Sabtu, 1 September 2012

Aku & Radio Amatur

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

       Tajuk dimulakan dengan "Radio Amatur" sekadar perkongsian dengan pembaca bagaimana penulis mula mengenali Radio Amatur. Mulanya ketika pengajian di KMPP (Kolej Matrikulasi Pulau Pinang) penulis ternampak kereta pensyarah tertampal sticker callsign "9W2ARM" dan antenna yang panjang. Pelik bagi saya dan saya bertanya kepada pensyarah tersebut iaitu Encik Arman, balasnya ia adalah hobi komunikasi menggunakan radio "Radio Amatur". Namun disebabkan masih lagi belajar saya simpan niat untuk menceburi radio amatur sehinggalah suatu hari saya ke Pusat Pengajian Fizik di USM untuk melihat tesis berkenaan Radio Teleskop pada tahun 2008.

      Profesor Madya Dr. Chong Hon Yew, menceritakan sejenis peralatan yang memerlukan lesen untuk mengendalikannya iaitu "Radio Tranceiver". Saya mula menanam azam untuk memperolehi lesen Radio Amatur, namun saya tidak tahu bagaimana untuk memulakan hobi ini. Pada masa itu saya bergiat aktif dalam hobi Astronomi serta memegang jawatan sebagai Naib Presiden Kelab Astronomi KMPP. Disebabkan saya menyambung pengajian saya, lama kelamaan minat saya terhadap Radio Amatur dilupakan sehinggalah suatu hari ketika saya di Nottingham.

     Pada waktu pagi saya sedang menonton video di Youtube berkenaan Morse Code, dengan kemudahan internet dan Facebook saya mencari dan mencari sehinggalah terjumpa Group di FB "Radio Amatur Malaysia" Minat saya kini kembali segar dan saya menghubungi SKMM daripada England untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut. Memandangkan saya masih di England saya cuba untuk mendapatkan lesen Radio Amatur di sana, namun saya berangkat pulang ke Tanah Air pada penghujung tahun 2010 dan saya terus mencari ham yang dapat membantu.

     Setelah mencari rakan di FB Group Radio Amatur Malaysia, saya berjumpa dengan rakan ham 9W2TNY dan 9W2CRE di Sungai Petani. Maka pertemuan itu telah membawa saya melangkah lebih jauh sehingga saya mendapat lesen secara rasmi pada 29 Ogos 2012 bersamaan 11 Syawal 1433H. Sepanjang tempoh saya masih belajar untuk menduduki peperiksaan radio amatur, ramai rakan-rakan ham yang membantu. Saya juga menghadiri kelas Radio Amatur di Perlis dan berjumpa dengan rakan radio amatur di sana ketika pulang ke kampung di Beseri.

     Di samping itu saya juga ahli ASTRA  dan turut bersama-sama dalam aktiviti yang dianjurkan sama ada Konvoi Amal ataupun kerja-kerja Membaiki repeater di Puncak Bukit Bendera. 2 orang rakan saya di IPG Kampus Pulau Pinang turut meminati Radio Amatur iaitu SWL-Ashraf dan SWL-Hasbullah (Ketika ini permohonan lesen Radio Amatur mereka sedang diproses).

Eyeball di Junjung 

Konvoi Amal ASTRA bersamamu 

Eyeball bersama cikgu Ruzi, Husin Lampoyang, Adha 

 Hari Keluarga ASTRA di R&R Bagan

Konvoi ASTRA Rumah Anak Yatim Sg. Siput

Ashraf, Saffuan, Hasbullah di USM Kampus Kejuruteraan Nibong Tebal
Peperiksaan Radio Amatur 27 Jun 2012 Siri-1

Mendapatkan tandatangan dari 9M2AMZ di base beliau


 Muhammad Saffuan Bin Jaffar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tolong letak nama, ok??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...