Memaparkan catatan dengan label Kyoto. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kyoto. Papar semua catatan

Sabtu, 13 Disember 2014

Itinerary Bercuti ke Jepun

Assalamualaikum, ramai yang bertanya tentang itinerary Lengkap Backpakers Bercuti di Jepun aku baru-baru ni, nah aku share dengan korang untuk rujukan. Sekali lagi aku nak ingatkan, aku dah share dengan korang itinerary bercuti Jepun aku, lain kali aku tak akan tolong buat itinerary untuk orang ye, korang boleh amik itinerary bercuti di Jepun aku yang aku buatm, lepas tu korang pandai-pandai la ubah. Aku mintak maaf sebab aku tak dapat nak tunaikan permintaan yang macam ni. 

"Salam dik, akak nak ke Jepun bulan 4 tahun depan, bile ada tiket murah? Boleh tak anggarkan bajet trip kami? Kalau boleh adik buatkan jadual perjalanan sekali..." - Soalan dan permintaan macam ni terlalu abstrak untuk saya hadam. Saya sendiri pun buat banyak rujukan dari bloggers yang lain. Ok lah tak nak membebel panjang-panjang, ni secara ringkas perjalanan, yang detail siap dengan bajet semua korang download dari dropbox.

Benda yang aku share ni hanya merangkumi OSAKA, KYOTO dan NAGOYA, kalau nak tanya pasal tempat-tempat lain mintak maaf, saya tak sampai lagi, hehe...



ITINERARY BERCUTI DI JEPUN (8 HARI)

12 SEPTEMBER 2014
- Berpura-pura balik ke kampung (Bertolak dari IPGKPP ke Airport Pulau Pinang)

13 SEPTEMBER 2014
-Tiba awal pagi di KLIA2, tidur semalam kat airport macam pelarian, ada aku kesah??
-Bertolak dari KLIA2 ke Kansai International Airport (Petang)
-Bermalam di Kansai International Airport (tidur kat surau)

14 SEPTEMBER 2014
-Chek in Hotel (Hotel Toyo, Osaka)
-Melawat ke Istana Osaka
-Jalan-jalan di Sekitar Amerika-Mura (Jalan main redah jerr)

15 SEPTEMBER 2014
-Bertolak ke Kyoto
-Melawat ke Nishiki Market dan Shikyogoku Shopping Archade

16 SEPTEMBER 2014
- Romantic Train
- Bamboo Forest
- Kinka-kuji
-Melawat ke Nishiki Market dan Shikyogoku Shopping Archade (Shopping makanan, lapo)

17 SEPTEMBER 2014
- Nijo Castle
- Ginka-Kuji
- Melawat ke Nishiki Market dan Shikyogoku Shopping Archade (Shopping makanan, lapo)

18 SEPTEMBER 2014
- Kyoto Muslim Centre
- Sewa Kimono di Gion Machi
- Melaram dengan Kimono di Inari Shrine 
- Naik Shinkansen (Bullet Train) ke Nagoya

19 SEPTEMBER 2014
- Toyota Museum
- Nagoya Science Museum (malangnya, muzium ni tutup)
- Ronda-ronda dengan Bas Me~Guru
- Jamu mata di Osu Kannon (Sini ada kedai makanan halal, kebab, nasi kandar tak de yer)

20 SEPTEMBER 2014
- Bertolak ke Chubu International Airport
- Balik Malaysia, siapkan assignment!!!

BLOGGERS RUJUKAN :


LAMAN WEB RUJUKAN : 

1. Semakan Harga Tiket Train [HYPERDIA]
2. JR West (Shinkansen)

LAMAN WEB HOSTEL :



UNTUK PANDUAN ITINERARY BERCUTI DI JEPUN LENGKAP (SIAP DENGAN JADUAL BAJET DAN LAIN-LAIN) - KLIK SINI

Semoga apa yang aku kongsikan bermanfaat, kepada yang minat mengembara macam aku, jangan jadikan ketakutan tu sebagai satu penghalang. Bagi aku la, Travel sendiri ni bukannye mudah, banyak yang korang kena explore sendiri sebelum nak pergi berjalan-jalan. Nak cari itu nak cari ini, maklumat tu, maklumat ni, tapi ramai rakan-rakan bloggers yang sudi share, mudah jalan untuk aku ke Jepun dan alhamdulillah, cita-cita aku nak ke Jepun dari kecik lagi tercapai. My Dream is your dream, cecewahhh... Akhir kata (macam ucapan la pulak), Selamat Bercuti Ke Jepun!!!


 Muhammad Saffuan Bin Jaffar

Khamis, 11 Disember 2014

Trip Bercuti Jepun - Pengalaman naik Shinkansen

Selepas hampir seharian berkimono di bandar Kyoto, kini tiba masanya kami untuk bergerak meninggalkan bandar yang penuh dengan kenangan manis. Perasaan aku masa tu bercampur, rasa sedih sebab nak tinggalkan Kyoto dan rasa exited sebab nak naik keretapi laju atau Shinkansen. Pertama kali aku naik keretapi laju tahun lepas semasa aku ke Korea Selatan. Memang best kot. Kali ni aku sekali lagi nak merasa naik keretapi laju + kawan-kawan aku pun nak rasa pengalaman naik keretapi laju.

Harga Tiket Shinkansen daripada Kyoto ke Nagoya

Untuk makluman korang semua tiket yang aku beli ni tiket SEHALA, aku beli di kedai agen pelancongan "Tokai" di Kyoto. Harga untuk reserved seat bagi perjalanan dari Kyoto Station ke Nagoya Station sebanyak JPY 5,150 bersamaan  RM150.00, mahal ke murah? Masa di Kyoto ada kami berbual dengan mak cik-mak cik, kami cakap kami nak ke nagoya naik shinkansen tanpa guna JR Pass, mak cik tu respon "rugi nyerr mahal la kalau macam tu" Hmmm...

Kedai Agen Pelancongan Tokai, harga tiket di sini lebih murah jika korang beli di kaunter JR.

Aku dengan kawan aku rasa was-was, pengalaman kena tipu di China terbawak-bawak sampai ke Jepun. Elok dah beli tiket, tengok-tengok tarikh dengan waktu berlepas tak dicatatkan! Kami tanya mana tarikh dengan waktu, diorang macam blurr, Dah la diorang ni tak faham cakap bahasa Inggeris, kami tawakkal je la. Kami bawak tiket ni tunjuk kat Abang Kent yang kerja kedai souvenir kat Shinkyogoku, dia cakap tiket ni korang boleh pilih masa dan tarikh,cuma korang kena ke kaunter JR untuk booking tarikh dan masa. Alhamdulillah LEGA~

Harga Biasa : JPY 5,800
Harga tiket di Tokai : JPY 5,150

Berbalik pulak pasal tiket, aku beli tiket Shinkansen di "Tokai" Tiket yang aku beli tidak dicatatkan masa dan tarikh, maknanya tiket tersebut korang boleh pilih waktu dan tarikh yang korang nak. Caranya, korang dapatkan tiket shinkansen di Tokai, kemudiannya korang ke Station Keretapi di kaunter JR untuk booking masa yang korang nak. Masa kat kaunter orang yang kaunter tu akan tunjuk jadual dan korang boleh pilih tarikh dan waktu untuk naik bila-bila masa yang korang nak.

Tiket Shinkansen, 100% dalam Bahasa Jepun, jangan risau orang kat kaunter JR akan explain time dan kat mana korang kena tunggu. KETEPATAN MASA 100% 

Meja di tempat duduk. Shinkansen vs KTX (keretapi laju di Korea Selatan) aku lebih suka KTX, seat dia sangat best! Tu pun sebab aku ambik first class, dari segi ketepatan masa, menang shinkansen la...

 Kemudahan untuk mengecas bateri

Suasana di dalam Shinkansen

Selamat Tiba di Nagoya Station

Jom layan video ni, korang dapat tengok betapa sibuknya di laluan Shinkansen!

Kalau ke Jepun dan kalau ada bajet jangan lepaskan peluang untuk naik Shinkansen, pengalaman yang mungkin korang tak dapat lupakan. Tiket boleh didapati di Kedai Agen Pelancongan TOKAI dengan harga diskaun!


Muhammad Saffuan Bin Jaffar

Selasa, 9 Disember 2014

Trip Bercuti di Jepun - Berkinomo di Kyoto (8)

Harap jangan pening-peningkan kepala korang, kejap-kejap Penang, lepas tu entry Jepun pulak. Ni aku baru ada masa nak update blog, harap korang enjoy la ye!

Hari terakhir di Kyoto, sedih la pulak, dah hampir 3 hari kami di Kyoto, aku rasa berat nak tinggalkan tempat nih. Misi kami hari ni nak ke Kyoto Muslim Centre, lepas tu nak sewa Kimono dekat-dekat area Gion.

Bergambar dengan Manager Hostel Mundo, Abang Yuya 

Bergambar kenangan semasa di Kyoto Muslim Centre, di sini ada menjual produk makanan halal. Kami singgah di sini untuk solat Zohor dan kemudian bergerak ke Gion. 

Ni Kimono yang aku pilih, sewa yang dikenakan sebanyak JPY 4,320 (termasuk cukai) 

 Muka agak bengis, sebab tunggu bas nak ke Inari tak mai. Dalam peta ada tunjuk bas ke Inari, last aku buat keputusan untuk naik keretapi ke Inari memandangkan masa kami sangat suntuk. Pukul 5.00 petang dah nak kena pulangkan Kimono, kalau lewat kene denda.



Bergambar di hadapan Kyoto Station 

Di dalam train menuju ke Inari 











Bahagian-bahagian pada Kimono

Sumber : http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/e/e9/Kimono_parts.png





 Muhammad Saffuan Bin Jaffar

Isnin, 1 Disember 2014

Trip Bercuti di Jepun - Pengangkutan di Kyoto (3)

Pengangkutan di Kyoto

Sepanjang kami berada di Kyoto kami menggunakan perkhidmatan Kyoto City Bus. Kebanyakkan tempat-tempat menarik di Kyoto dihubungkan dengan City Bus. City Bus ada menawarkan One Day Pass dan sangat menjimatkan, kalau beli single tiket pun dah JPY230. Korang boleh guna pass ni dalam kawasan yang dihadkan saja. One day pass ni korang boleh beli kat satu bangunan kecik yang terletak kat sebelah kanan Kyoto Station, keluar je dari Kyoto Station dah boleh nampak. One day pass ni jugak korang boleh beli kat dalam bas.

Kedudukan Pintu Utama Kyoto Station dengan tempat untuk beli One Day Pass

Bas di Kyoto ni unik dari bas di tempat lain, sebabnya, korang kena naik dari belakang. Tambang pulak di bayar waktu nak turun bas. Harga tiket bas untuk ke semua tempat sama je, JPY230 untuk dewasa. Ada dua jenis City Bus, (1) Bas Hijau (2) Raku Bus No. 100/101/102. Raku Bus atau Bus Ekspress akan melalui kawasan-kawasan tarikan pelancong dan bas ni akan stop di perhentian bas yang berdekatan dengan tarikan pelancong sahaja, tempat-tempat tak de tarikan pelancong dia tak stop la. Untuk maklumat lanjut pasal Raku Bus, boleh klik di sini. Dari Kyoto station kami bergerak ke Hostel. Tak sabar, rasa exited nak tengok washitsu!



Muhammad Saffuan Bin Jaffar

Isnin, 6 Oktober 2014

Trip Bercuti di Jepun - Nijo Castle

Istana Nijo

Misi menjelajah Bumi Kyoto diteruskan lagi, masa yang ada seolah-olah mencemburui kedatangan kami di sini, esok hari terakhir di Kyoto! Baru je nak kenal-kenal dengan Kyoto dah nak kena berpisah. Hari ni kami akan melawat ke Istana Nijo, asalnya kami tak bercadang untuk ke sini, aku sempat research pasal istana ni malam sebelumnya, berbaloi jugak pergi. Memandangkan semua Ahli-ahli parlimen bersetuju, jom kita ke Istana Nijo!

Dari hostel kami menaiki bas #12 ke Istana Nijo, bas akan berhenti betul-betul dihadapan Istana Nijo, lintas jalan sampai la ke sana. Masa kami pergi ke Istana Nijo, ramai sangat orang terutamanya budak-budak sekolah. Cerita pasal budak sekolah ni, kalau korang pergi tempat-tempat pelancongan macam istana mesti jumpa budak sekolah, diorang bergerak dalam kumpulan kecil, bawak buku sorang satu, mungkin ada projek apa-apa kot. Balik semula cerita Istana Nijo, tiket masuk ke istana dikenakan bayaran sebanyak JPY600.

Pelancong dari luar negara tengah beratur untuk beli tiket. Tiket boleh beli di kaunter ataupun mesin.

Lawatan sekolah ke Istana Nijo, ada lagi kumpulan budak sekolah, jadi meriah kawasan istana dengan diorang ni.

Warna keemasan dengan ukiran menghiasi pintu masuk ke Istana Nijo. Sebelum masuk ke bahagaian lain di Istana Nijo, korang akan jumpa pintu ni dulu. Pintu jenis ini dikenali sebagai Karamon

Istana Nijo dibina pada tahun 1603 oleh Ieyasu (Tokugawa Shogun). Istana ini siap sepenuhnya pada tahun 1626 oleh Iemitsu (Tokugawa Shogun ketiga).  

Ukiran pada sebahagian dinding pintu masuk

Ukiran Burung Phoenix

Kurumayose di Istana Ninomaru

Istana Ninomaru. Kawan aku pernah tanya kenapa istana ni nama dia"Ninomaru Caslte" bukan ke ni Nijo Castle? Aku tak leh nak jawab memandangkan aku bukan pemilik istana ni. Sebenarnya kawasan istana di Jepun biasanya terdiri daripada beberapa bahagian iaitu Kuruwa, Honmaru (Benteng Utama), Ninomaru (Benteng Kedua) dan Sannomaru (Benteng Ketiga). Maru pula membawa maksud circle Istana Ninomaru ni merupakan benteng kedua Istana Nijo. 

Dua objek yang tak dapat nak dikenal pasti identiti. Mungkinkah loceng yang gantung tak bertali?

Gigih seorang pekerja di Istana Nijo. Istana Nijo turut mempunyai kawasan-kawasan taman, mungkin untuk menghilangkan stress Shogun yang penat bekerja, mungkin?

Taman Ninomaru

Meriahkan, ramai budak sekolah yang melawat ke Istana Nijo. 

Salah satu bahagian di Istana Nijo

Kawasan Honmaru. Kawasan ni merupakan kawasan utama Istana Nijo. Honmaru berperanan sebagai ibu pejabat Shogun terutamanya ketika zaman peperangan. Memandangkan Honmaru merupakan kawasan yang sangat penting, ia perlu dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan untuk mengelakkan dan mengesan musuh yang cuba menceroboh.

Diorang pakai CCTV ke nak kesan penceroboh? Jawapannya ada kat bawah lantai istana Nijo ni.

Uguisubari - Nightangle Floor sejenis ciptaan yang dapat mengesan pergerakan musuh. Ia dipasang macam yang korang tengok, di bahagian bawah lantai. 

Korang nampak tak besi yang dipasang secara berpasangan dan diselitkan di antara susunan lantai? Itu la alat keselamatan yang digunakan untuk mengesan pergerakan musuh yang cuba menceroboh masuk ke dalam Honmaru. Besi tu dikenali sebagai Uguisubari atau Nightangle Floor. Nightangle pulak merujuk kepada sejenis spesis burung, apabila lantai tersebut dipijak ia akan mengeluarkan bunyi seperti kicuan burung Nightangle, sebab itu la ia dipanggil sebagai Nightangle Floor. Di Kyoto, terdapat beberapa bangunan yang mempunyai Uguisubari antaranya ialah Chion-In, Eikando-Zenrin-Ji dan Daikakuji. 

Nightangle merujuk kepada sejenis burung Japanase Bush Warbler (Uguishu) 
Sumber gambar, Wikipedia.

Bunyi-bunyi yang terhasil apabila lantai di dalam istana dipijak. Ada hiptotesis menyatakan "Semakin besar ninja yang memijak lantai, semakin kuat bunyi dihasilkan" Selain berfungsi sebagai alat penggera, Uguisubari dapat memberikan gambaran awal saiz musuh yang menceroboh.

Taman Istana Nijo

Signboard " Dilarang memetik daun, kalau tak nanti kena tibai!"

Taman Seiryu-En. Taman ini dibina semasa era Showa (1926-1989)

American magazine of Japanese gardens, the ‘Journal of Japanese Gardening’ out of 693 outstanding gardens chosen in Japan, Seiryu-en Garden came 5th position and the Ninomaru Garden was placed 10th. Then in 2006 Seiryu-en Garden was ranked 6th and the Ninomaru Garden ranked 8th out of 731 gardens all over Japan. Nijo Castle

Kawasan lapang berhampiran Seiryu-En

Ikut perancangan asal, memang kami akan melawat sekolah di Kyoto, selepas beberapa bulan berbalas email itu dan ini akhirnya, cita-cita kami tak kesampaian. Nak buat macam mana, dah usaha tapi tak dak rezeki. Ada rezeki, peluang dapat berborak dengan diorang ni memang best. Walaupun bahasa jadi masalah, tapi itu bukan penghalang. Ada beberapa ayat yang aku belajar "Watashi-tachi wa mareisha-jin desu". Aku perkenalkan diri "watashi-tachi wa sensei desu" diorang teruja dengar yang kami ni cikgu. Paling terharu bila kami nak berpisah diorang ucap "Arigato Sensei" Ucapan ini tak dapat dibeli dengan wang ringgit!

Memetik kata-kata kawan aku kat account instagram dia "anak didik kami di Kyoto, Japan.. p/s kalau dah cikgu, kat mana2 pun cikgu... ecewah..!! huhu" 

Nilai Sentimental Origami

Lepas melawat kawasan Istana, kami ke kedai cenderamata. Perpisahan kami dengan budak-budak sekolah (yang bergambar ramai-ramai) tak berakhir macam tu saje. Ada sesuatu yang menyentuh hati aku. Budak baju biru datang dengan cikgu dan dia bagi hadiah origami sebagai tanda kenang-kenangan. Sangat terharu waktu ni, terima kasih, tak sempat nak tanya nama. Aku tercari-cari maksud disebalik hadiah yang diberi. 

Origami dipercayai dapat membawa kegembiraan dan juga simbol keamanan. Bagi masyarakat Jepun, origami mempunyai nilai sentimental tersendiri. Salah satu cerita yang aku nak kongsikan ialah kisah tentang dua sahabat baik Sadako Sasaki dan Chizuko Hamamoto. Sadako Sasaki merupakan mangsa bom atom di Hiroshima, pada ketika itu dia baru berusia 2 tahun. Pada tahun 1955 dia Sadako dimasukkan ke hospital kerana mengidap penyakit Leukimia. Chizuko, sahabat baik Sadako sering melawatnya di hospital. 

Semasa melawat Sadako, Chizuko menggunting sekeping kertas emas dan melipat kertas (origami) sehingga menjadi bentuk seekor burung. Sadako tidak faham kenapa sahabat baiknya berbuat demikian, Chizuko memberitahu Sadako "Kalau awak dapat buat sampai 1000 ekor origami  burung hajat awak akan ditunaikan." Mendengar kata-kata sahabat baiknya itu, Sadako berusaha hari demi hari membuat origami tanpa rasa jemu. Dia berhajat untuk terus hidup, untuk terus bersahabat dengan Chizuko. Namun Sadako hanya mampu sebanyak 644 origami sebelum kematiannya.

"Kalau awak dapat buat sampai 1000 ekor origami  burung hajat awak akan ditunaikan."

Demi sahabat baiknya, Chizuko berusaha menyiapkan sehingga 1000 ekor burung origami dan kesemua origami tersebut disemadikan bersama-sama Sadako. Sadako meninggal dunia pada 25 Oktober 1955. Sedih. 1000 Ekor Burung Origami "Senbazuru" merupakan kepercayaan masyarakat Jepun, jika seseorang mampu menghasilkan Senbazuru, hajat seseorang akan ditunaikan. 

Origami ni buatkan aku teringat cerita Sadako dan Chizuko.

Teringat masa aku praktikal di sebuah sekolah rendah, aku ternampak ada sorang murid darjah dua, Iman* tengah buat origami, tapi dia tak reti. Jadi aku ajar dia buat origami, memang suka la dia dapat origami yang aku ajar. Tiap-tiap, kalau dia ada masa petang lepas habis sekolah mesti dia datang kat tempat aku di bilik guru, bawak sehelai kertas, "nak buat lagi origami cikgu...." Aku pulak ada kalanya sibuk, tak dapat nak layan. Kadang-kadang dia tarik muka masam, budak-budak. Tiba-tiba rasa bersalah kat anak murid aku tu T_T.

Aku tinggalkan cerita ini sebagai kenangan manis, kenangan manis di Istana Nijo.

Bersambung...

Muhammad Saffuan Bin Jaffar
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...