Sabtu, 27 April 2013

Plan Tips Melancong Ke Busan



Alhamdulillah tiket ke Busan dah ditempah, kali ni boleh dikatakan trip gila-gila jugak. Lepas dari trip Medan secara solo hari tu, kali ni aku plan nak pergi lebih jauh dan AirAsia ada buat promo, Kuala Lumpur - Busan hanya RM437 pergi dan balik. So kali ni aku nak share travel itinerary yang aku dah buat. Kalau-kalau ada geng-geng yang dah pernah ke sana atau nak ke sana nanti boleh la bagi cadangan.



Plan aku tak nak spend banyak masa di Busan, sebabnya aku search di internet tak ada yang menarik sangat di sana. Mungkin tak search habih la kot, hehe. Trip ni belum kasi nama lagi, mungkin Trip Busan - Seoul, tapi nama macam tu nampak skema sangat.


Macam yang aku plan kat atas, sampai je kat Busan aku akan terus ke Seoul, pengangkutan aku akan pilih KTX (Keretapi Laju). So kena tengok-tengok la jugak macam mana aku nak ke Stesen KTX dari Gimhae Airport.

Kemudian dah sampai di Seoul, stesen KTX ni akan stop di mana? Semua tu nak kena check, pastu penginapan aku. Ada aku list mana tempat yang kawan-kawan aku dah pernah pergi ada yang cadangkan tinggal berhampiran Itaewon sebab dekat dengan tempat makanan halal.

 N Tower

Masjid Itaewon, kat sini katanya banyak makanan halal

Suasana di Namdaemun Market

 Ni tempat yang aku suka, nak melawat ke rumah-rumah tradisional orang Korea, aku rasa tempat ni macam Sarawak Cultural Village, hampir 6 jam aku kat sana, sini mungkin lebih la kot...

Istana Changdeokgung

 Seoraksan, pemandangan yang aku akan lihat nanti tak mungkin macam ni, sebab masa pergi tu dah pertengahan november entah sempat atau tak nak tengok autumn foliage.

Kalau tak ke Seoraksan, Plan B nak ke YongPyong, bukan Pyongyang tau!



Pulau Nami

Sekarang ni pulak ada konflik antara Korea Selatan dan Korea Utara, aku pernah plan untuk ke DMZ (Kawasan berhampiran North Korea) kawasan tu kita boleh nampak Korea Utara, kalau nak tahu cerita mengenai tempat ni kena la baca kat interent. Aku pernah tengok movie korea DMZ yang menceritakan persahabat antara tentera Korea Utara dan Korea Selatan, dia ada la masukkan lokasi tempat ni, tapi bukan buat kat tempat betul-betul la. Harap-harap tak ada yang serius sangat la, dan Seoul sedang berunding dengan Korea Utara, moga-moga perang tak meletus la.

PERHATIAN

Bagi sesiapa yang baru nak buat passport Jabatan Imigresen dah keluarkan spesifikasi baru, gambar dulu background biru tapi sekarang dah tukar kepada background putih. Untuk maklumat lanjut boleh klik sini

Sebarang idea pasai travel itinerary, aku persilakan baik yang dah pernah pergi atau baru plan nak pergi.

Nak Plan cuti anda ke Seoul atau Busan tahun 2014? Klik [di sini]

Baca Entry Terbaru Bercuti di Korea


 Muhammad Saffuan Bin Jaffar
KEMASKINI 16 JUN 2013

162 ulasan:

  1. Assalamulaykum...Saudara ada berada di Korea sekitar 4 hari 3 malam sahaja ? Saya mempunyai cadangan untuk jadual perjalanan saudara...

    -Iskandar-

    BalasPadam
  2. 1) Saudara, saya sarankan kepada saudara pada 18 Nov. Saudara menginap sahaja di Kota Busan..Terdapat pelbagai tempat yang menarik di Kota Busan seperti Hundae Beach...
    2) Pada keesokkan hari, 19 Nov. Saudara boleh memulakan perjalanan ke Kota Seoul...Jika bajet banyak naik KTX ok ler...Perjalanan mengambil masa 2.5 jam.
    3) Seoraksan, hurmmm agak terlambat sedikit...Sbb waktu tu dah hujung Autumn...Tinggal ranting kayu je la...Klu saudara tetap nak meneruskan ke sana apa salahnya...
    4) Nami Island, pulau yang cantik...Saya cadangkan saudara naik Subway sahaja..Jimat bajet...Tapi kena study betul2 la laluan subway nyer...Jangan jadi macam saya sudah la...Hari pertama sudah sesat...Nasib baik ada orang yang tolong...Orang Korea nie baik2..Jgn risau, cuma kita perlu belajar adat resam mereka sedikit sebanyak...Jika kita senyum, mereka *ignore sahaja, mungkin cara kita yang kurang tepat...Tundukkan kepala ketika senyum...InsyaAllah...Mereka akan balas senyuman :)
    5) Itaewon...Yupo byak makanan halal...Tapi mahal tersangat...Klu nak jimat makan kebab 4500 won+++ = Rm 13..Mmg sedap ler...
    6) Shopping dekat Nandaemun best...Winter Coat memang murah giler...Dekat Malaysis RM500 +++...Di sana bermula daripada RM 150 standard kualiti punyer...Nak murah lagi pun ada RM100 ...Tpi kualiti kurang ler -_-

    * Waktu saudara pergi nie...Suhu memang best nyer *sejuk...Muka cepat kering...Bawa la apa yang patut...Saya akan ke Korea selama 2 minggu...Iaitu pada bulan November juga...Nak rehatkan tenangkan fikiran sebelum masuk ke semester yang terakhir...

    Nie ini sahaja yang mampu saya bantu... :D

    -ISKANDAR-

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih, wah best nih.... Banyak info boleh dimasukkan dalam itinerary...

      Padam
    2. Satu lagi nak tanya, train KTX beroperasi tak waktu malam? kalau boleh saya nak balik ke Busan pada 22 November....

      Padam
    3. salam...saya akan ke sana pada 13hb - 16 hb september ni...please..any suggestion..

      Padam
    4. Encik iskandar...sy nak mintak suggestion...nak p bertiga dgn adik2..insyaallah dlm november...ni emel sy...harap encik iskandar leh emel sy...tq
      nwlsyafiq@yahoo.com

      Padam
    5. Encik iskandar...emel sy leh x??nk mintak pendapat & suggestion...
      nwlsyafiq@yahoo.com

      Padam
    6. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    7. En.iskandar, bole tlg bg direction klu dr airport busan menuju ke KTX station or terminal bas tu mcm mane utk ke Seoul ? Sy pun solo traveller

      Padam
  3. Yup ada...Habis lewat dalam kul 11.00 pm mcm tu la...Jgn naik lambat sangat...Nnti nak balik hostel laluan subway dah tutup...Naik teksi burn duit giler...Currency sana tinggi...Skunk nie time yg elok nak tukar matawang...Tenggah stabil...Kat Peneng banyak money changer....Cari yg ok ler...Sbb sesetengah money changer jual matawang Korea mahal ler...Skunk nie pertukaran bleh dapat 1000 won = Rm 2.81...jumlah pertukaran ini yang patut saudara dapat...

    * Klu nak lepak sekali kat Korea hello2 saya...Saya nie pun SOLO Traveler :)
    * Klu nak naik ski leh gak...Start pada 26 NOV dan keatas...
    * Klu nasib saudara baik...Bleh rasa tiupan salji renyai2 nyer..Banyakkan berdua :D
    * Tahun lepas salji turun pada 5 Disember...Buat ais kacang ok la...haha


    -ISKANDAR-

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih, sekarang ni kalau tgk currency rate rata2 1000 won = RM3.00

      * boleh jugak kalau nak lepak2 sekali, ham9w2sfj@yahoo.com boleh e-mail, saya kerap cek email nanti boleh lanjut kat sana...

      Padam
    2. Haha...Cuba pergi Rashidiya Trading Sdn Bhd

      71A,Jalan Masjid Kapitan Keling, 10200, Pulau Pinang, Pulau Pinang...Kat sini memang terbaik...

      1000 won = RM2.81...Ok...Saya email saudara :)

      Padam
    3. Ok2 yang saya tengok kat area2 BJ, QB, USM semua sama je... RM3.00 nanti leh la riki2 kat area yang awak bagi, sana pun banyak money changer, tp mungkin tak tukar duit buat masa ni...

      Travel itinerary pun duk edit2, nak cari hostel lagik, tp masa banyak lagi untuk rancang, insyaAllah :)

      Padam
    4. Hostel....haha...Ada satu hostel kat kawasan Seoul...Dekat degan Jonggak Station...Memang murah dekat sini...Nnti semak email yg hantar hantar tuu :) See yaa...

      Padam
  4. salam tuan tanpa nama... saya (isteri + 2 anak 5,6 tahun) nak pergi ke korea (busan) pada 15 ogos - 19 ogos.. minta tolong tuan suggest itenary yang paling best untuk saya.. draft perjalanan saya hari pertama sampai di busan ( 4pm), check-in.. lawat pantai haeundae,pasar ikan jagalchi, menara busan. hari kedua amik ktx pi seoul... (xtau nak pi nami island dulu or pusing area busan/namsan) coz ada masa dua hari jer seoul... pastu petang hari keempat balik semula ke busan kyx jugak.. hari kelima balik ke malaysia...
    tolong betul dan tambah balik draft itenary ni eih.... coz saya xtau ttg ktx kol brape ada, pi nami island kol brape boleh dsb.. haraf tuan sudi membantu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Buat masa sekarang ni saya sibuk dengan tugasan di luar... hehe... jarang2 online, insyaAllah kalau boleh saya tolong

      Padam
  5. Saya pernah ke seoul dua thn lepas. stay kt itaewon jugak. Sy sempat kunjung pulau nami. nak tergelak setiap kali teringat pulau ni sebab berebut nak ambik pix ngan sekumpulan mak cik dr malaysia yang nak ambik pix kt patung winter sonata tu jugak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah saya akan melawat ke Pulau Nami, tak sabar nak ke sana!

      Padam
  6. assalamualaikum...saya nak minta pendapat..saya akan ke korea (2org) pada 5 sept smp 8 sept 2013 dan akan sampai ke busan pukul 4 ptg..so bole suggest dekat saya tak tempat yg boleh saya pergi di busan & seoul sebab saya plan if sampai awal di busan nk straight pergi seoul and last day baru jln di busan..agak2 sempat ke ye?n boleh tak suggest sekali tak hotel yg senang utk duduk di busan & seoul..thanks yeee.. :)

    BalasPadam
  7. Fauzi @ Mamylicious...

    Assalamulaykum...Semua orang turun di Busan -_-...Kalu samapai di Busan jangan terus ke Seoul rugi ler...Busan tempat yang perlu dilawati...Seperti Huadae Beach, Jagalchi Market etc...

    Fauzi - 15 Ogos saudara berehat dulu di Busan...16 Ogos saudara bertolak terus ke Seoul naik KTX naik train waktu pagi la......Hari pertama sampai di Seoul terus ke Nami Island...seterusnya ke Nandaemun,Dongdaemun and Myeondong market...Kalau Namsan tower g waktu malam..Memang superb permandangan nyer......17 Sept gi melawat Istana di Kota Seoul...ada 3 istana besar disana...Cuba la pakai pakainaya tradisional Korea...18 Sept tu g melawat Hangang Park, Yeuido park etc...Banyak tempat yang menarik di Seoul...Google ler...19 Ogos tu bertolak semula ke Busan dengan KTX...skurang2nya kena ada di airport 2 - 3 jam sebelum berlepas...

    Mamylicious - 5 sept tu...Berehat dulu di Busan la...Rugi la kalau terus ke Seoul...6 sept tu awal2 pagi naik Ktx ke Seoul...Destinasi pertama ke Nami Island...seterusnya ke Nandaemun,Dongdaemun and Myeondong market...Shopping time...Malam gi Namsan tower la..7 sept tu gi melawat Istana yang terdapat di Korea...ada 3 istana besar disana...Hari terakhr 8 sept terus naik Ktx ke Busan :)skurang2nya kena ada di airport 2 - 3 jam sebelum berlepas...

    - Iskandar - :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ni dia cadangan kemas! TQ Iskandar

      Padam
    2. Iskandar.. nanti boleh tak awak bg emel sbb ada oerkara saya nak ty sket pasal trip ke korea ni. SEOUL-BUSAN-JEJU-SEOUL...hehe

      Padam
  8. Nko takde plan nak ke Jeju ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku tak de plan nak ke sana... Maybe next trip inshaAllah

      Padam
  9. sy akan ke korea pd 22-25 ogos,cdngn kat blog ni sgt membantu,cuma risau gak sempat ke naik ktx dr busan ke seoul coz 25 ogos fly pkul 4.45pm atau. beter ptg 24 ogos bergerak. dr seoul ke busan,mlm tu tido busan?jd x rushing sgt nak ke airport...tiket ktx sntiasa ada ke,kot2 hbis plak,xblik mlysia plok

    BalasPadam
    Balasan
    1. 22-25 ogos dah tak lama tu... Mungkin lebih elok sampai awal di busan... nanti tak rushing sangat, mana la tau ada masalah tengah jalan, sampai awal selamat...

      Padam
    2. sye pown g busan n seoul 22/8-1/9..sye g sorg maybe bley kongsi idea n pndpt..
      tiket blk malaysia sye pown 4.45ptg..tp sye grk dr seoul 9pg 1/9 naik ktx laju..sbb kalau grk shri awal nk kne cr hotel lg n if x dok hotel xkn nk tdo kt airport pstu tggu smpai ptg..xsggop..

      Padam
  10. salam.sy pn akn ke busan pd Jan 2014 selama 7 hari..sy akan melawat busan pd 3 hari yg pertama,selebihnya di seoul dan nami.sy dh pernah smpi ke seoul,nami n jeju pd 2011.pd sya,jeju sgt cantik dn mmg ptt dilawati kalo berkesempatan..trip thn dpn,khusus nk main ski di seoul..apepn,sy setuju dgn iskandar.busan sebuah bandar yg menarik utk di explore..wpn winter,kami akn ttp brkunjung ke beach di sana.enjoy ur trip!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sy juga akan ke sane on 10 jan 2014 & going back on 16..maybe we could share same idea on itenary... my mail ziela_azian@yahoo.com..hope to hear from u soon.

      Padam
    2. Terima kasih kak ziela... Nanti saya akan update dan review tempat2 menari di busan dan seoul... saya sampai dulu november ni... :)

      Padam
  11. Wah best la sampai seminggu! Saya sempat untuk 5 hari, lepas tu tiket dah mahal... Baca blog2 lain memang sarankan ke Jeju, tapi mungkin tak sempat, inshaAllah kalau ada rezeki next trip :)

    Ski saya sempat main kat Penrith Scotland, memang pengalaman yang tak boleh lupa... kalau sempat kena try main

    Iskandar untung la, dia dah penah gi sana..

    Ok, selamat bercuti ye... Thanks for visiting!

    BalasPadam
  12. sy ada buka blog ktx,dia bg dscout utk foreigner,hrga 2hala hnya rm225, tmphn mlalui online shja klau student price lg murah tp bila kira2 blik klau g brkmpuln. utk 4org blh dpt tket lg murah 2hala rm200 shja,tp beli kat sana la,sy rasa beter beli kat sana sbb xtau kot2 trlmbt dr time yg dtemph rugi tiket. soalan sy klau sy pegi 60rg blh ke guna t money yg dah to up byk2 utk byr smua tket skali gus,atau stiap org kena ada t money,tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau harga tiket KTX biasa RM160 SEHALA... agak mahal... Kalau student kena tunjukkan card?

      Padam
    2. Mmg kne bli online awal sbln dr tarikh kte pergi bru dpt murah..dlm 50% diskaun..sye taw dr kwn korea..next diskaun 30%..tp still brbaloi sbb after diskaun hrga lbey kurang mcm amek train biasa or bas..tp ktx 2jam lbey kalau train biasa n bas 6jam lbey..

      Padam
  13. Thanks cadangan menarik tu... Saya pun masih riki2 mengenai tiket KTX, untuk dapat best price la katakan...

    Saya belum pernah sampai ke Korea lagi... rasanya la TMONEY tu macam kad touch n go la kot... kalau 6 org scan 6 kali... hehehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Xtaw plak bley gne 1 je t money sbb biasa yg sye bce2 blog msing2 bli sndri..xpna dgr org combine dlm 1 t money..better survey btol2 dlu..^^

      Padam
  14. iskandar.. thanks ye..bagus opinion awk..so any suggestion utk hotel dekat busan & seoul tak..?bajet hotel yg ok..ape ye..?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nk ddk mcm dorm or satu blik sorg?
      Sye cdgkn awak survey kt booking.com sbb biasanya kte kne booking dlu takut hotel penuh lg2 kalau peak season..kt booking.com ada hotel or guesthouse booking xpyh gne kad kredit..da smpai bru byr n kalau cancle free tp 2 hari b4 pergi..nanti org kt hotel tu hantar email alamat n ape2 mklumat pnting..stkt ni sye booking busanjang motel rm1++ utk 2 mlm bilik standard room..murah
      If dorm lg murah..

      Padam
    2. thanks anne..saya pun baru booking dekat busanjang motel..murah utk 1 malam..so far dah booking utk hotel dkt seoul & busan for 3 nights tak sampai rm500..so puas hati la..

      admin..saya nak share yg saya ada jumpa satu program dekat seoul (youth goodwill guide)dia akan provide kita tourist guide dekat sana for free..tapi kena register dulu la..saya pun dah register..tapi belum dapat lagi sape tourist guide tu..so still tunggu..so sape2 nak takut sesat dekat seoul bole try program ni..

      Padam
  15. Lebih baik setiap orang ada T money sendiri...Tak pasal2...Kena husya dengan Security yg jada kat situ...

    Naik main Ski...Awal sangat Bro...Tempat Ski buka 26 Nov macam tuu arr....

    Türkiye'ye gitmek istiyorum kkk -_-

    Naik main salji datang Bulan 12 dan keatas...Tahun lepas salji turun 5 Disember arrr...

    Musim autumn gi pertengahan bulan 10 sehingga hujung bulan 10 :)Memang terbaik arrr...

    Saffuan...Bawa ricecooker sekali....ahakkk...Makanan kat sini mahal arrr....

    Sonra görüşürüz ;)

    -ISKANDAR-

    BalasPadam
  16. Mamy - Nak hostel ke hotel ? haha..

    Banyak hostel yang murah2 kat Seoul...Nak yang jenis yg semua private ker ?

    Cuba survey hostel nie - http://www.kimcheeguesthouse.com/

    Ada banyak cawangan...Cari la yang berkenan di hati :)

    Kat Busan nak tinggal di kawasan mana tuh ???

    -Iskandar-

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku harap kesibukan aku berpraktikum selama 2 bulan akan mencepatkan masa... hehe...

      Padam
    2. Bulan 11 la...2 bulan baru bulan 9 :) haha


      -Iskender-

      Padam
    3. iskandar: kalau boleh nk hotel sebab stay 2 orang kan..baject motel pun okay jugak..dekat mana eh agak2 yg ok utk stay dekat seoul & busan..?skrg ni still survey2 lagi..nak booking online risau pulak..lagipun diorg mcm tak tau sgt ckp english kan..so any suggestion tak utk hotel yg murah2 ni..?

      Padam
    4. Survey kt booking.com..xpyh byr booking fees n payment ble da smpai hotel tu..cancle pown free if 2 hari b4 tarikh tu..nanti phk hotel tu akan hantar email untk alamat n cara pergi ke hotel n ape2 mklumat pnting yg lain..sye booking kt busanjang motel je..

      Padam
  17. salam...nak minta pendapat...saya nak ke Busan pada 13/9/2013 hingga 22/9/2013, tapi tak pasti lagi nak ke mana?? boleh tolong bagi cadangan x???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah lama tuu...Lawat Seoul sekali ler...Di Busan 3 hari dah cukup :)
      Kalau pergi Busan sahaja rugi ler...Seoul banyak tempat yang menarik :)

      Nnti saya 'list' kan...Saya agak sibuk skunk nie


      -Iskender-

      Padam
  18. hai..seronok jugak baca2 smua idea2 kat atas..saya akan pegi ke busan bulan 12 ni..tu la tgh pening nak cari tpt tgl yg senang nak ke hulu ke hilir..kita org ber4..lama lagi cuma nak tau gak sedikit sebanyak kan..btw money changer senang x cari kat area busan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. baik tukar duit siap2 kat malaysia, lebih senang...

      Padam
  19. serenok jugak baca2 tips2 kat atas tu..btw nak cari money changer senang x?pastu kalo nak booking hotel/motel xyah online dulu ek?sampai jer trus cari o macam mana? kitaorg pegi berempat..bulan 12 nie...

    BalasPadam
    Balasan
    1. pada pendapat saya la, better booking dulu hotel, mana tau la sampai kat sana dah penuh, jenuh nak mencari...

      Padam
  20. Pergi Seoul jangan lupa tengok Nanta Show.. Serius entertaining..

    BalasPadam
    Balasan
    1. uishhh.... Apa benda pulak tu nanta show? cer kongsi skit, macam best jer...

      Padam
    2. Dia non verbal show. tak perlu pun nak paham Hangungmal. Ada dekat few theaters around Seoul. Yang easily recognized dekat Myeongdong. Harga mahal cikit la tapi worth it..

      Padam
  21. Assalamaualaikum...
    menarik baca komen dan pandangan yang diatas tu..heee
    nak tanye...kalau ke Busan bajet duit poket berapa cukup(tidak termasuk kos penginapan) ?
    saya akan ke sana pada hujung bulan Ogos ni...6 hari dan jalan bersendirian..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam, thanks for visiting! Bajet yang saya kira2 untuk busan je dalam lingkungan RM1000

      Padam
  22. Salam,sye akan ke busan n seoul 22/8-1/9...spend time kt busan 3hari je n the rest kt seoul..kalau kt busan bley g haedong yonggungsa temple(turun dr tample ada restoran halal),haeundae beach/gwangalli beach,busan aquarium,busan mosque(ada mknn halal),busan tower,shinsegae mall(dkt dgn museum modern art),jagalchi market,yongdusan park..
    Then better g seoul amek ktx 2jam lbey..kalau nk murah kne booking online sbln sblm pergi bru dpt dskaun 50%..berbaloi..n kalau spe yg flight blk malaysia dr busan pkul 4lbey ptg..pg2 tu dlm pkul 9 bley la grk g busan dgn ktx..ni stkt yg sye survey la n perancgn..n nk tye brbaloi ke pergi petite france n nami island?sbb time ni summer,so xbpe cntik kt nami island

    BalasPadam
    Balasan
    1. @Myname is Anne

      wah menarik idea tu... thank you, nanti boleh la saya cari lebih info tempat2 makanan halal kat busan...

      Padam
  23. assalamualaikum...

    seronok baca tips...insyaAllah kami akan ke busan raya haji ni..dlm 7 hari...plan nk g seoul, round busan, pulau nami n jeju..sempat ke?

    any info please share ye...
    sy trip yg baget punya...

    -mas-

    BalasPadam
    Balasan
    1. wah syoknye... raya haji kat korea~ hihihi...

      Padam
    2. tak dpt beli raya haji..smlm sy dan kawan beli tiket 10 nov smpi 17 nov...saffuan pg dulukan? hihihi...nnt shareinfo byk2 ye...

      Padam
    3. eh tak2... awak pergi dulu... saya 18-22/11, berapa dapat harga tiket?

      Padam
    4. oo ye ke...pg balik 537...nk pg lamasikit tp ada kelas plk..huahuahua

      Padam
  24. Abi Saffuan...Banyak nyer orang komen..bagus lorh....Wah2...Syoknyer...Tpi saya sibuk ar...Ada quiz,test etc....

    Anonymous..Saya akan berada dari 6 NOV - 20 NOV...Hahaha....Boleh jumpa nie :)


    -ISKENDER-

    BalasPadam
    Balasan
    1. hang sibuk, aku lagi la sibuk...
      bak kata pepatah, sibuk2 dahulu relaks2 kemudian...

      Padam
    2. Ingat hang sorang ka...Semua orang sibuk la...Aku sampai tak cukup tidur skunk nie...haha


      Selamat Menyambut Ramadhan Bro :)


      -ISKENDER-

      Padam
    3. -iskender-

      boleh la jumpa nnt ye...:D

      Padam
  25. Matawang kita sedang jatuh...Waktu yang tak berapa sesuai nak tukar matawang...Kena pandai survey la...Deal dengan pengurup wang sebelum tukar matawang...Saya lakukan perkara yang sama...Telefon dulu....

    Haritu tu pergi kedai...Dye kata rate nyer RM 1 - 347 won...Lepastu saya kata kepada dia ...Tadi kata bagi bagi rate Rm 1 - 350 won...
    Dia bagi alasan macam2 dekat saya...Kata rate tu waktu pagi la...Bla Bla Bla...Last sekali dia bagi juga RM 1 - 350 won...Haha...JAdi call dulu pengurup wang dan deal dengan dia berapa rate dia boleh bagi...


    -Iskender-

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau sye buat kad citibank ok x? Sbb kawan sye suggest buat kad untuk dpt best rate..bank biasa nya wholesle exchange rate..if xsilap sye tiap kali withdraw duit charge 1% je..
      Tp tu la,stkt ni xdgr lg org cte pasal tkr duit cara ni kalau ke korea

      Padam
    2. Tukar siap2 di Malaysia la..Kat Seoul ada money changer yang terima duit Malaysia...Jgn risau...


      ISKENDER

      Padam
  26. salam ...saya ke busan 13-19hb september...any suggestion..?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ehm...Kenapa prgi tarikh nie...Awal sangat...Tak boleh nak lihat Autumn la...hehe



      ISKENDER

      Padam
  27. sy dpt tiket ke korea rm350 round trip murahkan??? brtolak 22 ogos ni,smpai di busan sy cek in hotel area busan station yg telah sy book,pg 23 ogos bergerak ke seoul dgn ktx,tiba di seoul station sy akan naik subway trun stesen gyengbokgung line 3 ambik bas seoul city tour harga dlm rm27 utk round seluruh tmpt menarik di seoul spt istana gyeongbokgung,korean blue house,tugu gwanghamun,naik smula bas ke namsan sbb sy book guesthouse area situ,bergerak ke hanok village,lkorea time capsule,mendaki ke namsan tower blh tgk. pad lock.,view dr menara,mendaki spnjg mendaki 7.5km utk jln biasa dan 3.5km utk short track.klau mlas jln kaki naik bas trun myeongdong naik cabel car ke puncak namsan rm25 round trip. lps tu. naik smula bas ke itaewon solat di sana,naik bas utk shoping di namdaemun@insadong@dongdaemun,bas berakhir 9.00pm bfore tu naik smula bas blik ke hotel di namsan.esok ambik bas ke nami island,ptg bergerak ke busan book hotel di huendae, lepak tepi pntai.last day 25 ogos jln2 pasar ikan siap2 brtolak ke airport,fly 4.45pm..insya allah hrp2 dprmudahkan prjlnan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh! Kte same la..sye pown 22 ogos..tp sye pergi sorg..1st time travel..cuak la..btw,murah gle awak dpt tiket..:-o

      Padam
  28. Tempat2 Menarik Di Seoul

    Gyeongbokgung
    Insa-dong
    Namsan
    Itaewon
    Cheonggyechon Stream
    Hangang Park
    Banpo Moonlight Rainbow Bridge
    Lotte World
    Pulau Nami
    Buckheon Village
    Hanok Village
    Nandeamun
    Dongdaemun
    Myeondong
    World Cup Stadium
    HONGDAE&IDAE UNI
    63 BUILDING
    NAMSAN'S KOREA TRADITIONAL HOUSE



    Tempat2 Menarik di Busan

    SHINSEGAE, CENTUM CITY
    HAEUNDAE BEACH
    BUSAN TOWER
    TAEJONGDAE
    BUSAN AQUARIUM
    BEOMEO-SA TEMPLE
    JAGALCHI MARKET
    HAEDONG YONGGUNG TEMPLE
    SAJIK BASEBALL STADIUM
    BUSAN CITY TOUR

    -Iskender-


    BalasPadam
  29. guys,try check ni..hope membantu korang.sy akan ke sane on 12sept-15sept..:)
    http://www.visitkorea.or.kr/enu/GK/GK_EN_2_7_4.jsp

    BalasPadam
  30. guys,try check ni..hope mebnatu korang,sy pon akan kesane on 12sept-15sept:)
    http://www.visitkorea.or.kr/enu/GK/GK_EN_2_7_4.jsp

    BalasPadam
  31. guys,try check ni..hope membantu korang.sy akan ke sane on 12sept-15sept..:)
    http://www.visitkorea.or.kr/enu/GK/GK_EN_2_7_4.jsp

    BalasPadam
  32. Salam...best bc info2 kat atas ni...tp blh bantu sy x...sy pegi busan 9/3-13/3..time ni musim ape ye...blh bg cdgan x tmpt yg sy blh pg...teringin nk pg jeju...agak2 sempat ke...

    BalasPadam
  33. salam...byknye info...tp sy still nak tnye jugak...
    sy ke busan bln 3 nnt...time tu musim ape ye?pegi 9mac-13mac...smpai busan kul4ptg n tiket blik msia dr busan kul4lbh...blh cadangkan x tmpat yg sy blh pegi...thanks..

    azie

    BalasPadam
  34. salam...byknye info...tp sy still nak tnye jugak...
    sy ke busan bln 3 nnt...time tu musim ape ye?pegi 9mac-13mac...smpai busan kul4ptg n tiket blik msia dr busan kul4lbh...blh cadangkan x tmpat yg sy blh pegi...thanks..

    azie

    BalasPadam
  35. Salam, Sy Akan ke busan pd 15-23 dec ni, di jangka Tiba pukul 4ptg, our plan Tiba di busan Sy nk terus ke Seoul, Sy nk Tanya dr busan airport nk ke ktx station or bus station brp jam? Selain taxi apa transportation lain utk ke ktx station or bus station? Tqvm -Adah-

    BalasPadam
  36. Nnti lepas raya saya beri cadangan kepada korang semua...Selamat Hari Raya...huhu


    -Iskender-

    BalasPadam
  37. Salam.. Sya akan ke busan 19-23 September ni..dijangka tiba jam4ptg..plan nak ke jeju..ada cadangan x mcm na nak ksna?thanks

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai, nak tanya feri dri busan ke jeju ader x?

      Padam
  38. bro, aku pun gi trip ni from 15 sept until 20 sept... tp xdak hala tuju lg.. pegi sensorg ja.. any sugestions.. trnsit di busan around 4 pm 15 sept .kalau rajin buat jadual siap2... hehe . thanks

    BalasPadam
  39. Hi..saya akan pergi ke busan pd 17-21 nov 2013..saya amek package airasiago fligh+hotel..mslah skrg xtau tentg transport utk berjalan di sana..hotel di dalmaji hotel..any suggestion n quatation utk saya x?

    BalasPadam
  40. Anz Aszuq....Saudara boleh beli T money je...T money nie boleh digunakan untuk menaiki metro, bus, kedai serbaneka dan lain...
    Pengangkutan utama saya semasa saya di Korea adalah metro...Mudah, pantas dah murah...

    Pekej tu ada travel guide x ?


    -Iskandar-

    BalasPadam
  41. salam..sy akan ke korea 25 November 2013-1 Dis 2013,kami akan turun dan naik di Busan..ni first time pegi n berdua shj (pompuan hehe). blh x iskandar suggest adakh kami perlu ke seoul trus pada hari pertama kami sampai d busan atau pergi pada hari kedua sahaja..satu lagi ada x tmpt2 guesthouse yg blh kami ddk kt busan n guesthouse ni kena tempeh dlu ker or blh main redah je =)..owh ya klo iskandar nak main ski harap2 dpt lah ajak kami berdua ni =D

    -far&teng-

    BalasPadam
  42. Far @ Teng....Rugi la...Klu x melawat Busan...Dekat Busan ada pantai yang indah arr - Haeundae Beach - dan banyak lagi...

    Ok...25 Nov tu flight kul 1 am :) Jadi pergi ke Seoul 26 Nov ler pagi ler...Tapi cukup ke sehari je dekat Busan tuu...Plan semula ler...Atau 27 Nov pagi bertolak ke Seoul :)

    Naik main Ski...Lol..X berani la..X ada pengalaman...Tanya owner blog nie (Saudara Safuan)...Dia pernah main Ski dulu...


    25 Nov nie...Musim luruh dah abis ler...Ada kot saki baki yang tiggal...Selamat Berjalan..

    -Iskender-

    BalasPadam
    Balasan
    1. Main ski memang best, first time main dekat Perth Ski di Scotland... ada banyak skill yg kena belajar salah satunya cara nak break... kalau ada bajet lebih why not jadikan Korea pengalaman pertama awak main ski... wahh mesti best...

      Padam
    2. Wajib cuba ka...Apa yang best sangat pasal Ski nie ? Cuba cite sikit









      -Iskender-

      Padam
    3. nak tau best ka tak pi la cuba main... tak la sampai wajib...

      Padam
  43. Far%Teng...Tempat dulu la...Baru selamat :)

    http://pusanhostel.com/rates/


    -Iskender-

    BalasPadam
  44. tq iskandar n safuan ats infonyee.
    nk tnya plak psl t money tu..sbnrnye pe bnde tu erk? ktne nk dpt? bende tu hrga die bpe?

    BalasPadam
    Balasan
    1. T-Money mcm kad Touch 'N' Go la...Kad nie boleh beli kat Mart atau mana2 kedai ada logo T MONEY...
      Kad nie harga dye 2500 won...Lepas tu bley topup maksimum 90000 won :)



      -Iskandar-

      Padam
  45. owh mcm tu..kiranye t money tu pntg jg kan?
    st lg nk tnya kat korea tu senang ker nk cr surau or kta kena pndai2 cr tmpt lapang utk solat?
    ada x link yg blh bg maklumat tntg wktu solat d korea?

    far&teng

    BalasPadam
    Balasan
    1. Penting la -_- ....Surau...haha..Payah nak jumpa...Solat Jamak Qasar la....Solat je kat mana nak solar..Orang sana x ganggu yer...Cuma jgn g solat tgh jalan dah la...

      http://www.islamicfinder.org/cityPrayer.php?country=south_korea


      -Iskandar-

      Padam
  46. Salam..sy nk tnya skit blh...bru beli tiket ke busan utk bulan 3 nnt...then mcmne nk booking hotel kt sna n flight nk g seoul..teringin nk jln2 kt sna dr busan..tp xtau mna tempat nk pg...beli sbb teringin ke korea...
    Boleh x safuan n iskandar bgtau pe perlu buat n mna blh sy melawat nnt...sy pegi dlm 4hr 3mlm je...tq

    ~nora~

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam, kalau saudari baca dalam entry ada saya cerita macam mana nak ke seoul, salah satunya naik keretapi KTX... Saya belum pernah ke korea lagi... apa yang saya buat, saya cari banyak info dari penulis-penulis blog yang pernah ke sana... macam-macam kisah lucu, dari blog yang saya baca saya kumpul maklumat mana nak pergi, apa nak kena ada, macam mana nak booking hotel, yang mana best, macam mana nak jalan... pastinya ada banyak blog yang mana tuan dia dah pergi ada kongsi dengan kita... Bulan 3 best tu, kalau hujung2 mungkin dapat merasai keindahan bunga sakura yang sedang kembang mekar, saya jeles dgn awak disitu... hehe...

      Padam
    2. Book bilik guna Agoda pun leh...Tapi saya book bilik direct terus dengan tempat penginapan tersebut...Klu nak cepat naik KTX lebih kurang RM 150 sehala...Klu nak murah naik Bus lebih kurang RM 60 sehala...

      Klu tempat kat Seoul tu pergi lawat

      1. Seoul Center Mosque
      2. Istana di Seoul...Klu sempat pergi ketiga2 Istana kkk
      3. Nami Island
      4. Nandaemun, Myeondong, Dongdaemun, Insadong
      5. Hanok / Bukheon village

      Kesemua tempat nie perlukan 2 hari untuk habiskan...Kesemua tempat ini di Sekitar Seoul sahaja...Cuma Nami Island je jauh sedikit....Enjoy la trip saudara kkk


      -Iskandar-

      Padam
  47. Assalamualaikum br ku tahu dr busan blh ke seoul..hehe..rata2 tgk tket promo airasia hnya ke busan..target adalah ke seoul ..bajet include sume around 2k++..ckup x if as backpackers for busan- seoul? 1week..ni email sy fyda_d@yahoo.com..tq:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cukup saudari :) Tidak termasuk tiket penerbangan yer :)



      -Iskandar-

      Padam
  48. Hai, nak tnya.ade x feri dri busan ke jeju? -Jieqra-

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada :) Tanya Mr Google


      -Iskandar-

      Padam
  49. Salam. Menyibuk lagi.. Dari Gimhae Airport, amik je bus kat luar airport terus ke Busan Station sbb situ lah stesen utk depart KTX. Dan di Seoul pulak, KTX ni akan stop di Seoul Station, station ni mmg masyaallah,besar gedabak amat. KL sentral mmg xley nk banding lah. Dari situ, tgok la awk stay area mana? ambik Line Subway yang sepatutnya, ada banyak,jgn pening2.relaks je.senang,signboard ada dlm English.

    Nak pegi N Tower tu xpayah ambik night tour pun xde hal. Amik je bus 02 kalau dr stesen ChungMuro, dia akan hantar terus ke atas,kaki N Tower tp kne jalan dalam 200m gtu smpai la N Tower. Jimat masa & murah. Cable Car pun ada,tp kalau xsilap, kena beratur panjang lah. Harga pun boleh tahan lah,kan.

    Lagi satu, dah alang2 nak pegi Gwanghwamun Square tu, terus pegi Gyeongbokgung Palace la, sebelah square tu je. Cuba periksa jadual pertunjukan pertukaran pengawal istana,ada jugak kat situ. Bila dah ada dekat square tu,jangan lupa masuk Sejong Museum,pintu masuk kat bawah patung King Sejong tu,free je. boleh belajar psal sejarah2 & ada tempat utk tulis2 nama dlm bhsa korea, pun free jugak. dah siap2 ctu boleh la pergi lepak2 dkat Cheonggyecheon Stream,rendam2 kaki dlm air (kalau xbeku la),berehat2.

    Nak g Bukchon Hanok Village tu luangkan masa banyak sikit, kat situ ada spot2 utk bergambar, ada kisah2 dia la disebalik spot2 tu. ada 8 kalau tak silap. Seronok la mencari,jgn lupa mintak peta dekat2 situ.

    Nami Island,aritu sy pegi dgn ITX je. naik smpai Gapyeong,lpas tu amik bas kat seberang jalan lua stesen tu, terus hantar ke kawasan feri ke Nami Island.

    eh dah terpanjang pulak. Sebenarnya boleh redah je sendiri kalau hati cekal.jgn lupa senyum & tanya2 org sana kalau xjumpa jalan. baik2 belaka. ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. @Fiqahlee Waalaikumussalam, awak menyibuk kat sini tak pe.... banyak info yang ceq dah dapat... Aku amat menghargainya.... hehehe... Sekarang ni tengah busy sangat2 dengan sekolah...

      mood tengah countdown berapa hari lagi nak pergi...

      Padam
    2. Assalammualaikum @fiqahlee @saffuan jaffar saya akan ke Busan pada 17 nov iaitu lusa dan sampai jam 4 ptg insyaAllah dan kena terus ke Seoul. Kalau plan awl saya mmg akan ambik ktx lah dlm jam 5 ke..tp skrg saya jd risau sbb bila saya tgk korail website ktx ke seoul dr jam 4 ptg ke atas semuanya fully book. Kalau nak beli on the spot saya risau berdiri je sbb saya bawa ibu saya...n kitaorg gi tu dlm 3 org..n ketiga2nya perempuan..apa perlu saya buat ek?

      Padam
    3. Waalaikumussalam @Nour hmmm.... saya ada cek jugak....

      -cuba cek lain, tadi (7.53 am) saya cek paling lewat untuk KTX 19.15 & 19.50hrs

      -in case kalau tak ada train saemaeul paling lewat bertolak 19.35

      Padam
  50. Salam...saya akan ke Seoul pada Februari 2014. Salah satu dari itinerary saya adalah untuk ke Jisan Forest Ski Resort dari Myeongdong.

    Minta pendapat/nasihat untuk ke Ski Resort ini( dari segi pengangkutan awam). Kumpulan saya seramai 10 orang dan 3 daripadanya adalah kanak-kanak.

    Terima kasih

    BalasPadam
  51. hye,baru balik dari busan n seoul smlm...mase kat gimhae airport tu kiteorg naik bas tambang 6000won(rm18) n die akan berhenti kat busan station.then sampai kat busan station tu kiteorg naik ktx train to seoul,harganye 60000(rm180) won sehala,so untuk return harganye 120000won(rm360).mase di ambil tuk sampai ke seoul station lebih kurang 2jam 40min..tp bile nak balik dari busan ke airport lak ssh sgt nak naik bas so kiteorg naib cab.rupe2nye naik cab lagi cepat n murah..huhuhu.naik bas lbh kurang sejam tp naik cab lbh kurang 15min je..huhuhu.tambang cab dr busan station ke airport 12000won n dibahagikan dgn 3 sbb kami bertiga so 4000 won je sorang.hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. @Khayla Zara, terima kasih, at least saya ada le bajet.... tak sabar pulak nak pergi sane.... awak dah balik semalam, wahhh.... saya lagi 2 bulan nak ke sana.... TQ ye...

      Padam
    2. Assalammualaikum..saya akan ke Busan, lusa 17 nov jam 4 ptg dan akn terus ke seoul..skrg saya risau pasal tiket ktx sbb bila saya tgk kat korail website macam dah fully book dr jam 5 ptg dan ke atas sebab mungkin sebab hari tu hari ahad...lgpun saya bawak ibu sekali n dn kalau beli on the spot ada yg standing je kan? Boleh patah kaki tu nak berdiri 2.5 jam

      Padam
  52. Khayla Zara...Cuaca waktu pergi tu sama panas dengan Malaysia ke ? Atau cahaya yang panas tapi angin sejuk ? Cuaca di malam hari macam mana ? Nyaman ?


    -Iskandar-

    BalasPadam
  53. okeyhhh...have a nice trip n jgn lupe update ur trip ke korea ek.hihihihi

    BalasPadam
  54. en iskandar..
    cuace yang panas tp terasa sejuknye,xberpeluh pon mase saya pegi tu.dan kdg2 hujan..mlm plak mmg dingin,so kalau nak pegi bulan 10 ke da bleh ready dengan pakaian tebal kot:)

    BalasPadam
  55. assalamualaikum saff1 & iskandar

    lama x bertnya psl korea..hmpir sebulan lg sblm kami bertolak huhu
    nak tnya kt korea blh guna simkad malaysia ker?
    satu lg plug kt sn sm mcm malaysia ker or kita kena guna adapter plug?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila pergi tuu ! Boleh jumpa disana bulan depan ^^
      Sim Malaysia x boleh rasanya ! Boleh sewa simcard dekat sana....Klu x salah sehari 5000 won !
      Plug sana x sama ngn kita nyer....Pergi cari dekat kedai hardware kata nak guna International adapter plug nyer ^^


      -Iskandar-

      Padam
    2. owh,ok...kami pergi 25 nov-1 dis..iskandar pergi brapa hb?

      Padam
    3. Iskandar ni dia pergi awal, kalau tuan tanah ni pergi 18 november 2013

      Padam
  56. boleh tak emelkan sy cadangan itenary utk busan dan seoul ni sbb saya akan pegi ke sana dar 2- 9 dec nanti...agak cuak sikit sbb tak penah pegi busan tp seoul dah pegi last year...

    BalasPadam
    Balasan
    1. cadangan itinerary ada saya upload kat atas.... Yahaziza boleh baca, dan edit ikut kesesuaian.... kalau ada apa2 boleh tanya di sini... :)

      Padam
  57. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  58. Assalam tuan tanah dan sdra Iskandar yg byk bg tips. InsyaAllah saya dan rombongan mak jemah akan ke Busan pd 17-20 Jan 2014. Ramaiiii..dlm 21 org termasuk kanak2. Semua kaum keluarga je. Kami akan pergi sbg backpacker. Main redahhh.. boleh tak bg tips bgmana nak spend masa yg bermanfaat dlm tempoh tu? Mcm x smpt je kan nak pegi Seoul.. tp nak pergi Seoul klu bolehhh.. kami depart pkl 1 lbh pagi dan blk ke Msia pkl 10:35 am. Tlg saya ye.. kalau sudi cite kat email ni alamat imjay113@gmail.com oh ye,kat Busan ada salji ke?? :) gamsahamnida

    BalasPadam
  59. Selaku tuan tanah, saya jawab salam... Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh.... ramai tuhhh..... sampai 21 orang, paling kecik umur berape?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Paling kecik umo setahun lbh...dewasa 13 org. Yg lenlain umo range 1-12 thn.

      Padam
    2. Paling kecik umo masa travel nanti dlm sethn setgh

      Padam
    3. Tuan tanah,blog dah mesra alam nampaknya.good job.lebih cerah dan senang baca.

      Padam
  60. As-salam... Saya & keluarga akan ke Korea (KL-PUS-Seoul-PUS-KL) pada penghujung Nov. Agak nervous sbb pegi tanpa guide walaupun dah buat byk research. Mohon pencerahan bagi yang berpengalaman option untuk ke station KTX. Mengikut research saya, kita boleh ambil KTX terdekat di Gupo Station menaiki bus 307, tetapi ramai yg berpengalaman mengambil KTX di Busan station which is lebih jauh dari Gupo. Risau gak kalau2 research saya tu tak proven, nanti kelain jadi nya.... Mohon bantuan ye...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nnti kami balik dari trip ke Busan - Seoul...Kami akan listkan apa yg patut saudara tahu :) Sbb Busan belum pernah sampai lagi :)


      -Iskandar-

      Padam
    2. Iskandar,Busan ada salji ke?

      Padam
    3. Kalau musim sejuk ada la salji...

      SAFFUAN 9W2SFJ

      Padam
    4. Ada terbaca di blog sape entah,Busan jarang ada salji.Kalau betul2 sejuk baru salji turun.Busan adalah tempat paling panas di Korea.Kalau salji turun tu mmg suka lah penduduk Busan.

      Padam
  61. Blogger ni kata susah nak jumpa salji di Busan melainkan benar2 dingin aja http://izmantoko.wordpress.com/2012/12/26/winter-snow/

    BalasPadam
  62. Nak Salji g Jeju....Salji seksa betul la...Kesejukan yang menyengat :P
    Tahun lepas..Pergi sana dalam suhu -6...Salji x nampak lagi...Haha
    Ada sikit2 ja...Lepas tu cair...Tapi bulan 1 ada salji...Pergi ler Nami Island musim salji...
    Cantik betul :P

    -Iskandar-

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iskandar,awak ni student ke kat sana?

      Padam
    2. Tak...Tapi saya solo traveller...Suka merentasi kota2 di dunia nie :)



      -Iskandar-

      Padam
  63. assalamualaikum saf1 n iskandar...
    klo nk beli tket KTX train trus d kaunter kt sn blh kan..?
    just gna cash money kan?

    BalasPadam
  64. Boleh aje :) TUNAI $$$ -_-....hehe...Selamat yer



    -Iskandar-

    BalasPadam
  65. Best sgt baca komen2 kt ats ni.. X lokek nak tlg..ada plan nk ke seoul next year..Byk info yg sy dpt.thnks.. :)

    *kagomegrappes*

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih.... have a nice trip ke seoul nanti....

      Padam
  66. Salam, saya nak pg Busan hujung bulan 1 nie. So ade suggestion dan tips x? Pergi 3 orang dan backpack styles. Kalau boleh nak minimal kan cost. hehee.... Walaupun lambat lagi tapi excited giler nak pergi. Thanks atas perkongsian. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam bro, aku belum pernah sampai busan lagi, setakat ni tempat yang aku dah ada dalam plan, hang baca kat sini [http://saffuanjaffar.blogspot.com/2013/08/tips-melancong-ke-busan-seoul.html?showComment=1382931147328#c8074834046765924038]

      InsyaAllah nanti kalau aku dah balik aku akan update cerita kat busan, mungkin sekali dengan kos semua...

      Thanks for visiting!

      Padam
    2. Azwan - aku ada bace trip hg ke India, best! dah bookmark, siap aku ambik info dari blog hang... nice entry!

      Padam
    3. owh ye ke... Actually aku ada buat kos ground ke Delhi ngan mumbai gak. Cume xde mase je nak post kat Blog tp kalau berminat nak pergi sana boleh je nak share. heheee BTW thank atas perkongsian. Kitorang pergi bulan 1, so sempat la tnggu next tips dari ko. hehee... dah follow so menunggu utk next entry. hehee

      Padam
  67. Salam tn, kwn nk g busan Korea 15-19 disember

    BalasPadam
  68. Tlg g guide dr airport ke hotel , then tempat best tk busan... Long ranger je...15-19 dis 2013 ni..budget trip

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam, guide ke hotel mana ni? Di Busan ada beratus2 hotel...

      Padam
  69. Salam..di Korea adakah rakan HAM radio ?

    Syam 9w2sym

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam, di Korea Selatan ada ham radio, tapi kalau rakan ham radio saya tak ada... 73 de 9W2SFJ....

      Padam
  70. Slm, prlu apply visa tak g Korea?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam, tak perlu jika ke sana untuk melancong dalam tempoh tertentu....

      Padam
  71. Assalamualaikum..di Korea Ada kah rakan HAM radio ? saya akan kesana bulan hadapan.
    Syam 9w2sym

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam, di Korea Selatan ada ham radio, tapi kalau rakan ham radio saya tak ada... 73 de 9W2SFJ....

      Padam
  72. Salam..di Korea adakah rakan HAM radio ?

    Syam 9w2sym

    BalasPadam
  73. Hehe...Saudara baru sahaja pulang dari Seoul....Skunk nie saudara Saiful masih di Busan/ Seoul....Pengalaman yang tak boleh dilupakan :) Semasa saya disana, tiada sebarang masalah yang berlaku...Malah generasi tua di Korea sangat mesra dengan pelancong...Suka membantu dan lain....Kawan saya datang bersama keluarga telah dibantu secara sukarela oleh makcik2 disana tanpa sebarang balasan semasa beliau sesat ketika pulang di Nami Island....Tangan saya macam hendak menulis...Tapi apa dayanya...Saya tidak ada blog sendiri :)

    Selamat kepada semua rakan2....Selamat Bercuti

    -Iskandar-

    BalasPadam
  74. apa nak jadi…jadila…sy nk pergi 2 org je…..kite redah jela korea tu heheeh…bestnya…bila ek salji turun????

    BalasPadam
    Balasan
    1. Turun sekali pada 18/11/2013...

      Mungkin di awal/ pertengahan disember salji turun macam ais kacang :)


      -Iskandar-

      Padam
  75. assalamualaikum saff1 n iskandar,
    kami br je smpi dr korea 1 disember,penglaman yg menarik n sgt2 seronok..akhirnya kami dpt merasai salji d nami island dan everland
    blog saf1 dan komen2 dr iskandar sgt membantu kami..tq u korang hehe

    teng&farihah

    BalasPadam

Tolong letak nama, ok??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...