Rabu, 21 Ogos 2013

Tips Melancong ke Busan & Seoul

Assalamualaikum and Heyy Guys

Horas... Anneyong Haseo 안녕하세요....

    Terima kasih aku ucapkan kepada pembaca yang sudi share dan bertanya tentang trip ni dalam entry yang lepas. Travel itinerary yang aku buat dulu aku dah rombak balik, raya cuti dua minggu sempat la aku edit sikit-sikit balik travel itinerary aku ke Korea nanti, sambil-sambil menguli tepung buat kuih raya, gigih!


Tak sabar nak pergi melancong ke Busan. Bila planning balik 5 hari serius tak cukup!

Gambar sekadar hiasan semata-mata

Pesanan untuk pembaca sekalian, aku belum pernah gi bercuti di korea, malahan aku tak pernah bercuti di Busan atau bercuti Seoul, yang aku tulis ni hasil dari pembacaan aku di beberapa buah blog dan web site.

Banyak komen yang tanya macam-macam, maaf la kalau aku tak leh nak story mory... Entry ni hanya plan aku, dan kalau yang dah pernah pergi boleh la bagi cadangan kat komen...

Mula-mula sekali aku share dulu travel itinerary yang aku dan edit. Asalnya aku plan terus nak ke Seoul first day on 18 November, akhirnya aku dah ubah. Sehari je aku di Busan.

Memandangkan masa yang agak singkat di Busan, aku bercadang untuk melawat beberapa tempat menarik di Busan, antaranya

1. Gamcheon Cultural Village


Asalnya Gamcheon ni lebih kurang macam rumah setinggan la, tapi ada pihak terbabit majukan tempat ni jadi tempat tarikan pelancong. Diorang upah artis (bukan artis kpop ye) untuk decorate perkampungan ni dengan mural untuk bagi nampak cantik

Selain tu ada sesetengah review mereka-mereka yang pergi cakap, kat sana leh la tengok budaya orang Korea, leh la jenguk ahjumma dengan ahjussi buat apa kann...

2. Gwangan Bridge




Gwangan Bridge jugak bakal menjadi destinasi wajib Trip Bercuti di Busan - Seoul nanti. Gwangan Bridge merupakan jambatan kedua terpanjang di Korea Selatan.

Jambatan ni dibina pada tahun 1994 dan menelan belanja sebanyak 789.9 billion won dan panjang jambatan ini ialah kira-kira separuh daripada Jambatan Pulau Pinang I.

3. Taejong Dae




Taejongdae menjadi pilihan aku kerana aku dapat rasakan tempat ni ada keunikannya yang tersendiri, cewahh... Taejongdae merupakan pantai berbatu yang terdapat di Busan. Kat sini macam-macam ada, dari website yang aku baca kat sini ada rumah api, observatory dan ada macam train yang boleh bawak pusing jalan-jalan. Nak tau, baca sini http://taejongdae.bisco.or.kr/

4. Jagalchi Market


Jagalchi market merupakan pasar ikan terbesar di Korea, ala aku pergi sini bukan nak beli ikan pun, aku teringin nak tengok pasar diorang, mana tau ada orang yang pekik " yaaa kak abang mai mai mai termenung lemak sekilo RM5 RM5..."

5. Haeundae Beach 


Kat sini kebanyakkan yang aku search maklumat, agak berserabut dengan orang ramai, macam kat phuket la kot...


6. Yongdusan Park (Busan Tower)


7. Busan Mosque al-Fatah



Masjid ni merupakan Masjid yang kedua dibina di Korea, so sebagai seorang muslim bagus jugak kita melawat ke sini, boleh berjumpa dengan saudara seagama yang menetap di sana dan berkemungkinan dapat cari makanan halal di Kota Busan

Habis trip di Busan

Sekarang dari Busan beralih ke Seoul

Dulu berangan nak naik keretapi laju kat Jepun, err bullet train kot istilah yang lebih tepat... Tapi aku berkira-kira belum mampu lagi untuk travel ke sana walaupun visa ke Jepun dah dimansuhkan.

So, trip bercuti ke Korea, Busan dan Seoul ni aku tak nak lepaskan peluang naik keretapi laju ataupun KTX (Korean Train Xpress) yang laju maksimumnya mencapai 301 km/j.


Keretapi Laju KTX 

Aku memang cadang nak ambik first class, dan harga tiket dia pun first class la... leh rujuk kat travel itinerary kat atas.

Kebanyakkan tempat aku dah share dalam entry yang mula-mula aku buat.

Salah satunya Bukchon Hanok Village, yang jugak merupakan filming location bagi Drama "Personal Taste"

Sapa tengok angkat tangan...

Lepas tu boleh la posing ala-ala Lee Min Ho kat situ


Ok habis di situ

Masa aku tengah wat travel itinerary aku ada la jumpa satu apps ni yang sangat berguna untuk aku masa trip Busan dan Seoul nanti.

Jihachul "Korea Subway" boleh download secara percuma klik sini 

Dalam apps ni siap segala macam mak nenek punya detail dari station mana, kat mana nak transfer dengan detail masa dan harga tiket. 

Jom aku share sikit dalam Tips Bercuti di Busan dan Seoul 

Ni rupa apps tu, dapat free je, pas tu nak derma pun boleh


Pas tu setting la, nak banda mana. Seoul, Busan dan lain-lain...


Kat bawah ni subway bagi Seoul, hang klik ja kat stesen mana hang nak mula dengan stesen mana hangpa nak pi, 


Nanti dia keluar la "Depart from" Through dan Arrive at


Lepas dah tanda "depart from" dengan "arrive at" dia akan keluar jangkaan masa untuk sampai dengan fare sekali. Untuk info lebih klik kat "Transit info"


Transit info

Aku rasa cukup setakat tu aku berkongsi AKU PUNYA PLAN (aku belum pernah pergi korea lagi tau, banyak orang komen tanya macam aku dah pernah pergi, ni based on pembacaan di blog dan website je) insyaAllah semoga berjumpa lagi yeeee haaaa....

pesanan ikhlas : Duit Won setakat sesaat sewaktu aku menulis blog ni tengah mahal tau. Masa aku beli bulan puasa dulu boleh dapat bawah RM3.00, sekarang nehi!

Sape nak leh download, pastu print pastu gune, pastu masuk lokap... hehehe....


Baca entry terdahulu




Muhammad Saffuan Bin Jaffar

44 ulasan:

  1. Hi sy nak ke Busan & seoul bulan okt ni. cuma agak confius pasal ktx nih. tiket ktx kena beli advance secara online or boleh beli on the spot? yang harga awak letak tu utk return tiket or one way? thanks. Ps kalau xsilap gamcheon village tu boleh naik dari jagalchi sebab stesen situ. :)

    BalasPadam
  2. @Shel elle

    Hi, tiket tu saya kurang pasti jugak nak beli di mana, sorry for that tapi insyaAllah saya akan booking online... Harga yang saya letak tu ikut currency rate won 1000 = RM3.00 dan harga tiket tu sehala untuk kelas pertama...

    thanks for visiting!

    BalasPadam
  3. Okeh sy kena buat research lg lah nih.. haha thanks.

    BalasPadam
    Balasan
    1. yes, nanti kalau ada apa-apa info boleh kongsi dengan saya...

      Padam
    2. yes, nanti kalau ada apa-apa info boleh kongsi dengan saya...

      Padam
  4. Hi..Ciku nak kongsi sikit ye..Tiket KTX tu ciku beli on the spot je dari busan station ke seoul..harga tak igt.Lagi satu ciku jenjalan kat busan tu just naik busan bus tour aje.Ada di area busan station..ikut aje..turun naik bus guna tiket yang sama.Cuma ralat tk dapat berhenti kat masjid busan tu..huhu..:)..ni yek URL kalau berminat nak naik sity tour busan.
    http://www.citytourbusan.com/citytour_2010/eng/

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi, TQ ciku... saya dah cari info mengenai busan bus tour tapi saya tiba di busan hari isnin dan busan bus tour pulak tutup hari isnin...

      Padam
  5. Salam.. Kejap nyer nak g Busan. Saya pegi 2d1n pun xsempat nak cover smua..tp tu pun sbb sy g Gyeongju jgk. Btw, Jalgachi & Busan Tower tu dalm area yg sama je, so pape hal, baik awak cari peta Busan dlu dan tengok dlu area2 of interest yang awk,nk g ni. Sbb Haeundae d cni, Gwanggan di cni, TaejeongDae di sinun.. hehe. Lagi satu utk tiket subway Busan,kita xley guna T-money mcm kat Seoul,jd sy nasihatkan beli 1-day-pass, sangat jimat! slmt bercuti2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih fiqahlee88, Saya tak plan untuk lama di busan... 1 day pass tu beli kat mana ye?

      Padam
    2. i think Tmoney bley gune gak kt Busan...
      http://www.exploringkorea.com/busan-subway-guide/

      Padam
  6. kalau lea dapat gi sana.. perghh

    BalasPadam
  7. Ya, T money kalau tak silap boleh digunakan di Busan, cuma aku tak jumpa kat mana T money di jual di Busan

    BalasPadam
  8. Wahh ber nya nak pergi jalan negara org hehehe teringin gak tak apa boleh buat guide line ni thanks...

    BalasPadam
    Balasan
    1. nanti aku update entry cerita kat sana... tips bercuti di busan dan seoul...

      Padam
  9. wah bestnyer coming soon November ni nak pergi sane.. InsyaAllah
    follow here.. jom g blog Apis jalan2 haffizmohdnoor.net

    BalasPadam
  10. Bestnya..aku hanya mampu bercuti dalam malaysia jer.bertuah bro....

    BalasPadam
  11. Ala ko tipu.... ada jer ko pergi luar negare....

    BalasPadam
  12. Saya guna apps tu juga masa kat Korea haritu. Sangat useful!

    Enjoyed ur trip to Busan. U will definitely fall in love with Gamcheon Village. Saya memang letak tempat tu awal2 dalam itinerary. And nak menyinggah Andong Village insha Allah, sebelah Busan je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Bibie Karim.... Saya belum test lagi, tapi dah ada review awak tentang apps tu, kira ok la... apa yang best lagi ye kat Gamcheon Village? boleh cerita tak? or awak ada buat entry di blog?

      Padam
    2. Selama kat sana memang guna app tu je. Yang penting kena tau which Exit; kalau x memang sesat Barat Selatan bagai. Gamcheon tu saya baru nak gi Dec ni, tapi dah suru kawan wakilkan last month. Memang dia enjoyed giler. Banyak artworks along the alleys kat sana.

      Padam
    3. saya baru nak cancel plan ke gamcheon.... dah dengar2 cerita nak cancel balik la.... awak pernah gi busan ke? sebab saya sehari je kat sana....

      Padam
    4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    5. Baru nak gi Busan Dec ni. Before this turun kat Incheon. Xyahlah cancel ke Gamcheon. Ni saya bagi link album kawan yang baru balik dari village tu. Memang berbaloi.

      https://www.facebook.com/des.neville/media_set?set=a.10201197754078994.1073741841.1024925782&type=3

      No worries, saya dah dapat permission untuk share album ni. Hihi nak amik feel katanye.

      Padam
    6. wahhhhh~ Suka la tempat nih, tengok kat internet sikit2 je.... nice~~ So kat sana ada peluang tak nak tengok diorang punya daily life, ala contohnya macam kat kampung budaya di sarawak?

      Padam
    7. Xsure macam kampung budaya ke x sebab xpenah gi Sarawak lagi. Daily life kat Gamcheon boleh tengok kot. Kawan siap amik gambar ampaian baju bagai. Cant wait for ur story pasal Gamcheon pula.

      Padam
    8. tadi saya ada google2 pasai gamcheon village, terjumpa la video ni... soo nice~ tak sabar nak pergi sana... http://www.youtube.com/watch?v=Wf4QhfJNrsQ

      Padam
  13. Macam best je bercuti ke Korea ni ea, Thanks untuk perkongsian maklumat yg menarik. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang best! Kalau ada rezeki jom ke Korea!

      Padam
  14. ヽ(^。^)ノ
    Wah...seronoknyer...xsabar nk ke sana awal bln 12 ni...thanks for the info...nak tnye...harga ktx 1st class baper???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harga tiket first class KTX dari busan ke Seoul ₩ 74,600

      Padam
  15. salam, saya plan ke seoul juga 11-16nov2013.. jln area seoul je..si far itinerary tak siap lg..huhuhu...tgk yr plan siap 3 bln b4 pegi..mgu dpn a week sblm fly cuti cuti bru nk sambung buat itinerary..huhuhu...btw say ke seoul from KK via Manila...sbb kami stay di Labuan. :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. bestnye... dari Labuan ke KK lepas tu ke manila... kat manila tu jalan2 dulu tak?

      Padam
  16. Salam, sdr Saffuan.

    Terima Kasih kerana memilih blog saya sebagai rujukan.
    Insya-Allah, saya akan dptkan maklumat mengenai Korea melalui dua blog:

    * moe-hankook.blogspot.com
    * moe-koradmin.blogspot.com

    BalasPadam
  17. terbaik ini entry...ingt mula2 cam dh pernah pergi...research yg bagus... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe... ramai yang ingat macam dah pergi ke sana... belum pergi lagi, tapi kumpul2 maklumat dari blog2 dengan website....

      Padam
  18. nak cari guest house yg murah n mudah camne yer..saya plan nak pegi januari ni

    BalasPadam
  19. gud info dari semua thank you. sy akan pergi ke busan hari jumaat ni. tak sabar rasanya. only short trip 8hb hingga 11hb nov

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah, best nyer, jumaat ni dah nak pergi.... nanti nak mintak tolong sikit boleh?

      1. Tolong tengok2kan sama ada boleh dapatkan T-Money di busan?
      2. Tiket KTX, kena beli online atau di kaunter...

      Padam
  20. chck this out : english.busan.go.kr/07community/02_01.jsp?nSelected=&command=view&sn=1891

    still can use this?

    BalasPadam
  21. akan bertolak ke Seoul 18 nov ni :) thanks for d info...

    BalasPadam
  22. akan ke seoul 18 nov ni..thanks 4 d info :)

    BalasPadam
  23. Sy nak g Busan & Seoul 13hb feb ni....sy tau awak dh g sane kan..boleh kongsi skit x ape2 yg patut?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau nak kongsi tu banyak, awak boleh baca blog saya dalam entry yang lain, semua dah dikongsikan, cari je... terima kasih...

      Padam
  24. salam..train ktx rm200 return ticket ke one way..

    BalasPadam

Tolong letak nama, ok??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...