Ahad, 21 April 2013

Tips Bercuti di Medan

Horas! Aku nak kongsikan sedikit pengalaman aku bercuti di Medan. Trip kali ni adalah trip solo, nak cuba sesuatu yang baru dalam hidup, kononya la.

Sampai saja di airport, memang kebanyakan sumber-sumber yang aku baca dalam blog yang pernah ke Medan, Pegawai Imigresen memang tak mesra lansung, masam je muka. Sebelum mendarat AA akan bagi form untuk di isi dan pastikan kita ada alamat tempat untuk menginap nanti.

Medan bukanlah syurga untuk shopping-shopping dan matlamat aku ke sini untuk ke Danao Toba dan Air Terjun Si Piso Piso yang lain-lain tu kira pakej la

Tempat untuk menarik untuk di lawati semasa anda bercuti di Medan :

1. Danao Toba

Kat Danao toba ni la terletaknya Pulau Samosir yang menjadi salah satu tempat tinggal Orang-Orang Batak


Danao Toba 

2. Pulau Samosir

Untuk ke sini, kena naik Feri. Masa hari tu aku naik Raja Taxi, sampai kat stesen taxi aku tunggu jap dalam setengah jam, pukul 2.30petang bergerak ke Jeti. Tambang diorang kutip waktu nak dekat sampai,            Rp 10,000 seorang. Bagi tahu kat orang feri tu kat mana kita menginap, macam aku kat Tabo Cottages dia akan hantar ke sana, kalau tak bagi tau, diorang jalan terus, jangan jadik macam aku!

Kat sini ada tarikannya sendiri. Bagi aku tempat ni sesuai untuk pergi relaks-relaks. Tempat bersejarah kebanyakkannya Perkampungan orang Batak dan juga Makam Raja-raja Batak.

Untuk pusing-pusing kat kawasan Pulau Samosir ni aku Sewa Skuter atau orang Indonesia panggil kereta atau Sepeda Motor.

Tempat yang paling aku suggest untuk pergi :

Kerusi Batu Huta Siallagan 

Kat tempat ni ada di tunjukkan beberapa buah rumah tradisional Orang Batak dan tarikan utama ialah Kerusi Batu yang berusia hampir 500 tahun. Orang-orang kat Pulau Batak ni baik-baik, dia tahu yang aku agak celaru mencari jalan untuk ke Kursi Batu, diorang tolong tunjuk jalan ke sini. Jalan nak masuk tu agak teruk, berbatu-batu dan aku suspek kat situ la motor (sepeda motor) yang aku naik tayar dia pancit.

Tips bercuti di Medan
Pintu masuk



Tempat Menarik di Medan
Kerusi Batu ni macam mahkamah la. Yang kerusi kecik tu untuk orang salah

Tempat menarik di Medan
Pak Cik ni dibayar untuk ceritakan segala benda yang ada kat Perkampungan Batak ni. Aku memang tanya soalan bertalu-talu, dah nama pun bayar, tanya puas-puas! 


 Siap suruh dia ambil gambar lagi. Raja Batak yang barukah?

Lepas dah kita melawat ke semua tempat, pak cik tadi tu pesan."Kalau mahu keluar mesti ikut jalan sana... jangan keluar dari pintu masuk" Aku pun dah dapat agak apa trick tu, hehehe....

3. Air Terjun Si Piso Piso

Ok, ni kepada yang jenis minat tengok tempat-tempat hutan macam aku. Aku memang suggest sangat-sangat untuk ke sini sebab sangat cantik! Untuk ke sini elok pergi masa nak balik ke Medan dan masa yang sesuai time pagi, kalau petang tak cantik.

Perjalanan ke sini, tuhan saja yang tahu, jalan raya teruk dan dalam perjalanan ke sini aku pun dan nak meloya termuntah. Tapi bagi aku sangat berbaloi jika korang datang bercuti di Medan!

Untuk masuk ke tempat ni kena bayar, Rp 5000 seorang.






Mula-mula tak nampak pelangi tuh... Bila dah ada Subhanallah, aku sangat kagum sangat cantik!

Cara untuk ke Air Terjun Si Piso Piso ni kena la sewa sebuah kereta. Aku amik trip ni dari Parapat ke Medan, jadi on the way ke Medan bagi tau driver untuk ke sini. Pastikan deal awal-awal dengan driver, takut-takut diorang charge lebih pulak.

4. Berastagi

Dalam perjalanan ke Medan, boleh singgah di Berastagi, tempatnya sejuk lebih kurang macam Cameron Highland dan tak banyak sangat tarikan. Kat sana boleh beli buah-buahan segar, dan boleh naik kereta kuda .

5. Kota Medan

Ok, ni pulak di sekitar kawasan bandar. Kat Kota Medan ni aku naik betor (Beca Motor).



Betor

 Antara tempat yang menarik di lawati :

i) Merdeka Walk

Sebenarnya tempat ni macam kat Waterfront Kuching, ada banyak kedai-kedai makan yang terbuka dan bersih. Kawasan ni menjadi tumpuan orang ramai lepak-lepak dan Jogging.

ii) Pajak Ikan

Tempat orang Shopping baju dan kain telekung.

iii) Masjid Raya


Masjid Bersejarah di Kota Medan


Masa aku singgah kat Masjid Raya, nampak geng mat salleh ni menarik perhatian aku. Nampak comel la pulak bila diorang pakai kain pelikat.

iv) Sun Plaza & Medan Plaza

Aku tak ingat kat mana yang ada jual Es Teller, masa sebelum pegi ke Medan, aku baca blog-blog yang pernah ke sini diorang dah cuba Es Teller. Kalau dah sampai rugi la kalau tak cuba.


Es Teller, ais sagat, gula melaka, santan dan buah nangka. Bagi aku sedap!

Selain tu banyak makanan sedap-sedap yang boleh kita cuba...

Murtabak

Teh Botol, errkkk yang ni tak sedap

vi) Istana Maimoon

Istana Maimon


Sekarang ni jom tengok the next Tips Bercuti di Medan, Jumlah perbelanjaan sepanjang tempoh aku bercuti di Medan :



So, itu saja lah cerita trip solo aku di Medan. Harap-harap sedikit sebanyak dapat membantu geng-geng yang suka mengembara macam aku, so korang ada la sikit idea dan boleh la bajet siap-siap sebelum ke sana. Sebarang soalan, komen kat bawah, kalau aku free aku jawab. Terima kasih, adios!


Muhammad Saffuan Bin Jaffar

60 ulasan:

  1. Balasan
    1. nak join ngan awak boleh ke alamat email saya zainee75@yahoo.com

      Padam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  3. so kalau kirenye sampai sana tak booking mana2 hotel nak tuju tu macamana eh? kan nak tulis tmpt nak menginap.. pergi sorang eh? challenging x in terms of runding2 harga?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau tak booking tu tak pasti la macam mana. Mungkin tulis jer menginap kat Medan, hehe.... Ya pergi sorang, dari segi runding-runding harga agak challenging la jugak, kat airport dah kena tipu... :) Apa2 pun kena deal, tanya harga dulu betul2, tahu jarak tempat yang kita nak pergi dan kalau boleh cuba tawar menawar sikit, tu untuk naik betor la... Macam sewa kereta tu tak de masalah, cuma faham2 la kos untuk pergi sorang2 nih... :)

      Padam
    2. Asalamualaikum, bro boleh suggest hotel yang murah dan sesuai untuk keluarga besar,hotel area kota medan.......

      Padam
  4. Asalamualaikum, bro boleh suggest hotel yang murah dan sesuai untuk keluarga besar,hotel kat area kota medan.......

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau nak yang murah boleh la cari di web macam agoda atau booking.com... Saya cadangkan awak searh dulu hotel, kemudian tengok lokasi dekat map.... macam hotel yang saya duk ni jauh sikit dari tempat menarik... dan biasanya kalau hotel dekat2 bandar agak mahal sikit....

      Padam
  5. Hi bro nk tny. U g pulau samosir tu naik feri dr parapat eh?

    BalasPadam
    Balasan
    1. @Sinner Hi, ye saya ke Pulau Samosir dari parapat

      Padam
  6. hai, dkt sun plaza tu tmpt ape ye? Tmpt makan2 and shopping ke? or mcm mall? u bley suggest x tmpt shopping yg best dkt medan especially area kota medan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. hai, sun plaza tu tempat shopping complex, mcm kat malaysia la jugak, nak shopping2 atau nak makan2...

      Shopping kalau kat medan biasanya la org beli kain pelikat, telekung atau bika ambon, semua tu awak boleh ke pajak ikan, kalau naik teksi bluebird atau betor cakap je "pajak ikan"

      Padam
  7. Awak pergi ni berapa hari ea..?? Dari medan nk ke danau toba tu bpe jam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pergi 5 hari,

      Dari medan nak ke danau toba ambil masa lebih kurang 4-6jam...

      Padam
  8. Boleh cerita itinerary tak bro... hotel mana menginap... sbb saya bercadang nak ke sana... so 5 hari tak tau nak ke mana nanti...

    BalasPadam
  9. hai safuan...nak tanya...sy akan ke medan pada 5-7 september ni...blh terangkan tentang itineraray tak

    BalasPadam
  10. kat parapat , apa yg menarik

    BalasPadam
    Balasan
    1. parapat tu jeti untuk kita ke Pulau Samosir... tarikan utama ada di pulau tersebut... rumah batak , muzium batak, kursi batu dan sebagainya...

      Padam
    2. saya nak join ngan awak pergi medan boleh ke

      Padam
  11. as alam bro..24-27 oct 2013 ni nak ke medan, igat nak ikut plan itinerary bro,boleh tak? and sempat ke kalau nak ke pulau samosir tu,flt malam 24 hb

    BalasPadam
  12. Salam..boleh sugest ke emel saya.dyanahidayah@yahoo.com ..sy akan ke medan thun dpn..fligh from kl jam 7 ptg. 2 mei 2013 N akan kmbli k mlysia flighjam 6.00 pagi 4 mei 2013.boleh cdgkan pengipan dima yg sesuai n tmpt yg boleh dilawati dlm tempoh tu?hrp sgt pt mmbantu

    BalasPadam
  13. just share
    nak g medan 4'6 oct 2013 ni ( 3 org je hubby, mr n anak 3 tahun )
    x g danau toba kot sbb x cukup masa
    brastagi ape lagi yg best ek
    duk 1 mlm je dan p 1 mlm medan agaknyer

    BalasPadam
  14. salam... nak tanya... dari medan ke danau toba amik mase 4 jam lbh eh.. dari medan ke danau toba tu gi ngan ape... ade bas ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam, ya dari medan ke danao toba ambil masa 4-6 jam... saya pergi naik teksi.... kalau pergi ramai boleh la sewa sebuah teksi, kalau pergi sorang2, atau tak ramai, naik teksi tapi share.... Teksi kebanyakkannya pakai kijang inova... Yang saya naik "Raja Taxi"

      Padam
  15. salam... nak tanya... dari medan ke danau toba amik mase 4 jam lbh eh.. dari medan ke danau toba tu gi ngan ape... ade bas ke?

    BalasPadam
  16. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  17. tq eh advice... x ramai gi.... 2 org je... ingat lg x berape diorg charge & amik taxi tu kat mana...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kos untuk teksi kongsi bagi seorang Rp70,000.... Kalau sewa sebuah seingat saya Rp 600,000....

      Padam
  18. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  19. salam nak tanya, sy 1 family bercadang nak ke medan . Tpi dgr cerita dri medan ke danau toba mkn masa dlm 5 jam mcmtu then air terjun si piso piso pulak dkt ngan sana kan . So ade ape tmpat yg menarik dkt sekitar medan yg dekat ngan airport situ ye? Mcm merdeka walk, istana maimoon, masjid raya, medan plaza dll tu dkt ngan kawasan danau toba ke dkt ngan kawasan airport ye? *sbb igt tanak ke danau toba so nak cri tmpt menarik yg dkt utk berjalan* thanks :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam,

      -Yes dari medan ke danao toba mengambil masa 5 jam, dan air terjun sipiso-piso tu terletak dikawasan yang lain, kira2 3 jam dari danao toba mengahala ke Kota Medan

      -t merdeka walk, istana maimoon, masjid raya, medan plaza dan lain2 tu dekat dengan airport, (kalau dulu dekat dengan airport polonia)

      - kat danao toba best, kalau minat dengan nature la... kat sana pun tak ada apa sangat, tempat yg saya pergi masa di danao toba (huta siallagan (kerusi batu), muzium batak dll

      - berapa hari awak di medan?

      Padam
    2. hm, maksudnya medan dan kota medan ni 2 kawasan yg berlainan ke? skarang airport da tuka kat kualanamu so mungkin jauh sikitlah dari suma tempat berjalan tu kan? btw, kalau kami nak cari hotel kiranya cari yg berdekatan dgn kota medan la? bkn berdekatan airport kan? 4 hari kat sana . boleh suggestkan tmpt mana yg kami boleh pergi tak dlm masa 4 hari - 2hari perjalanan pergi balik = 2 hari berjalan

      Padam
    3. MEDAN tu kawasan besar / set, kota medan tu subset la.... Saya cadang, pergi la ke danao toba, tenang kat sana... kalau 4 hari di kota medan, mungkin nanti tak tahu apa nak buat.... 1st day sampai awal pagi ke petang?

      Padam
    4. kalau nak cari hotel, yess di kota medan bukan airport, dari maklumat yg saya dapat kuala namu tu agak jauh dari kota medan, +- 30km....

      Padam
  20. oh okay, thankyou . hm, sampai malam so mmg burn 1st day tu .
    2nd day baru start jalan .
    haa, pulau samosir tu jauh tak dri kota medan?
    kalau jauh brape jam ke sana?

    BalasPadam
    Balasan
    1. -Ic2 sampai malam rupanya...

      -Pulau Samosir tu sebenarnya tertelak dalam Danao Toba/Tasik Toba. Untuk ke Pulau Samosir, kena la naik boat dari Parapat....

      - Dari Parapa ke Pulau Samosa, ambil masa kira 30 minit dengan menaiki feri

      Padam
  21. oh, hm sebelum nie awak kata "medan ke danao toba mengambil masa 5 jam, dan air terjun sipiso-piso tu terletak dikawasan yang lain, kira2 3 jam dari danao toba mengahala ke Kota Medan" so maknanya perjalanan tu dari medan - danau toba - air terjun si piso piso - kota medan? then kalau dari airport kt reversekan contoh airport - kota medan - air terjun si piso piso - danau toba - medan? maknanya permulaan airport dan last skali medan?
    then kalau nak naik feri tu dari parapat, parapat ni berdekatan kawasan ape pulak?
    dan brape harga nak naik feri tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. ceritanya mcam ni, dari medan ke parapat ( parapat ni nama jeti yang terletak di danao toba) - naik feri ke Pulau Samosir - kemudian ke Air terjun Si Piso Piso ( Air terjun si piso-piso saya cadangkan pergi masa nak balik ke kota medan, time tu boleh pergi waktu pagi, dimana view dia lebih cantik)

      - harga tiket feri & segala perbelanjaan boleh rujuk dan baca di atas.... :)

      Padam
    2. oh okay thankyou so much . terbaca pulak komen org bawah ni, berastagi tu ade ape je kat sana?

      Padam
    3. berastagi tu lebih kurang macam cameron highland la... ada pasar jual buah2... boleh naik kereta kuda.... masa otw balik/pergi ke danao toba akan lalu berastagi....

      Padam
    4. kalau sampai kat airport kualanamu tu malam, seeloknya ktorg tido kat kota medan ke kat danau toba terus? :)

      Padam
  22. saya akn ke Medan pd 28hb Nov - 1hb Dec ni.
    28hb - Kuala namu Airport ke Hotel (transport agen)
    29hb - Medan - Parapat (transport agen). (Kos ke Pulau Samosir dah sendiri)
    30hb - Parapat - Air terjun Sipiso-piso - Berastagi - Medan (tansport agen)
    Kos semua IDR1,425,000....ok @ tak....saya belum comfirm dgn transport agen tu.....
    Tp itu yg paling ok....yg lain IDR2.050j....IDR1,4j.... IDR1.5j....
    Camne?

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh saya tahu berapa orang yang pergi trip ni? Kenderaan apa yg digunakan?

      Padam
  23. sy akn ke medan 28hb nov.....sy guna transport agen di sana....kos IDR1,425,000...camne ok tak

    BalasPadam
  24. salam, saudara safuan. Saya nak tanya, senang tak nak dapatkan taxi dari airport ke raja taxi tu unutk ke parapat?
    saya akan ke medan 26nov ni, berdua je dgn suami so tak amik pakej agen sbb nak jimat

    BalasPadam
  25. Boleh tak tolong suggest kan tempat utk kami sekeluarga bermalam? Flight ke medan malam, so bila sampai sana seeloknya ktorg terus ke danau toba dan menginap hotel di sana terus ke? Atau menginap di hotel kota medan, keesokan harinya baru gerak ke danau toba . Mcm mana?

    BalasPadam
  26. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  27. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  28. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  29. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  30. Salam,
    Entry yang menarik!! Nak berkongsi dengan semua pembaca…
    Saya ada menyediakan ground pakej ke Medan atau seluruh Indonesia dengan harga yang menarik.Kepada anda yang baru pertama kali nak melancong,kami sarankan anda guna kan khidmat kami.Semua urusan dilakukan di Malaysia dan ianya lebih selamat,murah dan meyakinkan.
    Pelbagai pakej ke seluruh Indonesia juga tersedia.Nyatakan destinasi anda dan kami sediakan semuanya.
    Hubungi saya ditalian 0126665436 (call/sms/whatsapp) Atau email saya di: aziman68@gmail.com
    Sebarang pertanyaan akan kami layan.
    Atau boleh juga ke Blog kami untuk pelbagai info:

    http://freelancetour.blogspot.com/

    BalasPadam
  31. Salam. Hee kos rm648 diatas itu sudah termasuk tambang AA kah? hrmm

    BalasPadam
  32. salam alaik , Menyediakan pakej ke Medan dengan harga yang sangat berpatutan dan berbaloi-baloi, berpengalaman mengendalikan beratus-ratus trip ke Medan-Danautoba-Berastagi, pakej Muslim , keseronokan anda kebahagiaan kami

    whatsapp : 0175367426 insyirah
    emel : melancongmurahbaloi@gmail.com
    instagram : melancong_murah_baloi

    BalasPadam
  33. FULL PACKAGE MEDAN INDONESIA TOUR 3 DAYS 2 NIGHT
    RM370 PER PERSON.
    0124156404 IRWAN

    BalasPadam
  34. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  35. Salam
    Bila ada rancangan melancong ke Medan atau Indonesia, sila contact tiara tours ( www.tiaraasia.com) atau whatsapp : +6285358982828

    Be guaranteed rate murah dan services best

    BalasPadam
  36. Assalamualaikum

    Saya ikut rombongan kerja ke Medan tapi hari last tu saya naik flight berasingan jadi ada extra satu hari utk berjalan. flight 6pm dari KNO. rasanya nk ke danau toba mmg tak sempat. apa cadangan aktiviti yg boleh dilakukan. n luggage bleh tinggal kat airport ke mcmana?

    Mustaqim

    mustaqimabdullah84@gmail.com

    BalasPadam

Tolong letak nama, ok??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...