Memaparkan catatan dengan label Bajet Bercuti Jepun (Osaka Kyoto Nagoya). Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bajet Bercuti Jepun (Osaka Kyoto Nagoya). Papar semua catatan

Khamis, 18 Disember 2014

Cara Jimat Untuk Bercuti di Jepun

Aku kembali dengan entry terbaru! Assalamualaikum guys, walaupun 3 bulan dah berlalu, aku masih lagi duk share pasal trip Jepun, al maklumlah "tempat jatuh lagi dikenang, inikan pulak tempat melancong!" OK, masa nak rancang jadual perjalanan Trip Bercuti di Jepun, aku sedaya cuba untuk jimat kos perbelanjaan di Jepun antara cara yang aku dapat jimat bercuti di Jepun ialah :

1. Beli tiket flight promo.
Ramai yang tanya bila ada jual tiket murah AirAsia? Hmm susah aku nak bagi tau, sebab aku bukanya hari-hari buka laman web AirAsia, dan tak semestinya AirAsia jer yang murah. Cara mudah untuk tahu bila ada promo korang subscribe ler newsletter, itu cara yang mudah untuk korang tahu bila ada promosi.

2. Bawak makanan sendiri
Untuk pengetahuan korang, harga makanan di Jepun bila korang convert ke Ringgit Malaysia agak mahal sebenarnye, kalau korang bercuti di Jepun dalam tempoh yang lama, kos yang diperlukan agak tinggi. Caranya korang bawak makanan daripada Malaysia dan masak sendiri di Hostel, "sebelum booking hostel, tanya dulu diorang ada kemudahan dapur tak?" Masa aku di Nagoya, Hotel yang aku menginap tak ada kemudahan dapur, waktu tu kami beli nasi segera di 7 Eleven dan panaskan dengan microwave di sana. Disamping tu jangan lupa bawak coklat untuk bekalan tenaga, kalau lapar kat tengah jalan, cari kedai tak jumpa boleh ngap coklat sementara nak dapatkan makanan.

Cuba korang convert tengok berape?

Bekalan makanan daripada Malaysia 

Pengalaman masak nasik di Jepun, aku tak akan lupa sampai bila-bila. Dekat 2 jam nasik tak masak-masak. 

Selain daripada tu, korang boleh la beli Makanan di Lawson atau 7 Eleven, benda yang aku beli kat kedai tu Onigiri dan Nasi Segera, pastikan korang tanya pekerja di Lawson atau 7 Eleven makanan yang korang boleh makan. Harga untuk seketul onigiri murah, tak lebih dari JPY200.

Onigiri Telur Ikan 

Nasi Ikan 

Jangan Lupa tanya untuk pastikan makanan tu korang boleh makan (halal)

3. Pilih hostel/hotel yang Murah
Selain dari murah, keselesaan tu sangat la penting. Biar la murah dan selesa. Masa aku nak pilih hostel ada beberapa kriteria penting yang aku ambil kira,

a) Kemudahan dapur, sebab nak masak,at least paling koman pun ada water heater dan microwave
b) Berdekatan dengan stesen bas/stesen subway/stesen keretapi, ini nak memudahkan perjalanan korang, ada jugak hostel yang murah tapi punya la jauh nak ke stesen bas, stesen subway dan lain-lain.

Bila tengah mencari hostel korang boleh semak facilities yang ada di laman web.

4. Passes untuk Pelancong.
Di Jepun ada banyak ditawarkan Passes untuk pelancong, contoh macam di Osaka saja ada lebih daripada 5 passes untuk pelancong!

a) Rainbow Card
b) Osaka Kaiyu Ticket
c) Osaka Visitor Ticket 
d) One Day Ticket Enjoy Eco Card
e) Osaka Amazing Pass

Mesti pening nak pilih yang mana satu kan? Untuk setiap passes harganya berbeza-beza ada yang sampai JPY 3000 dan ada yang serendah JPY 600 sahaja! Ni disebabkan setiap passes untuk pelancong menawarkan pakej yang berbeza-beza, ada passes yang menawarkan 

a) unlimited ride untuk semua subway dan bas
b) unlimited ride untuk bas sahaja (macam yang aku gunakan di Kyoto)
c) unlimited ride untuk semua subway dan bas dan diskaun untuk masuk ke tempat menarik, contoh Osaka Amazing Pass
d) tiket untuk keretapi dari bandar ke bandar, contoh Kintetsu Rail Pass

Macam mana korang nak pilih pass yang sesuai supaya korang boleh berjimat untuk cuti di Jepun?
Beberapa perkara yang korang kena ambil kira antaranya,

a) berapa hari korang nak tinggal di tempat tu
b) tempat yang korang nak melawat

OSAKA

Aku hanya berada di Osaka selama satu hari saja, kebanyakkan tempat yang aku nak pergi tak dikenakan bayaran contonhnya, Osaka Castle (tak masuk dalam, hanya ronda diluar), so aku pilih One Day Ticket Enjoy Eco Card . Pada hari biasa tiket ni berharga JPY800, tetapi masa weekend harga tiket ni JPY600 sahaja! Dengan tiket ni aku banyak jimat berbanding kalau aku beli single ticket untuk naik subway atau bas. Untuk makluman korang, tak banyak maklumat mengenai One Day Ticket Enjoy Eco Card di laman web, korang boleh dapatkan tiket ni di Mesin Tiket Subway.

One Day Ticket Enjoy Eco Card

KYOTO

Di Kyoto, aku menggunakan kemudahan Bas untuk bergerak ke tempat-tempat menarik. Berdasakan pengalaman aku, bas di Jepun agak efisyen tetapi masa untuk bergerak dari tempat ke tempat agak makan masa berbanding kalau korang naik subway. Tetapi di Kyoto tak semua tempat-tempat menarik korang dapat pergi dengan subway! 

Aku menggunakan kemudahan Kyoto City Bus, kadar untuk satu perjalanan ke mana-mana tempat adalah sama, JPY 230 sehala, tapi dengan Kyoto One Day Pass dengan Bayaran JPY 500, korang boleh unlimited ride sehingga bas terakhir pada hari yang korang beli tiket. Tiket ni korang boleh beli di Stesen Kyoto dan semasa nak turun daripada bas.

Kyoto One Day Pass

NAGOYA

Di Nagoya aku menggunakan Me~guru (NAGOYA SIGHTSEEING ROUTE BUS), harga untuk tiket ni ialah sebanyak JPY500. Me~Guru akan lalu di kesemua tempat-tempat menarik di Nagoya dan tiket ni juga boleh digunakan untuk dapat diskaun. Masa aku melawat ke Muzium Toyota, aku tunjuk je tiket Me~Guru ni masa nak bayar tiket Muzium, asalnya tiket nak masuk muzium JPY, tapi dengan Tiket Me~Guru aku bayar JPY400 sahaja.

Me~Guru

Kalau korang nak travel dengan jimat ke Jepun, tak mustahil. Kena banyak research, bukan setakat blog saja, tapi cuba korek dari forum dan laman web atau mungkin boleh tanya orang yang dah pergi Jepun. Ada satu kata-kata tu, tapi aku dah lupa, bunyi lebih kurang macam ni la "Pengembara tahu ke mana diorang pergi" Mungkin setakat tu je kot perkongsian aku. Insya-Allah, kalau ada benda baru yang terlintas, kalau aku rajin aku kongsikan dengan korang ye!

"One's destination is never a place, but a new way of seeing things." - Henry Miller


 Muhammad Saffuan Bin Jaffar

Sabtu, 13 Disember 2014

Itinerary Bercuti ke Jepun

Assalamualaikum, ramai yang bertanya tentang itinerary Lengkap Backpakers Bercuti di Jepun aku baru-baru ni, nah aku share dengan korang untuk rujukan. Sekali lagi aku nak ingatkan, aku dah share dengan korang itinerary bercuti Jepun aku, lain kali aku tak akan tolong buat itinerary untuk orang ye, korang boleh amik itinerary bercuti di Jepun aku yang aku buatm, lepas tu korang pandai-pandai la ubah. Aku mintak maaf sebab aku tak dapat nak tunaikan permintaan yang macam ni. 

"Salam dik, akak nak ke Jepun bulan 4 tahun depan, bile ada tiket murah? Boleh tak anggarkan bajet trip kami? Kalau boleh adik buatkan jadual perjalanan sekali..." - Soalan dan permintaan macam ni terlalu abstrak untuk saya hadam. Saya sendiri pun buat banyak rujukan dari bloggers yang lain. Ok lah tak nak membebel panjang-panjang, ni secara ringkas perjalanan, yang detail siap dengan bajet semua korang download dari dropbox.

Benda yang aku share ni hanya merangkumi OSAKA, KYOTO dan NAGOYA, kalau nak tanya pasal tempat-tempat lain mintak maaf, saya tak sampai lagi, hehe...



ITINERARY BERCUTI DI JEPUN (8 HARI)

12 SEPTEMBER 2014
- Berpura-pura balik ke kampung (Bertolak dari IPGKPP ke Airport Pulau Pinang)

13 SEPTEMBER 2014
-Tiba awal pagi di KLIA2, tidur semalam kat airport macam pelarian, ada aku kesah??
-Bertolak dari KLIA2 ke Kansai International Airport (Petang)
-Bermalam di Kansai International Airport (tidur kat surau)

14 SEPTEMBER 2014
-Chek in Hotel (Hotel Toyo, Osaka)
-Melawat ke Istana Osaka
-Jalan-jalan di Sekitar Amerika-Mura (Jalan main redah jerr)

15 SEPTEMBER 2014
-Bertolak ke Kyoto
-Melawat ke Nishiki Market dan Shikyogoku Shopping Archade

16 SEPTEMBER 2014
- Romantic Train
- Bamboo Forest
- Kinka-kuji
-Melawat ke Nishiki Market dan Shikyogoku Shopping Archade (Shopping makanan, lapo)

17 SEPTEMBER 2014
- Nijo Castle
- Ginka-Kuji
- Melawat ke Nishiki Market dan Shikyogoku Shopping Archade (Shopping makanan, lapo)

18 SEPTEMBER 2014
- Kyoto Muslim Centre
- Sewa Kimono di Gion Machi
- Melaram dengan Kimono di Inari Shrine 
- Naik Shinkansen (Bullet Train) ke Nagoya

19 SEPTEMBER 2014
- Toyota Museum
- Nagoya Science Museum (malangnya, muzium ni tutup)
- Ronda-ronda dengan Bas Me~Guru
- Jamu mata di Osu Kannon (Sini ada kedai makanan halal, kebab, nasi kandar tak de yer)

20 SEPTEMBER 2014
- Bertolak ke Chubu International Airport
- Balik Malaysia, siapkan assignment!!!

BLOGGERS RUJUKAN :


LAMAN WEB RUJUKAN : 

1. Semakan Harga Tiket Train [HYPERDIA]
2. JR West (Shinkansen)

LAMAN WEB HOSTEL :



UNTUK PANDUAN ITINERARY BERCUTI DI JEPUN LENGKAP (SIAP DENGAN JADUAL BAJET DAN LAIN-LAIN) - KLIK SINI

Semoga apa yang aku kongsikan bermanfaat, kepada yang minat mengembara macam aku, jangan jadikan ketakutan tu sebagai satu penghalang. Bagi aku la, Travel sendiri ni bukannye mudah, banyak yang korang kena explore sendiri sebelum nak pergi berjalan-jalan. Nak cari itu nak cari ini, maklumat tu, maklumat ni, tapi ramai rakan-rakan bloggers yang sudi share, mudah jalan untuk aku ke Jepun dan alhamdulillah, cita-cita aku nak ke Jepun dari kecik lagi tercapai. My Dream is your dream, cecewahhh... Akhir kata (macam ucapan la pulak), Selamat Bercuti Ke Jepun!!!


 Muhammad Saffuan Bin Jaffar

Rabu, 22 Oktober 2014

Bajet Bercuti di Jepun

Assalamualaikum dan Hai, rasanya dah lama aku tak update blog. Kerja-kerja meng-update blog terhenti lepas aku kemalangan. Aku jatuh motor (rasanya aku mengelak dari motor lain yang menghimpit aku) lepas tu aku pengsan. Dapat MC 3 hari, tapi bukannye duk rumah rehat, ulang alik pergi hospital untuk buat CT Scan. Lepas tu aku demam pulak, sekarang ni alhamdulillah ada sedikit ruang untuk aku share dengan korang pasal Bajet Bercuti di Jepun. Aku harap, dengan bajet bercuti di Jepun yang aku share dengan korang ni, dapat la sikit membantu korang yang ada plan nak pergi ke Jepun. Untuk travel itinerary yang lengkap, nanti aku akan upload. Dalam itinerary tu macam-macam ada yang korang boleh buat panduan sebelum plan nak pergi Jepun.

Bajet Bercuti di Jepun... Duit, duit di mana kau duit!

DETAIL BAJET BERCUTI DI JEPUN

Tarikh  : 13 - 20 September 2014
Tempat : Osaka, Kyoto dan Nagoya
Tiket Flight KUL - KIX dan NGO - KUL = RM970
Makanan untuk 8 Hari 7 Malam (Brahim) = RM32.40

PENGIRAAN BAJET BERCUTI DI JEPUN 

OSAKA

13 September 2014
-Tiba di Kansai international Airport
-Bermalam di Airport

14 September 2014
-Tiket Keretapi Nankai Line = 円 920
-Hotel Toyo円 1,600
-One Day Pass = 円600
TOTAL = 円 3,120

KYOTO

15 September 2014
-Tiket Subway (Dobutsuenmae - Umeda) = 円 200
-JR Osaka - Kyoto = 円 560
-Kyoto One Day Pass = 円 500
-Hostel Mundo (4 Hari 3 Malam) = 円 7,800
-Keychain (Beli untuk kawan-kawan) = 円 320
-Keychain (Sendiri punya) = 円 300
-Kopi = 円 530
TOTAL = 円 10,210

16 September 2014
-Kyoto One Day Pass - 円 500
-JR (Saga Arashiyama - Kameoka) = 円 200
-JR (Kameoka - Umahori) = 円 140
-Romatic Train = 円 620
-Green Tea O-Cha = 円 101
-Ais Krim Haagen Dass = 円 227
-Post Card  + Setem = 円 98
TOTAL = 円 1,886

17 September 2014
-Kyoto One Day Pass = 円 500
-Tiket Nijo Castle = 円 600
-Tiket Ginkakuji = 円 500
-Air Honey Lemon - 円 320
-Green Tea dalam Botol - 円 350
-Souvenir (T-Shirt, Mug, Fridge Magnet) = 円 3,390
-2 Cup Haagen Dass Green Tea = 円 455
TOTAL = 円 6,115

18 September 2014
-Kyoto One Day Pass = 円 500
-Sewa Kimono = 円 4320
-Tiket Keretapi (Kyoto Station - Inari) = 円 280
-Shinkansen (Kyoto - Nagoya) = 円 5,150
- EcoHotel Nagoya (2 Malam) = 円 4,200
-Onigiri Tamago & Onigiri Sakana di 7Eleven = 円 360
-Takoyaki (6 Biji) = 円 380
-Air Mineral (1500ml) = 円 101
TOTAL = 円 15,291

NAGOYA

19 September 2014
-Onigiri Ikan = 円 140
-Onigiri Telur = 円 120
-Tiket MeGuru (One Day Pass) = 円 500
-Muzium Toyota  = 円 400
-Kopi = 円 572
-Subway (Dari Hostel ke Osu Kannon) = 円 400
-Kebab Kambing = 円 700
-Minyak Wangi Burberry = 円 2,600
-Takoyaki = 円 375
TOTAL = 円 5,807

20 September 2014
-Tiket Keretapi Meitetsu (Nagoya Station - Chubu Centreair) = 円 980
-Kopi = 円 572
-Bagasi - 円 2,000
TOTAL = 円 3,552

JUMLAH  PERBELANJAAN SEMASA DI JEPUN = 円 45,981 @ RM 1,416.21
(Kadar Tukaran 円 1,000 = RM30.80)


JUMLAH KESELURUHAN BAJET BERCUTI DI JEPUN = RM2,420.41


Dengan jumlah semua tu apa yang aku dah cover

PENGINAPAN
Penginapan di Osaka, Hotel Toyo untuk 1 malam
Penginapan di Kyoto, Hostel Mundo (Bilik Tradisional Jepun) untuk 3 Malam
Penginapan di Nagoya, EcoHotel untuk 2 malam

MAKANAN
Makanan segera Brahim, serunding dan beras (3 kali makan)

TEMPAT MENARIK DI:

OSAKA
i) Osaka Castle
ii) Amerika Mura
iii)

KYOTO
a) Nishiki Market
b) Shinkyogoku Arcade
c) Romantic Train
d) Bamboo Forest
e) Ginkakuji
f) Kinkakuji
g) Nijo Castle
h) Gion
i) Sewa Kimono
j) Inari
k) Pengalaman naik Shinkansen dari Kyoto ke Nagoya

NAGOYA
a) Muzium Toyota
b) Sight Seeing di sekitar Bandar Nagoya dengan Tiket MeGuru
c) Shopping di Osu Kannon

Memang puas trip kali ni, tercapai jugak cita-cita untuk sampai ke Jepun. Banyak kenangan yang best kat sini. Kalau ada rezeki rasa nak je pergi Jepun lagi, ada banyak tempat-tempat yang belum aku jelajah. Next trip kalau boleh, nak menikmati keindahan Gunung Fuji, InsyaAllah. Terima kasih kerana sudi melawat ke blog ni, kunjungan korang memberi semangat untuk aku terus menulis. 


MALAS NAK PLAN PERCUTIAN KORANG KE JEPUN? Nah kat sini aku share Itinerary lengkap untuk korang follow/sebagari rujukan [Itinerary Lengkap Percutian ke Jepun]

 Muhammad Saffuan Bin Jaffar
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...