Jumaat, 20 Disember 2013

Bercuti di Korea | Speed Train

Tempat Menarik di Korea Selatan Tempat Menarik di Busan
Entry aku diteruskan lagi, selagi ada daya untuk menulis aku akan terus menulis, cewah... "Aku menulis bukan kerna nama~"

Trip aku ke Korea Selatan bermula dari Penang Darul Nasi Kandar aku ke Kuala Lumpur, naik flight? Tak, aku pilih untuk naik keretapi. Trip bercuti di Korea Selatan pun aku guna keretapi. Di sana ada 3 Jenis keretapi, Mugunghwa, Saemaul dan KTX. Paling laju KTX.

Masa aku riki maklumat pasal transport dari Busan ke Seoul, aku ada jumpa "Korea Speed Train". Aku tak sangka pulak kat Korea ni ada speed train macam kat Jepun. So aku bercadang untuk naik keretapi dari Busan ke Seoul.

Banyak blog dan web aku search untuk dapatkan maklumat Korea Speed Train. Keretapi laju kat Korea dikenali sebagai KTX. Sebelum wujudnya KTX , Saemaul la paling laju, 5 jam dari Busan ke Seoul (Lebih kurang jarak Penang ke Johor Bharu). Tapi dengan KTX perjalanan dari Busan ke Seoul ambik masa 2 jam 3 minit sahaja!


So, macam mana nak dapatkan tiket?

Ada dua cara, yang pertama korang boleh beli dari website KORAIL yang kedua beli terus di kaunter. Aku beli di kaunter, sebab aku lebih yakin sikit. Tapi kena beli awal-awal takut tiket habis. Untuk ke Seoul dari Busan aku pilih untuk naik KTX waktu siang.

Sebabnya aku nak rasa nak tengok macam mana keadaan KTX bergerak, kalau naik malam mana nak nampak apa, nampak lampu je. Untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan, kelajuan maksimum KTX mencapai 300++km/j, wow!

Tiket KTX atau mana-mana keretapi iaitu Mugunghwa atau Saemaul boleh dibeli di Busan Station. Kalau naik metro turun di Busan Station, keluar dari Exit 8 anda boleh nampak Busan Station tersergam indah. Kaunter tiket di tingkat atas.

Kalau di Jepun speed train dikenali sebagai Shinkansen di Korea pulak nama manja speed train diorang KTX-Sanheon atau nama penuh Korean Train Express. KTX dibina oleh Hyundai Rotem iaitu salah sebuah syarikat yang  terkenal. 


 Busan Station dari Exit 8 

Busan Station 

Kaunter Tiket Keretapi. Di sini korang boleh dapatkan tiket untuk semua jenis keretapi sama ada Mugunghwa, Saemaul dan KTX

Urusan nak beli tiket mudah tak ada masalah, akak Korea tu boleh paham Bahasa Inggeris, tapi BI dia pun dah bunyik macam Korea. Dari Busan ke Seoul aku decide untuk naik KTX dan aku decide untuk amik First Class. Harga tiket KTX dari Busan ke Seoul untuk first Class ialah ₩ 74,600 korang kira la sendiri berapa ringgit.

Tiket KTX, jenis seat untuk kelas ekonomi 2-2 dan untuk first class 2-1

Sebelum berlepas pastikan korang sampai awal, tunggu di tempat menunggu. 15 minit sebelum keretapi bertolak baru korang turun ke track Setiap perjalanan akan ada pengumuman dan boleh refer kat screen besau, jangan risau semua maklumat ada dan dekat pintu masuk ada ahjussi yang akan guide.

 Maklumat perjalanan keretapi 

 Jam 14:09 train aku jam 14:30, tengok baris ke 3 KTX 146, Track 11









 Di tiket akan ada tempat mana korang nak naik, macam aku car no 5. Dekat tangga nak turun kat track KTX siap ada orang bukan main segak sambil tunduk kat penumpang, wah~

Seat kelas Ekonomi

Ini dia, First Class punya seat! Kalau orang depan baringkan kerusi tak dak efek, maksud aku tak ganggu tempat duduk korang



 Habis dengan-dengan ceruk tingkap pun aku amik gambar

 Tarik nak test tengok berfungsi ke tak, haha... 

 Maksud dia "Kalau hampa rasa panaih, silau sila tarik ke bawah"

 Sangat selesa, untuk First Class ada wifi tau.


 Menerjah ruang bilik air, lebih kurang macam toilet kapal terbang 

 Untuk ulat buku yang rajin nak membaca

 Keretapi masa tengah speeding, kelajuan maksimum 302km/j. Telinga akan bengang masa KTX bergerak pada kelajuan 300++km/j


 Sambil tu korang boleh tengok pemandangan yang indah. Sepanjang laluan ni ada kawasan pertanian, hutan dan bandar. Masa ni aku pergi musim luruh, tak tau nak cakap bila lalu kawasan hutan, korang boleh tengok semua pokok warna oren, subhanallah! Sangat cantik. 

 Sampai di Seoul Station

 Rupa KTX



Sebaik je sampai di Seoul Station aku terus beli tiket ke Busan. Kali ni naik Mugunghwa, aku amik train yang last sekali. Mulanya aku ingat Mugunghwa ni train buruk, sebab dalam internet aku tengok rupanya sungguh menyedihkan. Tapi bila aku naik train Mugunghwa ni canggih, ada kafe tu biasala, tapi ni siap dengan mesin game dengan bilik karaoke.

 Dari Seoul ke Busan, kualiti gambar teruk, aku menggeletar sebab suhu masa ni dah negatif

 Bilik karaoke dalam Mugunghwa

 Bergambar kat depan pintu masuk Mugunghwa

Keretapi Mugunghwa, Harga untuk tiket keretapi Mugunghwa ialah ₩ 27,300 mengambil masa kira 6 jam 30 minit dari Seoul ke Busan. Walaupun Mugunghwa keretapi paling slow paling koman, jangan kau pandang rendah. Seat jauh lebih selesa dari KTM (Keretapi Tanah Melayu).

Aku berharap sangat la ada speed train kat Malaysia, mungkin orang tak balik kampung naik kereta. Boleh naik speed train dari Perlis ke Johor 3 jam, tol pun tak kena bayar, kemalangan pun mungkin kurang. InsyaAllah aku akan sambung lagi dengan cerita di Seoul pulak.


 Muhammad Saffuan Bin Jaffar

15 ulasan:

  1. Sangat best kalau ada speed train macam ni kat Msia. 2020 maybe? Hihi.

    BalasPadam
  2. Pergh terbaik naik bullet train.. lagi2 first class seat.. *pengsan tgk harga
    karaoke box dlm train? ini memang rare!

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe... gila punya taste... high class, first class... karaoke box, ala tak sempat nak jengah2, ngantuk dan letih sangat... berapa ekk?

      Padam
    2. entah.. ini first time aku tahu.. dlm train ada arcade..

      Padam
    3. ingat dah pernah karok dalam train hahaha...

      Padam
  3. Train Mugunghwa last skali pukul brape? perlu book x? Atau just beli on the spot je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. jadual train hang boleh cek kat sini [http://www.korail.com/en/rv/pr21100/w_pr21110.jsp]
      paling last aku rasa pukul 10.00 malam ke atas
      beli on spot ok kot...

      Padam
  4. Metro tu panggilan utk apa ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. metro tu macam LRT/Monorel/komuter di KL....

      Padam
  5. Salam
    Saya berminat nak pi Korea.
    Total travel termasuk penginapan dkt sana berapa ya ?
    Boleh share

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam, boleh rujuk entry saya di sini http://saffuanjaffar.blogspot.com/2013/12/bajet-bercuti-di-korea.html
      terima kasih

      Padam
  6. Hi...nak tny,harga tiket ktx eco class brp ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai... untuk harga tiket keretapi boleh cek di sini... TQ http://www.korail.com/en/

      Padam
  7. Salam. Ada tips tak nak pilih seat dalam train Mugunghwa? Thanks! :D

    BalasPadam

Tolong letak nama, ok??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...