Isnin, 30 Disember 2013

Bajet Bercuti di Korea

Entry yang terdahulu
Assalamualaikum dan Hai Semua

Alhamdulillah tahun 2013 pun dah belalu, banyak sungguh kenangan pahit, masin, tawar, manis semuanya ada. Memandangkan ada kawan-kawan yang tanya berapa banyak aku belanja masa di Korea Selatan, aku dengan berbesau hati nak berkongsi. So Sekurang-kurangnya korang dah boleh plan siap-siap untuk ke Korea Selatan. Sebelum aku story mory mengenai bajet ke Korea Selatan, aku cerita sikit la perjalanan aku time bercuti di Korea.

RINGKASAN PERJALANAN

Dari Penang aku ke KL naik Keretapi (KTMB) turun di KL Sentral. Dari KL Sentral aku menuju ke LCCT aku guna SKYBUS jer. Flight AirAsia berlepas dari LCCT  ke Gimhae International Airport awal in the Morning, jam 1.10 pagi. Aku sampai di Busan jam 8.30 pagi.

Aku spend masa lebih kurang 2 hari 1 malam di Busan, kemudiannya dari Busan ke Seoul aku naik Bullet Train atau Speed Train. Lepas 3 hari kat makan angin kat Seoul aku balik semula ke Busan, pengangkutan yang aku gunakan keretapi biasa. Dari Busan aku naik Flight turun di LCCT, lepas tu naik flight pulak ke Pulau Pinang. 

TEMPAT MENARIK DI KOREA

Nak kata banyak tu tak banyak la sangat, dalam masa yang singkat aku di Korea mungkin tak sempat untuk aku cover. Pada awalnya macam-macam aku list, tapi disebabkan kekangan masa, aku pick the best place among the best yang aku rasa aku patut pergi. 

Hari Pertama :
  1. Gamcheon Cultural Village
  2. Masjid al-Fatah, Busan
  3. Haeundae Beach
Hari Kedua :
  1. Jagalchi Market
  2. Yongdunsan Park (Busan Tower)
  3. Taejongdae Park 
Kemudian aku bertolak ke Seoul (Naik Speed Train)
  1. Sungnyemun Gate
  2. Gwanghwamun Square
Hari Ketiga :
  1. Bukchon Hanok Village
  2. Changdeokgung Palace dan  Secrete Garden
  3. Gyeongbukgung Palace 
  4. Itaewon (Masjid Seoul dan Makanan Halal)
Hari Keempat :
  1. Cheonggyecheon Stream
  2. Namdaemun Market
  3. Namsan Seoul Tower
  4. Insadong
Kemudian aku bertolak ke Busan (Naik Train biasa je)


Hari Kelima :

Dari Busan Station ke Gimhae International Airport, bertolak ke LCCT jam 10.40 pagi.




Won,won,won...

BAJET BERCUTI DI KOREA SELATAN (BUSAN dan SEOUL)

Ok, sekarang ni aku nak cerita pulak bajet keseluruhan yang aku dah belanja semasa kat Korea, cover sampai dua bandar Seoul dan Busan. Untuk bagi nampak tak serabut dan senang korang nak baca, aku buat part by part. Mula sekali pengangkutan, pengangkutan yang aku dah belanja untuk sampai di Busan, yang part yang kedua penginapan di Korea, part ke-3 perbelanjaan mengikut hari. 


Jom kira tengok berapa bajet ke Korea Selatan!


Part 1 PENGANKUTAN KE BUSAN


1. KTMB (BUTTERWORTH - KL SENTRAL) = RM 36.00

2. KL SENTRAL - LCCT (Skybus) = RM8.50
3. LCCT - Gimhae International Airport (Airasia) =     RM  7437.00   RM437.00
4. LCCT - Penang International Airport (Airasia) = RM38.00

Part 2 PENGINAPAN 

Busan 1 malam (Kyungsung Hostel) ₩ 25,000

Seoul 2 malam (Seoul Hostel Center)  27,000

Part 3 PERBELANJAAN HARIAN


BUSAN 부산 


18 November 2013

  • Busan Gimhae LRT ke Sasang =  ₩2,600
  • Busan One Day Pass =  ₩4,000
  • Bas dari Toseong ke Gamcheon Cultural Village =  ₩1,800
  • Peta Gamcheon Cultural Village =  ₩2,000
  • Masjid al-Fatah = Free
  • Makan Malam di Cappadocia Restaurant = ₩19,000
  • Susu Pisang = ₩1,300
  • JUMLAH = ₩ 26,200
BUSAN 부산 - SEOUL 서울

19 November 2013
  • Busan One Day Pass =  ₩4,000
  • Dari Nampo-Dong ke Taejongdae Park (Naik Bas) = ₩2,400
  • Naik Danubi Train di Taejongdae Park = ₩1,500
  • Naik Bullet Train dari Busan ke Seoul (KTX First Class) = ₩74,600
  • Beli Tiket Balik Busan (Mugunghwa) = ₩27,300
  • Subway dari Seoul Station ke Jonggak Station = ₩1,650
  • Beli Nasik Segera (2 pek) = ₩2,000
  • Gwanghwamun Square = Free
  • Cheonggyecheon Stream = Free
  • JUMLAH = ₩ 113,450 
SEOUL 서울

20 November 2013
  • TMoney = ₩12,500
  • Bukchon Hanok Village = Free
  • Changdeokgung Palace = ₩8,000
  • Gyeongbukgung Palace ₩3,000
  • Makan Malam di Itaewon Buffet = ₩19,000
  • JUMLAH = ₩ 42,500
21 November 2013
  • Susu Pisang = ₩1,300
  • Strawberry beli di Namdaemun = ₩7,000
  • Namsan Seoul Tower = ₩9,000
  • Postcard & Setem = ₩2,400
  • T-Shirt = ₩ 5,000
  • Makanan Korea di Muree Halal Restaurant (Bulgogi) = ₩18,000
  • Shopping Souvenir di Insadong = ₩28,000 
  • JUMLAH = ₩ 70,700
SEOUL 서울 - BUSAN 부산


22 November 2013 (Hari terakhir di Korea Selatan)
  • Susu Pisang = ₩1,300
  • Nasi Segera = ₩1,600
  • JUMLAH = ₩ 2,900

JUMLAH KESELURUHAN = ₩ 304,850 @ RM 926.74 
(Tukaran Won pada kadar ₩1,000 = RM3.04)

Makanan yang aku bawak 


Antara Souvenir yang aku beli. Lain-lain macam biasa la, fridge magnet tu wajib beli.  Satu lagi, aku minat kumpul flag patch. Alhamdulillah, jumpa flag patch di Insadong...

Aku tak Shopping sangat kat sana, benda-benda yang banyak habis belanja of course la makanan. Di Busan aku selalu guna metro, kalau di Seoul banyak berjalan kaki, sampai dah jadi ketam aku dibuatnya. So, ni la belanja @ bajet bercuti di Korea Selatan, Jumlah keseluruhan tu cover di Korea saja tau. So, harap dapat la membantu korang nak ke Korea secara bajet. Sebarang pertanyaan boleh komen kat bawah, insyaAllah aku cuba tolong :)



Boleh consider sebagai percutian ala bajet tak?



 Muhammad Saffuan Bin Jaffar

117 ulasan:

  1. target for next destination. :) thanks for info.

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih, selamat bercuti ke Korea Selatan.... hehe....

      Padam
    2. assalamualaikum bro...saya inat nk ke korea dalam 5 may 2014 nnti..nk pergi berdua ngn kawan..plan sebijik cm plan bro...agak2 la bro,total cost nnti saa tak dengan cost lu bro?boleh x aggarkan kos kitorang..i ean total cost..tq :)

      Padam
    3. bang..saya cadang nk prgi korea ngn kawan dalam bulan may 2014 nih..nk pergi berdua jer.boleh x abang kra cost utk kitorang ..agak2 kos nk pegi sana sama lagi x mc abang..sebab plan saya sebijik cam abang..nk pergi 5,may 2014...nk tnya satu lagi..napa abg xnyatakan transport balik dari korea ke malaysia..beli tiket one way ke?kitorang dari kedah,klau boleh abg gtau perjalanan ki dari kedah ke korea...mksud saya transport..tq

      Padam
    4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  2. terbaik....insya'Allah. Next destination.

    BalasPadam
  3. Terbaik nie.. sungguh complete.. :D boleh refer kalau la ada rezeki ke sana kan :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh jer... korea memang best... :)

      Padam
    2. salam, sy cikgu gak sukabackpacker. nk tanya pergi sana seorang diri ke???

      Padam
  4. As Salam saudara, ada kemusykilan nak tanya

    "LCCT - Gimhae International Airport (Airasia) = RM 7437.00". Harga tiket tu betul ke atau ada typo error?

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaha.... orang yang taip sendiri pun terkejut gajah tengok.... silap taip tu... harga promosi RM437.00

      Padam
    2. Rm437 tu pergi balik ke...masuk insuran ,makan n bagasi ke??

      Padam
    3. RM437 tu pergi balik... tidak termasuk insurans ,makanan dan bagasi.....

      Padam
  5. Flight tix dr LCCT ke Gimhae tu macam silap...RM 7k? Hihi.

    Kalau bijak buat plan, memang banyak boleh jimat kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahahhahaha.... kalau 7k baik pi umrah..... adoihhh..... yup, tu pun boleh jimat lagi.... contohnya tiket nak masuk ke Istana boleh beli dengan harga 10,000 won... boleh masuk semua istana.... boleh jimat lagi, kalau KTX amik ekonomi class.....

      Padam
    2. hahaha.... harga dah buat correction dah.... TQ

      Padam
  6. bleh ajaq aku dengan lebih detail dan personal tak?

    BalasPadam
  7. bleh ajaq aku dengan lebih detail dan personal tak saffuan? teringin sgt2 ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ajaq dengan detail dan personal? lagu mana? nama macam kenai.... hehehe....

      Padam
  8. Rasa macam dah habis murah dah tu, yang mahal pun maybe ktx ke Seoul tu kan? Worth tak pergi busan? saya dah dua kali ke Seoul, ingat nak tukar selera. Kyungsung Hostel tu, dia bilik personel seorang atau jenis mcm bunker?(katil macam asrama yang kita bercampur dengan orang) Busan 1 hari je cukup eh? haritu pergi Seoul pun 6 hari.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, yang mahal pun sebab tiket KTX...
      Pendapat saya, saya suka Busan dan worth sangat la kalau saudara akan ke korea lagi...
      Kyungsung Hostel saya duk bilik private, tapi bilik air kongsi...
      Busan Kalau sehari sebenarnya tak cukup... Sebab kat sana ada banyak tempat yang menarik... so dalam masa yang terhad saya pick yang mana saya rasa patut pergi... Taejongdae Park antara yang paling saya suka....

      Padam
  9. Rajin siot buat post-budget.. kalau aku dh masuk 3 bulan baru tercari-cari resit.. ha3.. ko pergi solo kan? memang ok la ko punya budget plan.. just nice.. Baru perasan Nepal 2014? g mana wei.. macam best jer..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lepas habis sehari trip aku tulis dalam note, balik2 tu masuk terus dalam blog...
      Nepal tu dalam perancangan je, mungkin pergi kathmandhu saja... masih tengah research tempat..... tempat memang best, teringin nak tengok everest...

      Padam
    2. kalau ada plan nk trun sana rojer2 aku.. nak follow.. =p

      Padam
    3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    4. Jom aku tgh cari kaki nie.. tapi x boleh winter.. Boleh membeku kot..

      Padam
  10. Balasan
    1. Terima kasih.... Jom bercuti di korea selatan tahun 2014!!

      Padam
  11. Teringin nak mencuba buat macam ni.Terima kasih atas perkongsian ini. :)

    Petua Awet Muda Dan Cantik Macam Ayu Raudhah

    BalasPadam
  12. JUMLAH KESELURUHAN = ₩ 304,850 @ RM 926.74. yang ni termasuk flight pergi balik ke? dalam part pengangkutan tu takde pun tiket flight balik ke lcct dari busan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bajet ni untuk di Korea saja, tak termasuk flight pergi dan balik...

      Padam
  13. JUMLAH KESELURUHAN = ₩ 304,850 @ RM 926.74
    jumlah keseluruhan ni termasuk flight pergi balik ke? sebab dalam part pengangkutan tu takde pun kata untuk tiket flight balik ke lcct dari Busan. konfius :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jumlah yang ni ₩ 304,850 @ RM 926.74 perbelanjaan di Korea Sahaja...

      Part pengangkutan, harga tiket yang saya mention tu harga tiket return... beli masa promo...

      Padam
  14. bro..dari airport busan nak ke city busan tu ada train or any public transports selain taxi..and u tu ari naik ape plk..??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dari airport Busan saya guna "Busan Gimhae LRT" untuk ke Sasang (Line 2)
      Boleh saya tau City Busan tu saudara/saudari maksudkan di mana?

      Padam
    2. errrkkk..saudara disini bkn saudari..hihi
      ok since i agak blurr lagi ttg area2 busan ni..so city yg i maksudkan adalah tempat yg senang tuk i access tren..so boleh la rancang nak cari stay plk..boleh saudara cadangkan?

      Padam
    3. since saya pertama kali sampai di busan, saya prefer Pusan Hostel la, service ok, bilik pun ok, dekakt dengan kedai kebab makanan halal, memandangkan agak susah nak cari makanan halal di busan.... kemudian dia dekat pulak dengan subway station....

      Padam
  15. Salaam.. sy ada beberapa soalan nak tya pasal trip ke busan.. mcm mana nak contact saffuan ya? tq :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh contact di FB Page saya [https://www.facebook.com/pages/Saffuanjaffar/364454420343552]

      Padam
  16. Hi saffuan,

    Boleh tak bg detail mcm mn nak dptkan bus @ train biasa ke busan?bus @ train biasa tu mn yg lagi murah?heheheh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi, bas saya tak pasti macam mana nak booking, tapi kalau keretapi senang saja, naik dari seoul station...

      Padam
  17. Assalam....sy nk tanya...macam mne awak booking hotel dekat korea? boleh share link tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam, saya booking via online

      1. Di Busan (Kyungsung Hostel)
      http://www.kyungsunghostel.com/booking/

      2. Di Seoul (Seoul Hostel Centre)
      http://www.seoulhostelcenter.com/reservation.htm

      Padam
    2. assalam..mse nk booking hostel ni ad dikenakn booking caj and tax x?

      Padam
    3. waalaikumussalam, masa booking ari tu tak dikenakan booking caj... bayaran mungkin dah masuk dengan tax.... apa2 berkenaan payment hostel awak boleh tanya direct dengan diorang, e-mail je insyaAllah diorang reply... takut2 tnc tu berubah2...

      Padam
  18. salam. abang lepas ni ada trip ke korea lagi tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam, insyaAllah mungkin ada....

      Padam
  19. Cool and georgous.
    Thanks for the info. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. thank you... do visit and follow my blog :)

      Padam
  20. Assalam bro..thanks a lot for your sharing info..i dah settle pun travel solo busan-seoul last month..your guide very helpful..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam, terima kasih sebab sudi ke blog saya... kita guide2 sikit2 je... ada cedok dari blog kawan2 yang lain....
      selamat pulang dari bercuti ke Korea :)

      Padam
  21. Assalam, nak tanya...untuk tahun 2014 ni masih nak ke Korea lagi ke? Saudara buat pakej ke? Kalau boleh dan bersesuaian tarikh, nak join sekali. Nak bawa anak. Thanks.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam, tahun 2014 saya tak bercadang untuk melawat ke korea... Saya bukan buat pakej, tapi saya travel sendiri dan share pengalaman masa bercuti di korea... Mungkin boleh cari alternatif lain... apa2 pun terima kasih sebab melawat ke blog ni... :)

      Padam
  22. Thanks saudara safuan, terbaik, saya akn ke busan 4 may 2014, idea yg menarik ktx train busan ke seoul....thanks bro

    BalasPadam
    Balasan
    1. you are welcome... wah, saya rindu... rasa macam nak pergi lagi.... berapa lama bercuti di korea? Busan? Seoul?

      Padam
  23. Thanks saudara safuan, terbaik, saya akn ke busan 4 may 2014, idea yg menarik ktx train busan ke seoul....thanks bro

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih, masa saya reply komen ni, awak dah ada kat korea la kot... hehe... Selamat bercuti....

      Padam
  24. menarik sbb bagi bajet sakali..plan nak pegi koboi2 dengan anak2..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada bajet senang nak plan kan? Lagi pun bajet ni ikut kadar tukaran wang semasa.... Selamat bercuti ke korea nanti....

      Padam
  25. As salam..
    nak tanya..kalo awak tahu la..
    budak2 umur 4 dan 5 tahun kene bayar tambang ke kalo naik public transport kat sana contohnye subway dan bas?
    tQ.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam, saya nak cerita tapi tak pasti, ada yang half price ada yang free... Awak boleh rujuk kat link di bawah ni...
      1. http://english.visitkorea.or.kr/enu/TR/TR_EN_5_4.jsp
      2. http://www.lonelyplanet.com/south-korea/transport/getting-around
      3. http://asiaenglish.visitkorea.or.kr/ena/GK/GK_EN_2_5_1.jsp
      4. http://www.kias.re.kr/sub06/sub06_06.jsp

      Kalau di Busan lain pulak... Boleh rujuk kat bawah ni....
      1. http://www.humetro.busan.kr/english/02/01_01.php
      2. http://english.busan.go.kr/04transportation/03_01.jsp

      Padam
    2. salam bro.. biler ko nak pegi lg?? jom jalan korea lg hehe

      Padam
    3. Waalaikumussalam.... ntah ler bila nak pergi, kalau ada orang nak sponsor, confirm aku nak pergi lagi.... InsyaAllah kalau ada rezeki lebih.... memang syok bercuti di korea....

      Padam
  26. Wahh .. tiket tu boleh tahan pergi balik baru RM500 . boleh tahu tak kalau dah masuk taxs makanan bagasi semua jadi berapa ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harga tiket tu hanya tambah RM4.00 (untuk caj pembayaran), bagasi saya tak amik, cukup2 pack 7kg... Makanan RM26 lebih kurang macam tu la....

      Padam
  27. Salam..nak tanya pendapat saudara. Sy xpernah melancong ke luar negara. So, mmg xtaw langsung keadaan kt sana.. Biasanya jalan2 kt dlm negara je. Tapi, teringin nak ke korea sbg tempat bulan madu sy in shaa Allah..Jadi, lebih mudah pergi under mne2 agensi atau pergi sendiri ye? macam mana nak tau tempat2 menarik dan kemudahan yg ada di situ?Boleh beri pendapat sedikit. Terima kasih :)

    BalasPadam
  28. Salam.. sy nak tanya pendapat saudara. Sebelum nie mmg sy xpernah travel ke overseas.. Tapi, berminat nk jadikan korea sbg destinasi bulan madu sy in shaa Allah.. Mana yg lebih baik, sama ada ikut mana2 agensi ataupun pergi sendiri? Dan mcm mana nak pilih tempat2 yg menarik dgn kemudahan yg ada di situ? Boleh berikan pendapat saudara? terima kasih :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam. Korea memang best dan sesuai untuk pergi berbulan madu... Kat sana senang nak travel, kat mana2 je boleh jumpa tourist info...

      Mana yg lebih baik, sama ada ikut mana2 agensi ataupun pergi sendiri?
      1. Kalau bajet lebih, pergi la dengan agent, senang semua diorang urus (ada banyak travel agent yang uruskan percutian di korea dengan harga serendah RM2,000)
      2. Pergi sendiri pun ok jugak, tapi banyak benda nak kena buat... awak nak kena research dan buat macam2 benda, contohnya nak decide tempat mana nak pergi, cara nak ke tempat2 tu...

      Dan mcm mana nak pilih tempat2 yg menarik dgn kemudahan yg ada di situ?

      Cara nak pilih tempat menarik based on minat kita, kalau awak minat cerita korea mesti la awak nak pergi ke filming location, kalau yang jenis suka shopping mesti cari tempat shopping... Kalau saya, saya suka melawat 4 tempat ni... 1 filming location, 2. Shopping, 3. Culture 4. Nature... semua maklumat tempat menarik & kemudahan boleh cari kat Korea Tourism Organisation atau blogger2 yang pernah ke sana... OK?

      Padam
  29. Salam, yang sedara tulis makan malam di Itaewon Buffet, boleh share nama restaurant tu?
    ke memang nama dia restaurant Iteawon Buffet...

    Harap boleh share. jzzk. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam, buffet tu di Foreign Restaurant, makanan di sana kebanyakkan makanan india...

      Padam
  30. assalam..saya nak tnya dekat busan hari tu dok mane ye??kami plan nk pegi sana tahun dpn bulan 1..n dok situ 1 hari..so nk mtak bg cadangan mana2 motel/guesthouse bajet n yg dekat dgn airport..tq ye

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam, masa dekat busan saya duk di Pusan Hostel... jarak hostel tak jauh dan tak susah untuk ke subway station...

      Padam
  31. assalam. sy nak tanya. sy ppuan baru nk try backpack ke korea sorang2. agak2 sana slmt tak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam, lelaki ke perempuan ke insyaAllah selamat... tambah2 lagi kalau di seoul, ramai polis yang buat rondaan kat sana... Nak pergi sorang ni banyak bende nak kena alert... apa2 pun pergi dengan kawan lagi baik...

      Padam
  32. Assalammualaikum..
    Bro, musim panas lewat bulan Ogos rasanya sama macam panas kita di Malaysia tak? dgr cerita sana sejuk jugak bulan Ogos tu kadang-kadang..
    Risau takut baby bawah 2 tahun x tahan bila jalan malam..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam, yang tu tak pasti la pulak bro... mungkin boleh check wheather forescast, sebelum pergi....

      Padam
  33. Salam bro, budget backpacker kalau RM 3,500 skali dgn flight, ok x?

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam... bajet tu tau tau la nak komen, sebab saya tak tahu awak nak ke mane, duk hotel atau hostel, semua bergantung macam mana awak belanje dan mampu utk belanje...

      Padam
  34. assalam bro...
    nak tanya dua perkara je....flight 25hb september ni.
    (1) kalu bawak mee segera sebagai bekalan elok bawak yg paket @ Cup dan disetiap guesthouse,motel & hotel mmg ada sediakan air panas ke tidak.
    (2) towel mandi kena bawak ke tidak...

    ikhlas dari : 9W2VTA

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam, salam kontek kenal :)

      (1) kalau bawak mee segera saya tak suka bawak dalam cup... sebab mahal sikit dari yang pek biasa... so, saya beli pek biase, bawak tapawe sendiri...
      (2) nak kena bawak tu depends la, kalau cukup berat beg bawak je... dlu towel mandi saya tak bawak, sebab hostel saya tinggal dah sediakan...

      Padam
  35. Assalamulaikum.saffuan jaffar,

    Bagi foreign better t-money ke m pass? Boleh bg cadangan? Dulu time pg saudara guna yg mn?

    Tqvm

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam :D Better guna t-money atau m pass saya tak dapat nak jawab dengan spesifik yang mana lebih bagus, masa di seoul saya guna t-money saje...

      Padam
  36. Just followed your blog. wah, love reading your posts cuz the way u tell the stories r so creative and interesting.

    Saya dulu blajar kt korea. and yeah, i did spend a lot of money on food and travel masa duk sana. But the fact that you just spent less than RM 1000 mmg buat saya terkejut badak. HOW DID YOU THAT??? Sangatla amazing! hahaha

    Now I'm planning to go backpack there again. Maybe end of this year or early 2015, sbb nk merasa sajli. x turun pun dulu time saya kt sana.

    Just a suggestion, if you wanna go there again, do visit their universities. Most unis u can enter sbb x der too much restrictions kt gate. Some uni too memang allow visitors like Ehwa Uni dekat Seoul. Sbb uni dekat Korea sangat2 cantik. Especially time autumn. Cubelah google filming site drama Love Rain and see how beautiful the uni is during that season. Saya dulu ui kt Gwangju je, CNU.

    Anyway, love your blog! Salam :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih, errr tak de ape yang special sangat la pasal blog ni... Menarik jugak cadangan melawat ke university tuh, insyaAllah kalau ada rezeki saya pun nak ke korea lagi. Tempatnye best, senang nak jalan2...

      terima kasih sekali lagi, rajin2 la singgah ke sini.... :)

      Padam
  37. Assalamualaikum..saya akan ke korea pada 2/11/2014 merangkumi semua tempat seperti JEJU-DO,SEOUL dan BUSAN adakah bajet sebanyak RM2000 sudah cukup untuk berlanja??tidak termasuk hotel dan flight..

    BalasPadam
  38. sesiapa yang nak tips ke Korea dengan travel sendiri + bajet rendah boleh visit ke http://lieyacallia.blogspot.com

    BalasPadam
  39. total only 900 lebih je??? btol ke ??? imean total from m'sia to korea . ke total 900 tu juz time dkt korea je ??? sy confused sama ada total tu start from pergi sampai awk balik m'sia only 900 ??? series ??? answer please ~~~… t.q

    BalasPadam
  40. total only 900 lebih je ?? ke tu juz expenses kat korea je or semua skali ??? ke mmg only 900 lbih je ???? hehehw . sy mcm x caye laa actually . answer please ~~~~… t.q

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hello, RM900 lebih tu perbelanjaan saya di korea saja... kalau termasuk tiket flight, makanan yang saya bawak bekal tu lebih kurang RM1,700 la...
      satu lagi bergantung jugak pada kadar tukaran wang... masa saya pergi dulu, won x de la tinggi sangat macam sekarang,..

      Padam
  41. ohh . so , total dlm under 3000 la kan . btw ,t.q for that answer .

    BalasPadam
  42. oooh , so total maybe dlam under 3000 la kan . murah jgak . sy igtkan kene laa target sampai 5000 . btw t.q for that answer . sebenarnya awk ni student lg or awk ni mmg ske travel2 ???

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya ni baru je habis belajar, memang suka travel....

      Padam
  43. Hmmm...dah ke Korea jugak Dec 2013 yg lalu, kbtulan turun salji selama 3 hari dr 8 hari di Seoul. Tercapai hajat nak main n golek atas salji smpai x mau masuk dlm geoungbukgung palace tuu...guna khidmat
    student Malaysia kat sana as a tour guide, hari2 bertukar tiurguide selama 4 hari, 4 hari lg free n easy,
    Cuma satu jer..sapa yg x biasa guna towel kecik, baik siap2 bwk towel yg biasa guna kat Msia sbb towel kat guesthouse smua kecik2 klu kat sink wat towel lap muka jerr..
    Nak pi beli pun x ada towel besar.
    Apapun mmg seronok di seoul. Dec 2015 akan pergi skli lg, bwk kwn2 yg nak berguling2 atas snow.

    BalasPadam
    Balasan
    1. yer betul towel sana kecik2, tapi saya gune jer... sape2 nak pergi bawak la sendiri...

      Padam
    2. Salam ruzy army sye nk tanye mcm mne nk cari tour guide gne student Malaysia... Sya ingt nk try backpackers tp incase emergency nk gne jgak khidmat diorg ...

      Padam
  44. Salam alaik, pakej Melancong ke Korea yang murah , berpatutan dan baloi-baloi, tour guide Malaysian, maka mudah untuk mengetahui info-info di Korea nanti, jangan tunggu lama lama hubungi saya segera

    whatsapp : 0175367426 insyirah
    emel : melancongmurahbaloi@gmail.com
    instagram : melancong_murah_baloi

    BalasPadam
  45. Jagalchi market memang syurga seafood. Harga pun berpatutan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. walaupun bajet yang ciput saya tetap dapat menjamu selera, "jamu mata" je la... haha...

      Padam
  46. Best tu tp akak yg dh ada anak anak ni tak dpt la nak budget mcm tu. Huhu

    Apapun banyak info berguna.. kena pujuk husband ni.next trip tahun ni.

    BalasPadam
  47. wahhh..bestnyaa.bawah rm 1k tu..teruja la pulak..haha.. tapi bajet tu tak masuk tiket dan penginapan kan?
    bab makan2 tu decide dulu nak makan apa ke ikut jumpa tempat makan je?.. thanks..

    BalasPadam
  48. Kenal x mana2 student malaysia yg stay kt korea? Nk minta tlg jd tourist guide in june 2015

    BalasPadam
  49. terpana membaca blog safuan :-) tq for sharing info.

    Nak tanya, Ada x contact atau kawan2 di busan untuk jadi tour guide. nak pergi bulan november sempena annivassary ke 20 tahun :-)

    BalasPadam
  50. Balasan
    1. baca je dh rasa best... blom pegi lg.. nk berangan g korea jap... hihiih
      btw, hang
      x pakai tour guide ek g sana....

      Padam
  51. best nye... berangan nk g korean jgk... hihihiihih

    BalasPadam
  52. Korea memang antara negara yang termasuk dalam list nak pergi...tapi tak tahu lagi bila. Memang cantik kan negara dia. Makanan halal, macam mana? senang ke nak dapat...siapa yang pernah per share2 skit restoren halal yang best

    Thanks,
    Syaifuldin Ismail
    http://protraveller7.com/syaifuldin

    BalasPadam
  53. ok, baru baca entry ni. tak sabar nak pergi bulan october ni lepas setahun plan! tapi mereput jugaklah sebab rate sekarang 1,000w = RM3.46 TT.TT

    BalasPadam
  54. Teringin juga untuk berjalan jika ada peluang nanti. Entry blog yang sangat menarik

    BalasPadam
  55. hai awak.

    makanan yg awak bawa masa g busan tu, letak dalam cargo ke atau bawa masuk dalam cabin?

    terima kasih.

    BalasPadam
  56. Assalam..tumpang tny..bby n toddler perlu ke t-money?

    BalasPadam
  57. salam..mana lebih menarik seoul ke busan,utk book fligth nak ambik turun mana yer?seoul ke busan,tq

    BalasPadam
  58. salam..flight nak ambik turun seoul ke busan yer?mana lebih menarik seoul atau busan?tq

    BalasPadam
  59. Salam. Menarik itinerary yang awak buat. Melancong di Korea memang Best. Salam kenal dari saya dari Ulsan, Korea :)

    BalasPadam

Tolong letak nama, ok??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...