Alhamdulillah, aku masih lagi berkesempatan untuk berkongsi cerita dengan korang. Syukur kepada Allah s.w.t Trip Beijing yang dirancang dari tahun 2013 pun dah berakhir dengan selamat. Macam-macam benda yang aku lalui semasa nak setelkan Trip Beijing 2014 nih. Paling gerun bila pesawat penerbangan MH370 ke Beijing yang sampai hari ni masih lagi tak ditemui ~
IMPIAN KE KOTA BEIJING - DARI AIRPORT KE HOTEL
IMPIAN KE KOTA BEIJING - DARI AIRPORT KE HOTEL
Kali ni first time aku pakai tour agent, biasanya aku redah sendiri. Ni disebabkan nak pergi ramai orang, so lebih mudah pakai tour agent. Aku beli tiket je, lain-lain tu agent yang akan uruskan termasuk visa, penginapan, makan dan tempat lawatan. Sebelum pergi Beijing banyak blog yang aku baca, salah satunya boleh baca kat sini. Banyak tau drama kat Beijing nih... Tak payah pasang Astro, hehe... Dan kami bakal menyaksikan drama kat beijing episod demi episod.
Trip kami bermula 11 Jun dari KLIA 2 mula terbang jam 6.45 petang dan sampai di Beijing kira-kira 2.15 pagi. Kami naik AirAsia, seat aku pulak kat Quite Zone, sempat aku beli sebelum check in. Dah banyak malam aku tak leh tidor, beli seat kat Quite Zone sebab aku nak tidor, pelik... mata aku tak leh nak pejam, macam-macam aku pikir. Betul ke pesawat ni terbang ke Beijing? Kejap-kejap celik mata, kenape tak sampai-sampai lagi? Arghh...
Kira jam 11.30 malam, aku jengah ke luar tingkap, nampak awan warna merah, langit biru-kebiruan, subhanallah cantik. Tapi aku pulak yang rasa takut, takut kapal terbang tak ke Beijing.
Kira jam 11.30 malam, aku jengah ke luar tingkap, nampak awan warna merah, langit biru-kebiruan, subhanallah cantik. Tapi aku pulak yang rasa takut, takut kapal terbang tak ke Beijing.
Keadaan kat luar tingkap yang aku sempat snap. Bayangkan pukul 11.30pm cerah macam ni, aku takut kapal terbang ni terbang ke tempat lain.
Sarapan pagi kat atas flight.
" Tuan-tuan dan Puan-puan sebentar lagi, kita akan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing...."
Alhamdulillah, lega bila dengar announcement. Akhirnya kami selamat tiba di Beijing, flight landing pun smooth je. Urusan kat airport dan imigresen pun mudah, tak de sangkut-sangkut, tak de adegan polis diorang lempar passport kat muka, tak de nye polis sana anti kat orang Malaysia.
Ahli rombongan tambahan Sari Yanti dan Shah Jaszle... Katanya ada shooting drama, tak pasti la ceruk mana diorang shooting...
Keluar ke dari Arrival, tourist guide dah pun siap-siap tunggu. Walaupun mengantuk nampak semua orang exited nak tengok kota Beijing, nak tengok drama lagi, hehe... Bas pun dah siap tunggu kat luar, kami terus bergerak ke Taishun Business Hotel, kira-kira 30 minit dari Airport.
Musim kat Beijing sekarang ni musim panas, tapi cuaca sejuk sikit pada waktu malam. Subuh kat sini awal tau kira-kira jam 2.45 pagi. Pukul 4.00 pagi tu dah cerah. Kalau jam 6.00 pagi tu baru nak solat, memang subuh gajah le jawabnya. Tourist guide kami, Kak Maggie suruh kami rehat dan kembara atau "drama" kami bermula jam 10.00 pagi.
HARI PERTAMA - DRAMA PUJUK RAYU BERMULA
1. SILK FACTORY
Sebelum ke Beijing, aku mintak semua orang yang join trip ni baca blog-blog yang ada tulis cerita pasal "drama" di Beijing. Macam-macam la cerita, at least korang tahu realiti kat sana macam mana. Hari pertama "drama" pun bermula. Mula-mula sekali kami melawat ke Istana Musim panas. Turun-turun je, dah ada sorang duk ikut Kak Maggie , aku dah suspek sama ada dia ni akan jadi 2nd tourist guide yang mungkin kita orang kena bayar tips extra.
Masuk je kat Istana Musim Panas, Kak Maggie perkenalkan kawan dia dari syarikat yang akan follow untuk ambil gambar dan video lebih kurang macam tu la. Free? Of course la tak, nak berak pun kena bayar. Kalau nak dia akan follow dan jual CD. So, memang kita orang tak nak, dalam group kami pun dah ramai yang ada kamera. Jangkaan aku meleset, orang nak jual CD, kalau nak jadi 2nd tourist guide memang aku tak bagi ikut la... Lepas tu kita orang jalan-jalan kat situ, masa sejam je kat sana.
Lepas makan tengah hari kami ke Silk Store, sebelum sampai kat sini, masing-masing dah beringat tentang cerita dari blogger yang pernah sampai ke sini. Masa masuk kat Silk Factory akan ada sorang pekerja yang akan ceritakan proses pembuatan Sutera. Lepas je habis cerita buat sutera, diaorang bawak kami naik ke bahagian atas. Kat atas tu dah ramai "perayu" perayu yang menunggu.
Kakak Kain Sutera tengah cerita cara macam mana benang sutera dibuat. Masa ni belum masuk drama pujuk rayu ye.
Antara barang yang dipamerkan, benda ni pekerja kat Silk Factory tak berminat nak cerita, sebab diorang ada "benda" yang lagi best diorang nak cerita.
Untuk dipamerkan saja, 15 minit cerita pasal sutera 50 minit ++ pujuk rayu beli barang.
Dari cerita cara buat sutera sampai la ke adegan pujuk rayu . Pekerja diorang macam tak bagi kami keluar dari tempat tu selagi tak beli barang. Masa kawan aku bisik something kat aku tourist guide aku akan panggil kami. Dia ingatkan aku tentang lawatan ke Goverment Store ini wajib, so bosan atau tak, suka atau tidak kami kena ikut.
Aku cukup menyampah bila aku cakap tak nak beli, pekerja dia asyik suruh aku beli. Kejap-kejap suruh aku beli, aku cakap tak nak, makin menjadi-jadi pulak. Macam nak sumbat mulut diorang dengan kain sutera yang ada kat situ. So aku tukar strategi, bila dorang suruh beli aku ubah topik.
Pekerja Silk Store : Mari beli untuk ibu, kakak, girlfriend
Aku : Boleh saya tanya? Awak dari Beijing ke?
Pekerja Silk Store : Tak, saya dari wilayah * (tak ingat nama) jauh dari sini.
Aku : Kat sana sejuk tak?
Kalau nak cerita semua memang panjang lebar, dari tempat tinggal dia, makanan tradisional China sampai la ke undang-undang negara China aku punya borak2. Hahaha, berjaya jugak aku ubah topik. Last-last aku pun dah malas dia pun dah letih aku pergi tempat lain. Datang pulak pekerja lain, duk promote suruh beli. Time tu aku dah mati akal nak bukak topik baru.
Tiba-tiba segerombolan puak-puak Yunnan, dari pakaian aku boleh agak-agak, tapi aku buat-buat tak tahu. So, aku jadikan modal untuk ubah topik pekerja tu. Aku pun tanya la, hah dari A sampai Z dia cerita. Kalau korang kena pujuk rayu yang tak habis-habis, buat la tektik ni... selain daripada tu dapat jugak info pasal negara China kan...
2. HERBAL MEDICINE CENTER
Lepas tu pulak kami di bawak ke tempat untuk mengurut kaki. Kat sini lagi dahsyat pujuk rayunye. Kami semua dibawak masuk ke satu bilik semua duduk di tempat masing-masing, pekerja kat situ bawak masuk bekas berisi air herba. Kami rendam kaki dan lepas tu ada orang mengurut kaki. Tourist guide cakap urut kaki ni free. Di sini ada pulak sorang tabib cina fasih berbahasa Indonesia masuk bercerita pasal kesihatan... fuh memang fasih terpegun dengar dia cerita.
Habis je cerita pasal kesihatan, masuk la bab jual beli dan pujuk rayu pun bermula. Aku rasa diorang dah target dengan sape diorang nak paksa suruh beli ubat. Kenape aku guna perkataan "paksa" sebab selagi tak beli selagi tu dia akan pujuk, pujuk dan pujuk. Bayangkan seorang "doktor" boleh je suruh kawan aku pinjam duit untuk beli ubat diorang? Ubat tu pulak bukan seringgit dua, tapi beratus-ratus ringgit. Apa punya tabib, Lansung tak profesional. Lepas tu pulak siap ada orang tunggu kat pintu, macam guard tak nak bagi kita orang keluar, naik cuak aku dibuatnye.
Ni dia tabib a.k.a Doktor merenung tajam ke arah aku. Kat goverment store ni tak boleh amik gambar, tapi aku ambik jugak supaya korang leh tengok tempat-tempat ni betul-betul.
Lepas habis drama kat Tempat mengurut kaki, kami pun beredar dari situ. Mula la bergosip kat dalam bas. 3 orang kawan aku, diorang bawak masuk kat bilik lain berasingan, macam-macam pujuk rayu diorang. Ada pulak yang mintak tips untuk urut kaki walhal tourist guide cakap servis tu percuma. Kalau nak cerita kat sini memang akan jadi panjang lebar. Tapi kami tak beli apa-apa lansung kat sana, kami berkeras untuk tak beli. Ingat datang Beijing ni semata-mata nak beli ubat ke??? Dah la musim panas kat Beijing, aku bertambah panas sampai sakit kepala aku dibuatnye.
Lepas tu pulak, tourist guide kami nak bawak orang berjual-jual kat hotel. Nama dia Aishah, muslim dari luar bandar. Dia akan pilih satu bilik untuk dia bawak barang-barang macam fridge magnet, t-shirt, harga murah katanya. Tapi tak boleh mintak kurang. Kami pun riki-riki harga, kata tourist guide, Fridge Magnet 3 untuk 10 yuan, T-Shirt 20 yuan sehelai. Kawan aku ada baca blog, katanya ok la jugak harga tu. Masa tu kepercayaan aku kat tourist guide merudum ke tahap 0%. Mula-mula aku bantah, lepas tu geng perempuan nak je dia datang. Bila pikir balik, biar je lah dia datang.
Malam lepas kami dinner Aishah pun datang bawak barang-barang jualan. Memang susah nak tawar harga. Habis barang-barang dia bawak bersepah-sepah, kejap dia susun, sepah balik. Bayangkan dekat 12 orang dalam satu bilik dengan Aishah ni pun kalut semacam, sebabnye dia cepat-cepat nak balik. "Nak mai tergedik-gedik, nak balik pun tergedik-gedik" Tak puas nak pilih, sebab tak banyak pilihan. Malam tu Aku tak shopping sangat, sebab aku rasa leh dapat harga murah kat area Bird Nest dan silk market.
First day aku kat Beijing bukan hari yang seronok bagi aku. Rasa macam nak jerit je kuat-kuat, nak tendang je bas yang aku naik... ni baru drama pujuk rayu hari pertama, ada banyak hari lagi nak spend kat Beijing. Arghhhh...
HARI KEDUA - LAWATAN KE GOVERMENT STORE LAGI!
3. KILANG JADE
Bagi aku hari pertama di Beijing sangat hampeh, kami disambut dengan drama pujuk rayu yang membuatkan aku rasa cepat je nak habiskan trip nih. Sabar... Sabar... Hari ni kami semua nak berperang habis-habisan, kami tak nak spend masa terlalu lama di Goverment Store, bayangkan kat tempat yang best macam Summer Palace tu cuma sejam je. Kalau kat goverment store, spend masa punya la lama, kalau bab nak cerita macam mana diorang hasilkan produk tak pe la, ni sesi pujuk memujuk untuk kami beli barang diorang makan masa punya la lama.
Biasa la pagi-pagi lagi kami dibawa ke Goverment Store, tempat pertama kat Kilang Jade. Acara kat goverment store ni kalau korang nak tahu sama je. Mula-mula diorang bagi penerangan tentang jade, macam mana jade dibuat, produk-produk daripada batu Jade, cara nak kenal pasti Jade yang asli dan tiruan dan last sekali sesi jualan. Tapi lawatan kami kat Kilang jade ni tak sama la pulak dengan yang semalam, ntah la.
Lepas dia bagi penerangan, pekerja tu bawak ke tempat jualan. Biasanya akan ada drama sesi pujuk rayu yang ntah ape-ape, tapi kali ni tak de la sangat dramanya tu. Pagi ku sungguh ceria tanpa wayang cina kat sini. So, sempat aku spend masa tengok produk daripada Jade dengan senang lenang, siap bergambar sakan kami kat sana.
Pekerja tenga ukir jade yang bentuk macam bola takraw. Dalam bola tu ada dua bijik lagi.
Akak Jade ni bagi penerangan pasal barang yang dibuat daripada jade dan cara nak kenal pasti jade asli dan tiruan.
Tempat jual barang kemas jade
Pekerja cuba duk promote barang-barang jade
Come... come buy for girl, buy for your mother...
Cuba tengok betul-betul, kat dalam tu ada lagi 2 bijik, macam mana diorang buat ekk?
Patung dewa dewi la kot
Orang cina suka makan sayur, sampai batu jade pun disayurkan diorang
Patung terracotta. Mungkin satu hari nanti aku nak tengok yang real kat Xian
Cincin batu Jade, murah kann??
KILANG JAJAN
Lepas melawat kilang Jade, kami ke tempat jualan snek/jajan bersebelahan dengan kilang Jade. Masuk kat sini pun tak ade sangat sesi pujuk rayu. Aku pun naik pelik. Store kat sini sangat luas dan yang bagusnye dalam store ni ONE WAY. Korang kena lalu kat semua rak-rak produk makan diorang, lepas tu baru boleh keluar, bijak... tu maknanya sel-sel otak mereka bergabung!
Produk makanan yang dijual kat sini. Itik pun ada.
Kawasan store ni sangat luas, bukan macam kat super market, laluan dia one way je... Nak tak nak kena la lalu, sambil tu promoter dia akan tunggu kat beberapa tempat... Aku buat tak tahu je...
CRYSTAL SHOP
Lepas kilang Jade, ke kilang snek lepas tu pulak ke tempat orang buat Kristal, dan kat sana lah bermulanya kemenangan group kami. Semalam kami kena jual, hari ni diorang kena jual. Macam biasa, semua tempat sama, bawak masuk ke galeri pameran, lepas tu bawak ke bilik, dan diorang buat demo barang-barang daripada kristal.
Demo kristal yang kononya macam loket "Heart of The Ocean" dalam cerita Titanic. Yang aku jadi sangsi, barang ni mahal, tapi kenape dia campur aduk dengan barang-barang lain dalam satu kotak. Kalau barang mahal orang biasanye letak dalam kotak asing, nak pegang pun pakai sarung tangan...
Habis je demo, bawak ke tempat jual-jual drama sesi pujuk rayu bermula, naik menyampah aku! Arghhh... Time ni aku dengan kawan-kawan aku ke tempat cermin mata. Ada spek mata hitam dengan spek yang ada power. Nampak je aku pakai spek, dia pun mula promote kat aku. Kawan aku mula suruh provoke sorang pekerja dia yang pakai spek.
Promoter : Awak boleh cuba beli cermin kristal, sangat bagus. Berapa power you pakai?
Aku : Power saya tak sama, sebelah 350 sebelah 230, you punya cermin lain.
Promoter : (Sambil dia cari spek yang power 350) Nah, you pakai ini, nanti ini spek boleh kasi adjust you punya power kasi sama. (wah teruja aku dengar, wah... wah... wah...) Aku pun pakai, lepas tu aku buat-buat pening
Aku : No, no ini tak ok la... (Lepas tu aku nampak pekerja dia yang pakai spek, aku pun tanya dia) You glasses crystal?
Promoter Spek : (tersengih-sengih nak jawab, sambil duk bisik-bisik kat kawan die yang lain) No, no...
Kawan aku pun mula tambah sikit, nak kasi provok.
Kawan aku : Why dont you wear crystal?? crystal can adjust your power (Seronok aku tengok muka diorang time ni, semua muka dah lain macam)
Promoter Spek : (tersengih-sengih dia jawab) Same like you (sambil tujuk ke arah aku) tau tak pe, lain kali jangan suka-suka promote yang bukan-bukan kat aku.
Cermin mata yang kononnya dapat adjust power bagi sama kiri kanan... Design dia not my taste...
Lepas tu kita orang pergi kat tempat pameran barang-barang kemas daripada kristal. Aku ngan kawan aku nampak promoter yang buat demo awal-awal tadi. Aku ngan kawan aku pun pergi kat dia. Aku nampak brooch dia bukan main sakan meghelik.
Aku : is that crystal?
Pomoter : yes this is cyrstal.
Lepas tu aku nampak gelang dia pun sakan berkilau-kilau bak bintang di langit.
Aku : is that also crsytal?
Promoter : yes
Lepas tu pulak Kawan aku nampak kuku dia yang berkilat-kilat. Kuku dia pulak jadik bahan.
Kawan aku : your nail very shiny shiny.... is that crystal? (masa ni aku dah nak tergelak dah)
Promoter : no.. no.. this is not crystal (sambil tersengeh sinis)
Aku : You should make research so you can use crystal for your nail. Hahaha... Dengan muke bengang dia pun belah dari situ.
Hari kedua kami di Beijing dah 5 Goverment Store yang kami dah pergi!
DARI GOVERMENT STORE KE TEMBOK BESAR
Pagi ni saja dah 3 goverment store yang kami pergi! Naik muak aku dibuat nyer. Part menyampah masa pujuk orang suruh beli barang. Lepas ke Goverment store, kami menerjah ke Tembok Besar China. Masa ni perasaan exited menjadi-jadi. Maklumlah, tembok besar ni salah satu daripada 7 Keajaiban Dunia! Tembok besar ni terletak jauh dari kawasan bandar. Pemandangan cukup menarik sepanjang perjalanan nak ke sana!
Kat sini tour guide bagi masa sejam je. Arghh, lantak kau la... Aku ngan kawan aku nak puas spend masa kat sini. Aku tak rasa yang dia rajin nak cari kami kat atas tembok. Aku nak naik tembok selagi aku mampu panjat.Al kisahnya sampai angin tour guide kami, hahaha~
Bersambung~
Muhammad Saffuan Bin Jaffar
Hahaha....pujuk rayu di beijing tak makan dah la..ramai yg dah tahu agenda dia orang..ok..terus kan entri.tak sabar nak tunggu agenda seterusnya...
BalasPadamya bace diorang tahu la... yang tak baca pasal cerita kat beijing ni, jadi mangsa...
PadamTapi kadang2 asa marah ngan pembawa tour.sepatutnya dia orang dah tahu.apa salah nya bagi tahu dekat kita2 yang tak tahu ni kan..
PadamMe dulu ikut tour jugak pegi beijing.. tapi seb baik half of the ahli jemaah tour adelah pacik macik pencen duit berkepuk.. Diorang la jadik penyelamat memborong tanpa paksaan, kami2 yg muda2 ni takat sopping fridge magnet kat kedai area bird nest tu jer la
BalasPadamhaha untung la, macam kami ni majority student... ada yg mak ayah ikut... tapi x niat la nak beli benda2 tu semua... kami nak jalan2 je... bukannye pegi beijing nak belik koyok... T_T
PadamItulah lecehnya kalau ambil ground pakej...Ramai sangat ke ahli rombongan sampai nak ambil pakej tu... Kan SJ selalunya main redah je...
BalasPadamramai la jugak... 17 orang... nak redah boleh la, tapi tak sesuai kalau nak bawak ramai2...
Padamtak sabar nak dengar secara live dari ko. hahaha
BalasPadamtunggu la siaran lansung esok... hehe...
Padam