Ahad, 21 April 2013

Kembara Solo Medan (Part 3)

Dah rasa puas aku tidur dalam jam 5.30 petang aku bangun. Cuci-cuci muka terus keluar jalan-jalan kat sekitar Tabo Cottages. Pemilik Tabo Cottages ni orang German, dia memang fasih Bahasa Indonesia. Jom tengok kawasan sekitar Tabo Cottages...

Penuh dengan kehijauan, damai itu indah! 


 Ada pulak pondok macam ni, aku pun naik

 Cuaca agak berjerebu (Kabut), kata receptionist Tabo Cottages tu, dah banyak hari tak hujan.

Dari atas pondok tu boleh nampak sekitar hotel. Rumah taukeh hotel tu pun dekat situ jugak.

Waktu maghrib di sini lebih kurang jam 6.30 pm. Jadual waktu solat boleh download dari internet sekali dengan arah kiblat. So aku solat maghrib dulu sebelum keluar cari makan. Sebelum ke sini, ada aku baca blog yang kata makanan halal di sini tak la susah nak cari. Makanan halal? Ya, penduduk kat Pulau Samosir ni majoriti orang beragama Kristian.

Lepas maghrib aku, pergi ke receptionist tanya Rumah Makan Islam. Katanya tak jauh mana pun, letak betul-betul belakang kotej yang aku menginap, jalan 100 meter dan belok ke kanan. Rumah Makan Islam Fajar. Alhamdulillah

Ni la juadah yang aku makan untuk malam ni.

Nasik tu aku tambah lagi satu pinggan, ikan nila dua ketul, sayur tumbuk ubi, sambal apa ntah, tapi sedap. Pastu aku oder air teh o panas (Orang kat sini bilang : teh manis panas atau teh manis dingin). Harga pulak lebih kurang la macam kat Malaysia, total Rp 27,000. Sambil makan tu aku layan cerita indo kat TV.

Lepas makan tu, aku jalan-jalan tapi tak jauh mana pun, jalan kaki satu hal, lepas tu gelap pulak. Tak berani aku nak pegi jauh-jauh, so aku berpatah balik ke kotel, lepak-lepak kat restaurant dia. Layan internet kat sana yang sangat laju. Sambil-sambil tu cari-cari maklumat untuk perjalanan esok.

Map tu boleh mintak 


Untuk esok aku sewa motor (Kat sini motor dia panggil Kereta atau Sepeda Motor, adeyhh), aku deal masa aku check in tadi. Harga untuk sehari Rp 80,000 minyak siap isi penuh. Aku tak dak pilihan lain, mula-mula tu teringin nak naik Jupiter MX atau kat Malaysia LC135  tak dak rezeki dapat la naik skuter. 

Benda yang aku suka kat Tabo Cottages ni tempat dia hijau dan sunyi sangat-sangat, dan satu benda yang aku tak suka, bilik berhabuk! Aku pulak kerja mengibas-ngibas buang habuk kat atas katil.

Selimut dia bagi nipis, tapi aku dah ready dengan baju sejuk dan stoking. Malam tu aku tidur nyenyak, balas dendam sebab dah sebulan aku tidur tak cukup siapkan assignment.

Bersambung~



 Muhammad Saffuan Bin Jaffar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tolong letak nama, ok??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...