Ahad, 11 Mac 2012

Program HSSE Shell AMN & Konvoi Penang-Ipoh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

     Pada 25 Februari yang lalu aku menyertai program anjuran Shell AMN iaitu HSSE (Health Safety Security Enviroment) bersama pihak PDRM. Apa yang istimewanya pihak Shell menjemput kelab motor yang aku sertai, CRYPTON LC PENANG, aku pun tumpang bangga. Pagi tu geng-geng berkumpul di tapak ekspo TESCO sebelum dibawa oleh saudara Mawardi ke Shell AMN di Mak Mandin.

    Motor aku kaler merah standart habis :)

   Kemudian gerak ramai-ramai ke Stesen Shell AMN, di sana pihak media dari The Stars dan beberapa wartawan tempatan, pihak polis, pengusaha Shell dan penduduk sekitar dah pun menunggu, wah macam VIP la pulak. Peserta konvoi masing-masing mendaftar dapat la sorang satu stiker AO3 Rider, pas tu ke tempat masjlis. Kami dimaklumkan ada pertandingan beberapa kategori iaitu Safe Rider, Motor Paling Cantik dan Selamat dan lain-lain kategori.

    Majlis dimulakan dengan ceramah oleh Pakar Forensik yang memang sempoi, hehe... Apa yang disampaikan banyak berkisar dengan jenis-jenis kemalangan dan apa penyebab kemalangan berdasarkan kecederaan pada mangsa, so dia ni memang pakar la, maaf nama tak ingat. Apa yang menarik, dia menunjukkan gambar sebuah kereta yang masuk gaung, lepas tu terbakar dan pemandunya adalah dia sendiri, so pakailah tali pinggang semasa memandu.

   Lepas ceramah ada sesi bergambar dengan penganjur kemudian sambung pulak ceramah oleh PDRM yang memang santai disampaikan oleh Inspektor Roslan (Nama dia akan aku ingat sampai bila2 hehehe...) Apa yang dia sampaikan mudah dan ringkas, semasa konvoi tak perlulah nak race, tak perlu nak tunjuk kehebatan, dan lantik seorang ketua, very simple kan?



    Lepas ceramah ada penyampaian hadiah dan sumbangan kepada penduduk kat kawasan tu yang kurang bernasib baik. Masa yang di tunggu2 dah pun tiba, bau nasik tomato yang harum mewangi bakal menjadi santapan geng2 konvoi sebelum meneruskan perjalanan ke Juru, Bukit Merah dan Ipoh as the point of romeo.  Peserta masing-masing diberikan kupon minyak RM5.00, huhu.

    Masing-masing dah isi perut sampai penuh, kini tiba masanya untuk bergerak ke Ipoh, aku pun pertama kali jalan-jalan kat ipoh, kalau tak stop kat stesen bas saja, tak sempat nak jalan-jalan. Konvoi diketuai oleh Presiden Crypton Penang, cuaca panas ooo.

Sesi bergambar, pemilik stesen shell dan PDRM



Flag Off

Berhenti seketika di Stesen Shell Juru, taukeh sponsor air mineral, kopi dengan roti, alhamdulillah rezeki.

60km/j

Golf of Romeo Ipoh, Padang Polo

   Masa sampai kat mana tah hujan la pulak, terpaksa la berhenti nak tunggu hujan berhenti, tapi nampak gaya  macam tak mau berhenti, tunggu sampai rintik2 baru jalan, alih2 terang bederang kat Bukit Merah. Kami sampai di Ipoh pun dalam 4.00 petang, lepas tu ke Padang Polo, makan2 dan gerak balik ke Penang. On the way nak balik tu hujan teramat lebat. A few things you should bear into your mind bila nak jalan jauh..

1. Helmet jangan la pakai visor gelap
2. Be prepare dengan baju hujan, lain la kalau tahan sejuk. 

Apa2 pun ni la konvoi paling jauh dalam Malaysia aku pernah ikut, berpanas, berhujan itu kepuasan seorang rider, soal keselamatan tak diketepikan, semangat kekitaan tersemat, hehehe...

Penang - Shell Mak Mandin = 23.5km
Shell Mak Mandin = Shell Kawasan Rehat Juru = 10.8km
Shell Juru - Bukit Merah = 57km
Bukit Merah - Ipoh = 84.9km

Total = 176.2km




Muhammad Saffuan Bin Jaffar
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...