Memaparkan catatan dengan label Danao Toba. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Danao Toba. Papar semua catatan

Sabtu, 4 Mei 2013

Kembara Solo Medan (Part 6)

Dari Parapat ke Medan AIR TERJUN SI PISO PISO

    Pagi ni aku bangun awal, misi trip solo aku di Bumi Medan Provinsi Sumatera Utara akan aku teruskan yuk guys!

   Pukul 6.45pagi aku dan menunggu di jeti Tabo Cottages dan cuaca pagi ni subhanallah sangat cantik! Kat atas feri tu aku snap gambar puas-puas sambil ditiup bayu tasik Toba yang indah.

Feri bergerak meninggalkan Pulau Samosir 



Sampai dah di Jeti Tigaraja

Nampak kereta buatan Malaysia, tumpang bangga sekejap

Ni kereta yang aku sewa Kijang Innova
  
   Sampai je kat jeti Mando Raja Taxi ni siap dah tunggu aku, siap dengan angkut beg aku sampai ke office dan kat sana aku setelkan bayaran, sekali lagi dia ingatkan aku ke mana supir akan bawak aku. Balik ke Medan aku akan singgah di Air Terjun Si Piso Piso, kemudian ke Berastagi dan lansung ke Medan. Pak Supir yang bawak aku ni sebaya dengan aku, sempoi jugak orangnya. Orang "Solo" katanya bukan "solo" yang tu.

     Air terjun Si Piso Piso ni terletak di Perkampungan nelayan Tongging di sebelah utara Pulau Samosir. Jalan ke sini subhanallah anda dihidangkan dengan pemandangan yang indah tapi pakej dengan jalan raya yang sangat dahsyat. Teruk keadaan jalan, sampai aku naik pening. Pak Supir tu bersemangat cerita itu ini sepanjang jalan. Dia pulak lupa jalan nak ke Si Piso Piso, kejap behenti turun tanya.

Lebih kurang 2 ke 3 jam aku pun sampai, dan aku sangat teruja nak melihat keindahan air terjun Si Piso Piso, sanggup gue sewa teksi naik sorang-sorang hanya untuk ke sini! Hehehe...

Tanjung Unta, dalam perjalanan nak ke Air Terjun Si Piso Piso 

Pak Supir, aku duk belakang sebab selesa 

Jalan nak ke Air Terjun Si Piso Piso 

Singgah kejap kat kebun sayur, gambar pak supir yang beria nak amik 

Dah nak sampai ke Tongging berdekatan Air Terjun Si Piso Piso

Kawasan Parkir Air Terjun Si Piso Piso, ada kedai survenir 

Ni dia air tejun yang aku maksudkan. Subhanallah sangat cantik, dengan cuaca yang baik. 


    Lama-lama sikit nampak pelangi, ni la yang aku nak tengok sangat-sangat. Suasana kat sini dingin sejuk. Aku tengok ada tangga turun ke bawah, so aku decide untuk turun, kat sana port ambik gambar lagi cantik. Kalau yang cepat semput aku tak galakkan untuk turun, sebab naik tangga ni agak curam. Dari kawasan air terjun ni boleh nampak Pulau Samosir.

    
Ni kat kawasan tangga, nak sampai sini memang kena turun sampai kat kedai makan kat bawah nun jauh di sana. Hampir sejam aku spend masa kat sini,lepas tu terus aku bergerak ke Berastagi kemudian ke Medan. 

Aku terlelap, buka mata ja dah sampai Medan, waduh macet!!

Punya la sesak, bunyi hon sana sini 

Gambar paling epik 

Macet sana sini 

Sekitar Masjid Raya

Lebih kurang jam 3.00 petang aku sampai di Medan, kat sana aku menginap di Hotel Sakura. Sampai hotel aku terus tidur sebab letih dan pening pun tak habis lagi.

~Bersambung~

 Muhammad Saffuan Bin Jaffar

Khamis, 2 Mei 2013

Kembara Solo Medan (Part 5)

DARI SIMANINDO KE HUTA SIALLAGAN (KERUSI BATU)

Jauh beno rasa nak patah balik ke Tuk Tuk, hari pun dah nak gelap, bukannya nak malam tapi tanda-tanda hujan nak lebat. Waduh gawat sih, aku pun pecut, at least aku sempat sampai ke Tabo Cottages. Alangkah malangnya, hujan turun dengan lebatnya. Jenuh aku mencari tempat nak berteduh, nampak bangunan arghhh kubur, jalan lagi arghhh rumah orang, jalan lagi lagi jumpa la kedai so aku stop kat situ.

Aku tak keseorangan kat kedai tu, siap ada yang berteman, selama 30 minit aku tunggu hujan dia asyik tengok aku, dan kami tak sembang apa-apa pun. At least aku tak la berseorangan...

Nampak tak? Dia ni la teman aku sampai hujan berhenti...

   Alhamdulillah, lepas hujan cuaca pun elok dengan terang dilimpahi cahaya mentari terkesima. Aku meneruskan perjalanan ke Huta Siallagan. Kat tempat ni ada Kerusi Batu, kalau zaman sekarang ni kiranya macam mahkamah la. Aku cari jalan tak jumpa, aku nampak ada orang duk lepak kat pondok, tak sempat aku nak tanya dia, dia siap bagi direction untuk ke Huta Siallagan, jalan nak masuk sedikit azab!



Dah pun sampai, masuk beli tiket kat kaunter, tanter kat kaunter tu offer aku untuk amik tour guide, so aku tak fikir banyak, aku pun amik la sorang pok cik nih. Cakapnya berbudi bahasa lemah lembut aku suka cara dia cerita!

Salah satu jenis rumah tradisional orang Batak
   
    Kat sini dia terangkan jenis-jenis rumah orang Batak, so baru la aku perasan yang rumah orang Batak ni ada jantina lelaki dan perempuan. Contoh kat atas tu rumah perempuan, sebab tangga nak masuk ke rumah ada di dalam. Yang ada cicak dengan 4 ketul tempurung tu simbol kesuburan orang Batak. Yang 4 ketul tempurung tu faham-faham la ye.... hehehe... Lepas tu dia bawak masuk ke dalam, dan dia cerita la macam mana adat kematian, perkahwinan cara diorang hidup, nak tau banyak kena rajin tanya!

     Lepas melawat rumah, pak cik ni bawak aku ke Kerusi Batu. Salah satu tinggalan di Siallagan yang masih elok. Siallagan ni sebenarnya nama raja, dan orang-orang Batak gunakan nama raja ni sebagai family name diorang la. Daripada nama Siallagan tu diorang akan tahu dari mana asal usul diorang datang. Ok ,berbalik pada cerita kerusi batu, kerusi batu ni tempat perbicaraan orang-orang yang melakukan kesalahan.


   Kerusi yang kecik tu untuk orang salah yang bakal dijatuhkan hukuman. Bertentang dengan kerusi kecik tu, kerusi yang paling tinggi daripada kerusi-kerusi yang lain, yang tu la kerusi untuk Raja Batak. Waktu nak bicara orang salah, menteri dan raja akan datang. Tukang Sihir pun akan datang sekali waktu dalam perbicaraan. Di sinilah penentu sama ada pesalah akan dibunuh, dipenjara atau menjadi hamba raja seumur hidup. Kalau hukuman mati dia ada lagi satu tempat special punya.... Jom kita ke sana...


    Ok, kat sini la tempat orang salah akan dibawa. Ada kerusi batu meja batu dan seketul batu besar yang nak kata macam meja pun tidak macam kerusi pun tidak.

     Sebelum orang salah tu dijatuhkan hukuman mati. Ahli Sihir akan rujuk kalendar Batak, tarikh dan hari bila yang sesuai untuk pesalah dijatuhkan hukuman. Tarikh-tarikh ni sangat penting dan ada kaitannya dengan kuasa ilmu sihir yang pesalah tu amalkan. Kalau silap tarikh katanya tak boleh dan mungkin pesalah tak akan mati.

Kalendar Batak 

Mula-mula tengok tarikh yang sesuai 

Buku Orang Batak 

Buku ni ada la tulis mengenai perubatan, ilmu sihir 

Lepas rujuk buku, baru lah boleh kenakan hukuman. Hukuman yang macam mana? Sebat? Sula?


    Setelah dipersetujui dan dibelek-belek kat tarikh barulah pesalah tu boleh dihukum. Mata pesalah akan ditutup dan dipaksa makan benda yang pelik-pelik sebelum dihukum. Kemudian, algojo akan bawak pesalah dan letak kat atas batu macam pak cik tu duduk. Baju pesalah akan dibuka dan pedang akan diambil dan algojo akan tores kat atas dada dan perut. Kalau tak ada kesan luka, maknanya orang tu masih ada sihir dan perlu dibuang oleh Tukang Sihir Raja. Ada la pulak alat nak buang sihir tu.

Ni dia tongkat sakti yang paling berkuasa la dan digunakan untuk macam-macam upacara. 

Tongkat ni guna untuk buang sihir yang ada pada pesalah supaya hukuman boleh dijalankan. 

Pra pra pra tu pra bonaa tu taa.... Jampi dibaca dan tongkat tu akan sedut segala kuasa sihir yang ada pada badan pesalah.

    Selepas baca mantera dan kuasa sihir dan disedut, algojo akan test tengok sekali lagi, mana la tau tongkat tu sedut tak habis ke. Algojo amik pedan dan tores lagi, dan kalu ada kesan luka dia akan amik air perahan limau dan tuang ke atas kesan luka tadi... Fiuhhhh dasyat sungguh korang. Bukan main seksa lagi, lepas tu dia akan bawak pesalah ke tempat pancung dan hukuman potong kepala akan dijalankan. Kalau algojo potong kepala pesalah tak putus, dia akan dihukum pancung, so kena la potong betul-betul.

    Lepas pancung kepala akan keluar darah memancut-mancut darah tu pulak akan diminum oleh raja dan orang ramai, jantung dan hati pesalah akan diambil dan dicincang untuk dimakan secara berjemaah siap perah limau lagi kata pak cik tu. Tujuan makan jantung dan hati untuk menambah kekebalan. Kepala pesalah pulak akan dibuang ke puncak gunung dan badan akan dibuang ke dalam tasik sebab tak nak bagi kepala dan badan bercantum dan takut orang tu boleh hidup balik. 

    Itu la kisahnya orang Batak makan orang. Lepas penerangan kat sini pak cik tu pesan nak keluar kena ikut pintu belakang, tak boleh keluar pintu depan. Aku dah boleh agak trik dia nih, sepanjang jalan nak keluar tu aku tahan je la telinga... Pak beli ini pak, beli ini pak, murah aja pak, beli la pak... Sampai aku pun naik pening kepala.

    Lepas tu aku beredar pergi ke Tomok. Kat sana lagi la serabut aku tengok, banyak kedai jual survenir, lansung aku tak singgah. Masa kat Tomok aku tengok ada makam raja, aku hajat nak pergi tengok apa yang best kat sana.

Signboard 

Pemandangan di Tomok 

Makam raja yang aku cakap tadi 



Tak ada apa pun kat sini, hanyalah makam raja, aku masuk kejap tak sampai 5 minit terus aku cabut. Sebelum cabut tu kena bagi derma paksa, adui derma mana boleh paksa orang. 

On the way balik skuter aku pancit... Jemmm la kau kat dalam hutan, aku tanya orang kat situ mana tambal ban, slow-slow aku bawak pergi pam angin. Kena la Rp1,000 balik hotel aku pergi Rumah Makan menghadap teh 3 gelas dengan sebotol air mineral. Aku rasa macam nak demam, mungkin sebab kurang minum air

Kat Indonesia tak de nye panggil teh o. Teh manis ye... Rp 1,000 satu gelas

Malam aku makan kat sini jugak sambil borak-borak dengan taukeh kedai. Katanya dia orang Jawa datang sini berniaga. Malam tu aku makan banyak tambah-tambah lagi, esok aku bakal meninggalkan Pulau Samosir. Balik Tabo, terus tidur dengan nyenyak

~Bersambung~


 Muhammad Saffuan Bin Jaffar

Selasa, 30 April 2013

Kembara Solo Medan (Part 4)

MUZIUM BATAK

Keunikkan Pulau Samosir membuatkan aku rasa nak sangat ke sini. Pulau Samosir ni merupakan sebuah pulau gunung berapi yang terletak di tengah-tengah tasik. Pulau ni juga merupakan pulau dalam pulau yang terbesar di dunia yang terletak kira-kira 1000 meter dari paras laut.

Pagi ni aku bangun awal aku bersarapan dan dengan berpandukan peta yang ada aku bertawakkal sorang-sorang untuk keliling pulau dan ni first time aku guna skuter. Macam-macam hal jadi...

Plan aku pagi tu, dari Tuk Tuk aku akan terus ke Simanindo yang terletak kira-kira 25 km dari sini. Kat sana cuma ada Muzium dan aku ingatkan kerusi batu kat sana, rupanya aku tersilap info, tak pe la aku on je ke sana. Sambil bawak skuter tu aku layan pemandangan kat Pulau Samosir.



 Kedai Cenderahati

 Kedai Ubat, kat sini aku tak jumpa klinik pun...

Rumah Makan (Restoran) Halal 

 Makanan fames kat Pulau Samosir. Mau oder ka? hehehe

Dalam perjalanan nak ke Simanindo aku melalui kawasan Kubur Raja Batak , Raja Sidabutar, tak berhenti pun, kat situ ada kubur dan tak ada apa yang menarik kat sana. Kubur raja kat sini kebanyakkannya ada simbol-simbol agama dan raja Batak yang latest-latest ni menganut agama Kristian.

Makam Raja Sidabutar, tak singgah pun, amik gambar tengok peta tengok jalan, terus blah...

   Jalan raya kat Pulau Samosir ni kecik je, sekali sekala tu kena ingat la ni jalan raya, jangan suka-suka hati bawak macam jalan kampung. Sepanjang jalan nak ke Simanindo anda disajikan dengan pemandangan yang enak enak gitu. Ada kampung-kampung, boleh la tengok rumah tradisional orang Batak, pas tu ada kebun-kebun dan jugak sawah padi yang diusahakan penduduk kampung.



Rumah Tradisional orang Batak 

Kat Pulau ni banyak gereja, sebab majoriti penduduk Pulau Samosir beragama Kristian 

Hari ni hari ahad so hari gi sembahyang kat Gereja la.

   Lebih kurang 30 menit, aku pun sampai la kat Simanindo, kat situ ada la muzium dan bayaran dikenakan untuk masuk ke Muzium, tour guide mu kena bayar lebih la, kalau mau hemat ngga perlu tour guide. Sebenarnya ada info yang korang boleh baca sendiri, so aku rasa tak perlu la kot tour guide nih since aku nak jimat. 

   Sayangnya aku tengok muzium ni macam tak dijaga dengan baik, penuh dengan habuk-habuk dan banyak barang yang dah nak rosak. Bagi aku, benda-benda tradisional ni ada nilai tersendiri dan perlu dijaga dengan baik, sayang bukan senang nak buat dan kalau boleh buat balik pun tak akan sama macam yang original.

Jom tengok kawasan sekitar muzium!

Dari luar Muzium 

Gambar lama yang ada kat dalam Muzium 

Sekali tengok macam batu, tapi sebenarnya patung ni dibuat daripada abu mayat! 

Lambang kesuburan orang Batak 

Patung ni pulak digunakan dalam ilmu sihir. Sebelum orang Batak menganut agama Kritian, bab sihir menyihir orang ni memang jadi amalan 

Dancing area, waktu tu aku datang awal sangat pertunjukkan mula jam 11.30 pagi dan bayaran tambahan dikenakan kalau nak tengok persembahan.

Aku amik masa kat sini lebih kurang sejam, satu persatu barang aku teliti dalam muzium, gigihnya aku. Lepas tu aku masuk ke kawasan dancing area, dalam tu ada la rumah-rumah tradisional orang Batak, nak masuk tak berani sebab kat situ tak ada orang pun, hanya aku saja!!! So "Forever alone"

Sepeda motor aku hidupkan dan lokasi seterusnya, kerusi batu!

~Bersambung~


Muhammad Saffuan Bin Jaffar
(Tengah Hujan kat IPG dalam bilik di Blok Ciku)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...