Entry yang terdahulu
Ia mendapat status "Warisan Dunia" atau World Heritage daripada UNESCO's World Cultural Heritage pada Februari 1997. Istana ini juga merupakan one of the Five Grand Palaces in Korea. Dibina oleh Maharaja Dinasti Joseon kini berusia hampir 700 tahun. Ia terletak di tengah-tengah kesibukan kota metropolitan Seoul, Istana Changdeok (Chang Deok Gung) wajib dijadikan salah satu destinasi dan tempat
menarik untuk dilawati di Seoul. [Opening]
- Tempat Menarik di Busan | Gamcheon Cultural Village
- Tempat Menarik di Busan | Masjid al-Fatah
- Tempat Menarik di Busan | Jagalchi Market
- Tempat Menarik di Busan | Taejongdae Park
- Tempat Menarik di Seoul | Korea Speed Train
- Tempat Menarik di Seoul | Tiba di Seoul
- Tempat Menarik di Seoul | Istana Changdeokgung
- Tempat Menarik di Seoul | Istana Gyeongbukgung
- Tempat Menarik di Seoul | Gwanghwamun Square
- Tempat Menarik di Seoul | Itaewon Syurga Makanan Halal
- Tempat Menarik di Seoul | Namsan Seoul Tower
Ia mendapat status "Warisan Dunia" atau World Heritage daripada UNESCO's World Cultural Heritage pada Februari 1997. Istana ini juga merupakan one of the Five Grand Palaces in Korea. Dibina oleh Maharaja Dinasti Joseon kini berusia hampir 700 tahun. Ia terletak di tengah-tengah kesibukan kota metropolitan Seoul, Istana Changdeok (Chang Deok Gung) wajib dijadikan salah satu destinasi dan tempat
menarik untuk dilawati di Seoul. [Opening]
Tempat menarik di Seoul Istana Changdeok
창덕궁, 昌德宮
Kalau korang peminat drama korea, ada drama yang bertemakan cerita-cerita zaman dahulu, zaman Joseon. Istana of course la menjadi tempat tinggal maharaja. Lepas tu pulak, di depan istana berbaris para menteri dan panglima kat dataran yang luas. Ni lagi best, bila Maharaja pergi mana-mana, ada je dayang sampai 6 orang ikut sama. Lepas tu pulak, ada babak-babak romantik yang berlatarkan taman yang indah. So, jangan lepaskan peluang kalau korang nak tengok dengan lebih dekat.
Untuk ke sini tak susah, jika anda menggunakan subway ia mengambil masa lebih kurang 10 minit jika anda berjalan kaki dari Exit 6 -Jongro 3ga Station- (Line 1,3,5) atau 5 minit dari Exit 3 -Angguk Station- Di Istana ni korang berpeluang untuk masuk ke Geoumwon (금원, 禁苑) Tiket masuk ke istana hanya W8,000 (Termasuk Tiket ke Geoumwon). Rugi la kalau ke Istana Changdeok kalau tak ke Geoumwon.
Sebaik saja aku melangkah masuk ke Istana Changdeok, area kat sekeliling aku berubah, aku rasa macam dah masuk ke mesin masa Doraemon, kembali ke zaman 300 atau 400 tahun yang lalu (imaginasi jer). Tak pun aku rasa macam hero drama "The Moon That Embrace the Sun", wah~ Aku teruja bila dapat menjejakkan kaki kat istana ni, dulu tengok dalam movie tak pun tengok dalam blog orang je. Sekarang betul-betul ada kat depan mata.
Istana Changdeokgung
Istana ini mengambil masa selama 4,380 hari untuk disiapkan, dan keluasan istana ni kira-kira seluas 7 buah padang bola sepak. Istana ni juga menerima nasib sama seperti Istana Melaka, Changdeokgung pernah dibakar semasa penakhlukan Jepun pada tahun 1592. Changdeokgung jugak pernah menjadi tempat tinggal Maharaja Korea yang terakhir (Sunjong). Jom kita tengok apa yang ada di Changdeokgung Palace
Balairungseri la kut~
Tadi aku ada sebut Geoumwon. Geoumwon bermaksud "Taman Larangan". Pada zaman dulu, walaupun hang berstatus pegawai tinggi kerajaan, anak menteri, artis terkenal ke, kawan baik anak raja ke.. korang tak dibenarkan masuk sama sekali tanpa kebenaran Maharaja. Sebab tu la ia dikenali sebagai "Taman Larangan" Sekarang nak masuk ok je, tak dak sapa nak larang, sebab Maharaja dah tak dak, tapi kena beli tiket la.
Aku ke sini masa musim Luruh, pemandangan kat sini sangat-sangat la cantik. Daun-daun kat sini ada yang merah, ada yang kuning ada yang kaler oren, sangat cantik. Kalau korang tak berpeluang ke Seorak-san (Gunung Seorak) untuk tengok view musim luruh, kat sini pun jadi la. Kalau nak ke Korea dan kalau nak tengok view yang cantik,waktu yang terbaik ialah time autumn.
Salah satu spot menarik di dalam Kawasan Taman Larangan @ Secrete Garden di Istana Changdeokgung
Jom layan gambar-gambar sekitar dalam Secrete Garden
Subhanallah, tengok daun-daun kat sini. Walaupun aku pergi dah lepas dari peak autumn foliage, tapi kira bernasib baik la.
Pasangan ni tengah amik gambar daun, yang aku sibuk ambik gambar diorang.
Jam zaman dahulu kala. Kalau sapa-sapa tengok cerita The Moon Embraces The Sun, ada jam sebijik macam ni kat babak Maharaja tu tengah menghadap gerhana Matahari.
Macam mana nak ke sini?
10 minit jika anda berjalan kaki dari Exit 6 -Jongro 3ga Station- (Line 1,3,5) atau
5 minit dari Exit 3 -Angguk Station- (Line 3)
Harga Tiket
W3,000 (Tak Temasuk Secrete Garden)
W8,000 (Termasuk Tiket Secrete Garden)
Waktu Sesuai untuk Melawat
Kalau nak melawat ke Secrete Garden, Paling elok biar la sampai awal lebih kurang jam 10.00 pagi. Korang ada masa 1 jam 30 minit untuk explore kawasan Istana Changdeokgung.
Jam 11.30 pagi korang boleh pergi ke Secrete Garden, masa ni ada Tour Guide dalam Bahasa Inggeris. Masa korang kat Secrete Garden, korang diwajibkan ikut tour guide, tak boleh nak main redah.
Muhammad Saffuan Bin Jaffar
bestnya saffuan.hiiiiiihihi
BalasPadamKorea memang lawa dan cantik.. itu aku tahu.. tapi picture yg ko amik ni lagi smart perghh terbaikk semua gambar sini :D
BalasPadamwah~ kami ni photographer cap ayam je... tapi ye terima kasih bro!
PadamTime ni suhu berapa?
BalasPadammasa ni suhu sekitar -3
PadamPernah pergi Seoul ikut tour agen... tapi bila baca blog nie macam nak gi sendiri pulak.. terima kasih atas perkongsian yang detail...
BalasPadamKalau ada rezeki, cuba pergi sendiri.... rasa lagi puas, dapat tengok life diorang lagi dekat... sesat semua tu yg buatkan satu2 trip tu best... hehehe...
Padam