Selasa, 17 Februari 2015

Kisah Aku Guru Baru di Pedalaman | Teacher's Diary

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

     Rasa macam dah lama tak bersiaran berkongsi cerita dengan pembaca setia sekalian. Alhamdulillah kini aku dah bergelar seorang guru. Masa lepas peperiksaan dulu aku tertanya-tanya kat mana la aku bakal ditempatkan untuk bertugas nanti. Ada sekali sekala gurauan dengan kawan-kawan dengan kata-kata  "nak pergi sekolah naik boat la kot", kini semuanya jadi kenyataan. Masin mulut aku.

Ramai yang komen cakap kisah aku ni macam cerita "Teacher's Diary" Aku pun cuba la tengok, memang hampir sama dengan pengalaman yang aku lalui...

   Perjalanan aku ke sekolah bermula 27 Januari lagi sehinggalah pada 3 Februari aku baru sampai ke sekolah. Bermula 27 Januari aku meninggalkan Pulau Pinang, meninggalkan ibu aku keseorangan demi tugas untuk mendidik anak bangsa. Melihat wajah ibu membuatkan aku bersemangat untuk melangkah pergi. Masing-masing reda dengan ketentuan.

   28 Januari aku tiba di Kuala Lumpur dan terus aku ke Hotel Nouvelle untuk menghadiri taklimat sebelum terbang ke Kuching. Persoalan yang sama masing berlegar-legar dalam kepala aku "kat mana la aku bakal ditempatkan untuk bertugas nanti?" Sarawak ni besar, lebih besar dari semenanjung. Di Hotel Nouvelle juga aku bertemu semua dengan kawan-kawan IPG.

Bertemu semula dengan rakan-rakan IPG

   29 Januari aku meninggalkan tanah semenanjung menuju ke Kuching Sarawak, di sana barulah kami akan dimaklumkan penempatan sekolah masing-masing. Detik jam 8.00 malam merupakan saat yang sangat mendebarkan, masing-masing berharap agar ditempatkan sama dengan kawan-kawan IPG. Perancangan Allah lebih baik.

   Satu persatu nama kami guru-guru yang bakal ditempatkan di Sarawak disebut, mengikut kumpulan. Akhirnya nama aku disebut dalam kumpulan E (Miri, Baram dan Subis). Masih lagi tertanya-tanya daerah mana yang aku akan ditempatkan. Masa tu kami beratur panjang untuk dapatkan surat penempatan.

   Akhirnya nama aku di sebut "Muhammad Saffuan Bin Jaffar" merujuk pada senarai akhirnya aku ditempatkan di "Sekolah Kebangsaan Long Sepiling" Ini merupakan sekolah yang menjadi tempat aku untuk memulakan kerjaya sebagai seorang guru. Lepas dapat tahu nama sekolah, terus google cari lokasi. Reaksi yang sama dilakukan orang lain bila dah dapat tahu sekolah.

   30 Januari, daripada Kuching aku menuju ke Miri dengan menaiki Bas, perjalanan yang sangat lama perlu aku tempuhi. Alhamdulillah kira-kira selepas 16 jam perjalanan, aku selamat sampai di Miri. Tiba sahaja di Miri, hanya tinggal 5 orang sahaja daripada 40 orang yang naik bas. Kami meneruskan perjalanan ke Pekan Marudi yang mengambil masa kira-kira 1-2 jam perjalanan.

Bergambar kenangan dengan guru-guru yang ditempatkan di daerah Baram

   Jalan yang dilalui agak teruk walaupun berturap, bergocang jugak dibuatnya, aku yang duduk dibelakang 4x4 berhimpit. Di sepanjang perjalanan aku dapat saksikan kawasan Ladang Kelapa Sawit kiri dan kanan. Nampaknya macam sukar jugak perjalanan aku nak ke Sekolah.

Perjalanan daripada Miri ke Marudi dengan menaiki 4x4

Perjalanan ke Pekan Marudi 


    Akhirnya aku sampai di Marudi, aku menetap di sini selama 3 hari 2 malam, sempat berjumpa dengan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Long Sepiling, Cikgu Jafarin. Masa yang ada di Marudi aku bersama 4 lagi rakan sepejuangan membeli barang-barang keperluan. Kami dimaklumkan untuk membeli barang keperluan kerana lokasi pekan Marudi ke Sekolah memakan masa yang agak lama.

Tiba di Hotel Mount Mulu dan menginap selama 3 malam



Boat atau Ekspress yang bakal menjadi pengangkutan utama aku daripada sekolah ke bandar

Antara barang keperluan yang dibeli

PERJALANAN KE SEKOLAH

   3 Februari, aku meninggalkan Pekan Marudi menuju ke Sekolah Kebangsaan Long Sepiling. Kami menyusuri Sungai Batang Baram dan kemudiannya melalui Sungai Tinjar. Perjalanan dengan menaiki ekspress mengambil masa kira-kira 2 hingga 3 jam, bergantung pada keadaan sungai. Di sepanjang perjalanan aku dapat menyaksikan kehijauan alam, kadang kala ada jugak kapal-kapal membawa kayu balak lalu di situ.

Beg-beg yang hendak dibawa ke Sekolah


Taklimat oleh PPD sebelum bertolak ke Sekolah masing-masing

Sungai Batang Baram, Sarawak

Sungai Tinjar

   Ekspress mula merapat ke Jeti Kayu, kelihatan beberapa orang guru keluar di hadapan bilik darjah, Alhamdulillah, akhirnya aku menjejakkan kaki di Sekolah Kebangsaan Long Sepiling. Guru-guru senior dan beberapa orang Murid membantu kami mengangkat barang-barang yang dibawa. Semua persoalan terjawab sebaik sahaja aku menjejakkan kaki di sekolah.

Jeti Sekolah Kebangsaan Long Sepiling

Bangunan Sekolah Kebangsaan Long Sepiling

   Perjalanan yang sangat lama, jauh, memang memenatkan aku. Tapi semua tu hilang bila aku dapat menatap Sekolah pertama aku berkhidmat sebagai Guru, sebagai seorang guru di pedalaman Sarawak, pergi meninggalkan ibu keseorangan jauh beribu-ribu batu, demi mendidik anak bangsa. Senyuman guru-guru serta anak murid yang menyambut kedatangan aku sedikit mengubat kerinduan dan kegusaran berada di tempat asing.

   Hari pertama, biasanya aku lebih diam, entah la, memang tabiat aku sampai di tempat baru, aku lebih gemar memerhati "scanning" dari tempat sehingga la orang. Lepas proses "scanning" aku akan cuba untuk menyesuaikan diri dengan keadaan di sekeliling aku. Macam tu la, mula-mula orang akan ingat aku ni jenis pendiam, lama-lama kalau dah kenal boleh tau aku ni jenis yang macam mana. Hehehe...

SEKOLAH S.K. LONG SEPILING

   Sekolah ini terletak di pinggir Sungai Tinjar, Kampung Long Sepiling, Baram. Sekolah ini dikategorikan sebagai Sekolah Kurang Murid, jumlah keseluruhan murid sekolah ini hanya 9 orang sahaja. Latar belakang murid rata-ratanya terdiri daripada Orang Kayan dan Orang Iban. Aku tinggal di Kuaters yang terletak dalam kawasan sekolah.

   Alhamdulillah walaupun terletak di kawasan pedalaman, bekalan elektrik di sini 24 jam. Bekalan air pula bergantung pada air hujan yang disimpan di dalam tangki. Line telefon tak jadi masalah, kalau nak bercakap tu kena la cari port yang cun. Line internet pakai internet sekolah, kalau pakai celcom dapat la 2G. Bagi aku aku sangat suka sekolah ni!

Bangunan akademik sekolah yang menempatkan 6 bilik darjah, bilik guru, pejabat 

Bilik darjah murid yang dilengkapi dengan white board 

Suasanan Pengajaran dan Pembelajaran bilik darjah 

Ini kelas aku. Di S.K. Long Sepiling aku jadi guru kelas tahun 6.

Murid-murid S.K. Long Sepiling, hanya 9 orang sahaja dari tahun 1 hingga tahun 6. Alhamdulillah semua nama murid aku hafal sorang-sorang. Bawah dari kiri, Nora, Fiona, Juwita, Darryel, Adam, Micheal, Anilov, Aku (Cikgu Saffuan), Juliana dan Grade. Kalau tak leh ingat tak tahu la aku ni jenis ape kan...

SESUAIKAN DIRI 

   Aku ni jenis tak menentu, kadang-kadang aku ambik masa yang lama untuk aku sesuaikan diri, kadang-kadang tu sekejap saja aku dapat sesuaikan diri. Line internet yang tak menentu mengubah gaya hidup aku kat sini. Dulu kerap online sekarang ni aku mengisi masa lapang dengan aktiviti baru, memancing!

 Memancing tu dapat la makan ikan segar, kadang-kadang tu dah jemu makan makanan dalam tin.

Ikan segar, goreng terus, perghh.. 

Sapa cakap orang Lelaki tak pandai masak? Masak lemak sayur Asin, Ikan Goreng 3 rasa, Ikan Stim

Dulu kalau nak makan jambu macam ni, beli jer kan. Nah sekarang kalau nak makan kau panjat la pokok sendiri 

Duduk kat sini tu kalau malas berlapar la, kalau rajin sikit masak megi makan. Macam ni dah terlebih rajin, goreng cucur makan ramai-ramai sambil kutip pengalaman dari Cikgu-cikgu Senior.

Petang-petang tu aku memang suka layan pemandangan matahari terbenam 

Duduk tepi Jeti sambil menghirup teh panas dengan menyaksikan pemandangan Matahari terbenam dapat menenangkan fikiran. Teringat masa praktikum dulu. Seminggu sekali aku akan berseorangan ke tepi laut atau pantai. Aku tak ajak orang, sebab time tu aku betul-betul nak lapangkan fikiran. Ni salah satu cara aku menghilangkan stress.

   Perjalanan aku sebagai seorang guru masih lagi jauh. Ini baru aku memulakan langkah pertama. Ada beribu-ribu langkah lagi dan ada banyak lagi halangan yang perlu aku tempuhi di sini. Masa nak memohon penempatan aku seolah-olah tak tahu nak mintak yang mana akhirnya aku solat istikharah memohon petunjuk dari Allah s.w.t. 

   Aku mintak Perlis, Sabah dan Labuan, ketiga-tiga yang aku mintak tak dapat, aku dapat Sarawak. Tak semestinya apa yang aku mahu terbaik untuk aku, tapi yakinlah perancangan Allah s.w.t terbaik untuk aku. Alhamdulillah perjalanan aku dipermudahkan oleh Allah. 

Lagu pembakar semangat untuk guru-guru di Malaysia. Lagu ini ada "roh"nya tersendiri.

   Kepada pembaca yang komen, mesej di FB atau wasap kalau aku tak reply aku mohon maaf yer. Keadaan tak mengizinkan, jangan la kata aku sombong pulak yerr... hehe... Mungkin korang ada pengalaman yang sama, boleh kongsikan di ruangan komen. Last sekali doakan "Moga aku dapat menjalankan tugas dengan baik di sini."

39 ulasan:

  1. Tahniah !!!! Uncle pernah ke pendalaman Sarawak sewaktu bertugas di Bintulu dulu ... memang teruja !!! Kalau Safuan perhati kan betul betul, penduduk tempatan mereka ini agak cantik ... kulitnya putih kemerah merahan !!!

    Gunakan peluang yang ada sebaik mungkin ... sebab bukan mudah untuk ke sini lagi ....

    Dan percayalah ... jasamu tetap di hargai dan di kenang ... bertugas dengan ikhlas , kerana dirimu mampu mengubah dunia !!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih atas nasihat doa dan kata-kata semangat....

      Padam
  2. Good luck cikgu saffuan. Selamat berkhidmat utk anak bangsa

    BalasPadam
  3. InsyAllah boleh survive :) My brother pun dekat Baram jugak. tapi dia dekat Long San. Selalu dengar kisah hidup dia kat sana. Cumanya sebelum ni dia tak dapat kuarters, so, rumah kena pakai generator, kalau hujan tadah air etc.

    BalasPadam
  4. besar pengorbanannya hanya kerna ingin mendidik anak bangsa...moga menjadi guru yang terbaik buat anak muridnya...comel pula tengok cikgu dikelilingi anak2 tu hehhee..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, terima kasih atas kata2 semangat dan doa...

      Padam
  5. jauh betul perjalanan nak sampai sekolah ... bertabahlah ... selamat bertugas

    BalasPadam
    Balasan
    1. agak jauh la jugak, tapi saya dikira agak bernasib baik berbanding rakan-rakan yang lain...
      terima kasih...

      Padam
  6. Saffuan nampak gembira... tapi dalam hati siapa tahu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah luar dan dalam nampak gembira

      Padam
  7. Tahniah, Semoga segalanya dipermudahkan oleh ALLAH swt.

    BalasPadam
  8. Balasan
    1. terima kasih.... abang meng datang la cuti2 kat sekolah saya... aha....

      Padam
  9. tahniah cikgu.. ^_^ tugas seorang guru ni memang mencabar.. beberapa tahun dulu penah hantar adik lapor diri di sekolah kawasan felda di Johor.. itu pun dah terasa jauh.. inikan pula Saffuan yang ke Sarawak.. anyway, selamat bertugas.. selamat mendidik anak-anak bangsa.. insya allah.. Allah akan permudahkan segala urusan.. ^_^

    BalasPadam
  10. dah macam filem Thailand, "The Teacher's Diary" la pulak :)
    kalau aku nak datang melawat leh tak?

    -hannan-
    -www.kembaraanakmuda.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. sangat dialu-alukan, kalau datang buat program untuk anak2 murid kat sini amat la saya alu2 kan....

      Padam
  11. dah macam "The Teacher's Diary" la pulak.

    -hannan-
    -www.kembaraanakmuda.com

    BalasPadam
  12. selamat bertugas! sy pon part time traveler aka guru yang menetap di semporna sabah. bila baca entri ni tros teringat filem thai the teacher's diary. murid2 sikit je..cabarannya besar! apa2 pun enjoy ur profession. cuti sek bolehlah ajak kwn2 jelajah pulau-pulau di semporna, sabah. :)
    http://gajahgenduts03.blogspot.com/

    BalasPadam
    Balasan
    1. tahniah jugak kepada Cikgu Nurul... insyaAllah kalau ada rezeki mungkin cikgu boleh jadi host saya nanti kalau saya ke sabah...

      Padam
  13. Saya pun dah boleh hafal nama anak2 murid Safuan.
    Teringat saya pada filem Not One Less & Laskar Pelangi yg muridnya seramai itu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. wah... sekarang saya cuba ingat nama penuh pulak...
      menarik tajuk cerita tu...

      Padam
  14. Tahniah. Bukan semua dapat peluang ni. Gunakan sebaiknya untuk berbakti kepada mereka. Besar pahala woi kalau dapat berikan ilmu dekat orang lain. Fuh! Take care.

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih... insyaAllah peluang yang ada akan digunakan sebaik mungkin....

      Padam
  15. Bestnya dapat makan ikan segar - memang berbaloi memancing.

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang best, goreng atau bakar atau buat masak asam pedas, perghhh...

      Padam
  16. Patut lama tak nampak Saffuan.. rupanya dah mulakan tugas di tempat baru. InsyaAllah.. bila kita dapat sesuaikan diri, tawakal dan redha.. Allah akan permudahkan semuanya... selamat bertugas dan mendidik anak bangsa. Selalulah update blog ye cerita kehidupan kat sana, akak tak sabar nak baca =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. agak lama... susah nak online lagi pun sibuk dengan tugasan di sekolah... terima kasih atas nasihat, ucapan dan doa.... kalau ada kesempatan saya akan update... terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya...

      Padam
  17. InsyaAllah saffuan akan serasi di situ kerana saya yakin penduduknya amat baik sekali. :) By the way, Im sarawakian too...

    BalasPadam
  18. Tahniah..
    Semoga gembira mengajar di sana =)

    BalasPadam
  19. Sebak bc kisah cg..sy xckup tabah mcm cg..pnh d postingkn d sgamat..tu pun da ckup terseksa bg sy..terdetik nk harungi edop mcm cg

    BalasPadam
  20. Secara Kasarnya saya cemburu sbb saya tak pernah merasai apa y saffuan jaffar rasai...tp secara halusnya mungkin saya tidak sekuat saffuan jaffar... Semoga sentiasa bersemangat mengajar anak bangsa..

    BalasPadam
  21. Bila baca post ni teringat pglmn akak first posting di Daro Srwk dulu..ada jgk persamaan dgn kisah adik ni..cuma skolah akak dulu guna generator..Alhamdulillah hampir 6 tahun di pedalaman sana, seronok mgajar di sana, mcm x mau balik semnjung..kutip pglmn dan taburlah jasa di sana..insyaAllah

    BalasPadam
  22. assalamualaikum cg saffuan boleh bagi no tfon cg saya berminat nak kesana no tfon saya 0195587156 bashari b abd razak juga guru

    BalasPadam
  23. saya pernah ke sk long bedian....wpun saya bkn cikgu..hehe..good luck cikgu...

    BalasPadam
  24. saya pernah ke sk long bedian....wpun saya bkn cikgu..hehe..good luck cikgu...

    BalasPadam

Tolong letak nama, ok??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...