Khamis, 18 Disember 2014

Cara Jimat Untuk Bercuti di Jepun

Aku kembali dengan entry terbaru! Assalamualaikum guys, walaupun 3 bulan dah berlalu, aku masih lagi duk share pasal trip Jepun, al maklumlah "tempat jatuh lagi dikenang, inikan pulak tempat melancong!" OK, masa nak rancang jadual perjalanan Trip Bercuti di Jepun, aku sedaya cuba untuk jimat kos perbelanjaan di Jepun antara cara yang aku dapat jimat bercuti di Jepun ialah :

1. Beli tiket flight promo.
Ramai yang tanya bila ada jual tiket murah AirAsia? Hmm susah aku nak bagi tau, sebab aku bukanya hari-hari buka laman web AirAsia, dan tak semestinya AirAsia jer yang murah. Cara mudah untuk tahu bila ada promo korang subscribe ler newsletter, itu cara yang mudah untuk korang tahu bila ada promosi.

2. Bawak makanan sendiri
Untuk pengetahuan korang, harga makanan di Jepun bila korang convert ke Ringgit Malaysia agak mahal sebenarnye, kalau korang bercuti di Jepun dalam tempoh yang lama, kos yang diperlukan agak tinggi. Caranya korang bawak makanan daripada Malaysia dan masak sendiri di Hostel, "sebelum booking hostel, tanya dulu diorang ada kemudahan dapur tak?" Masa aku di Nagoya, Hotel yang aku menginap tak ada kemudahan dapur, waktu tu kami beli nasi segera di 7 Eleven dan panaskan dengan microwave di sana. Disamping tu jangan lupa bawak coklat untuk bekalan tenaga, kalau lapar kat tengah jalan, cari kedai tak jumpa boleh ngap coklat sementara nak dapatkan makanan.

Cuba korang convert tengok berape?

Bekalan makanan daripada Malaysia 

Pengalaman masak nasik di Jepun, aku tak akan lupa sampai bila-bila. Dekat 2 jam nasik tak masak-masak. 

Selain daripada tu, korang boleh la beli Makanan di Lawson atau 7 Eleven, benda yang aku beli kat kedai tu Onigiri dan Nasi Segera, pastikan korang tanya pekerja di Lawson atau 7 Eleven makanan yang korang boleh makan. Harga untuk seketul onigiri murah, tak lebih dari JPY200.

Onigiri Telur Ikan 

Nasi Ikan 

Jangan Lupa tanya untuk pastikan makanan tu korang boleh makan (halal)

3. Pilih hostel/hotel yang Murah
Selain dari murah, keselesaan tu sangat la penting. Biar la murah dan selesa. Masa aku nak pilih hostel ada beberapa kriteria penting yang aku ambil kira,

a) Kemudahan dapur, sebab nak masak,at least paling koman pun ada water heater dan microwave
b) Berdekatan dengan stesen bas/stesen subway/stesen keretapi, ini nak memudahkan perjalanan korang, ada jugak hostel yang murah tapi punya la jauh nak ke stesen bas, stesen subway dan lain-lain.

Bila tengah mencari hostel korang boleh semak facilities yang ada di laman web.

4. Passes untuk Pelancong.
Di Jepun ada banyak ditawarkan Passes untuk pelancong, contoh macam di Osaka saja ada lebih daripada 5 passes untuk pelancong!

a) Rainbow Card
b) Osaka Kaiyu Ticket
c) Osaka Visitor Ticket 
d) One Day Ticket Enjoy Eco Card
e) Osaka Amazing Pass

Mesti pening nak pilih yang mana satu kan? Untuk setiap passes harganya berbeza-beza ada yang sampai JPY 3000 dan ada yang serendah JPY 600 sahaja! Ni disebabkan setiap passes untuk pelancong menawarkan pakej yang berbeza-beza, ada passes yang menawarkan 

a) unlimited ride untuk semua subway dan bas
b) unlimited ride untuk bas sahaja (macam yang aku gunakan di Kyoto)
c) unlimited ride untuk semua subway dan bas dan diskaun untuk masuk ke tempat menarik, contoh Osaka Amazing Pass
d) tiket untuk keretapi dari bandar ke bandar, contoh Kintetsu Rail Pass

Macam mana korang nak pilih pass yang sesuai supaya korang boleh berjimat untuk cuti di Jepun?
Beberapa perkara yang korang kena ambil kira antaranya,

a) berapa hari korang nak tinggal di tempat tu
b) tempat yang korang nak melawat

OSAKA

Aku hanya berada di Osaka selama satu hari saja, kebanyakkan tempat yang aku nak pergi tak dikenakan bayaran contonhnya, Osaka Castle (tak masuk dalam, hanya ronda diluar), so aku pilih One Day Ticket Enjoy Eco Card . Pada hari biasa tiket ni berharga JPY800, tetapi masa weekend harga tiket ni JPY600 sahaja! Dengan tiket ni aku banyak jimat berbanding kalau aku beli single ticket untuk naik subway atau bas. Untuk makluman korang, tak banyak maklumat mengenai One Day Ticket Enjoy Eco Card di laman web, korang boleh dapatkan tiket ni di Mesin Tiket Subway.

One Day Ticket Enjoy Eco Card

KYOTO

Di Kyoto, aku menggunakan kemudahan Bas untuk bergerak ke tempat-tempat menarik. Berdasakan pengalaman aku, bas di Jepun agak efisyen tetapi masa untuk bergerak dari tempat ke tempat agak makan masa berbanding kalau korang naik subway. Tetapi di Kyoto tak semua tempat-tempat menarik korang dapat pergi dengan subway! 

Aku menggunakan kemudahan Kyoto City Bus, kadar untuk satu perjalanan ke mana-mana tempat adalah sama, JPY 230 sehala, tapi dengan Kyoto One Day Pass dengan Bayaran JPY 500, korang boleh unlimited ride sehingga bas terakhir pada hari yang korang beli tiket. Tiket ni korang boleh beli di Stesen Kyoto dan semasa nak turun daripada bas.

Kyoto One Day Pass

NAGOYA

Di Nagoya aku menggunakan Me~guru (NAGOYA SIGHTSEEING ROUTE BUS), harga untuk tiket ni ialah sebanyak JPY500. Me~Guru akan lalu di kesemua tempat-tempat menarik di Nagoya dan tiket ni juga boleh digunakan untuk dapat diskaun. Masa aku melawat ke Muzium Toyota, aku tunjuk je tiket Me~Guru ni masa nak bayar tiket Muzium, asalnya tiket nak masuk muzium JPY, tapi dengan Tiket Me~Guru aku bayar JPY400 sahaja.

Me~Guru

Kalau korang nak travel dengan jimat ke Jepun, tak mustahil. Kena banyak research, bukan setakat blog saja, tapi cuba korek dari forum dan laman web atau mungkin boleh tanya orang yang dah pergi Jepun. Ada satu kata-kata tu, tapi aku dah lupa, bunyi lebih kurang macam ni la "Pengembara tahu ke mana diorang pergi" Mungkin setakat tu je kot perkongsian aku. Insya-Allah, kalau ada benda baru yang terlintas, kalau aku rajin aku kongsikan dengan korang ye!

"One's destination is never a place, but a new way of seeing things." - Henry Miller


 Muhammad Saffuan Bin Jaffar

11 ulasan:

  1. Balasan
    1. terima kasih, harap dapat share dengan kawan2 tips bercuti di Jepun...

      Padam
  2. Sngt tertarik dgn blog saudara. Slh stu impian sya adlh mengembara ke serta ngra. Tp stu mslh, tak terjumpa lagi rakan yg sma minat. Semoga tertunai impian ni, insya Allah.. Truskn berkongsi tips2 ke tmpt2 menarik saudara.

    BalasPadam
  3. Sngt tertarik dgn blog saudara. Slh stu impian adlh mengembara ke serata negra. Tp stu mslh, blm jumpa rakan yg sma mnat. Semga tertunai impian ni, insya Allah. Truskn berkongsi tips2 ke tmpat2 menrik saudara.

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih... insya Allah satu hari nanti jumpa la rakan2 yang sama minat...
      komen anda bagi saya semangat untuk terus menulis dan berkongsi cerita di sini!

      Padam
  4. Trm ksh atas tips. Inshallah akan ke jepun feb 2015. Tp x decide lg nk pg area mana. Flight landing di tokyo. Mgkn saudara blh cdgkan tempat yg berbaloi utk dilawati dgn bajet plg minimum kalau blh? :-D

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama2... saya belum berpeluang untuk melawat ke tokyo atas sebab masa dan bajet... tapi berdasarkan pembacaan saya dari bloggers yang lain & juga pendapat dari rakan2 travel yang lain, mungkin anda boleh lawat tempat2 berikut

      1. Temple
      2. Festival
      3. Shibuya
      4. Harajuku
      5. Masjid / Muslim Centre
      Di tempat-tempat tu tak dikenakan bayaran (sesetengah temple mengenakan bayaran, better check), di sana awak mungkin dapat tengok benda yang sangat menarik contohnya, masa saya di osaka, saya sempat menyaksikan adat perkahwinan orang jepun... menarik bukan?

      Festival-festival di jepun sangat menarik, untuk maklumat lanjut awak boleh search maklumat di laman web tourism japan untuk mengetahui tarikh dan lokasi dengan lebih lanjut...

      Di shibuya ada sebuah tugu peringatan "hachiko" seekor anjing yang sangat setia, menanti tuannya, boleh baca atau menonton cerita di youtube, sangat menyentuh hati....

      Harajuku ni ada orang menggelarkannya dengan gelaran "place with no rule" kalau bernasib baik awak dapat tengok orang yang berpakaian yang pelik2...

      Selain tu sangat best kalau awak dapat berpeluang melawat ke masjid di jepun, boleh jumpa dengan muslim tempatan!!!

      Perkongsian saya ni sesetengahnya berdasarkan bacaan dan ada dari pengalaman sebenar... selamat bercuti ke jepun....

      Padam
  5. Tq for the quick reply. Sbnrnya x plan nk duduk lama kat tokyo sbb tau cost kat situ agak mahal. Mgkn sehari dua je. Stay di jepun 7 hari. Slbhnya mgkin nk pg osaka atau area2 yg berdekatan. Kalau x keberatan, nk tau saudara pernah pg area mana n tempat apa yg dilawati

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama2... saya berada di jepun selama 8 hari antara tempat yang saya lawati Osaka, Kyoto dan Nagoya... untuk maklumat yang lebih lanjut tentang trip saya, awak boleh cari entry2 saya yang terdahulu... mungkin dapat membantu awak mendapat idea merancang perjalanan di jepun nanti...

      Padam
    2. Terima kasih dik saffuan...info yg sgt detail dan sgt2 berguna...terusksn brkongsi...smg Allah merahmati usaha adik...aminnn

      Padam
  6. jumlah kos yg dihabiskan di jepun brpe bro ? x termsuk flight cuma kos spnjang kt sane

    BalasPadam

Tolong letak nama, ok??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...