Jumaat, 19 Disember 2014

Apa maksud disebalik BACKPAKER?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Alhamdulillah, aku baru je baik dari demam. Elok je demam aku kena kerja 12 jam dari hari Sabtu (13.12) sampai la hari ni. Aku kerja dekat Chowrasta Market, jadi kawasan tu memang kawasan tumpuan pelancong. Aku pergi kerja seawal jam 8.00 pagi, sampai di kedai kira-kira jam 8.20 pagi. Suasana kat Chowrasta memang agak sibuk, kadang-kadang tu nampak la mat salleh duk galas beg besar-besar. Kebanyakan diorang ni menginap di sekitar Chulia Street, kawasan yang sangat terkenal dalam kalangan geng backpakers. Waktu tu terdetik dalam benak fikiran aku "apa kebenda BACKPAKER ni?"

Pandangan aku tentang BACKPACKER

Aku selalu jer sebut, cuti-cuti ala "Backpaker" tapi aku sendiri tak tahu ape kebende? Berdasarkan pengalaman yang aku lalui, aku boleh katakan "Backpaker" ni sebagai melancong, pergi sendiri dengan dengan bajet yang rendah. Tu je yang berlegar-legar dalam fikiran aku. Pergi sendiri ni bermakna korang yang uruskan korang nak ke mana, korang plan, korang tetapkan bajet. Bajet rendah pulak, aku sedaya upaya untuk kurangkan kos perbelanjaan dengan beli tiket murah, duk hostel dan bawak bekal sendiri.

Adakah budak itu backpaker? 

Bergambor dengan beg kesayarangan aku di Danao Toba

Pandangan sumber lain tentang BACKPAKER

Malaysian Backpakers Club berpendapat bahawa "Backpack" ialah

Backpack is always associated with backpackers. In fact, we backpackers use backpack as our luggage. What is a backpack? A backpack is a cloth sack carried on one’s back with 2 straps that go over the shoulders. Backpack comes with many names. A backpack is also known as rucksack, knapsack, packsack, or simply pack.


Sebenarnya pengertian BACKPAKER ni banyak makna, tak semestinya sama apa yang orang putih maksudkan dengan orang kita di Malaysia maksudkan. Menurut sumber wikipedia, BACKPAKER bermaksud low cost (bajet rendah), bebas merantau ke negara-negara lain. Selain daripada tu, maksud BACKPAKER juga merujuk kepada orang galas beg besar-besar yang mudah diurus untuk perjalanan jauh dan perjalanan yang mengambil masa yang lama. Golongan BACKPAKER juga cenderung untuk menggunakan kenderaan awam untuk bergerak.

Sumber : Wikipedia Backpaking

Bilik selesa ala-ala 5 bintang? Mungkin tak la kot, orang BACKPAKER ni biasanya memilih hostel-hostel bajet, asalkan  bilik air ok, ade dapur dan  boleh lelap mata. Geng BACKPAKER ni bukan sahaja berminat untuk melawat ke tempat-tempat menarik, malah diorang ni turut berminat untuk bergaul dengan penduduk tempatan supaya diorang dapat mengenali budaya tempatan dengan lebih dekat. Masa trip aku ke mana-mana aku akan cari pasar. Aku suka tengok suasana di pasar, sebabnya kat tempat tu korang dapat tengok real life penduduk tempatan.

Selain daripada tu geng BACKPAKER ni suka buat research dan planning, research dan planning sangat penting supaya korang tahu mana hala tuju, adat atau peraturan tempatan. Banyak sumber-sumber yang korang boleh perolehi contohnya daripada buku seperti Lonely Planet, laman-laman web dan juga bloggers yang pernah melancong. Research dan planning dapat bagi gambaran awal sebelum korang sampai ke tempat tu. Selain bercuti, korang dapat jugak tambah ilmu pengetahuan, kannn?

Kesimpulannya, Backpaker boleh dirumuskan sebagai : 

1. Bercuti dengan galas beg besar
2. Bebas merantau ke negara-negara lain
3. Cenderung menggunakan kenderaan awam
4. Penginapan hostel bajet, murah dan selesa
5. Bergaul dengan orang tempatan untuk mendekati budaya setempat
6. Research dan Planning sebelum bercuti

"I would rather OWN LITTLE and see the WORLD than own the world and see little of it"

Setakat tu je la kot, mungkin korang dah faham sikit apa itu BACKPAKER. Anda bersetuju atau korang ada pandangan lain? Best sangat ke jadi backpacker ni? Boleh kongsikan dengan aku...


 Muhammad Saffuan Bin Jaffar

14 ulasan:

  1. Bagus..
    Kekadang Terms "Backpackers" tu sendiri pun org tak tau nak guna! Selalunya kita pegi "Backpacking" bukan "Backpackers". Kekadang tu kelakor kan kalau dengar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe... kadang2 tu, saya pun silap jugak guna istilah tu... meh gelak sama2, hahahaa...

      Padam
  2. pernah buat sekali ngan mmbr..yg lain ok dh mcm backpacker tapi bab makanan lak ter mewah... bukn pa.. nk try mkana. yg ada...

    BalasPadam
    Balasan
    1. makanan tu boleh dikecualikan la kot.... kadang2 ada yang halal mahal, lepas tu pulak teringin tengok... lantak lah...

      Padam
  3. Backpacker kot..Saya pernah buat secara solo di Eropah..bestttttt..dapat banyak kawan baru compared kalau jalan dgn kawan2
    saya ada blog sikit..tahun 2008

    Jemputlah ke blog saya #projek2ribu

    BalasPadam
    Balasan
    1. wah~ bestnyerr dah sampai ke eropah... teringin laaa...

      dah singgah di blog & siap follow...

      Padam
  4. backpacker??? setiap orang ada definasi sendiri...
    Tak kisah lah.. janji selamat travel pergi dan balik.. hehe

    Just found out your blog.. :-)
    Banyak kisah menarik di sini..

    BalasPadam
    Balasan
    1. yes, masing2 ada definisi sendiri...
      janji boleh melancong, selamat balik...

      selamat berkenalan...

      Padam
  5. Wondering macam mana lah org lain boleh jdo backpackers kental.. harap satu hari nanti dpt follow gak :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. teringin... tapi makin lama, masa makin jadi kekangan...

      Padam
  6. Lagi2 bila dah jd guru fulltime, time nak travel hanya cuti Sekolah yg pjggg..bln 6@12. Yg short holiday bln 3@9..
    Nak mohon cuti utk jln2 jgn harap la boleh lulus kecuali klu gb@ pengetua tu sama minat tp mmg susah la yerr..
    Dah cuti yg boleh apply tu 7 hari jer setahun utk certain 2 kes sahaja..
    ITU yg nak merasai sakura season d Jepun, tggu dah pencen kot bru leh gi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. aduh.... tak pa2 tugas jalankan dengan penuh komitmen... berjalan2 pun nak juga.... saya sempat merasa musim bungan sakura di UK... subhanallah sangat cantik...

      Padam
  7. setuju sangat dengan entri neh...long live backpacker.. huhu

    BalasPadam
  8. salam..nk tnya biasa kalo travel ke osaka ala2 backpackers ni time booking AA xperlu tick 20 kg baggage tu kot? insurans better amik ke x? tk

    BalasPadam

Tolong letak nama, ok??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...