Khamis, 24 Oktober 2013

Tempat yang Wajib Dilawati di Medan | Air Terjun Si Piso Piso

Kisah travel 5 hari 4 malam di Medan

Kota Medan merupakan sebuah kota terbesar di Kepulauan Sumatera dan bandar ketiga terbesar di Indonesia dengan jumlah penduduk kira-kira 2 Juta semestinya ia menjanjikan banyak peluang pekerjaan di sini. Walaupun di Medan kini telah mengalami banyak perubahan infrastruktur moden namun, provinsi ini masih lagi menyimpan khazanah alam yang sangat berharga.

Terletak jauh daripada kesibukan kota raya Medan, dengan menaiki kereta sewa ia mengambil masa 3 jam dari Parapat untuk sampai ke tempat yang dimaksudkan iaitu Air Terjun Si Piso-Piso. Khazanah alam ini terletak di Kabupaten Karo berhampiran dengan Desa Tongging. Dalam perjalanan ke sini anda melalui kawasan kampung serta kawasan tanah tinggi.

Keadaan jalan raya untuk sampai ke destinasi agak teruk. Jalan raya yang sempit dan berlubang-lubang, waktu tu ada kerja-kerja membaiki jalan yang menambahkan lagi kesesakkan. Keadaan ini menyebabkan aku pening kepala serta rasa mual nak muntah, tetapi aku yakin pemandangan indah Air Terjun Si Piso Piso akan jadi pengubatnya, cewah...

Pak Supir 

 Jalan nak ke Air Terjun Si Piso Piso, sunyi tiada lansung kenderaan

Hotel Ikan, dah tutup

Dari pekan kecil kemudiannya melalui kawasan hutan, Si Pemandu yang berasal dari Solo ni asyik cerita mengenai "Manusia Purba" sambil sekali sekala dia menjenguk keluar tingkap, mungkin ada tuah, dapat la aku tengok rupa "Manusia Purba". Katanya "Manusia purba" tu macam manusia, macam kita tetapi banyak bulu, suka bergayut di atas pokok yang tinggi.

Kawasan ni Si Pemandu (Pak Supir) Bilan ada Mansusia Purba

Selepas melalui kawasan hutan, keadaan sekeliling berubah dengan suhu yang semakin dingin sampai membalut tubuh aku. Si Pemandu pun dah tutup aircond dan biarkan tingkap sedikit terbuka. Keadaan di situ sedikit berkabus dan aku lihat ada banyak tanaman. Aku kini melewati kawasan pertanian. Antara tanaman yang ada ialah pokok kopi, sayur-sayuran seperti sawi, tomato dan kubis.



Ini la rupa pokok Kopi

 Sejuk sangat tempat ni, suasana berkabus, tenang aman dan damai - Tanaman Pokok Kobis dan Sawi

Dengan keadaan persekitaran yang hijau, sejuk terasa macam berada di Eropah la...

 Lalu di kawasan Kabupaten Simalugun

Lalu di kawasan sekolah

Selepas 3 jam perjalanan aku dikejutkan oleh Si Pemandu atau Pak Supir. Rupa-rupanya aku dah sampai di Lokasi. Tapi aku tak nampak pun di mana air Terjun Si Piso Piso. Sebaik saja mobil berhenti, aku terus berlari ke kamar kecil, mana nak tahan cuaca sejuk. Sebaik saja aku keluar dari kamar kecil (tandas), Subhanallah!

Dari tempat letak kereta, korang boleh nampak Danao Toba dan Pulau Samosir

Dari tempat aku bertapak aku boleh nampak Pulau Samosir yang merupakan salah satu keajaiban di bumi Indonesia, dan dari situ aku boleh nampak Air Terjun Si Piso-Piso. Air Terjun ini terbentuk daripada sungai bawah tanah dan Air Terjun Si Piso Piso merupakan air terjun yang tertinggi di Indonesia dengan ketinggian kira-kira 360 kaki dari paras Danao Toba.

 Korang boleh je nak turun sampai ke dasar air Terjun, tapi masa tu aku hanya sampai dekat kedai pondok (gambar atas) sebab lepas tu laluan dah nampak macam ditutupi belukar, aku risau kot nak masuk.


Subhanallah, dingin dengan kedengaran deruan Air Terjun Si Piso Piso aku asyik mengagumi keindahan ciptaan Allah 

Pemandangan dari Kedai Pondok, kena turun anak tangga dari Tempat Parkir kereta

Kalau ada kesempatan berkunjung ke Medan jangan lepaskan peluang untuk menikmati keindahan alam air terjun tertinggi di Indonesia, Air terjun Si Piso Piso. Kalau korang pernah ke sini atau korang pernah tengok manusia purba yang pak supir tu cakap, boleh kongsi di ruangan komen, sebab aku teringin sangat nak tengok Manusia Purba...

 Muhammad Saffuan Bin Jaffar

5 ulasan:

  1. Subhanallah cantik air terjun piso2 ni yer. Ada nampak ke manusia purba tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang cantik tempat nih.... tapi pak supir asyik ajak balik je, tak sempat orang nak puas bergambar....

      tak nampak... tapi bila tanya tu beruk/orang utan, katanya bukan....

      Padam
  2. memang best ler....teringin nak pi...nak tanyer ok ker pak supir tu...kalu ok nnt nak ke medan buleh contact dia....

    BalasPadam
  3. mmg best giler....nak tanyer pak supir tu ok ker.....kalu ok nnt nak ke medan buleh booking dia ajer.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. yes tempat memang sangat cantik, saya tak pernah tengok air terjun yang macam tu.... pak supir tu ok je, sebaya saya... haha...

      Padam

Tolong letak nama, ok??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...