Khamis, 26 Disember 2013

Bercuti di Seoul Korea | Tiba di Seoul

Alhamdulillah, banyak kenangan manis aku di Busan, walaupun masa mula-mula aku beli tiket flight ke Busan aku rasa Busan ni tak ada apa-apa, sebabnye tak dapat info banyak pasal Tempat-tempat menarik di  Busan. Bila sampai di sana banyak tempat yang korang boleh pergi, Gamcheon Cultural Village, Masjid al-Fatah, Haeundae Beach, Taejongdae Natural Park, Yongdunsan Park, Jagalchi Market dan banyak lagi Tempat menarik di Busan.

Selepas 2 jam 30 minit dari Busan ke Seoul dengan naik KTX aku, selamat sampai di Kota Metropolitan Seoul. Waktu aku sampai di Seoul suhu dah mencecah negatif, sejukkkk... Sebaik saja sampai kat Seoul Station, aku terus beli tiket Mugunghwa ke Busan, sebabnya aku akan bertolak ke Kuala Lumpur dari Busan. Urusan nak beli tiket tak susah, cuma kena guna Bahasa Inggeris yang simple.

Benda yang pertama aku wat ialah pergi cari T-Money, biasanya kedai-kedai kat Subway ada jual. Harga untuk sekeping Kad T-Money ialah W2,500, lepas tu korang kena Top-Up atau tambah nilai dekat mesin, aku cuma Top-Up W10,000 sebabnya aku akan banyak berjalan kaki.

Aku menginap di Seoul Hostel Centre. Penginapan aku dah booking awal-awal. Nak dijadikan cerita, hostel yang aku cari tu tak jumpa. Aku berpandukan direction yang diorang bagi kat web. Dalam kedinginan malam, dengan kaki yang sakit aku berjalan punya jalan, tup-tup sampai di Gwanghwamun Square. Tapi aku dah prepare awal-awal, aku study sikit-sikit kawasan Hostel yang aku duk, so aku jumpa la jalan ke Hostel.

Sampai je di Hostel, aku cakap kat orang yang jaga kaunter, "Tolong la update direction yang korang letak kat web, sebab diorang cakap ada starbuck bertentangan dengan pintu masuk hostel, padahal depan hostel tu starbuck pun tak de, yang ada bangunan dah roboh, sekarang ni dah jadi tapak pembinaan je. Aduhh

 Kawasan dapur Seoul Hostel, kawasan ni agak kecik

 Pintu masuk ke Bilik

 Aktiviti mengira duit,ruang bilik pun sangat kecil, kalau nak solat tu, boleh muat sorang saja. 

Bekalan makanan


Aku pilih Seoul Hostel ni sebab ada orang rekemen, dengan harga yang berpatutan dan yang paling penting hostel ni dekat dengan lokasi menarik di Seoul. Seoul Hostel ni terletak berhampiran dengan Gwanghwamun Square, Gyeongbuk Palace, Bukchon Hanok Village, Changdeok Palace, Sungnye Gate, Namdaemun Market, Insadong dan Cheonggye Stream. Boleh je jalan kaki macam aku buat, tapi last-last aku jalan dah macam ketam naik tangga.

Tempat menarik di Seoul Korea yang berdekatan dengan Seoul Hostel Centre


Selepas je check in aku solat, dengan keadaan bilik yang panas (elok la cuaca kat luar sejuk) aku pun tidur. Lepas tidur (sempat lelap3 jam) aku nekad tak nak bazir masa yang ada. Aku pun melangkah keluar, jalan-jalan di sekitar Seoul Hostel, sekitar pun bukan dekat tau~, jauh jugak aku jalan, sampai ke Namdaemun Market! Kat Seoul ni banyak polis buat rondaan waktu malam, aku tak dak la rasa takut sangat nak jalan-jalan.



 Sungnye Gate

 Berdekatan dengan Sungnye Gate ni Namdaemun Market

Gate 1, Namdaemun SiJang (Namdaemun Market) 

Sampai je di Namdaemun aku berpatah balik ke Hostel sebab dah lewat malam, masa jalan balik, aku lalu ikut bawah subway, agak terkejut dengan apa yang aku tengok. Banyak kotak di tepi-tepi dinding subway. Rupanya ni homeless yang jadikan stesen subway sebagai tempat tidur. Kesian aku tengok...




Dengan kotak ni mungkin dapat kurangkan kesejukan. Rupanya di tengah-tengah kemegahan kota Seoul masih ada lagi yang terpinggir, hidup susah.  Aku sedikit insaf dengan apa yang aku tengok, aku tak pernah bersyukur dengan apa yang aku ada, tapi aku tak pernah rasa kesusahan yang orang lain rasa. Alhamdulliah rupa-rupanya aku ni masih bernasib baik, maka nikmat tuhan yang mana satu yang kamu dustakan? ~Bersambung di lain kali Tempat-tempat Menarik di Seoul~


 Muhammad Saffuan Bin Jaffar

9 ulasan:

  1. Bekalan makanan maggi adalah yang terbaik.. tak di nafikan .. menikmati maggi paling sedap ialah ketika travel :D
    Hurmm.. ada jugak homeless kat Bandar Seoul ni.. kesian.. tapi bagus pihak berkuasa tak halau mereka.. sebab tahu mereka sekadar menumpang tido..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha, bekalan makanan yang dapat kurangkan berat beg.... Kenyang, sedap... semua ada... Sampai orang kat hostel tanya, sebab tengok saya duk gocang tuppaware, buat meggi goreng....

      Ada homeless, ada pengemis, memang kesian tengok, dalam keadaan sejuk terpaksa diorang duk kat situ...

      Padam
  2. saudara,blh x bg detail map lokasi seoul hostel centre tu?ssb plan nak ddk kat situ.selain seoul hostel centre ni, saudara blh rekomen tak mana2 hostel yg ok..

    BalasPadam
    Balasan
    1. detail map saya tak ada... tapi cuba bukak website seoul hostel centre, kat sana ada direction yang diorang bagi....nak rekemen, tak tahu la, ni je yang pernah saya duk... :) apa2 pun ikut bajet saudara/saudari la.... yang mahal tak semestinya bagus, yang murah tak semestinya tak bagus....

      ~Tempat Menarik di Korea~

      Padam
    2. jauh tak hostel ni dari subway?

      Padam
    3. dekat 5-10, minit berjalan...

      Padam
  3. Assalamualaikum,
    Nak tanya, tiket bas @ KTX ke Busan dari Seoul boleh beli secara online tak? Atau kena beli on the spot..?
    Terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam tiket bas saya tak pasti, mungkin boleh beli di kaunter... tiket KTX dari busan ke seoul boleh beli secara online & boleh jugak beli on the spot...

      Padam
  4. Assalamualaikum, Nak tanya penginapan bro ni kena book awal ke and berapa hari stay?

    BalasPadam

Tolong letak nama, ok??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...