Rabu, 19 Jun 2013

Tips Bercuti di Luar Negara 1

Permohonan Lawatan Ke Luar Negara bagi Pelajar
 
Tips Melancong dan Bercuti di Luar Negara | Aku ada terbaca dekat blog, ada yang pergi travel amik insurans. Kalau melancong ke luar negara seperti Thailand sebaiknya ada prepare untuk insurans bagi meringankan beban kalau-kalau ada timbul masalah. Kawan aku ada pergi travel sorang ke Australia, dan pada masa tu Jabatan Hal Ehwal Pelajar ada maklumkan masa perhimpunan yang pelajar perlu mengisi borang permohonan lawatan ke luar negara, nampak macam rumit dan kawan aku pun tak isi.

Kali ni ada rezeki untuk aku ke luar negara sekali lagi pada pertengahan november, so aku ingat nak amik insurans perjalanan. Untuk memohon insurans perjalanan kita perlu mengemukakan surat permohonan yang telah diluluskan. Macam aku student IPG aku memerlukan kelulusan daripada rektor. Permohonan perlu dibuat 3 bulan sebelum tarikh perjalanan. Alhamdulillah dalam masa yang singkat permohonan aku diluluskan.

Langkah pertama perlu isi borang PERMOHONAN MENGADAKAN LAWATAN KE LUAR NEGARA (PERSENDIRIAN) yang boleh didapati di Jabatan Hal Ehwal Pelajar. Lengkapkan borang permohonan termasuk alamat untuk kita menginap, tak perlu detail pun tak pe. Bahagian PUNCA KEWANGAN aku letak PERSENDIRIAN, setel selepas 2 minggu permohonan aku telah diluluskan.

 Surat makluman daripada Pengarah

Surat kelulusan Permohonan Lawatan Ke Luar Negara (Pelajar)

   Alhamdulillah, proses tak rumit dan permohonan untuk perjalanan semasa dalam cuti kebiasaannya akan diluluskan. Langkah seterusnya ialah nak buat insurans, kalau ada pembaca yang pernah buat insurans perjalanan ke luar negara boleh la kongsikan kat Tips Melancong ke Luar Negara . Tengah tak de idea nak pilih yang mana satu.

Muhammad Saffuan Bin Jaffar

9 ulasan:

  1. wahhh murahnya rezeki p luar negara lg

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, elok2 habis semester, boleh la nak rehat2 nak buang segala tekanan...

      Padam
  2. hello,saya pun student ipg jugak..how did u save up ur money ? sgt2 curious since ipg ni kn agk byk pki duit..sem 8 kn this year..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ipg tak pakai duit banyak rasanya... baucer buku dah ada... hehe... kena pandai simpan la...

      Padam
  3. tumpang tanya, kalo nak mohon lawatan ke luar negara semasa interaks kuliah mengikuti rombongan NGO dapat diluluskan tak? segala surat akan dihantar ke Rektor oleh pihak IPG?

    BalasPadam
    Balasan
    1. hi, saya rujuk kat hep, biasanya kalau mengganggu waktu interaksi mungkin permohonan susah untuk diluluskan... mungkin awak boleh rujuk hep, untuk maklumat lebih lanjut...

      Padam

Tolong letak nama, ok??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...