Selasa, 26 November 2013

Bercuti di Busan Korea | Masjid Al-Fatah

Tempat Menarik di Busan
Islam ada di mana-mana saja. Bumi Korea juga tak ketinggalan. Islam sudah pun menyinar sejak sekian lama, bermula sejak kurun ke-7 lagi. Agama Islam di Korea Selatan kira-kira 1.7% penganut dan merupakan agama minoriti di sini.Walaupun Islam agama minoriti di sini, kemudahan untuk muslim Busan beribadat disediakan. Tu intro aku untuk next destination dalam Trip aku Bercuti di Busan Korea, Masjid al-Fatah, Busan.

Sebaik saja aku melawat kawasan di Gamcheon Cultural Village, aku pun meneruskan misi ke Masjid al-Fatah. Masjid al-Fatah ni boleh dijadikan destinasi wajib yang korang bila datang ke Kota Busan. Lokasinya agak jauh memandangkan aku ke Masjid al-Fatah Busan dari Toseong. Masjid al-Fatah Busan terletak berdekatan dengan stesen Dusil, so dari stesen Toseong (Gamcheon Cultural Village) ke Dusil (Masjid al-Fatah Busan) korang akan lalu di 22 stesen subway dan mengambil masa kira-kira 30-40 minit. Tapi aku just naik subway je, tak perlu naik bas atau jalan kaki jauh-jauh.

Peta Subway, cuba cari Toseong dan Dusil, jumpa tak?

 Masa menunggu aku tak dibazirkan macam tu je. Sempat cuba Bananamas Uyu (Susu Perisa Pisang), ramai bloggers yang suggest untuk cuba. Yess memang sedap.

Stesen Subway Toseong, dan aku akan menuju ke Dusil di mana terletaknya Masjid al-Fatah Busan.

[Direction ke Masjid al-Fatah]

Memandangkan aku dari Toseong, aku tak perlu nak tukar line, sebabnya stesen Dusil (Masjid al-Fatah) berada di line yang sama dengan stesen Toseong which is line 1. Sebaik je sampai di Dusil keluar ikut Exit 8, keluar je dari Exit 8 jalan terus dan terus kira-kira 200m sampai jumpa kedai tayar Hankook di sebelah kanan. Kedai tayar tu terletak di simpang jalan.

Kalau korang betul-betul berdiri kat depan kedai tayar tu, di seberang jalan korang akan nampak Stesen Minyak sekaligus signboard "Islam Centre". Dari kedai tayar tu, jalan ke Kanan dan ikut Signboard. Korang akan jumpa kedai makan halal yang mula-mula sekali, Restoran Cappadocia. Kedudukan Masjid ni agak tersorok sikit.

 Keluar je dari stesen Dusil Exit 8, jalan terus

Masa aku lalu melintasi kedai jual kuih yang warna merah tu, Mak Cik pakai baju sejuk biru cakap 'Anneyong Haseo' dia offer kat aku kuih yang dia beli. Aku terpaksa menolak, sebab aku tak tahu apa benda isi kuih tu. Kuih tu bentuk ikan inti warna merah kehitaman. Tak tahu la apa benda. Baiknya mak cik tu.

 Jalan lagi kira-kira 200 meter

 Jalan sampai korang jumpa Kedai Tayar Hankook di sebelah kanan

 Simpang jalan kat Kedai Tayar Hankook. Nampak tak signboard ISLAM CENTER, di depan seberang jalan tu Stesen Minyak. So korang ikut signboard ke kanan.

 Stesen Minyak

 Signboard ISLAM CENTER terletaknya Masjid al-Fatah Busan

Pintu masuk ke Masjid al-Fatah Busan 

Plan aku memang untuk solat di Masjid al-Fatah, masa aku sampai tu dah nak dekat waktu Asar. Cuaca petang tu sangat la sejuk. Sampai kebas telinga aku, angin pulak betiup-tiup kencang, memang menguji kesabaran. Sampai di Masijd aku bergambar kejap sebelum ambik wudhuk.

Masa kat bilik wudhuk, aku pusing pili air ke kiri untuk panas, aku biar je air keluar. Lepas tu aku test dengan jari, tak jugak panas. Serius aku menggigil, sejuk sampai ke tulang. Dah lama aku tunggu tak jugak panas-panas, aku nekad redah je dengan air sejuk. Elok dah habis wudhuk aku masuk ke ruangan solat, aku jumpa sorang jemaah warga Indonesia.

"Sudah wudhuk?"

"Airnya sejuk pak..."

"Pusing kepala paipnya ke kanan, lalu tunggu sampai panas" yang aku pusing ke kiri

Hahaha.... Kenapa la aku tak terpikir langsung nak pulas ke kanan. Aku rasa otak aku dah jem dah beku sebab cuaca kat luar sejuk sangat.

Bilik wudhuk

Jam menunjukkan pukul 2.57 pm waktu Busan dan sekarang masuklah waktu Solat Asar bagi Busan dan kawasan-kawasan yang sama waktu dengannya. Azan dilaungkan. Allahuakbar... Allahuakbar...

Masjid al-Fatah Busan. Lokasi yang mesti dilawati bila korang bercuti di Korea, Busan

Masjid Busan ni merupakan masjid yang kedua dibina di Korea Selatan. Masjid ini didirikan pada tahun 1980 hasil derma seorang dermawan Libya, Dr. al-Falaq. Sejak itu masjid ini menjadi tumpuan muslim di sekitar Daegu,Ulsan, Gyeongnam dan Gyeongbuk untuk beribadat.

Seni lukis didalam Masjid al-Fatah Busan. Masjid ini juga menerima sumbangan dari Kerajaan Turki untuk mengubahsuai bahagian dalaman masjid supaya lebih berkonsepkan seni lukis Islam.

 Ruangan Solat Utama Masjid al-Fatah Busan

Hiasan dalaman berkonsepkan seni lukis Islam

Jadual waktu solat

Lepas solat aku ke Cappadocia Turkish Kebap House untuk mengisi perut. Mana tak lapar, dari pagi tadi aku makan coklat Cloud 9 Merah je. Kali ni aku nak cuba masakan Turki. 

Lepas melawat masjid, aku meneruskan misi aku menjelajah kota Busan. Lokasi seterusnya Haeundae Beach... Bersambung...

Muhammad Saffuan Bin Jaffar
Dingin Kota Busan

20 ulasan:

  1. Terbaik. Teruskan.. x sabar menunggu. hehee

    BalasPadam
  2. Salam...
    Mana nak cari map subway tu eh?

    Thanks in advance! :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Map tu boleh dapat kat tourist information counter... biasanya di stesen subway atau stesen keretapi ada...

      Kalau ada smartphone boleh download apps "Jihachul" cara nak guna ada saya tulis kat sini [http://saffuanjaffar.blogspot.com/2013/08/tips-melancong-ke-busan-seoul.html] cuba tengok kat bawah...

      Nak selamat leh print siap2...

      Padam
    2. ok!!!
      jazakallah ya akhi... dh download dh app utk android... jelas dan nyata~ :)

      Padam
  3. Salam...

    Nak tanya sket.... One day pass tu bleh guna nk gi mana2 je kan dlm stu hari.. ad limit x??

    then, nk cari kt mana map subway tu eh? bleh bg link x??

    Thanks in advance! :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Busan Metro One day pass tak ada limit dan boleh guna sampai train terakhir hari yang tiket tu dibeli...
      Terhad kepada subway sahaja....

      Map Subway boleh dapat kat sini [http://www.humetro.busan.kr/english/02/01_01.php]

      Padam
    2. waah!!! a very good info!! syukran ya akhi! :)

      Padam
  4. Assalamualaikum bos.

    Best ya ke Busan?

    kalau bulan ni memang sejuk yang amat. salji tak turun lagi pun tapi suhu dah cecah -2.

    oh ya, kuih bentuk ikan tu inti dia kacang merah boleh makan takde masalah.

    yang kena jaga makanan kat restoran. 70% makanan korea ni guna babi, selainnya guna sayur. saya dah 3 bulan tersadai kat seoul............rindu nak balik mesia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Busan dan Seoul, saya pilih Busan.... Tak tau la kenapa saya suka sangat dengan Busan.... mungkin jodoh nanti dengan orang sana kot.... hehehehe....

      Padam
  5. Alhamdulillah, ada juga muslim dermawan yang sanggup biaya projek bina masjid di situ. Banyak pahala dia dapat.

    Petua Awet Muda Dan Cantik Macam Ayu Raudhah

    BalasPadam
  6. salam nak tanya...kalu guna t-money utk subway busan boleh ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam, boleh guna t-money di busan...

      Padam
  7. Salam.. Baiknya makcik tu offer kuih. Klu xsilap sy, tu msti bungeo ppang. Mcm bahulu inti kacang merah. Sy & kwn3 ade jgk mkn msa d seoul. Btw, ur post sgt menarik. Bleh kami refer utk travel ke busan nt. Tq ^^

    BalasPadam
  8. Assalam..sy plak fall in love dgn jeju-do. ..tenang sgt kat sana.. klo ada rezeki, sy nk pi sana lg lpsni

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam, uish... saya pun teringin sangat nak pi jeju... tempat lawa... saya pun kalau ada rezeki nak explore jeju sahaja... insyaAllah...

      Padam
  9. assalamualaikum. boleh x kongsi tentatif or perjalanan hari2 kat Korea .. Coz insyaAllah hujung tahun nak ke sane, so mintak tips sikit.. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamualaikum hajar, kita pun plan nak ke korea, tp masih cari member nak pegi lagi, 😊😊

      Padam
    2. airbnb search itaewon cari masjid mudah makan kebab 24 jam. start dari itaewon ke Sumsung D' Light.

      Padam
  10. any available room near masjid?

    BalasPadam

Tolong letak nama, ok??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...