Ahad, 9 September 2012

Proses Mendapatkan Lesen Radio Amatur

   Untuk mendapatkan lesen Radio Amatur bukanlah perkara yang mudah, namun dengan minat yang bersungguh segala rintangan pun kita redah. Saya bukanlah seseorang yang lama dalam dunia radio amatur tetapi sedikit pengalaman bolehlah saya kongsikan dengan rakan-rakan yang baru hendak menceburi hobi ini.

1. Baca maklumat berkaitan Radio Amatur. Lebih menarik lagi cari di youtube pasal radio amatur nih.

2. Berjumpa dengan rakan-rakan ham yang sudah lama berkecimpung dalam radio amatur. Pada mulanya saya agak malu atau agak kekok untuk berjumpa dengan rakan-rakan ham. Buang perasaan itu kerana mereka sedia membantu anda.

3. Ikut aktiviti yang dianjurkan oleh persatuan. Ini bukanlah satu kemestian, tetapi dengan cara ini kita boleh kenal dengan lebih ramai lagi rakan ham, kenalkan diri anda.

4. Ikuti kelas Peperiksaan Radio Amatur, semasa sesi kelas anda berpeluang mendapatkan tips-tips peperiksaan. Selain itu bahan-bahan bacaan dan soalan untuk latihan boleh diperolehi dari internet. Rajin-rajin la buat soalan, InsyaAllah boleh lulus.

Langkah-langkah untuk mendapatkan Lesen Radio Amatur.

1. Daftar Peperiksaan RAE yang dijalankan setahun 2 kali mengikut tempat
Maklumat Lanjut : http://www.skmm.gov.my/

2. Hadirkan diri ke kelas

3. Tunggu surat daripada SKMM untuk menduduki peperiksaan (kebiasaannya surat sampai seminggu sebelum tarikh peperiksaan)



4. Menduduki peperiksaan dan LULUS (Keputusan tidak rasmi keluar dalam 30 hari bekerja, boleh disemak di laman web)

5. Tunggu surat keputusan RASMI kemudian barulah boleh buat lesen (Keputusan Rasmi 1 minggu selepas keputusan online dikeluarkan)



6. Isi borang yang paling penting borang Pesuruhjaya Sumpah dan Borang Pengesahan 9M2


Borang yang memerlukan tandatangan dan cop Pesuruhjaya Sumpah

Borang pengesahan daripada 9M2

7. Pergi ke pejabat SKMM yang berdekatan, Lesen siap dalam masa 3 hari bekerja, PASTIKAN SEMUA KEPERLUAN LENGKAP DIISI.



 Muhammad Saffuan Bin Jaffar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tolong letak nama, ok??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...