunia ni ada satu je signboard yang macam tu. Kalau tak jumpe Welcome Signboard, ambil je la signboard ape pun. Wajib ada untuk upload kat instagram, Facebook atau dalam blog.
Signboard di Seoul Station, Korea
4. SIGNBOARD PELIK/MENARIK
Kalau berjalan tu tumpukan mata korang kat signboard yang pelik atau menarik, kalau jumpa terus snap.
Turn Again Lane, Oxford, UK
SMILE, London, UK
Tak kutip taik anjing kena denda di Nottingham, UK
"Kami Otai" itu je yang menarik. Gambar diambil di Subway, Nagoya
"Kami Otai" itu je yang menarik. Gambar diambil di Subway, Nagoya
Signboard Elton on The Hill, UK.
5. KENDERAAN
Kenderaan ni maksud aku, bukan la kenderaan yang biasa kita tengok. Kalau Penang atau Melaka kenderaan yang menjadi ikon bagi kedua-dua negeri tu semestinya Beca! Kalau di Indonesia ada Bajaj atau Betor. Kalau berkesempatan, korang pulun ambik gambar seolah-olah korang yang bawak kederaan tu.
Beca di Singapura
Betor di Medan
Tuk-tuk di Songkhla, Thailand
6. BANGUNAN YANG CANTIK/PELIK
Contoh bangunan yang korang boleh ambik macam gambar
Jubilee Campuss, University of Nottingham, UK
Reka bentuk bangunan unik di Seoul
7. FESTIVAL TEMPATAN
Berdasarkan laman web rujukan aku, gambar festival tempatan merupakan gambar yang sangat sempurna/perfect!
Attending a festival or parade usually means plenty of color, tradition and locals in other words, the perfect photo recipe. Sumber : Popsugar
8. PASAR
Pasar merupakan tempat tumpuan penduduk tempatan untuk proses jual dan beli. Di pasar korang dapat tengok macam-macam jenis benda yang ada local value (ni istilah aku) ada budaya tempatan. Pasar di Malaysia tak semestinya sama dengan pasar di Myanmar, Filipina ataupun di Arab Saudi. Pasar merupakan lokasi wajib aku semasa aku travel!
Pasar di Osaka
Grand Bazaar, Istanbul
Gerai kecil di tepi jalan, Kota Istanbul
9. LANDMARK YANG FEMES
Landmark yang femes juga menjadi batu penanda yang korang dah sampai kat tempat tu. Pastikan cari dalam internet landmark yang femes kat tempat yang korang nak pergi.
10. RUTIN PENDUDUK TEMPATAN
Rutin penduduk tempatan ni kiranya macam gambar kehidupan seharian diorang, kalau korang pergi pasar pun korang boleh amik gambar contohnya gambar diorang tengah buat kerja macam masak ker, angkut barang ke.
Peniaga hasil laut di Busan, Korea
Seorang lelaki Batak sedang membakar babi untuk dimasak, Pulau Toba, Medan
Tukang Cuci Kasut di Selcuk, Turki
11. LANDSKAP
Landskap bagi pendapat aku la gambaran penuh kat satu tempat tu, contohnya kalau korang pergi kat stesen keretapi korang boleh ambil gambar suasana dalam stesen keretapi tu macam mana. Gambar macam ni juga mampu mengimbas kembali pengalaman korang bersesak-sesak kat stesen keretapi dan korang boleh masukkan dalam blog. "Fuh, suasana sesak gila kat stesen keretapi Kyoto" Ayat ni sangat hidup kalau korang sertakan dengan gambar. Selain tu korang boleh la ambil gambar pemandangan ker, bukit bukau ker, pemandangan tengah bandar ke... Sekarang ni handset masing-masing dah canggih, guna apps lagi senang.
12. MAKANAN TRADISIONAL
Makanan tradisional di satu-satu tempat biasanya sangat unik dari segi cara ia dibuat sehinggalah makanan tu dihidangkan. Kalau korang sendiri pergi makan makanan tradisional kat mana-mana tempat jangan lupa snap satu. Kalau korang tengok balik mesti teringin nak makan lagi...
Ayam Pansuh di Kuching Sarawak
Otak-otak, Kelantan
Tomato dan Telur Pecah dimakan bersama roti, Makanan tempatan Turki
Kofte Daging kambing, santapan saya semasa menetap di sebuah madrasah di Konya
Baklava manisan yang terkenal di Turki
Unagi yang dijual di Nishiki Market, Kyoto
Kuih Kacang yang dijual di Beijing, tekstur kuih ni agak gebu, lembut dan sejuk. Rasanya pelik sikit.
Tomato dan Telur Pecah dimakan bersama roti, Makanan tempatan Turki
Kofte Daging kambing, santapan saya semasa menetap di sebuah madrasah di Konya
Baklava manisan yang terkenal di Turki
Unagi yang dijual di Nishiki Market, Kyoto
Kuih Kacang yang dijual di Beijing, tekstur kuih ni agak gebu, lembut dan sejuk. Rasanya pelik sikit.
13. STREET FOOD/LOCAL FOOD
Jika korang ada makan makanan yang sedap-sedap jangan lupa snap, sebab korang mungkin akan ingat kesedapan makanan tu bersama-sama gambar yang diambil. Boleh masuk dalam blog dan suggest kat pembaca korang.
Putu Perak, Cameron Highland
Kuih Manja, Cameron Highland
Samosa di Tamil Street, Pulau Pinang
Ais Tingkap di Tamil Street, Pulau Pinang.
Cendol Pulut di Tamil Street, Pulau Pinang
Pisang Goreng dan Sambal di Johor
Air Botol, Pantai Sabak
14. GAMBAR BERSAMA PENDUDUK TEMPATAN
Setiap kali trip aku akan ambil gambar bersama penduduk tempatan, biasanya aku akan berbual-bual dialog itik ayam kemudian aku akan request untuk ambik gambar. Gambar yang aku nak ambik sangat-sangat kalau diorang berpakaian tradisional, memang aku akan kejar sampai dapat!
TRIP TURKI 2010 - Kanak-kanak Turki mengenakan pakaian tradisional untuk majlis berkhatan
15. LORONG/JALAN
Jangan korang ingat gambar lorong tu tak de apa-apa nilai. Bagi aku gambar lorong ada identiti tersendiri, kadang-kadang tu ada signboard, tanda jalan dan lain-lain view. Gambar-gambar macam ni akan berikan satu deria semasa korang berkongsi cerita dengan kawan-kawan.
Lorong di Osaka
Jalan Pejalan Kaki di Singapura
16. AKTIVITI atau MOMENT KORANG YANG BEST
Jangan lupa snap gambar aktiviti atau moment korang yang best. Boleh tersenyum atau tergelak sorang-sorang kalau tengok balik.
17. BANGUNAN PENCAKAR LANGIT
Jika korang berpeluang dapat view bangunan pencakar langit yang best jangan lepaskan peluang.
KLCC
18. GAMBAR MUSIM
Setiap negara ada musim-musim yang best, musim sejuk, musim luruh, musim panas, musim bunga, musim hujan dan musim durian,. Aku paling suka masa musim luruh, daun-daun merah, kuning memang cantik sangat.
Salji tebal semasa di Penrith, ingat signboard tu penting
Musim luruh di Secret Garden, Changdeoukgung, Seoul.
Musim bunga, cuba teka kat mana?
19. DI MANA KAKI AKU BERPIJAK
Untuk jadikan gambar korang ni bermakna dan something memorable, ambil gambar yang ada local punya identiti, contohnya ambil gambar kaki di padang pasir atau di tepi pantai.
20. GAMBAR SEMASA MATAHARI TERBIT/TERBENAM
Pemandangan semasa matahari terbit dan terbenam memang sangat cantik. Cari bangunan landmark dan ambil gambar waktu matahari cantik, pastikan korang tahu teknik silhouette.
Pemandangan matahari terbenam di Kuching Sarawak
Sumber gambar : PPCDN Ni impian aku untuk Trip Indochina 2015 nanti
Sumber gambar : PPCDN Ni impian aku untuk Trip Indochina 2015 nanti
Ingat ye, setiap kali kita klik nak ambil gambar biar gambar tu ada nilai sentimental. Selain daripada membantu korang mengimbas semula memori terindah semasa bercuti ala-ala honeymoon, gambar yang korang ambil mungkin membantu untuk korang share informasi di blog... Selamat mencuba dan semoga bejaya...
Muhammad Saffuan Bin Jaffar
wah...terbaik...selamat maju jaya
BalasPadamterima kasih...
Padamcantik2 gambar nya.... nice tips .. 1st time jejak sini.. ^_^
BalasPadamterima kasih... sila datang la lagi ke sini...
Padamtq =)
PadamSomething interesting bagus!
BalasPadammostly memang saya buat.. yang mana tak buat tu.. nak cuba juga.. ^_^ suka suka sukaa...
BalasPadamyang mana tak buat tu, selamat mencuba tau!
PadamMenarik-menarik! Terasa nak travel lagi. Huhu!
BalasPadamterima kasih... tu la kan, rasa macam nak pergi je travel... bosan hari2 duk rumah...
PadamSuke sangat perkongsian ni
BalasPadamterima kasih! Jemput datang lagi ke sini... ada banyak cerita menarik yang akan dikongsikan....
PadamNice tips hahahha rugi dulu time travel pakai fon blackberry je takde ig hahahhaha
BalasPadamterima kasih... balckberry ke.. ape ke... janji ada snap gambar... yang rugi nye bila pi travel tak de gambar...
Padambest best.. kalau saya nak travel nanti nak buat camni jugak la.
BalasPadamlagi best abang husein kalau selalu gi travel nek motor besar...
PadamSubhanallah..hebat anak muda ini..
BalasPadamkami biasa2 je... terima kasih sebab sudi singgah di blog saya... kalau pergi jalan jangan lupe snap gambar cantik2...
Padamhahahah ok mmg ini juga yang kite tgk berlambak kat wall FB kalau org g bejalan.. hekhekhek
BalasPadambiase la kann... terima kasih sebab sudi follow dan singgah di blog saya.... :)
PadamYa Allah, saya jatuh hati baca semua tips ini, dan ke semua yang dinyatakan saya sudah praktikkan, memang betullah, kaki travel akan lakukan sedemikian, yang menarik hati ambil gambar di suatu lorong sunyi...itu ada sangat berharga...moment yg indah utk di ingat kembali...hebat percutian anda, banyak tempat, anda bercuti solo atau pergi bersama keluarga ye setiap kali melancong?
BalasPadamterima kasih kak... ya saya suka ambil gambar di lorong2 kecil...
Padamada cuti yang saya pergi solo, pergi dengan keluarga jarang2...
Bestnya boleh mengabadikan gambar2 kita bermusafir,especially luar Malaysia. :)
BalasPadammemang best, teringat kalau tengok balik gambar masa travel dulu...
Padamnak ambil idea.....hi3.
BalasPadamsila2... buat la entry...
PadamThanks..tips yg sgt berguna..slalu terjadi bila balik trip..tgk gambar yg di snap ntah apa-apa..mostly gmbar muka sendiri..haha..
BalasPadamBtw blog yg sgt informatif utk rujukan para pengembara..tq
sama2 dan terima kasih sebab sudi ke blog saye... ala lain kali pegi jalan mana2 nak selfie pun ok... tapi pastikan ikut tips saya yer... hehehe...
PadamInsyaAllah...
ada masa singgah la lagi, saya dah follow blog anda....
bestnyer...guna kamera apa ni?
BalasPadam