Khamis, 19 Februari 2015

Teacher's Diary | My Version (1)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

    Hari ni, hari kelima aku di Kampung Halaman, Pulau Pinang. Esok aku bakal meninggalkan bumi kelahiran serta keluarga tercinta untuk berbakti di tempat orang. Cuti aku banyak dihabiskan dengan melawat keluarga di Pulau Pinang. Waktu pemergian aku pada 27 Januari aku tak sempat untuk melawat keluarga terutamanya Tok (Nenek), kesempatan yang ada waktu cuti aku gunakan untuk bertemu dengan mereka, mintak nasihat dan mintak mereka doakan perjalanan aku di sana.

   Selain tu aku sempat jugak melawat guru-guru di Sekolah Kebangsaan Saujana Indah di Nibong Tebal. Rasa macam Yang berhormat pulak, aku duduk di atas kerusi sambil dikelilingi rakan-rakan guru, masing-masing mendengar kisah aku di pendalaman Sarawak. Alhamdulillah banyak nasihat yang diberikan, begitu juga dengan kata-kata semangat. Walaupun hati berat untuk pergi, tapi wajah anak-anak murid di Long Sepiling membuatkan aku lebih bersemangat untuk melangkah.

  
Packing barang makanan, barang keperluan lain untuk bekalan semasa berada di Sekolah.

Petang tadi beli Roti Gardinia untuk bekalan makanan 

Balik rumah packing siap, esok dah nak bertolak ke Miri.

   Masa dulu, aku menetap di Pulau Pinang, jarak rumah dengan tempat belajar cuma 7 kilometer ja daripada rumah. Bila aku nak balik, aku balik. Start motor keluar balik rumah jumpa mak kejap. Tiap-tiap hujung minggu kalau tak de apa-apa aku balik. Tapi kali ni, jarak rumah dengan tempat kerja beribu-ribu kilometer. Jarak bukan penyebab untuk aku lemah semangat. Ini merupakan anugerah, satu pengalaman yang amat berharga dari Allah s.w.t.

   Masa aku melawat ke Rumah Mak Long aku di Bukit Mertajam, dia menitiskan air mata kerana teringatkan arwah abah (arwah abah meninggal dunia 18 tahun yang lalu, masa aku darjah 2). Kata Mak Long pasti arwah abah bangga kalau dia dapat melihat aku sekarang. Aku tak dapat menahan sebak, tak pernah aku menitiskan air mata, tapi aku tewas bila teringatkan arwah abah. Sejak bergelar anak yatim, mak mengajar aku untuk hidup berdikari, aku tak pernah cerewet walaupun hanya makan sekadar nasi putih dan ikan bilis. 

   Dari kecik aku belajar hidup susah, pernah tinggal dengan arwah Tok Lang di Kampung, pernah potong kayu api, pernah memasak guna dapur kayu. Pengalaman yang aku lalui banyak mematangkan diri aku, banyak mengajar aku untuk menjadi orang yang tabah. Mudah-mudahan aku dapat lakukan yang terbaik sebagai seorang pendidik. Memetik kata-kata hikmat :

"Keep your headp up. God gives His hardest battles to His strongest SOLDIERS"

  
Tunggu... Cikgu datang!!!


7 ulasan:

  1. Selamat bertugas semula cikgu.

    BalasPadam
  2. eh awalnya dah balik sarawak dah? sekolah bukak isnin...

    banyak nya roti sempat tak habis? roti kan expired seminggu je!

    anak anak murid comel :)

    selamat bertugas!

    BalasPadam
  3. Jauh merantau menabur bakti kan Saffuan, semoga dipermudahkan segala urusan di mana juga berada.Salam ukhuwah .

    BalasPadam
  4. sedih pulak baca. akak kehilangan mak masa umur akak dah 26 tahun. :'(

    BalasPadam
  5. Salam cikgu.Jumpa blog cikgu dalam Majalah Libur.Ruangan Blog O'Rama Libur Edisi Mac 2015.Teruja baca blog cikgu..:)

    BalasPadam
  6. semoga mnjadi guru cmerlang..insyaAllah

    BalasPadam

Tolong letak nama, ok??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...