Sabtu, 4 Oktober 2014

Trip Bercuti di Jepun | Arashiyama Mystical Bamboo Forest

16 September - Hari Malaysia

Lepas bersarapan nasik dengan lauk Brahim's kami meneruskan misi trip bercuti di Kyoto. Tempat pertama yang kami pergi ialah di Saga Arashiyama. Disebabkan kami maklumat yang aku search dah out of date, perjalanan kami yang sepatutnya dekat jadi jauh. Dulu One Day Pass tak cover sampai Arashiyama, tapi sekarang ni korang boleh gunakan One Day Pass naik City Bus ke Arashiyama. Apa yang best kat Arashiyama nih? Tarikan utama kat sini (1) Bamboo Forest, (2) Romantic Train dan ada banyak tarikan lain yang ada kat sini. 

Dari Kyoto Station kami naik bas #205 ke Nishionokyo Enmachi, sampai je kat situ kami tukar naik bas #93 ke Perhentian Bas Saga Setogawacho. Dari perhentian bas tu kami berjalan kaki kira-kira 200m ke JR Saga Arashiyama Station. Suasana lengang kat stesen tu, orang remaja muda-mudi tak nampak lansung, yang ramainya warga emas. Dari Stesen JR Saga Arahiyama kami akan ke Stesen Kamoeka, tiket korang boleh beli di mesin dengan harga JPY200 sehala. Waktu naik keretapi, warga Jepun ni curi-curi tengok pakaian yang kami pakai, mungkin pelik bagi diorang. "Apa pasal orang lelaki pakai skirt di luar???"



Hadapan stesen Saga Arashiyama

Walaupun perjalanan dari Saga Arashiyama ke Kamoeka agak singkat, kami disajikan dengan pemandangan yang sangat indah. Waktu tu musim menuai padi, masyaAllah betul-betul macam kampung aku di Perlis, tak terasa macam berada di Jepun. Lepas beberapa minit kami turun di Stesen Kameoka, masa turun kat sini aku rasa yang aku dah tersilap. Dari research yang aku baca, turun di Kamoeka, tapi masa dalam perjalanan nak ke sini, aku ada nampak satu stesen yang sepatutnya kami turun.

Lengang, suasana di Stesen JR Arashiyama

Sampai di Stesen Kamoeka, memang sah! Kami dah silap stesen. Aku ke kaunter JR, waktu tu ada seorang pekerja lelaki beritahu yang kami kena berpatah balik dari Stesen JR Kamoeka ke Stesen JR Umahori. Dari stesen Umahori kami kena berjalan kaki selama 10 minit untuk ke Stesen Kamoeka Torokko. Kat stesen ni, korang boleh dapatkan tiket untuk naik Romantic Train dengan harga JPY620, lepas tu pulak kami kena beli tiket dari Stesen JR Kamoeka untuk ke Stesen JR Umahori dengan harga JPY140.

Sawah di Kyoto

Tiba di Stesen Umahori, keluar dari stesen tu cari pulak jalan nak ke Kamoeka Torokko, mana? mana? Tak dak pun signboard, Tak jumpa la pulak. Dalam situasi macam ni tak boleh nak serbu tiang, kena relaks. Biasa la time macam ni ada ahlil geng yang nampak kalut "Takkan lari stesen keretapi di kejar" Tarik nafas, jalan keluar, toleh kanan toleh kiri, jumpa pun signboard ke Stesen Kamoeka Torokko, tapi signboard dia kecik. Lega. Dari stesen Umahori ke Kamoeka Torokko, korang akan lalu kawasan bendang, waktu ni musim menuai padi, ada kawasan yang dah botak, ada kawasan yang belum dituai, nampak jauh menyayup kuning-kuning keemasan, subhanallah cantik. Rasa macam kat Arau, rasa macam kat Jeniang, tiba-tiba fikiran melayang sampai ke kampung.

Pemandangan yang mengingatkan aku kat kampung halaman. Bau jerami, deru angin bertiup, kicauan burung, semuanya menggamit memori. Wah~ Nak balik,nak balik kampung!

Pahlawan Melayu dikerah untuk bercucuk tanam, mak cik sorang tu bajet macam panas sangat. 

Romantic Train

Lepas 15 minit berjalan kaki, kami sampai tiba di Stesen Kamoeka Torokko. Di stesen ni ada menempatkan restoran dan kedai-kedai souvenir. Souvenir kat sini kebanyakannya sama macam di Shinkyogoku, tetapi ada souvenir FM, key chain, topi yang bercirikan  romantic train yang korang tak boleh dapat di tempat lain. Menyesal aku tak beli, sebab ingat boleh dapat kat tempat lain, macam di Shinkyogoku. Train kami bertolak jam 11.35 pagi, kami sampai 30 minit lebih awal, tak tau nak buat apa waktu tu, masing-masing ada yang main handset, aku pulak menilau dekat stesen. Ada banyak benda menarik kalau korang rajin ronda-ronda kat sini.

5 minit sebelum jam 11.35 pagi, keretapi tiba di Kamoeka Torokko, waktu tu orang agak ramai. Semua nampak teruja, siap ada yang rakam, ambik gambar romantic train. Bahagian dalaman Romantic Train sangat klasik seolah-olah nak bawak korang merasai kehidupan pekerja yang  pernah menggunakan keretapi ni pada masa dulu. Sejarah keretapi ni bermula dipenghujung abad ke-19, ia berfungsi menghubungkan Kyoto dan Perlabuhan Maizuru. Kini Romantic Train menjadi tarikan utama pelancong yang ingin menyaksikan keindahan Hozugawa (Sungai Hozu).  Kalau korang NAIK Romantic train waktu musim luruh, subhanallah, memang sangat cantik. Kalau ada rezeki datang melawat pada kemuncak musim luruh atau musim bunga.

 Air sungai jernih yang mengalir di sepanjang Sungai Hozu.

Tenang, damai sikit pun tak tercemar. 

Pokok Maple. Di sepanjang laluan Romantic Train di adalah pokok-pokok maple yang akan bertukar warna dari hijau ke warna merah. Sangat cantik kalau korang berkesempatan datang ke sini pada waktu kemuncak musim luruh. 

Jejantas yang merentasi Sungai Hozu

Densha Otoko 電車男 Train Man

Jom layan dulu pemandangan yang indah di sepanjang Sungai Hozu. Keretapi ni bergerak perlahan, semua penumpang berpeluang menghayati keindahan alam semula jadi, cewah.

Direction

Bamboo Forest

Keretapi ni bergerak perlahan, jadi korang dapat menikmati keindahan di sepanjang laluan. Lebih kurang 20 minit kami tiba di Stesen Torokko Arashiyama. Kami bergerak meninggalkan stesen ni untuk ke Arashiyama Bamboo Forest. Arashiyama Bamboo Forest, salah satu tempat yang popular di Kyoto, masuk percuma. Paling best datang lah awal-awal pagi, orang tak ramai, nak shoot gambar pun selesa. 

Rickshaw 人力車 Jin-Riki-sha, penarik beca.


Rickshaw 人力車 Jin-Riki-sha, penarik beca. Jin merujuk kepada Orang, Riki pula bermaksud kuasa dan sha ialah kenderaan. Gabungan tiga perkataan ini Jinrikisha membawa maksud Kenderaan Kuasa Manusia. Dipercayai sejarah rickshaw ni bermula di negara Jepun pada tahun 1869. Rickshaw menggunakan tenaga manusia kerana ia lebih murah berbanding menggunakan kuda, pada masa tu jugak, kuda digunakan untuk ketenteraan. Selain daripada kawasan sekitar Arashiyama, beca seperti ini boleh dilihat di sekitar Gion (Tempat yang terkenal dengan Geisha)

Tenang dan redup, sekarang ini anda sedang melalui sebuah kawasan yang dikelilingi oleh ratusan pokok buluh. Kawasan ini pernah dinobatkan sebagai hutan yang tercantik di dunia. Bagi orang Jepun, buluh-buluh yang berdiri teguh melambangkan kekuatan. 

Kehijauan pepohon buluh

 Pengunjung dari serata dunia tak melepaskan peluang menikmati keindahan Arashiyama



Keindahan panorama di Arashiyama Bamboo Forest. Ramai yang datang ke sini nak bergambar ala-ala romatik, sebab tempat ni ada feeling-feeling keromantikan

Berbaju Melayu sempena Hari Malaysia,16 September. 

Masa tengah jalan-jalan dalam hutan buluh, terjumpa la akak ni, anggun lawa! Rasanya akak ni model untuk majalah Jepun la kot. Masa tu dia tengah rehat, aku pulak tengah pegang kamera nak ambik gambar, ingatkan dia buat tak layan, tapi lain pulak jadinya, dia siap posing dengan penuh gaya lagi, wahh cantiknya awak.

Gadis anggun Jepun memakai pakaian tradisional di Arashiyama Bamboo Forest.
Lepas aku habis tangkap gambar, dia tunduk kat aku, wahh... Dup dup... dup dupp... Tak leh lama-lama kat sini!


Ringkasan perjalanan kami yang aku duk membebel panjang-panjang. Perjalanan bermula dari Kyoto Station dan berakhir di Arashiyama Bamboo Forest.


Perjalanan Kami (Complicated)

Kawaramachi Simodachiuri - Kyoto Station (Nak ke Inari, kami cancel sebab bertolak lewat dari hostel, lepas tu pulak tunggu kawan aku yang tiba-tiba sakit perut. Ke Nishikyo Enmachi naik bas #205) - Nishikyo Encmachi (Tukar Bas #91) - Saga Setogawacho - Saga Arashiyama (Naik JR ke Kameoka) - Kameoka (Silap turun station, patah balik ke Umahori) - Torokko Kameoka (Naik Romantic Train) - Torokko Arashiyama.

Cadangan aku (Simple siket)

Kawaramachi Simodachiuri - (naik bas 9/12/101) - Horikawa Marutamachi - (naik bas 93) - Saga Setogawacho (Berdekatan dengan Bamboo Forest) - Jalan-jalan di Arashiyama - Naik Romantic Train (Dari Toroko Arashiyama ke Torokko Kamoeka).

Dah puas berjalan, perut pun lapar, kami balik ke hostel untuk makan tengah hari dan solat. Petang tu pulak kami ke Kinkakuji atau Golden Shrine. Dari Hostel (Perhentian Bas Horikawa Shimodachiuri) kami ke Kinkakuji-Michi dengan menaiki bas #12, bas ini akan berhenti dekat dengan pintu masuk Kinkakuji. Tiket masuk dikenakan bayaran sebanyak JPY400, temple ini dibuka dari jam 9.00 pagi hingga jam 5.00 petang.

Kinkakuji bermaksud Tokong Emas, Kinkakuji terdiri daripada 3 bahagian (Tingkat 1, tingkat 2 dan tingkat 3) setiap bahagian mempunyai reka bentuk yang berbeza. Hanya tingkat 2 dan tingkat 3 sahaja yang berwarna emas. Dinding dan tiang pada bahagian  tersebut dibalut dengan kerajang emas (gold foil) dan disapu dengan sejenis cecair yang dikenali sebagai Lacquer. 


Warna kuning keemasan Kinkakuji terserlah ketika waktu kunjungan kami ke sini.

Kinkakuji, kami ke sini kira-kira jam 4.00petang. Waktu ni dah masuk golden hour, effect cahaya matahari yang terpancar menyerlahkan lagi warna keemasan Kinkakuji. Kalau lah ditimbang, lepas tu pulak jual, berapa RM la aku dapat? 

Lepas melawat sekitar Kinkakuji kami sekali lagi ke Shinkyogoku, kawan aku lapar nak cari makan. Semalam berhajat nak makan takoyaki tak kesampaian, kedai tutup. Hari demi hari Kyoto banyak meninggalkan kenangan manis, moga banyak kenangan manis tercipta di sini.


好きやねん 京都! Sukiyanen Kyoto!

Bersambung...

"Salam Aidil Adha untuk semua"


Muhammad Saffuan Bin Jaffar

17 ulasan:

  1. bukan Jeniang la ...kokdiang

    BalasPadam
  2. Mak cik bancuh ayaq. Mak cik bajet panaih. Haih. Aku memang dah official jadi watak mak cik dalam blog ni.

    BalasPadam
  3. Boleh imagine kan betapa lawa journey scenic train tu time autumn. Haritu gi spring pun lawa, penuh ngan sakura. Tapi bamboo forest frust sikit sebab time kitorang gi, bambu semua macam tengah kering. Aku tengok gambar ko ni, bambu semua tengah galak menghijau.

    BalasPadam
    Balasan
    1. lagi best kot pergi masa musim bunga sakura!

      Padam
    2. Bila musim bunga sakura tu yer? Klu d luar musim cuti Sekolah d Msia, x merasalah tgok bunga sakura yg byk memingky tuuu...

      Padam
  4. Sugoiii!! Seronoknya dapat bercuti ke Jepun. Saya teringi nak ke Jepun tapi tak mampu lagi.

    Salam perkenalan.

    Amirull Izzat.
    www.amirullizzat.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. hai, insya Allah ada rezeki la nanti...

      Padam
  5. Wahhh best nyer... sampai ke negara matahari terbit peginya...
    InsyaAllah awal tahun depan, saya pun akan menjejak kaki ke sana.. :)

    #Singgah + Follow... Jom sini pulak http://aienlieyrusli.blogspot.com

    BalasPadam
  6. Alahai seronoknya dpt g japun kannn. Hakak ni ntah bila ler nak sampai..Bca blog ko sblum ni kata nak gi thn dpn(2015) ..aleh2 tgok ko dah sampai sana thn ni...tkh sama Akak g Melbourne hari tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang seronok bercuti di jepun, best... paling saya suka kyoto, cantik...

      dulu memang plan nak pergi tahun 2015, last mini cancel...

      mesti best pergi melbourne... saya pulak yang teringin nak pergi sana....

      Padam
    2. Klu ke melbourne, pegi time festival tulips, bln sep& Okt. Penginapan Flinders backpacker ok,only aud23 per night klu amik kongsi 4 org srbilik. Tram n train station sgt2 dekat n easy access. Boleh masak,ada communal kitchen. Penginapan termasuk breakfast. Pasaraya Coles dpn jerr. Sng nak beli bhn klu nak msk. Starawberry murah, leh mkn hari2. Aud1.80 per pck. Puas mkn.

      Padam
  7. Salam perkenalan adik saffuan, akak search tentang percutian bajet ke KOrea dan terjumpa dengan blog adik ni. Seronok baca entri-entri di blog ni menyebabkan kami bersemangat untuk bermusafir di negara-negara yang adik dah pegi ni...Tak perlu ada puluh ribu baru boleh melancong... Terima kasih atas perkongsian yang bermanafaat ini. Sehubungan dengan itu, Akak rasa adik Saffuan adalah orang yang paling layak untuk menerima LIEBSTER AWARD ini...silalah singgah ke blog ni untuk mengetahui lebih lanjut tentang award tersebut:

    http://travelogfreena.blogspot.com/2014/10/liebster-award-award-blog-saya-yang.html


    BalasPadam
  8. Ya Allah cantiknyaaaa cantiknyaaa..!!!! tak pernah rasa buluh cantik..!!! ada pun mini taman buluh kat alamanda putrajaya tu tapi tak ada feel.. u guys study sana ke ? siap berbaju melayu bagai. bagus bagus..

    BalasPadam
  9. Salam, kami adalah pelajar Malaysia yang menetap di Jepun. Kami menawarkan perkhidmatan Tour Guide, Penginapan Guest House dan juga Pakej Budget dengan harga yg murah. Misi kami adalah untuk membantu rakyat Malaysia melancong ke Jepun sambil dapat mempelajari budaya masyarakat Jepun.

    Sila hubungi melalui :
    Website : http://www.melancongkejepun.com/
    Facebook : Melancong Ke Jepun
    Phone : +818088695448 (Adib, Tokyo)
    Email : melancongkejepun@gmail.com

    BalasPadam
  10. Salam. saya juga akan stay di Hostel Mundo dan akan ke Arashiyama bamboo forest. Saya ada check di google map direction yang ada route direct dari hostel naik bus no 93 ke arashiyama atau tenryuji temple tapi tak pasti naik dari bus stop mana sebab nama bus stop ditulis dalam tulisan Jepun.

    BalasPadam

Tolong letak nama, ok??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...