Isnin, 19 Januari 2015

Baca ni Korang Pasti akan ke Busan! | Throw Back

"Alhamdulillah tiket berjaya dibeli dengan harga RM437 untuk penerbangan pergi dan balik, ada 7 bulan lagi, wah tak sabarnya nak ke BUSAN"

SELEPAS 7 BULAN 


Kapal terbang jenis Air Bus yang aku naiki bergegar, isyarat lampu tali pinggang keselamatan dinyalakan. “Sebentar lagi kita akan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Gimhae...” Gegaran semakin kuat dan tiba-tiba ia seolah-olah hilang kawalan, ramai penumpang menjerit. Aku menarik nafas sedalam yang mungkin. Ia berlaku dengan sekelip mata, tetapi peristiwa itu menimbulkan perasaan panik dalam kalangan penumpang, sangat menakutkan. Itulah detik yang aku tak akan lupa. Alhamdulillah aku selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Gimhae, Busan. Kini bermula Kembara aku di bumi Korea Selatan.

PENGANGKUTAN DI BUSAN

Busan merupakan kota kedua terbesar di Korea Selatan selepas Seoul. Busan  juga merupakan kota pelabuhan terpenting dalam eksport dan import. Peranannya yang besar sebagai penyumbang kepada kemajuan ekonomi di Busan mencorak landskap Busan sebagai bandar moden. Maka tidak hairanlah Busan mempunyai sistem pengangkutan yang baik dan efisyen. Untuk melancong ke sini, anda tidak perlu risau kerana hampir setiap destinasi menarik di busan dapat diakses dengan mudah. Cara yang jimat untuk meneroka bandar Busan ini adalah dengan menggunakan tiket One Day Pass yang boleh didapati di semua stesen subway dengan harga ₩ 4,000.

Stesen Subway Kyungsung

Selesa, moden dan sangat mesra pengguna

One Day Pass yang boleh didapati di semua stesen subway dengan harga ₩ 4,000

Langkah untuk tidak sesat di Busan, FOR BEGINNERS

HOSTEL KYUNGSUNG

Hostel Kyungsung terletak berdekatan dengan stesen subway Pukyong-Kyungsung University. Kawasan hostel ini sangat strategik memandangkan ia terletak berhampiran dengan tempat lepak pelajar-pelajar universiti. Hostel ini menawarkan bilik private dan juga dorm. Pelbagai kemudahan lain turut disediakan di sini antaranya kemudahan internet, komputer, bilik air dan juga dapur. Berdekatan dengan hostel ini, terdapat gerai menjual kebab halal.

Bilik penginapan aku di Busan, sangat murah!

Kemudahan dapur seperti di rumah korang sendiri

PERKAMPUNGAN BUDAYA GAMCHEON

Untuk ke Perkampungan Budaya Gamcheon anda perlu turun di Stesen Toseong. Kemudian anda perlu mengambil bas mini no. 2 ke Gamcheon. Gamcheon Cultural Village mendapat banyak gelaran antaranya Santorini of the South Sea, Korea's Santorini, Korea's Machu Picchu dan ada juga menggelarkannya sebagai Kampung Lego. Gelaran Kampung Lego ini diberikan mungkin berdasarkan reka bentuk rumah yang berbentuk kotak serta bewarna warni. Kunikan kampung ini terletak pada “street art” yang ada di sekitar kampung.

Pemandangan keseluruhan Gamcheon Cultural Village seperti lego-lego kecil

Kawasan laut yang berhampiran

Salah satu street art yang unik di Gamcheon Cultural Village

Meneroka Perkampungan Street Art di GAMCHEON CULTURAL VILLAGE

MASJID AL-FATAH BUSAN


Daripada Toseong aku meneruskan perjalanan menuju ke Masjid al-Fatah, Busan yang terletak berhampiran dengan stesen subway Dusil. Masjid Busan ni merupakan masjid yang kedua dibina di Korea Selatan. Masjid ini didirikan pada tahun 1980 hasil derma seorang dermawan Libya, Dr. al-Falaq. Sejak itu masjid ini menjadi tumpuan muslim di sekitar Daegu, Ulsan, Gyeongnam dan Gyeongbuk untuk beribadat. Masjid ini juga menerima sumbangan dari Kerajaan Turki untuk tujuan pengubahsuaian pada bahagian dalaman masjid supaya lebih berkonsepkan seni lukis Islam. Berdekatan dengan Masjid al-Fatah terdapat sebuah restoran makanan halal Turki.

Ruan solat Masjid Al-Fatah Busan



Tempat yang wajib dilawati ketika di Busan, MASJID AL-FATAH, BUSAN

PASAR HASIL LAUT JAGALCHI

Pasar merupakan tempat kunjungan yang wajib buat aku. Di sini aku dapat melihat budaya hidup masyarakat Busan dengan lebih dekat. Pasar Jagalchi merupakan pasar ikan yang terbesar di Korea Selatan. Pelbagai hasil laut yang dijual di sini antaranya ikan segar, ikan kering, rumpai laut, lokan dan banyak lagi. Di Pasar Jagalchi anda juga boleh menikmati makanan laut yang segar. Pastikan anda berkunjung ke Pasar Jagalchi jika ke Busan. Pasar ini juga berdekatan dengan beberapa tempat menarik yang lain antaranya, Yongdunsan Park dan Busan International Film Festival.





Ikan Bakar di Jagalchi Market


TAEDJONGDAE

Busan merupakan kota yang kedua terbesar di Korea Selatan. Di Kota Busan juga terletaknya department store yang terbesar di dunia iaitu Shinsegae Centum City. Walaupun Busan sedang mengalami transformasi ke arah pemodenan tetapi kota ini masih lagi menyimpan Khazanah alamnya yang sangat unik. Taejongdae pelengkap kunjungan anda ke Busan kerana di sini anda akan dihidangkan dengam pemandangan yang sungguh mengasyikan. Di sini terdapat beberapa mercu tanda yang terkenal antaranya Rumah Api Yeongdo dan Sinseon Rock . Di Sinseon Rock anda berpeluang menyaksikan pemandangan laut biru yang terbentang luas!





Keindahan yang menakjubkan di TAEJONGDAE PARK

Jika anda sempat berkunjung ke Korea Selatan, lengkapkan kunjungan anda ke Busan. Antara Seoul dan Busan, saya lebih sukakan suasana di Busan. Walaupun Busan serba moden, Busan masih lagi menyimpan khazanah kebudayaan dan sejarah yang unik. Jika ada rezeki dan peluang insya-Allah saya akan ke sini lagi. Banyak lagi keunikan yang belum saya teroka. Jom Ke Busan.


Muhammad Saffuan Bin Jaffar

28 ulasan:

  1. Waahhh bestnyaaa sapat ke Korea... gambar cantik cantik!

    BalasPadam
    Balasan
    1. yer memang best bercuti di Korea Selatan...
      Terima kasih :)

      Padam
  2. lawa...hrtu ada bt entri contest tentang busan...seacrh2 mmg cntik tmptnya..teruja tgk.. sy dh folow jgk safuan.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih, tempat di Busan memang lawa-lawa.... pergi la bercuti di Busan...

      Padam
  3. Wah... Murah le... Saya tgk menunggu promosi tiket harga ke korea

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang murah, sebab masa ni AirAsia buka laluan sulung ke Busan...

      Padam
  4. Saya tgh menunggu harg tiket murah... Ada murah beritahu saya ye.

    BalasPadam
  5. kepah kan tuuuu? yaAllah nampak sedap sangat, padahal fresh lagi tak masak pape pun T_T. sy pernah ke Busan dulu, turun di Gimhae jugak, tapi tak jalan2 sgt sbb ada program T_T

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup kepah... memang la nampak sedap sebab ternganga luas macam tu, kalau dah masak mesti sedap kan...
      lepas ni rancang la trip bercuti ke busan... saya gerenti tempat ni best!

      Padam
  6. Travel alone ke? Macam senang je nak bergerak kat sana..

    BalasPadam
    Balasan
    1. alone... memang sangat senang untuk bergerak kat sana... setiap tempat menarik dapat pergi dengan public transport... sangat efisyen...
      ada perluang pergi la bercuti ke busan...

      Padam
  7. Terima kasih atas perkongsian. Menarik sekali.

    BalasPadam
  8. RM400 something untuk tiket pulang balik? Mak aih tunggg ah. Anyway, memang terkesima tengok street art diorang. Pernah baca juga yang orang orang dekat sana memang suka buat art dekat wall sepanjang jalan. InsyaAllah, kalau ada rezeki pasti akan ke sana. Tadi baru tengok tiket, pulang balik RM800 (2 kali ganda daripada harga tiket anda weh) hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang murah kan? tu waktu mula2 AA buka laluan ke Busan, masa tu tak banyak info daripada bloggers pasal busan nih... aku redah je la... tapi busan memang awesome... banyak tempat yang belum explore... kalau ada rezeki pergi la sane...

      Padam
  9. Subhanallah cantik sungguh pemandangan kampung Gamcheon tu ... mesti rasa tenang je dudk di sana mengadap laut kan. Anim tak pernah jejak kaki lagi kat sana ... tapi tengok gambar dan baca pengalaman saffuan ni pun dah seribu rahmat. Terima kasih atas perkongsian :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. tenang tak semestinya.... waktu saya pergi ni angin kuat macam ribut, saya hampir jatuh ditiup angin... haha...
      InsyaAllah ada rezeki pergi la ke sana...
      sama2...

      Padam
  10. nak kasik setel ttip seoul.. lepas ni nak sambung trip busan plak.. tapi lain tahun la pulak.. tahun ni nye program dah penuh.. ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. wah mesti nak pergi tempat best2 kan? Ye kalau pergi korea jangan lupa singgah busan... best!!!

      Padam
  11. Waa bestnya blog awak. Sangat kemas dan informative. *thumbs up
    Lepas ni kalau yaya nak travel boleh rujuk sini. hee

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih yaya, I do my best untuk blog saya.... setakat yang mampu...
      sila la ke sini selalu...

      Padam
  12. sronoknya org g mlancong...cntik picturenya..

    BalasPadam
  13. Bagi saya, harga barangan di Busan jauh lebih murah dari di Seoul. Sempat stay 1 malam di busan dan ronda2 area busan. Kalau nak mencuba seafood di sini boleh naik ke tingkat 2 jagalchi market tu. Harga makanan pun berpatutan dalam Won, jangan convert ke RM nanti terasa mahal.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya setuju dengan putera zach...
      masa pergi hari tu bukan tak nak cuba, sape la tak teringin... masa tu tak cukup bajet untuk makan2 di sana...
      insya-Allah kalau ada rezeki ke busan, nak cuba makan makanan laut...

      Padam
  14. Wahhhh mcm best nye. permandangan yg cantik.. suasana yg menarik. Huhuuuu insyaAllah akan dtg pasti akan sampai juga ke sini :)

    BalasPadam

Tolong letak nama, ok??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...