Isnin, 25 November 2013

Bercuti di Busan Korea | Gamcheon Cultural Village

Tempat Menarik di Busan
Alhamdulillah, aku sangat exited bila sampai di Korea Selatan. Trip Bercuti di Busan & Seoul kali ni membuatkan aku terkenang masa duk di UK dulu. 18 November 2013 aku selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Gimhae. Dalam banyak flight aku naik, ni la landing yang paling menakutkan. Siap dengan adegan jerit menjerit dalam kapal terbang. Bukan sebab cuaca buruk, tetapi angin di luar sangat la kuat.

Sebaik sampai di airport aku menuju ke Line Light Railway dari Gimhae International Airport ke Sasang. Di stesen Gimhae International Airport, diorang gunakan sistem token. Dari Gimhae ke Sasang harga W1,600. Plan asal aku nak beli One Day Pass di Airport, tapi one day pass tu hanya di jual di stesen selain daripada line Light Railway. Dengan bantuan sorang ahjussi dan hyung aku ke Sasang. 

Busan Subway

Stesen Kyungsung University/Pukyong National University. Area ni ramai budak-budak muda

Harga one day pass untuk line Subway hanya W4,000 sahaja dan boleh didapati di mesin tiket. Tak dak masalah untuk beli one day pass ni, sebab mesin tiket ni beroperasi dalam bahasa orang putih. Sediakan wang kertas W1,000 X 4 sebab note yang lain tak diterima.

Busan metro one day pass

Dari Sasang aku ke Seomyeon dan dari situ aku menuju ke  stesen Kyungsung University/Pukyong University. Aku menginap kat Pusan Hostel, alhamdulillah berpandukan map yang diorang bagi, aku tak dak masalah untuk cari hostel. Terus check in dan bayar payment aku pun memulakan misi untuk ke Gamcheon Cultural Village.

[Direction ke Gamcheon Cultural Village]

Untuk sampai ke Gamcheon Cultural Village tak susah. Naik metro/subway ke stesen Toseong (Line 1 aliran Sinpyeong). Keluar exit 6 jalan terus sampai simpang dan ke kanan. Di sebelah kanan ada hospital, dan di depan hospital tu akan ada bus stop. Dari bas stop ambil bas no. 2 dan terus ke Gamcheon Cultural Village. Bas tu kecik je dan bayaran untuk ke sana hanya W 900. Dari bas stop tu dah boleh nampak signboard "Gamcheon Cultural Village" yang terletak di sebelah kiri.

 Stesen Toseng Exit 6

 Tangga Stesen Toseong Exit 6. Keluar je dari tangga ni jalan terus kira-kira 50 meter sampai simpang

 Di simpang jalan, ke kanan dan korang akan jumpa Busan Cancer Centre

Selepas ke kanan, jalan terus kira-kira 100 meter, korang akan jumpa bus stop betul-betul depan Busan Cancer Centre. Kemudian ambik Bas No.2 ke Gamcheon Cultural Village, Bas tu bas kecik ja. Bas kecik ni orang tempatan panggil bas Maeul (마을버스)

 Signboard Gamcheon Cultural Village Busan

Bergambar dulu sebelum aku ronda-ronda di sekitar Gamcheon Cultural Village

Kawasan perkampungan Gamcheon ni sangat la bersih.

Asalnya Gamcheon Cultural Village ni lebih kurang macam rumah setinggan la, tapi ada pihak terbabit majukan tempat ni jadi tempat tarikan pelancong. Diorang upah artis (bukan artis kpop ye) untuk decorate perkampungan ni dengan mural untuk bagi nampak cantik. Dari pemerhatian aku, tempat ni macam sebuah perkampungan seni. Macam-macam hasil seni termasuk hasil seni dari sekolah-sekolah rendah ada ditempatkan di sini.

Selain tu ada sesetengah review mereka-mereka yang pergi cakap, kat sana leh la tengok budaya orang Korea, leh la jenguk ahjumma dengan ahjussi buat apa kann. Tapi bila nak amik gambar tu kena berhati-hati sikit. Kalau ada orang dalam view finder anda, please mintak kebenaran untuk amik gambar.


Di bangunan biru ini korang boleh dapatkan map dengan harga W2,000. Malangnya peta tu dalam Bahasa Korea. Belum ada yang versi Bahasa Inggeris



Galeri yang ada dalam bangunan biru yang aku cakap tadi. Dalam bangunan ni menempatkan bahan pameran antik dengan time line sejarah Gamcheon Cultural Village.

 Sangat bersih

Gamcheon Cultural Village ni mendapat banyak gelaran. Santorini of the South Sea, Korea's Santorini, Korea's Machu Picchu dan ada juga yang bagi gelaran sebagai Kampung Lego. Perkampungan ini terletak berhampiran laut, so pemandangan di sini sangat cantik. Kedudukan Gamcheon Village ni terletak di sepanjang laluan mentari, jadi kampung ni dikatakan sentiasa terang bederang.

Salah satu hasil seni, kayu ni sebenarnya melambangkan ikan. Dan benda ni juga jadi arrow untuk panduan pelancong.

Posing jap kat sini. Masa aku ke Gamcheon Cultural Village, suhu kat sini sangat sejuk. Lepas tu aku ada nampak ahjuma ni duk letak tangan kat kayu ikan ni. Tujuan diaorang nak panaskan tangan.

Unik, seluar buruk pun boleh jadi pasu bunga.



Pemandangan dari roof top. Subhanallah sangat cantik. Kat sini korang boleh tengok pemandangan seluruh Gamcheon Cultural Village.

Signboard untuk ke Roof Top.

Burung kepala orang. Yang ni sangat rare.

Aku tak melawat kesemua tempat di Gamcheon Cultural Village ni. Hanya sebahagian saja yang aku pergi. Lepas ronda-ronda di Gamcheon Cultural Village, aku menuju ke tempat yang istimewa. Nanti aku sambung cerita...




 Muhammad Saffuan Bin Jaffar

16 ulasan:

  1. cant wait to know all the story there.. hehe..
    sebab sy pun bakal g busan n seoul thun depan.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. seriously korea memang best.... pegi bulan berapa tahun depan? kalau april best la... leh tgk bunga sakura...

      Padam
  2. Alamak dia dah sampai kat tempat nie.. best nyerrr hahahahaa... terbaikk :D

    BalasPadam
  3. Rate Bilik kat Pusan Hotel berape RM? Menarik... sangat Details.... hehee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rate di Pusan Hostel murah je... hang rujuk kat web ni... sebab rate dia mungkin berubah... [http://www.kyungsunghostel.com/rates/]

      Padam
  4. Balasan
    1. Terima kasih, nanti awak follow up dengan entry terbaru...

      Padam
  5. Agaknya berapa jam boleh cover whole Gamcheon Cultural Village? seems interesting to discover..
    BTW duk hostel mana hari tu.. tahun depan nak jejak ke sana la.. tp x prepare apa2 lagi nie

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau betul2 nak cover Gamcheon Cultural Village boleh jadi 1-2 jam...

      Saya duk di LZone Hostel...

      Kalau tahun depan, sempat je nak prepare....

      Padam
  6. have been there.. thanx for your input.. really helpful

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih sebab sudi jugak melawat kat sini... mesti best kan dapat pergi Gamcheon Cultural Village?

      Padam
    2. Mulanya macam nak skip je tempat nie.. tapi gagahkan diri juga naik bas mini tu..
      Tempat nie bg aku one of the good example of neighbourhood renewal programs..

      Padam
    3. Sama la, mula tu rasa macam nak skip je tempat ni... cari info dari subway nak ke gamcheon cultural village tak jumpa2... dah nak patah semangat.. last2 jumpa cara nak ke sana... terus masuk dalam jadual... rasa tak rugi pergi, memang best utk org yg suka arts dengan nk tgk life org kat sana....

      Padam
  7. macam mane nak dapatkan simkad di airport korea??

    BalasPadam
  8. Thnx....nice info..add to my place of interest....will be traveling on mid nov 2015...as for outfit...we already knew what to wear....it seems mid nov already very cold...

    BalasPadam

Tolong letak nama, ok??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...