TEMPAT MENARIK DI KOTA BEIJING
1. BESAR CHINA (JUYONGGUAN PASS)
Sambung part kat tembok besar. Tour guide kami nampak bengang giler, sebabnye dia bagi masa sejam tapi kami enjoy sampai tak sedar yang kami dah terlebih masa, sampai dekat 2 jam kami kat sana. Sebenarnya Great Wall ni ada banyak "section" antaranya Beijing Section. Di Beijing section pulak beberapa entrance antaranya Badaling, Mutianyu, Juyongguan Poss, Simatai, Jinshanling, Gubeiko, Huanghuacheng, Jian Kou dan Water Pass. Badaling Entrance merupakan Beijing Great Wall yang paling dekat dengan subway station
Juyongguan ni terletak di kawasan lembah yang dikelilingi bukit, pada zaman dulu, Juyongguan ni merupakan kubu pertahan yang kuat. Bukan senang musuh nak buat serangan kat sini, dengan kedudukan yang tinggi, askar-askar dah boleh nampak musuh yang nak menyerang. Dari dalam bas lagi, aku nampak ramai manusia gigih cuba panjat kat great wall nih. Harga tiket masuk kat sana berbeza-beza, kalau musim panas ¥ 45.00
Dari jauh aku tengok, tak berkelip-kelip mata... tinggi sungguh rupanya tembok besar nih, mampukah aku panjat?
Tak dapat nak bayangkan keperitan orang yang membina Tembok Besar, dan ia merupakan simbol penting bagi orang-orang China dan merupakan salah satu daripada 7 keajaiban dunia.
TIPS
Masa aku sampai kat Juyongguan nih, terus tourist guide bawak ke tempat bergambar yang diorang akan print dan jual. Kat situ jugak ada jual certificate yang dibuat daripada buluh dengan harga CNY50.00. Sebenarnya, ada lagi kedai-kedai yang jual souvenir, cuma kena panjat la, harga "ceritificate metal plaque" cuma CNY40 yuan berbanding kat bawah harga dia CNY50.
Summer palace ni merupakan taman diraja yang terbesar di China, dibina pada sekitar tahun 1700-an ia merupakan taman untuk keluarga diraja berehat.
Kawasan Summer Palace ni jugak ada kawasan tasik yang sangat luas, Tasik Kunming dengan keluasan kira-kira 300.59 hektar. Kalau aku pergi sendiri, confirm aku naik boat.
Kawasan Istana diorang dah ditutup, boleh tengok dari luar je. Tiket masuk ke Summer Palace ¥30.00
Acrobatics show ni pada mulanya aku ingat biase je. Tapi bila masuk tengok diorang buat persembahan, seriously sangat best. Aku paling suka pertunjukan yang last skali, 5 bijik motorsikal masuk dalam globe besi. Di Beijing ada banyak teater akrobatik, yang kami pergi nih Legend of Jinsha Acrobatic Show Beijing.
Antara persembahan yang terbaik!
Jenis-jenis seat berbeza ikut kedudukan. sumber : http://www.thelegendofjinsha.com/
Harga tiket bergantung pada seat, seat tengah biasanya mahal. Kami duduk kat seat side row, harga lebih murah dan tak perlu nak booking. Harga berdasarkan web site, lebih kurang ¥110.00
4. BIRD NEST STADIUM AND WATER CUBE (BEIJING NATIONAL AQUATICS CENTER)
5. PANDA ZOO
Perasaan sangat exited bila dengar nak pergi ke Panda Zoo. Nampak gate zoo dah rasa macam nak jerit, wah~ Panda... Orang kat sini punya la ramai, panda ada 3 ekor je, orang bersesak-sesak nak tengok panda dalam cermin. Aku tak rekemen untuk datang ke sini. Masa aku panjat tembok besar, sempat sembang dengan pelancong dari Columbia, katanya baru balik dari Shenzhen. Kat sana diorang pergi tengok panda, katanya lagi best tengok di sana dari tengok panda kat Beijing. Actually kat Malaysia pun boleh tengok panda kan??? hehe...
Sombong pulak panda nih.
Punya berangan la nak peluk anak panda, yang ni pun jadi la... Selain daripada panda ada je bintang-binatang lain yang korang boleh tengok. Harga tiket Kombo termasuk Panda Zoo ¥20.00
Forbidden City terletak di bahagian Utara Tienanmen Square. Forbidden City ni merupakan kawasan Istana, kalau korang pernah pergi ke Istana di Korea Selatan, korang boleh tau betapa besarnya Forbidden City ni, sangat luas! Kawasan Forbidden City dikelilingi sungai atau "moat" dengan lebar 52m dan tembok setinggi 10m
Forbidden City sekarang lebih dikenali sebagai Palace Museum. Forbidden city juga merupakan kompleks istana yang terbesar di dunia. Dalam istana ni saja ada 8,700 buah bilik. Kalau sembunyik sorang gundik kat dalam bilik, jenuh jugak nak carik. Hehehe... Temat ni masa aku pergi sangat sesak dengan orang ramai , terutamanya sekitar bulan Mei ataupun semasa hari cuti. Kalau terlalu ramai, jumlah pengujung dihadkan kepada 80,000 orang saja, so take note. Tiket masuk hanya ¥ 60
TIPS
Nak masuk ke kawasan ni, korang akan diperiksan oleh polis di sana. Jangan lupa bawak passport in case kalau polis mintak untuk buat pemeriksaan.
7. MASJID NIU JIE
Masjid Niu Jie merupakan antara masjid yang tertua di China. Ia dibina pada tahun 996. Rekat bentuk masjid Masih mengekalkan ciri-ciri budaya tempatan, bahagian dalam Masjid pulak dihiasi dengan kaligrafi tulisan ayat-ayat suci al-Quran mempunyai ciri yang sangat unik.
8. MASJID NAN DOU YA
9. SILK MARKET
Masa aku dengar nama Silk Market, terbayang la yang market ni macam pasar malam, tak pun macam Lorong Kulit kat Penang. Sampai je kat sana, tertanya-tanya aku, kat mana Silk Market nye? Sekali meleset, Silk Market dah canggih, bukan macam dulu kala. Silk Market atau "Xiu Shui" dahulunya macam pasar malam, bukan dalam bangunan. Atas inisiatif Kerajaan China, pada tahun 2005, peniaga mula beroperasi di bangunan baru yang lebih selesa.
Suasana kat Silk Market, nampak macam kedai mahal-mahal, sampai takut nak tawar menawar.
Silk market bukan sekadar "silk" je, macam-macam ada jual kat sana. Sutera, kasut, baju, jaket dan barang-barang hiasan semua boleh dapat kat sana. Kalau nak shopping kat sini kena pandai tawar menawar. Harga barang yang peniaga ni letak memang tak logik, beribu-ribu yuan. Kalau beg duit, diorang letak harga CNY800, lepas tawar menawar boleh je dapat CNY40. Kawan aku dapat kasut Converse dengan harga CNY40 sahaja! Kat sini tak de barang ori, banyak yang fake.
Suasana nak membeli belah kat sini macam nak perang dunia ketiga. Kena maki tu biasa le. Kalau tak nak beli, jangan gatal nak tanya harga. Kalau korang tanya mostly diorang tak kan cakap, biasanya peniaga kat sana akan tanya kita balik "what is your best price?" Kita letak CNY50, diorang cakap "Are You Crazy!!!" Antara ayat-ayat femes kat Silk Market :
1. What is your best price?
2. No Joke! Put your price
3. Are you crazy! (Ayat paling femes)
4. Aiyo... No Make Money la (ni bila kita duk mintak rege murah)
5. OK bye bye (ayat ni bukan ayat "say good bye" tau, ayat ni diorang guna nak halau secara halus)
10. YA SHOW MARKET*
Ya show market lebih kurang je macam silk market, kat sini pun kena berperang mulut. Kalau nak dibandingkan dengan Silk Market, peniaga kat Ya Show market better la dari Silk Market. Kat tingkat atas ada kedai makanan halal dan Money Changer yang rate dia jauh lebih murah dari kiosk, jauh lebih murah dari yang tourist guide kita orang jual.
I'm not a good bargainer, tapi kalau tak dapat harga yang aku nak aku tak ambik. Aku bukan yang jenis shopping sangat, sikit-sikit ade la. Ni benda-benda yang aku beli masa kat Silk Market dan Yashow Market:
Silk Market :
1. Penutup meja 6 kerusi - CNY 40.00
2. Sarung kotak tisu (1) - CNY 5.00
Yashow Market :
1. Jacket kulit (wallahu a'lam kulit ke tak) - CNY 140.00
2. Beg Duit - CNY 40.00
11. SUBWAY DI BEIJING
Jangan lepaskan peluang untuk naik subway kalau dah sampai di Beijing. Hotel yang kami menginap sangat jauh dengan stesen subway, tapi masing-masing tak nak lepaskan peluang nak merasa naik subway kat Beijing. Sikit demi sikit kami approach Kakak Maggie, mulanya dengan aku pergi tanya harga tiket. Memandangkan kedudukan stesen subway yang tak mengizinkan kami naik, strategi seterusnya "pujuk Kakak Maggie untuk bawak kami" pada mulanya dia menolak, pujuk rayu demi pujuk rayu akhirnya Kakak Maggie setuju nak bawak kami naik subway.
Harga tiket subway hanya CNY 2.00 untuk ke mana-mana destinasi, sangat murah. Hari terakhir di Beijing, kakak Maggie bawak kami ke Stesen Shilihe, bas drop kami kat sana. Lepas tu dari stesen Shilihe (Line 10) kami ke Stesen Tiananmen East (Line 1). Masa tu keadaan dalam train sangat sesak, kami cuma transfer satu stesen di Guamao untuk ke Line 1, aku rasa kalau kena transfer banyak kali, kakak Maggie mesti pikir banyak kali nak bawak kami.
First time masuk subway yang ada scan beg, selalunya kat airport, huhu...
Single way ticket
Suasana kat stesen Shinlihe
Agak sesak sebab semuanya nak naik escalator
Sebenarnya ada banyak tempat yang korang boleh pergi kalau travel sendiri. Trip kali ni aku kurang berpuas hati sebabnya masa banyak habis kat Goverment Store. Ada tempat-tempat yang aku nak pergi tapi tour guide tak bawak contohnya snack market, Muslim store tu pun pergi sekejap jer. Rasa nak pergi jer lagi, tu pun kalau ada yang sudi nak sponsor. Untuk next entry aku akan share "realiti" yang berselindung di sebalik Trip Beijing, nantikan...
Bersambung~
Muhammad Saffuan Bin Jaffar
Jerit menjerit walaupun dok sebelah je memang adat kot kat sana..hehe
BalasPadamyess, betul tu... diorang suka jerit2 macam la tengah barcakap jarak 2 batu... sampai kena mintak diorang slow down...
PadamBagi aku both Bird Nest stadium and the Cube tu sangat cantek kalau pegi waktu mlm .. tapi kalau ikut tour, mesti bawak pegi time siang jer kan ...
BalasPadamyup waktu siang jer, tengok kt dalam internet gambar waktu malam sangat cantik... memang plan nk pegi waktu malam, tapi hotel jauh la pulak dari subway station...
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamnak minta izin amik gambar yg ramai2 depan forbidden city tu ye tuan tanah... :)
BalasPadamSilakan no problem :)
Padamterima kasih..
Padamthanks for the info..tengah dok lengkapkan itinerary utk brijing ni..tak terpikir pulak sebelum ni nak tengok acrobatic show..tapi lepas baca entry ni, terus masuk list.hihih
BalasPadamklau travel pakai subway je ok ka? mcm kt korea mmg pergi mana2 pon pakai subway je
BalasPadamBaru nak pergi Beijing awal Januari 2017.Trip sendiri dengan seorang kawan. Terima kasih Saffuan. Sangat membantu !
BalasPadam