Ok, bagi kawan-kawan yang yang nak ke Beijing, harap jangan la malas-malas nak baca. Kat blog banyak info yang korang boleh dapat, lain blog lain cerita. This is my own version, insyaAllah aku nak kongsi info kat korang. Ada banyak benda yang nak korang nak kena tahu sebelum pergi bercuti di Beijing, terutamanya yang pergi pakai agen.
LAWATAN WAJIB KE GOVERMENT STORE!
Kalau korang pergi dengan agen, biasanya diorang akan siap aturkan program semasa bercuti di Beijing, kat mana korang nak stay dan ke mana korang akan pergi. Bagi yang belum tau, kebanyakkan tempat contohnya macam Silk Store, Herbal Medicine Center, Jade Museum, Crystal Shop, Burning Cream Center, Olympic Jewelry City, Bamboo Charcoal dan Tea Ceremony tu semua Goverment Store yang wajib korang pergi. Di sini lah yang ramai bloggers cakap atau tulis kat dalam blog "ramai yang kena tipu"
Persoalannya kenapa wajib pergi ke Goverment Store semasa bercuti di Beijing? Adakah agen di Malaysia yang uruskan atau ada agenda disebalik? OK, Agen di Malaysia akan contact syarikat pelancongan di China, dan syarikat ini akan melantik sorang tour guide di China untuk bawak korang pergi jalan-jalan. Lawatan ke Goverment store ni akan diuruskan oleh syarikat pelancongan di China untuk mendapatkan komisyen jika kita berbelanja di situ. Kat sini la ramai orang cakap selalu kena tipu. Banyak belanja, banyak la komisyen yang diorang dapat. Harga pun boleh tahan mahal. Korang pergi la dengan tour mana sekali pun, mahal atau murah, lawatan ke Goverment Store tu wajib. Yang bezanya mungkin hotel yang disediakan, kalau bayar pakej mahal dapat la hotel yang ok.
First day lagi, tourist guide aku siap warning lagi masa kat silk store, supaya aku ikut je apa yang pekerja kat silk store tu cakap. Biasanya di kebanyakan goverment store diorang akan tanya yang group kami ni dah bekerja atau pun tak. Sekali lagi kami kena warning dengan tourist guide kami supaya jangan mengaku kami ni student. Sebabnye, student tak ada duit dan takut tourist guide akan kena marah sebab bawak group yang tak menguntungkan. Bila benda ni terjadi mood aku terus down, aku hilang kepercayaan kat tourist guide, aku rasa aku ditipu, dia ni penipu dan aku menganiaya kawan-kawan, sebab aku yang uruskan trip ke Beijing.
Masa kat goverment store, diorang akan bagi penerangan tentang produk-produk yang dihasilkan kat situ, lepas tu korang akan dibawa ke bahagian jualan dan kat situ akan bermulanya drama dan pujuk rayu yang bagi aku sangat la merimaskan. Ada satu part drama diorang kasi diskaun, barang yang harganya beribu-ribu Yuan boleh turun sampai ratus je. Sape la tak nak beli, kalau dah dapat diskaun sampai banyak tu kan? Kat situ ramai yang sanggup pinjam meminjam dari kawan-kawan. Bila pergi ke Silk Market ramai yang rasa tertipu sebab boleh dapat barang dengan harga yang lebih murah. Setiap kali ke goverment store banyak masa terbuang macam tu je, penerangan tu sikit, tapi bab pujuk memujuk dengan drama yang tak leh blah, banyak masa terbazir kat goverment store.
RASA TERTIPU DENGAN AGEN?
DRAMA PUJUK RAYU DI KEDAI PEARL
Drama kat Pearl ni aku rasa "drama" yang paling femes, ramai bloggers yang dah pergi bercuti ke Beijing akan cerita drama kat kat kedai Pearl.
Drama kat Pearl macam ni, mula-mula sekali akan ada seorang pekerja perempuan yang bagi penerangan pasal Pearl, jenis-jenis pearl dan macam-macam lagi la. Lepas tu ada sorang lagi perempuan masuk bagi tau something yang "Teacher" yang akan bagi penerangan pasal pearl tu tak ada, so yang akan gantikan "Teacher" tu adalah Manager, anak kepada bos. Waktu manager tu masuk, semua pekerja tunduk bukan main lagi, tanda hormat. Aku tengok anak bos ni macam blur. Dia masuk, dan cakap BI dia tak berapa bagus dan masih lagi nerves (berlakon je kot).
Masa dia bagi penerangan, kita orang macam main-main je dengar, maklum la semua orang dalam trip kami dah tahu drama kat pearl nih, manager tu nampak macam kurang selesa dengan kami. Ingat nak dapat sebijik cincin free sorang satu, tapi lakonan tu bertukar haluan. Rasanya dia tau dah yang group ni tak berduit dan tak leh nak "sembelih" so dia ubah cerita. Manager tu tanya "are you student?" kami dilemma nak jawab, sebabnye tour guide dah pesan jangan cakap yang kami ni student. Aku rasa dia dah tahu yang kami ni student, kami pun mengaku la yang kami ni student. So dia pun bagi tau something dan mintak kami jangan cerita kat tour guide kami, Kakak Maggie.
Cuba tengok video ni sampai habis. Aku rasa setiap group berbeza-beza drama, yang paling penting pandai dia ambik hati. Apa ayat last yang dia cakap? Bijak sungguh "manager" nih...
Dia pun cakap la, lebih kurang macam ni... "you visited to many Goverment Store is it?" Dia pun cerita la sebabnya, kata manager tu, tour guide cuba nak kaut keuntungan. Jika kami beli barang, dia akan dapat komisyen yang banyak. Wah, nampak tak dramanya? Seolah-olah nampak tourist guide ni macam penipu. Semua orang pun teruja dengar cerita si manager nih, termasuk aku sekali. Manis tau dia bemain dengan kata-kata, siap cakap lagi "kalau tak beli pun tak pe, saya nak kawan dengan kamu. Kalau kamu datang ke Beijing boleh contact saya (manager)." Bayangkan, manager syarikat nak suruh contact tuhh~Tapi last-last pujuk jugak suruh beli.
Kebanyakkan goverment store tak bagi amik gambar, ada aku kesah? Ni pun curi-curi aku amik gambar.
Tak bagi amik gambar, aku rakam video, hahaha...
Ada yang biasa dengan "Manager" yang berbaju biru tu tak?
Ni drama si "Manager" ni yang sempat aku rakam sembunyi-sembunyi. Video agak kabur sikit, tapi nak bagi tau kat korang, bila si "Manager" ni buat tawaran crazy crazy, si pekerja ni buat muka terkejut. Mantap lakokan, boleh dapat Anugerah Bintang Popular!
Ni rupa "Manager". Kalau rajin gi le baca tengok, sama tak drama kat pearl ni.
Gambar dari blog : sw33tdarling
Rantai Mutiara yang dijual, cer tengok sikit berapa harga?
Gambar dari blog : Azwan Salleh
Habis je dia cerita, dia pun bawak kami masuk ke tempat macam galeri. Kat situ ada banyak pearl yang mahal-mahal. Maka drama pun bermula la. Dari harga beribu-ribu sampai jadi 4 bijik 100 Yuan* Pekerja dia pun buat muka terkejut dengan tawaran manager. Wah~ Wah~ manager tu blah keluar, kami pun ramai-ramai blah keluar, apa pun kami tak beli. Kalau mampu tak salah nak beli, tapi kami yang student ni bukan nak shopping sangat benda-benda yang macam tu, dan kalau kami tak nak beli tu, tak payah la paksa-paksa. Niat ke Beijing nak tengok tempat-tempat bersejarah, nak tengok life orang sana, bukannye nak beli koyok. Lagi pun korang boleh dapat mutiara kat Sabah dengan harga yang jauh lebih murah.
[video drama kat pearl]
Sempat aku rakam video masa manager dia bagi diskaun gila-gila.
Kesian kat pak cik mak cik yang pencen, duit banyak jadi mangsa kena tipu. Aku bukan nak buat cerita, cerita ni cerita betul, aku gagahkan diri tapi cerita atas dasar kesian sebab ramai yang dah kena tipu. Masa kat hotel, ada satu group pergi kat tempat yang sama pun dah kena tipu. Sebenarnya bukan orang Malaysia je yang kena tipu, ramai je orang luar kena tipu, korang leh baca kat web nih :
RASA TERTIPU DENGAN AGEN?
Pada mulanya aku rasa tourist guide cuba menipu kami, aku syak masa dia siap bagi warning kat aku. Sampaikan masa hari mula kita orang takut-takut nak keluar dari tempat jualan. Tapi hari kedua kita orang beranikan diri. Habis je diorang buat penerangan tengok-tengok barang kejap lepas tu kami terus keluar, jalan cepat-cepat dan keluar dari goverment store. Tapi tak semua tempat kami buat macam tu, contohnya kat Jade Museum kami spend masa kat situ amik-amik gambar dan drama pujuk rayu kat situ tak lah hebat sangat.
Nak shopping kat goverment store sebenarnye tak dak masalah, cuma beberapa tempat tu harga dia tak berapa nak reasonable sangat. Contohnya arang kat Bamboo Charcoal, arang tu digunakan untuk hilangkan bau, aku pernah je guna arang biasa letak dalam peti ais, hilang jugak bau. Lepas tu pulak kat Burning Cream Centre, jual koyok 6 meter sampai beratus-ratus Yuan, kat Malaysia boleh dapat tak sampai RM10, koyok tu bukannye nak pakai hari-hari pun. Paling aku tak leh lupa drama kat Olympic Jewelry City, kalau kat blog Azwan Salleh, ceritanya macam lain. Group kami pulak versinya lagi sakan.
Aku bukan nak cakap yang semua Goverment Store ni macam haram jadah, ada yang best contohnya macam kat Tea Ceremony (Dr. Tea) kat sini korang belajar cara-cara teh dihasilkan, belajar cara-cara minum teh cara orang Cina. Lepas tu diorang akan promote barang, tu biasa la, pastikan cuba mintak diskaun atau free gift. Kat sini diorang ada jual mug yang bila tuang air panas corak dia akan berubah, tak payah beli, Mahal. Benda tu korang boleh dapat kat tempat lain dengan harga yang lagi murah. Masa kat sini bukan promoter yang pujuk rayu, geng-geng kami yang pujuk diorang.
Mungkin dulu tak banyak info pasal bercuti ke Beijing dengan agen, tapi sekarang ni dah ramai bloggers yang tulis cerita dengan detail pasal drama-drama kat Peal, pujuk rayu, kena tipu sampai beribu-ribu Ringgit, rajin-rajin la baca penat diorang tulis tapi korang tak baca, hehehe. Sebelum pergi tu simpan-simpan la nombor telefon Kedutaan Malaysia di Beijing, in case kalau ada masalah apa-apa korang boleh mintak bantuan. Macam kes yang kawan aku cerita kat aku masa trip dia ke Beijing tahun lepas, dengan bantuan kedutaan duit dapat refund balik.
So kesimpulannya, sepanjang 4 hari kami di Beijing, sampai 9 Goverment Store yang kami pergi. Banyak sangat masa terbazir kat goverment store nih. Aku bukan nak label yang agen/tuorist guide semuanya penipu dan cuba menipu, tapi tu polisi yang diorang kena ikut. Pergi ke Goverment Store wajib, tapi beli kat sana tak wajib. Tourist guide pun tak campur urusan jual beli kat goverment store. Macam mana pun Tourist guide yang kami dapat pun ok orangnye, cuma mula-mula tu aku yang syak yang bukan-bukan. Lepas borak-borak dengan dia, memang dia akui terpaksa bawak kami ke goverment store. Cuma sesetengah orang rasa tertipu bila agen di China/Malaysia tak info pasal lawatan kat Goverment Store.
Satu lagi, kita yang mudah tertipu dan rasa tertipu dengan drama-drama kat Goverment Store, sapa yang tak tertarik kalau dah dapat harga durian runtuh. Drama diorang ni "senjata" untuk tarik pelancong untuk beli dan kaut keuntungan, sedangkan kita boleh dapat barang yang sama dengan harga yang murah kat tempat lain. Kalau korang tak beli, diorang cuma boleh paksa atau marah, tu je. Ingat ye "Nak beli atau tak tu semua terpulang kat kita". Jangan la sampai boros disebabkan mudah terpedaya dengan pujuk rayu. Bagi yang belum pernah pergi bercuti ke Beijing tolong la amik tahu sebelum seronok-seronok nak ke sana, dengan harapan tak de yang rasa kena tipu. Last but not least, China is one of the Great Country to Travel!
HARI PERTAMA
Aku bukan nak cakap yang semua Goverment Store ni macam haram jadah, ada yang best contohnya macam kat Tea Ceremony (Dr. Tea) kat sini korang belajar cara-cara teh dihasilkan, belajar cara-cara minum teh cara orang Cina. Lepas tu diorang akan promote barang, tu biasa la, pastikan cuba mintak diskaun atau free gift. Kat sini diorang ada jual mug yang bila tuang air panas corak dia akan berubah, tak payah beli, Mahal. Benda tu korang boleh dapat kat tempat lain dengan harga yang lagi murah. Masa kat sini bukan promoter yang pujuk rayu, geng-geng kami yang pujuk diorang.
Mungkin dulu tak banyak info pasal bercuti ke Beijing dengan agen, tapi sekarang ni dah ramai bloggers yang tulis cerita dengan detail pasal drama-drama kat Peal, pujuk rayu, kena tipu sampai beribu-ribu Ringgit, rajin-rajin la baca penat diorang tulis tapi korang tak baca, hehehe. Sebelum pergi tu simpan-simpan la nombor telefon Kedutaan Malaysia di Beijing, in case kalau ada masalah apa-apa korang boleh mintak bantuan. Macam kes yang kawan aku cerita kat aku masa trip dia ke Beijing tahun lepas, dengan bantuan kedutaan duit dapat refund balik.
So kesimpulannya, sepanjang 4 hari kami di Beijing, sampai 9 Goverment Store yang kami pergi. Banyak sangat masa terbazir kat goverment store nih. Aku bukan nak label yang agen/tuorist guide semuanya penipu dan cuba menipu, tapi tu polisi yang diorang kena ikut. Pergi ke Goverment Store wajib, tapi beli kat sana tak wajib. Tourist guide pun tak campur urusan jual beli kat goverment store. Macam mana pun Tourist guide yang kami dapat pun ok orangnye, cuma mula-mula tu aku yang syak yang bukan-bukan. Lepas borak-borak dengan dia, memang dia akui terpaksa bawak kami ke goverment store. Cuma sesetengah orang rasa tertipu bila agen di China/Malaysia tak info pasal lawatan kat Goverment Store.
Satu lagi, kita yang mudah tertipu dan rasa tertipu dengan drama-drama kat Goverment Store, sapa yang tak tertarik kalau dah dapat harga durian runtuh. Drama diorang ni "senjata" untuk tarik pelancong untuk beli dan kaut keuntungan, sedangkan kita boleh dapat barang yang sama dengan harga yang murah kat tempat lain. Kalau korang tak beli, diorang cuma boleh paksa atau marah, tu je. Ingat ye "Nak beli atau tak tu semua terpulang kat kita". Jangan la sampai boros disebabkan mudah terpedaya dengan pujuk rayu. Bagi yang belum pernah pergi bercuti ke Beijing tolong la amik tahu sebelum seronok-seronok nak ke sana, dengan harapan tak de yang rasa kena tipu. Last but not least, China is one of the Great Country to Travel!
HARI PERTAMA
1. SILK STORE
Pujuk rayu kat sini hebat dan sakan
2. HERBAL MEDICINE CENTRE
Tabib ke doktor ke, aku tak pasti, tapi aku nak korang cam betul-betul muka dia. Bukan pakar perubatan, tapi pakar "pujuk rayu". Kat sini lagi dasyat, dia akan target beberapa orang untuk pujuk supaya beli ubat diorang.
HARI KEDUA
3. JADE MUSEUM
Kurang pujuk rayu, biase je. Kat sini aku tak rasa menyampah sangat
4. KILANG MAKANAN PROSES
Kat sini pun kurang pujuk rayu, kawasan kedai luas dan paling penting "one way" kena lalu semua rak-rak produk makanan diorang then baru boleh keluar.
5. CRYSTAL SHOP
Kat sini biasa la, kalau tak nak beli, lepas dengar diorang cerite pasal produk diorang terus keluar je.
Macam-macam produk ada kat sini, burning cream untuk rawatan luka lecur dan paling best koyok 6 meter yang harga dia beratus-ratus yuan. Ada yang pergi dengan kami cakap burning cream tu berkesan. Wallahu a'lam
HARI KETIGA
7. OLYMPIC JEWELRY CITY
Drama terbaik kat sini la.
8. BAMBOO CHARCOAL
Aku kena warning mula-mula sebab aku amik gambar, gambar ko tak bagi, video aku ambik... Hehehe....
Cuba dengar BI dia, dah bunyik macam Bahasa Cina!
Aku kena warning mula-mula sebab aku amik gambar, gambar ko tak bagi, video aku ambik... Hehehe....
Cuba dengar BI dia, dah bunyik macam Bahasa Cina!
Nama bamboo charcoal, tapi macam-macam benda dia jual, tuala bamboo, kain bamboo, spender bamboo pun ada.
HARI KEEMPAT
Kat sini korang akan diajar cara minum teh. Lain teh, lain cara minumnye. Lagi satu dia akan buat demo Pee Pee Boy, terpancut-pancut Pee Pee Boy kencing. Diorang jual Pee Pee Boy, tapi kitaorang pujuk sampai leh dapat free. Lepas tu diorang jual mug yang ada naga boleh tukar warna, mahal! Jangan Beli! Kedai lain ada jual jauhhhhhhh lebih murah.
Pee pee boy kononya boleh bagi tau korang suhu yang sesuai untuk bancuh teh. Kalau air cukup panas, pee pee boy aku pancut air kat k******n dia... Sungguh tragis...
Aku shopping "Teh Buah" je... Rasa masam-masam sikit, tapi best.
Harga asal Teh 4 Kotak = CNY 300.00
Harga Pee Pee Boy = CNY 50.00
Harga lepas kena Pujuk 6 = CNY 300.00 + Percuma Pee Pee Boy sorang satu!
REALITI KEHIDUPAN BEIJING
Bila aku cerita macam ni, bukan nak takutkan korang untuk ke China. Masa aku cakap nak pergi China kat kawan aku, macam-macam diorang cakap, negara penipu la, tak payah pergi la. Bagi aku pergi la ke sana, pergi la panjat Tembok Besar, tengok life diorang kat sana, pastinya korang akan tahu betapa peritnya kehidupan warga Beijing kat sana. Sempat kami borak dengan kakak Maggie, kos sara hidup sangat tinggi di Beijing, kalau tak pandai memang tak boleh hidup. Kos nak mengasuh anak pun beribu-ribu ringgit, tu belum lagi sewa rumah.
Paling sedih bila kakak Maggie cerita pasai orang kat Acrobatic Show. Diorang dari kecik seawal usia 10 tahun tinggalkan sekolah untuk berlatih. Pelajaran tak ade, just harapkan keja kat Acrobatic Show je, kalau jadi kemalangan waktu buat persembahan jangan harap nak dapat insurans, majikan akan hantar balik kampung, dengan pelajaran pun tak ade, macam mana diorang nak survive? Habis persembahan acrobatic, melulu orang yang buat persembahan turun dari pentas, jual CD kat penonton. Pergi sini orang tak beli, pergi sana pun tak ade orang beli. Bila aku dengar kakak Maggie cerita pasal diorang, seriously aku sedih sangat.
Masa kat hotel, akan ada penjual yang menjual beg-beg. Nampak je, kami keluar dari hotel atau bas, diorang akan datang pujuk untuk beli. Setiap hari macam tu la, sememangnya aku rasa rimas, pada masa yang sama aku kesian. Apa-apa pun cakap baik-baik dengan diorang cakap yang kita tak nak beli, jangan pulak kedekut lemparkan senyuman kat diorang, insyaAllah diorang faham dan tak akan paksa. Bagi aku barang yang diorang jual agak murah, kalau berkenan boleh je nak beli.
HOTEL TAISHUN BUSINESS BEIJING
HOTEL TAISHUN BUSINESS BEIJING
Sepatutnya kami menginap di Jin Hui Hotel, last-last minit dapat hotel Taishun. Bagi aku penginapan ok, cukup selesa. Makan pagi disediakan, start jam 6.30-8.30 pagi. Setiap hari menu sama je, salad sayur 6 jenis, bubur sampai 4 jenis, nasi goreng rasanya tawar, kalau leh bawak bekal garam. Orang punya la ramai, ada dua jenis makanan yang cepat habis, telur dengan salami. Orang hotel letak telur dengan salami, kejap je licin.
Kedudukan hotel sangat tak strategik, jauh dari tempat tumpuan orang ramai. Yang dekat dengan hotel pun balai polis. Ada shopping complex, cuma jual barang perabot je. Nak ronda-ronda dengan subway pun susah. Stesen subway Shilihe paling dekat dengan hotel, tu pun dekat 3km, sanggup nak jalan? Kalau dekat, memang tiap-tiap malam aku merayap. Pekerja hotel pulak memang tak reti BI, Bahasa Melayu jauhhhh sekali.
MAKANAN DI CHINA
Bagi aku makanan kat sini kena dengan tekak aku. Cuma sarapan pagi kat hotel yang kurang memberansangkan. Tapi aku olah sikit makanan tu, bagi selera nak telan. Hidangan kat sini banyak sayur, serius banyak! Ada satu hari tu sampai 3 jenis sayur. Last-last kami kasi report kat tour guide supaya kurangkan sayur.
Hidangan tengah hari di hari pertama. Bawang masak ayam yang paling legend.
Hari Sayur Sedunia, kat gambar baru sampai sejenis je. Makan malam di Hotel Taishun, masakan kat hotel rasanya agak kureng sikit.
Makan tengah hari selepas mendaki Tembok Besar China, ada 4 Jenis Sayur. Sebelah meja kami satu family India, lauk kami luak, diorang macam tak sentuh lansung. Nak kena ada kari kot baru leh jalan...
Keadaan makan malam lepas buat aduan kat Kakak Maggie, tourist guide kami.
Salad yang paling sedap pernah aku makan. Nampak simple, tapi ada umphh.
Kedai makanan Islam kat sini biasanya akan gunakan papan tanda warna hijau. Jangan terkejut kalau kat restoran halal pun ada jual arak.
Nampak tak botol ape kat belakang?
So apa yang aku harapkan lepas ni, tak ade yang kena tipu lagi. Kalau ada rezeki lebih, aku nak pergi Beijing sendiri, susah tu memang la susah, perancangan kena ada insya Allah tak jadi masalah. Banyak tips-tips nak travel kat China yang korang boleh dapat dengan percuma dari blog-blog, cuma kena rajin google. Bagi yang akan melancong ke China "Selamat Bercuti, Selamat Melancong ke China" dengan selamat!
Muhammad Saffuan Bin Jaffar
xde detail ke ttg Great wall
BalasPadamada, cba tengok kat entry sebelum ni....
Padamtime aku pegi dulu beijing ikut tour gak. kedai ubat melecur tu takdelak tunjuk koyok 6 meter tak silap. maybe takde lagi kot produk tu time tu. papepun, kalo aku pn akan pegi sendiri lagi skali. macam-macam boleh tgk kat china ni.
BalasPadaminovasi baru la kot... waktu mula2 tu promoter dia cakap "satu produk" je.... last2 skali bermacam produk pulak yang keluar.... tu yang banyak masa bazir....
PadamKena ambik tau ni kalau ke Beijing...
BalasPadamYup banyak lagi nak share sebenarnya....
Padamsebenarnya bukan di beijing saja jadi perkara macam ni. rasanya seluruh China. Saya pernah pergi Guilin amik tour - masa tu kami dapat pakej dari matta fair. Rasanya lebih kurang aje jadual tour. Selain drp dibawa ke tempat menarik sekitar Guilin, kedai2 spt kedai sutera, pearl dan teh memang tak ketinggalan. Cuma nasib kami baik sebab tour guide kami baik hati. Sebab kami sendiri nampak dia kena marah dgn driver bila kami tak beli apa2.
BalasPadamApapun byk tempat menarik di China, dan cara terbaik ialah pergi sendiri. tapi mcm biasa... bahasa menjadi masalah utama dan kena tipu adalah perkara biasa di China. huhu
Alhamdulillah, tourist guide kami pun baik hati... Nampak je dia kena marah...
Padamtq
BalasPadamWelcome
Padambenda mahal la~ x patut beli... memang biasa harga boleh di potong hingga beratus... china banyak peniaga naik harga dengan lampau!
BalasPadamSejak MH370... Aku agak sceptical pasal Beijing ni... Ada jugak terbaca imegresen China campak passport orang kita dan cuba cari pasal... Time korang pegi ok tak layanan dorang?
BalasPadamLepas tragedi MH370 mcm2 berita yang tak enak kita dengar... Orang China anti dgn orang malaysia la... Kes imigresen campak passport la... Masa kami pergi x de pun semua tu, imigresen siap senyum lagi... Masa pergi tembok besar, jumpa pelancong tempatan China, siap tanya kami dari mana... Sempat bergambar lagi... Apa2 pun kena update dgn latest news, kalau yang nak pegi bercuti ke china elok maklumkan kat kedutaan...
PadamAku saje buka blog aku yang dah berabuk lama tak update, tengok-tengok hang masih aktif. Aku suka blog hang. Bila nak mai Putrajaya?
BalasPadamInsyaAllah kalau ada idea, aku tulis, kalau tak dak idea pun aku tulis... TERIMA KASIH sahabat, serius rindu nak jumpa hang.... duk kat putrajaya pulak ke?
Padamgood sharing :)
BalasPadambased on my experience bercuti dgn travel agent, depa mmg suka bawak g tmpt2 camni kan? cuma kat china ni lain sket, abih suma government store diorg angkut bawa pegi.
sy dulu masa g jogja, diorg bawak kita g kedai batik yg mcm arfa batik tu. kedai t-shirt pon mahal2. padahal boleh je beli kat jln malioboro (tmpt soping murah2). yang harunya, depa bawa p jln malioboro hari terakhir sblm balik. duit pon dah xde, aissshhh
assalam safuan.
BalasPadaminsyaallah saya dan family akan ke sini pada dec nnti di hotel yg ini juga. just nk minta opinion .. if saya nk bwk rice cooker untuk msk maggie or others ok ke? saya x pnh travel bwk anak kecil 4years so risau selera x kena dgn food yg hotel sediakan. tq
I got useful one for me. I really enjoy to see your blog.
BalasPadamBeijing tours
sekadar berkongsi nukilan pada pautan di bawah:
BalasPadamhttp://afterlunchclockin.blogspot.com/2015/05/pakej-melancong-ke-beijing.html