Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Pengalaman bercuti sememangnya menyeronokkan, tak kisah la sama ada korang bercuti dalam ataupun luar negara. Pengalaman bercuti pasti korang tak kan lupa sampai bila-bila, kadang-kadang tu masa waktu lapang, bukak balik album, tengok balik gambar, mesti suka kan... Tapi kadang-kadang tu, bila tengok balik ada gambar yang ntah ape-ape... aisyeh menn...
Gambar ape yang aku amik nih! Bukan senang korang nak patah balik, nak ambik balik gambar. So aku nak share sikit tips dengan korang
20 Jenis Gambar yang Wajib Ditangkap Semasa Travel. Dalam entry kali ni aku bagi idea sikit macam mana gambar yang korang patut ambil untuk kenang-kenangan masa trip korang nanti. Jom kita terjah
1. PASSPORT DAN TIKET KAPAL TERBANG
Jangan lupa setiap kali pergi travel snap la gambar cop visa ataupun tiket kapal terbang. Gambar ni dapat mengimbas balik tarikh sebenar korang travel.
2. GAMBAR SEMASA BERLEPAS/MENDARAT
Waktu mendarat merupakan saat yang gila exited, aku akan jenguk kat tingkap tengok, apa yang aku nampak akan bagi gambaran awal tentang trip aku. TIPS ini boleh pakai jika korang dapat seat tepi tingkap dan berlepas/mendarat waktu siang.
TRIP TURKI 2010 - Kapal terbang menghampiri Lapangan Terbang Sabiha Gocken, Istanbul
Kapal Terbang menghampiri Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching
Pemandangan dari atas kapal terbang ketika melintasi salah satu bandar di Eropah
Pemandangan Gurun ketika Kapal Terbang melintasi Afghanistan
3. WELCOME SIGNBOARD
Kadang-kadang waktu jalan-jalan kita akan nampak Welcome Signboard, so cepat-cepat pergi ambik gambar, sebab dalam dunia ni ada satu je signboard yang macam tu. Kalau tak jumpe Welcome Signboard, ambil je la signboard ape pun. Wajib ada untuk upload kat instagram, Facebook atau dalam blog.
Signboard di Seoul Station, Korea
4. SIGNBOARD PELIK/MENARIK
Kalau berjalan tu tumpukan mata korang kat signboard yang pelik atau menarik, kalau jumpa terus snap.
Turn Again Lane, Oxford, UK
SMILE, London, UK
Tak kutip taik anjing kena denda di Nottingham, UK
"Kami Otai" itu je yang menarik. Gambar diambil di Subway, Nagoya
Signboard Elton on The Hill, UK.
5. KENDERAAN
Kenderaan ni maksud aku, bukan la kenderaan yang biasa kita tengok. Kalau Penang atau Melaka kenderaan yang menjadi ikon bagi kedua-dua negeri tu semestinya Beca! Kalau di Indonesia ada Bajaj atau Betor. Kalau berkesempatan, korang pulun ambik gambar seolah-olah korang yang bawak kederaan tu.
Beca di Singapura
Beca di Pulau Pinang
Jin-riki-sha Beca di Kyoto
Beca di Kyoto
Betor di Medan
Tuk-tuk di Songkhla, Thailand
6. BANGUNAN YANG CANTIK/PELIK
Contoh bangunan yang korang boleh ambik macam gambar
Jubilee Campuss, University of Nottingham, UK
Reka bentuk bangunan unik di Seoul
7. FESTIVAL TEMPATAN
Berdasarkan laman web rujukan aku, gambar festival tempatan merupakan gambar yang sangat sempurna/perfect!
Attending a festival or parade usually means plenty of color, tradition and locals in other words, the perfect photo recipe. Sumber : Popsugar
Pesta Cingay di Pulau Pinang
8. PASAR
Pasar merupakan tempat tumpuan penduduk tempatan untuk proses jual dan beli. Di pasar korang dapat tengok macam-macam jenis benda yang ada
local value (ni istilah aku) ada budaya tempatan. Pasar di Malaysia tak semestinya sama dengan pasar di Myanmar, Filipina ataupun di Arab Saudi. Pasar merupakan lokasi wajib aku semasa aku travel!
Pasar di Osaka
Grand Bazaar, Istanbul
Gerai kecil di tepi jalan, Kota Istanbul
9. LANDMARK YANG FEMES
Landmark yang femes juga menjadi batu penanda yang korang dah sampai kat tempat tu. Pastikan cari dalam internet landmark yang femes kat tempat yang korang nak pergi.
10. RUTIN PENDUDUK TEMPATAN
Rutin penduduk tempatan ni kiranya macam gambar kehidupan seharian diorang, kalau korang pergi pasar pun korang boleh amik gambar contohnya gambar diorang tengah buat kerja macam masak ker, angkut barang ke.
Peniaga hasil laut di Busan, Korea
Seorang lelaki Batak sedang membakar babi untuk dimasak, Pulau Toba, Medan
Tukang Cuci Kasut di Selcuk, Turki
Pramugara dalam Bas di Turki
Orang Jepun sedang bersembahyang di Nishiki Temple
Penjual Kimbap di Seoul
11. LANDSKAP
Landskap bagi pendapat aku la gambaran penuh kat satu tempat tu, contohnya kalau korang pergi kat stesen keretapi korang boleh ambil gambar suasana dalam stesen keretapi tu macam mana. Gambar macam ni juga mampu mengimbas kembali pengalaman korang bersesak-sesak kat stesen keretapi dan korang boleh masukkan dalam blog. "Fuh, suasana sesak gila kat stesen keretapi Kyoto" Ayat ni sangat hidup kalau korang sertakan dengan gambar. Selain tu korang boleh la ambil gambar pemandangan ker, bukit bukau ker, pemandangan tengah bandar ke... Sekarang ni handset masing-masing dah canggih, guna apps lagi senang.
Kyoto Station, Japan
Pemandangan di Stesen Bas Cappadocia, Turki
12. MAKANAN TRADISIONAL
Makanan tradisional di satu-satu tempat biasanya sangat unik dari segi cara ia dibuat sehinggalah makanan tu dihidangkan. Kalau korang sendiri pergi makan makanan tradisional kat mana-mana tempat jangan lupa snap satu. Kalau korang tengok balik mesti teringin nak makan lagi...
Ayam Pansuh di Kuching Sarawak
Otak-otak, Kelantan
Tomato dan Telur Pecah dimakan bersama roti, Makanan tempatan Turki
Kofte Daging kambing, santapan saya semasa menetap di sebuah madrasah di Konya
Baklava manisan yang terkenal di Turki
Unagi yang dijual di Nishiki Market, Kyoto
Kuih Kacang yang dijual di Beijing, tekstur kuih ni agak gebu, lembut dan sejuk. Rasanya pelik sikit.
13. STREET FOOD/LOCAL FOOD
Jika korang ada makan makanan yang sedap-sedap jangan lupa snap, sebab korang mungkin akan ingat kesedapan makanan tu bersama-sama gambar yang diambil. Boleh masuk dalam blog dan suggest kat pembaca korang.
Putu Perak, Cameron Highland
Kuih Manja, Cameron Highland
Samosa di Tamil Street, Pulau Pinang
Ais Tingkap di Tamil Street, Pulau Pinang.
Cendol Pulut di Tamil Street, Pulau Pinang
Pisang Goreng dan Sambal di Johor
Air Botol, Pantai Sabak
14. GAMBAR BERSAMA PENDUDUK TEMPATAN
Setiap kali trip aku akan ambil gambar bersama penduduk tempatan, biasanya aku akan berbual-bual dialog itik ayam kemudian aku akan request untuk ambik gambar. Gambar yang aku nak ambik sangat-sangat kalau diorang berpakaian tradisional, memang aku akan kejar sampai dapat!
TRIP TURKI 2010 - Kanak-kanak Turki mengenakan pakaian tradisional untuk majlis berkhatan
Bersama seorang peniaga ikan di Jagalchi Market, Busan
15. LORONG/JALAN
Jangan korang ingat gambar lorong tu tak de apa-apa nilai. Bagi aku gambar lorong ada identiti tersendiri, kadang-kadang tu ada signboard, tanda jalan dan lain-lain
view. Gambar-gambar macam ni akan berikan satu
deria semasa korang berkongsi cerita dengan kawan-kawan.
Lorong di Osaka
Jalan Pejalan Kaki di Singapura
16. AKTIVITI atau MOMENT KORANG YANG BEST
Jangan lupa snap gambar aktiviti atau moment korang yang best. Boleh tersenyum atau tergelak sorang-sorang kalau tengok balik.
Naik bot di River Cam, Cambridge, UK
Di Bilik persalinan semasa mengenakan pakaian tradisional Jepun, Kimono di Gion, Kyoto
17. BANGUNAN PENCAKAR LANGIT
Jika korang berpeluang dapat view bangunan pencakar langit yang best jangan lepaskan peluang.
18. GAMBAR MUSIM
Setiap negara ada musim-musim yang best, musim sejuk, musim luruh, musim panas, musim bunga, musim hujan dan musim durian,. Aku paling suka masa musim luruh, daun-daun merah, kuning memang cantik sangat.
Salji tebal semasa di Penrith, ingat signboard tu penting
Musim luruh di Secret Garden, Changdeoukgung, Seoul.
Musim bunga, cuba teka kat mana?
19. DI MANA KAKI AKU BERPIJAK
Untuk jadikan gambar korang ni bermakna dan something memorable, ambil gambar yang ada local punya identiti, contohnya ambil gambar kaki di padang pasir atau di tepi pantai.
Ni kat Notthingham Castle
20. GAMBAR SEMASA MATAHARI TERBIT/TERBENAM
Pemandangan semasa matahari terbit dan terbenam memang sangat cantik. Cari bangunan landmark dan ambil gambar waktu matahari cantik, pastikan korang tahu teknik silhouette.
Pemandangan matahari terbenam di Kuching Sarawak
Sumber gambar :
PPCDN Ni impian aku untuk Trip Indochina 2015 nanti
Ingat ye, setiap kali kita klik nak ambil gambar biar gambar tu ada nilai sentimental. Selain daripada membantu korang mengimbas semula memori terindah semasa bercuti ala-ala honeymoon, gambar yang korang ambil mungkin membantu untuk korang share informasi di blog... Selamat mencuba dan semoga bejaya...
Muhammad Saffuan Bin Jaffar