Isnin, 1 Disember 2014

Trip Bercuti di Jepun - Pengangkutan di Kyoto (3)

Pengangkutan di Kyoto

Sepanjang kami berada di Kyoto kami menggunakan perkhidmatan Kyoto City Bus. Kebanyakkan tempat-tempat menarik di Kyoto dihubungkan dengan City BusCity Bus ada menawarkan One Day Pass dan sangat menjimatkan, kalau beli single tiket pun dah JPY230. Korang boleh guna pass ni dalam kawasan yang dihadkan saja. One day pass ni korang boleh beli kat satu bangunan kecik yang terletak kat sebelah kanan Kyoto Station, keluar je dari Kyoto Station dah boleh nampak. One day pass ni jugak korang boleh beli kat dalam bas.

Kedudukan Pintu Utama Kyoto Station dengan tempat untuk beli One Day Pass

Bas di Kyoto ni unik dari bas di tempat lain, sebabnya, korang kena naik dari belakang. Tambang pulak di bayar waktu nak turun bas. Harga tiket bas untuk ke semua tempat sama je, JPY230 untuk dewasa. Ada dua jenis City Bus, (1) Bas Hijau (2) Raku Bus No. 100/101/102. Raku Bus atau Bus Ekspress akan melalui kawasan-kawasan tarikan pelancong dan bas ni akan stop di perhentian bas yang berdekatan dengan tarikan pelancong sahaja, tempat-tempat tak de tarikan pelancong dia tak stop la. Untuk maklumat lanjut pasal Raku Bus, boleh klik di sini. Dari Kyoto station kami bergerak ke Hostel. Tak sabar, rasa exited nak tengok washitsu!



Muhammad Saffuan Bin Jaffar

15 ulasan:

  1. berbeza dgn malaysia kan.. naik depan bayar siap2...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Naik bas kena bagi tau kapten bas nak ke mana... sebabnya kadar bayaran di Malaysia berbeza-beza ikut destinasi... kalau ramai orang kena la tunggu lama untuk naik bas...

      Di Kyoto, naik je, sebab ratenye sama.... masa nak naik tak perlu beratur panjang, masa nak turun pun sama...

      Padam
  2. Thanks for sharing this info.. :D
    230JPY tu dah kira murah la nak jalan2 satu Kyoto :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. JPY230 tu bukan untuk jalan2 satu kyoto, tapi tu rate untuk ke mana-mana destinasi...
      Kalau one day pass harga JPY500, unlimited ride untuk satu hari... ni baru murah... hehe...

      Padam
  3. untung la..pi mana2 semua bayar sama harga..kan??kalau orang tak tahu ni mesti tertanya2 sepanjang jalan.."eh..tak payah bayar ke naik ni.."..hahahkan??

    BalasPadam
    Balasan
    1. yesss, rata2 pelancong luar yang nampak tercengang, blurr bila naik bas kat kyoto... tambah pulak ada yg naik kad depan, lepas tu driver bas suruh naik dari belakang...

      Padam
  4. better beli pass kalau maccam tu jauh lebih murah, kalau nak beli JPY230 setiap kali, mesti koyak~

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya sangat berbaloi untuk 2 trip ke atas....

      Padam
  5. salam

    nak kena buat research lah pasal Jepun ni... nak travel nanti boleh rujuk sini.. thanks for the info.

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam, sila la.... saya ada update info terbaru... rajin2 la singgah sini, terima kasih...

      Padam
  6. Salam..sy nk tanya ape beza bus hijau & raku bus?korg naik bus apa?one day pass tu bole guna utk kedua2 bus tu ke?thanks

    BalasPadam
  7. Salam..sy nk tanya ape beza bus hijau & raku bus?korg naik bus apa?one day pass tu bole guna utk kedua2 bus tu ke?thanks

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam.... bas hijau bergerak ke semua perhentian pada laluan yang bas tu lalu... raku bas pulak hanya lalu di tempat2 tumpuan pelancong... so, bas nni x banyak stop la....

      one day pass boleh guna untuk kedua2 jenis bas...

      Padam
  8. first time nak g jepun ni..xtau nak start ngn apa.....

    BalasPadam
  9. One day pass tu kalau beli kena guna pada hari yang sama ke? Atau boleh set hari macam JR pass?

    BalasPadam

Tolong letak nama, ok??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...