Isnin, 2 Disember 2013

Bercuti Di Busan Korea | Taejongdae Park

Tempat Menarik di Busan Tempat Menarik di Busan
Busan merupakan kota yang kedua terbesar di Korea Selatan. Di Kota Busan juga terletaknya department store yang terbesar di dunia iaitu Shinsegae Centum City. Walaupun Busan sedang mengalami transformasi ke arah pemodenan tetapi Busan masih lagi menyimpan Khazanah alamnya yang sangat unik. Cewah sempoi tak ayat aku? Haha...

Selepas aku melawat Jagalchi Market aku meneruskan percutian aku di Korea Selatan ke tempat yang sangat unik, yang aku sangat-sangat nak pergi,aku perkenalkan Taejongdae. Lokasi ni wajib korang pergi jika ke Busan, sebab tempat ni sangat cantik. Untuk ke Taejongdae tak la susah. Aku ke Taejongdae dari Nampo-dong berdekatan dengan Jagalchi Market.

[Direction ke Taejongdae]

Selepas aku melawat Jagalchi Market, aku tanya seorang ahjumma. Dia bagitau aku supaya tunggu bas stop,  dan bus stop tu berdekatan dengan stesen Nampo. Aku tak pasti sama ada bas yang aku naik ada melalui stesen subway yang lain, so naiklah bas dari Nampo dong. Untuk ke sana aku menaiki Bas no.8 dari Nampo-dong ke Taejongdae. Harga tiket [cash] sebanyak W1,200. Bas no.8 ni akan berhenti di Taejongdae iaitu last stop untuk trip bas ni.


 Maklumat kebanyakkan dalam Hangul. Sebelum pergi bercuti kat Korea, aku gigih belajar untuk baca Hangul. Hehe...

Taejongdae ni menempatkan banyak tarikan antaranya Tejongsa Temple, Yeongdo Lighthouse, Observation Deck, Gumyongsa Temple dan Taewon Pebble Yard. Template Taejongdae korang boleh dapatkan secara percuma di Tourist Information Office yang terletak berdekatan Kaunter jualan Tiket Danubi.

Untuk melawat tempat ni ada dua pilihan, berjalan kaki kalau korang sanggup atau banyak masa atau naik Train (Danubi). Bagi orang tua macam aku ni, semestinya aku pilih Danubi. Harga tiket Danubi ni murah je, W 1,500.

Tiket Danubi W1,500

Aku antara yang terawal sampai di sini, dapat jugak beratur kat depan. Seriusly mula-mula tempat ni macam tak ramai manusia. Lepas tu tiba-tiba berduyun-duyun orang datang.

Tejongsa Temple, Yeongdo Lighthouse, Observation Deck, Gumyongsa Temple dan Taewon Pebble Yard semua ni tempat Danubi akan stop. Danubi akan stop di setiap perhentian, tak kisah sama ada orang turun atau tak, terpulang. Danubi akan datang kira-kira setiap 30 minit.

Masa aku naik Danubi tu, teramat sarat dengan manusia. Ramai orang. Setiap stop tak ada orang turun, aku pun pelik la jugak, takkan diorang ni nak naik pusing train je. Sampai la satu stop kat Observation Deck, ramai orang turun. Aku rasa kat sini la tempat yang cantik tu. Aku pun turun.

Danubi. Nama Danubi ni diambil dari perkataan dalam Bahasa Korea yang membawa maksud "admiring the scenery"  Danubi menjadi ikon Taejongdae. Track yang dilalui Danubi sepanjang 4.3km. Korang boleh turun kat mana-mana station dan kalau nak naik kena tunggu Danubi yang berikutnya, pastikan tiket simpan baik-baik.
Statue of Mother and Children terletak di Observation Deck

Aku turun di Observation Deck dan lokasi ni berdekatan dengan Yeongdo Light House dan Sinseon Rock dan Mangbu Rock di mana kalau korang tengok ni merupakan scenery yang sinonim dengan Taejongdae. Kalau tak ke sini bermakna anda tak ke Taejongdae. Laluan kat sini bertangga, nak pergi ke tempat-tempat ni tak jadi masalah, sebab semuanya menuruni tangga, Sinseon Rock dan Mangbu Rock terletak kat bawah sekali. Yang azabnya bila naik naik. 


Pemandangan di Observation Deck. Subhanallah, sangat cantik.

Selepas aku ke Observation deck aku keluar balik dan berjalan kira-kira 200m ke stop Light House.


Signboard ke Yeongdo Light House




Rumah api Yeongdo ini siap pada tahun 1906. 



 On the way ke Sinseon Rock, masa ni seronok bukan main, turun tangga, turun lagi...





 Di Sinseon Rock, boleh nampak jarum lingkaran merah... hahaha...

 Yeongdo Light House

 Masa aku sampai kat sini dah masuk waktu Zuhur bagi Busan dan kawasan sama waktu dengannya. Aku ambil kesempatan untuk solat zuhur siap-siap. Angin kuat sangat, nasib aku tak terbang. Habis je solat, tiba-tiba ada sekeluarga orang Korea datang.

"Makkah?" sambil tangan bapak tujuk ke arah kiblat

"Yes" Aku jawab 

"Are you muslim from Malaysia?" Tanya ahjussi tu 

"Yes" sambil aku bangun.

Ahjussi tu mintak tolong ambil gambar dia dengan keluarga dia, lepas tu dia tolong aku ambil gambar untuk aku. Masa kat sini jugak jumpa orang Malaysia.




Sinseon Rock membawa maksud "tempat bermain si Pari-Pari" Kalau korang ada masa, datang ke Taejongdae. Orang macam aku, naturalis memang layan tempat ni. Sangat cantik.

Selain daripada Gamcheon Cultural Village, Masjid al-Fatah Busan banyak lagi tempat menarik yang ada di Busan. Contohnya Gwangli Beach, Haeundae Beach, Busan Tower dan banyak lagi. InsyaAllah aku akan cerita lagi tau.





Muhammad Saffuan Bin Jaffar

17 ulasan:

  1. Macam best je Busan, dah dua kali pergi Seoul, tak pernah jejak lagi ke Busan. Travel Solo ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan macam, Busan memang best... Lain kali gi la busan...

      Padam
  2. InsyaAllah sampai sini tahun depan... Berapa hari kat Busan ni SJ... Banyak juga tempat menarik...

    BalasPadam
    Balasan
    1. sekejap je kat busan... lebih kurang 2 hari...

      Padam
  3. assalam..nk tnya,taejongdae park ni cmne nk g ye..ade subway x ke sna?atau hanya menaiki bas?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam, tak ada perkhidmatan subway terus ke taejongdae park, hanya bas atau teksi sahaja....

      Padam
    2. Stesen Subway yang paling dekat dengan Taejongdae Park (Nampo Dong) selepas ke Jagalchi Market, saya amik bas terus ke Taejongdae Park...

      Padam
  4. InsyaAllah akn ke sana 9-16 Nov ni. Plan nk ke Seoul jgak. Blh jd panduan ni... Blh suggest brape hari nk stay kt Busan n Seoul utk 8 hari? Tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. nak suggest? berapa hari di seoul dan berapa hari di busan bergantung pada minat awak... First list dulu tempat2 yang menarik di busan & seoul.... lepas tu decide berapa hari nak bercuti di busan & di seoul...

      Masa saya pergi bercuti di korea dulu, masa saya banyak di seoul... busan ni pun banyak jugak tempat menarik....

      saya cadangkan 3 hari busan, 5 hari seoul... tapi apa2 pun depends pada minat awak... TQ

      Padam
  5. salam.. terbaik! ni nak travel solo ke busan musim winter. agak2 ok ke tak ke taejongdae park ms winter...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam... Winter mungkin sejuk la... Tapi kalau tak pergi rugi... Please check dengan website Taejong dae untuk dapat info sama ada diorang buka atau tak masa winter...

      Padam
  6. apa nama guesthouse masa stay kt Busan?

    Azahari

    BalasPadam
  7. best nye..
    sy tgh cri info about mugunghwa train tu.
    sy x jumpa route nye. klu dr busan nk ke seoul sy nk trn kt station mna..

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum.

    Dekat Taejongdae Park ni solat dekat mana? Ada tempat disediakan ke?

    BalasPadam

Tolong letak nama, ok??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...