Sabtu, 21 April 2012

Imej Satelit NOAA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

     Setelah hampir beberapa bulan mengenali dunia radio amatur, banyak yang telah saya pelajari diantaranya ialah membuat antenna sendiri dan yang terkini ialah menerima imej dari satelit NOAA iaitu satelit yang memancarkan isyarat yang membolehkan kita menerima imej terkini bumi. Beberapa peralatan diperlukan untuk menerima imej satellit iaitu :

NOAA - National Oceanic Atmospheric Administration


1. Antenna yang bersesuaian (137Mhz) Saya menggunakan antenna Cross Dipole 137Mhz


2. Mobile rig / handy yang boleh menerima isyarat daripada satellit tersebut, yang saya guna ialah model TM271-A Kenwood

Stesen penerima Sungai Nibong (Laptop, Mobile rig)

3. Kabel Audio jack 3mm

4. Software untuk decode (nyahkod) imej WxtoIMG

5. Sebuah laptop

Caranya ialah :

1. Download dan install software tersebut di komputer atau laptop anda

2. Sambungkan kabel audio jack pada "speaker out" pada rig atau handy anda dan hujung yang satu lagi disambung kepada soundcard laptop/komputer iaitu "microphone in"

Langkah seterusnya ialah buka software dan :

3. Klik File > Update Keplers (tunggu sehingga selesai update)

4. Kemudian klik File & Satellite Pass List
Untuk makluman, anda perlu mendapatkan maklumat terkini daripada laman web untuk mengetahui status terkini satellit [klik sini]

5. Set pada rig/handy anda Squelch pada aras 0


            Audio Jack 

6. Kemudian setting frekuensi satellit yang akan melintas contoh, jika satellit NOAA-15 yang melintas, setting frekuensi 137.620Mhz

7. Klik File > Record > Auto Record

8. Pastikan volume tidak terlalu tinggi

9. Software tersebut akan merekod bunyi secara automatik

10. Lihatlah hasil gambar tersebut

Pass List


Imej terawal yang berjaya saya rakam


Nama Satellit : NOAA-15

Frekuensi : 137.6200Mhz

Tarikh : 10 April 2012

Waktu 6.33pm

Antenna : 137.00Mhz Crossed Antenna

Lokasi Stesen : Sungai Nibong

Lokasi Imej Paparan : Semenanjung Malaysia, Sumatera, India dan Sri Lanka


Imej terbaik yang berjaya dirakam

Nama Satellit : NOAA-15
Frekuensi : 137.6200Mhz
Tarikh : 11 April 2012
Waktu 6.08pm
Antenna : 137.00Mhz Crossed Antenna
Lokasi Stesen : Sungai Nibong
Lokasi Imej Paparan : Semenanjung Malaysia, Sumatera, India dan Sri Lanka

Semenanjung Malaysia


Rakaman Video menunjukkan bagaimana imej diterima Selamat menonton




73,

 Muhammad Saffuan Bin Jaffar
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...