Isnin, 6 Oktober 2014

Trip Bercuti di Jepun - Nijo Castle

Istana Nijo

Misi menjelajah Bumi Kyoto diteruskan lagi, masa yang ada seolah-olah mencemburui kedatangan kami di sini, esok hari terakhir di Kyoto! Baru je nak kenal-kenal dengan Kyoto dah nak kena berpisah. Hari ni kami akan melawat ke Istana Nijo, asalnya kami tak bercadang untuk ke sini, aku sempat research pasal istana ni malam sebelumnya, berbaloi jugak pergi. Memandangkan semua Ahli-ahli parlimen bersetuju, jom kita ke Istana Nijo!

Dari hostel kami menaiki bas #12 ke Istana Nijo, bas akan berhenti betul-betul dihadapan Istana Nijo, lintas jalan sampai la ke sana. Masa kami pergi ke Istana Nijo, ramai sangat orang terutamanya budak-budak sekolah. Cerita pasal budak sekolah ni, kalau korang pergi tempat-tempat pelancongan macam istana mesti jumpa budak sekolah, diorang bergerak dalam kumpulan kecil, bawak buku sorang satu, mungkin ada projek apa-apa kot. Balik semula cerita Istana Nijo, tiket masuk ke istana dikenakan bayaran sebanyak JPY600.

Pelancong dari luar negara tengah beratur untuk beli tiket. Tiket boleh beli di kaunter ataupun mesin.

Lawatan sekolah ke Istana Nijo, ada lagi kumpulan budak sekolah, jadi meriah kawasan istana dengan diorang ni.

Warna keemasan dengan ukiran menghiasi pintu masuk ke Istana Nijo. Sebelum masuk ke bahagaian lain di Istana Nijo, korang akan jumpa pintu ni dulu. Pintu jenis ini dikenali sebagai Karamon

Istana Nijo dibina pada tahun 1603 oleh Ieyasu (Tokugawa Shogun). Istana ini siap sepenuhnya pada tahun 1626 oleh Iemitsu (Tokugawa Shogun ketiga).  

Ukiran pada sebahagian dinding pintu masuk

Ukiran Burung Phoenix

Kurumayose di Istana Ninomaru

Istana Ninomaru. Kawan aku pernah tanya kenapa istana ni nama dia"Ninomaru Caslte" bukan ke ni Nijo Castle? Aku tak leh nak jawab memandangkan aku bukan pemilik istana ni. Sebenarnya kawasan istana di Jepun biasanya terdiri daripada beberapa bahagian iaitu Kuruwa, Honmaru (Benteng Utama), Ninomaru (Benteng Kedua) dan Sannomaru (Benteng Ketiga). Maru pula membawa maksud circle Istana Ninomaru ni merupakan benteng kedua Istana Nijo. 

Dua objek yang tak dapat nak dikenal pasti identiti. Mungkinkah loceng yang gantung tak bertali?

Gigih seorang pekerja di Istana Nijo. Istana Nijo turut mempunyai kawasan-kawasan taman, mungkin untuk menghilangkan stress Shogun yang penat bekerja, mungkin?

Taman Ninomaru

Meriahkan, ramai budak sekolah yang melawat ke Istana Nijo. 

Salah satu bahagian di Istana Nijo

Kawasan Honmaru. Kawasan ni merupakan kawasan utama Istana Nijo. Honmaru berperanan sebagai ibu pejabat Shogun terutamanya ketika zaman peperangan. Memandangkan Honmaru merupakan kawasan yang sangat penting, ia perlu dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan untuk mengelakkan dan mengesan musuh yang cuba menceroboh.

Diorang pakai CCTV ke nak kesan penceroboh? Jawapannya ada kat bawah lantai istana Nijo ni.

Uguisubari - Nightangle Floor sejenis ciptaan yang dapat mengesan pergerakan musuh. Ia dipasang macam yang korang tengok, di bahagian bawah lantai. 

Korang nampak tak besi yang dipasang secara berpasangan dan diselitkan di antara susunan lantai? Itu la alat keselamatan yang digunakan untuk mengesan pergerakan musuh yang cuba menceroboh masuk ke dalam Honmaru. Besi tu dikenali sebagai Uguisubari atau Nightangle Floor. Nightangle pulak merujuk kepada sejenis spesis burung, apabila lantai tersebut dipijak ia akan mengeluarkan bunyi seperti kicuan burung Nightangle, sebab itu la ia dipanggil sebagai Nightangle Floor. Di Kyoto, terdapat beberapa bangunan yang mempunyai Uguisubari antaranya ialah Chion-In, Eikando-Zenrin-Ji dan Daikakuji. 

Nightangle merujuk kepada sejenis burung Japanase Bush Warbler (Uguishu) 
Sumber gambar, Wikipedia.

Bunyi-bunyi yang terhasil apabila lantai di dalam istana dipijak. Ada hiptotesis menyatakan "Semakin besar ninja yang memijak lantai, semakin kuat bunyi dihasilkan" Selain berfungsi sebagai alat penggera, Uguisubari dapat memberikan gambaran awal saiz musuh yang menceroboh.

Taman Istana Nijo

Signboard " Dilarang memetik daun, kalau tak nanti kena tibai!"

Taman Seiryu-En. Taman ini dibina semasa era Showa (1926-1989)

American magazine of Japanese gardens, the ‘Journal of Japanese Gardening’ out of 693 outstanding gardens chosen in Japan, Seiryu-en Garden came 5th position and the Ninomaru Garden was placed 10th. Then in 2006 Seiryu-en Garden was ranked 6th and the Ninomaru Garden ranked 8th out of 731 gardens all over Japan. Nijo Castle

Kawasan lapang berhampiran Seiryu-En

Ikut perancangan asal, memang kami akan melawat sekolah di Kyoto, selepas beberapa bulan berbalas email itu dan ini akhirnya, cita-cita kami tak kesampaian. Nak buat macam mana, dah usaha tapi tak dak rezeki. Ada rezeki, peluang dapat berborak dengan diorang ni memang best. Walaupun bahasa jadi masalah, tapi itu bukan penghalang. Ada beberapa ayat yang aku belajar "Watashi-tachi wa mareisha-jin desu". Aku perkenalkan diri "watashi-tachi wa sensei desu" diorang teruja dengar yang kami ni cikgu. Paling terharu bila kami nak berpisah diorang ucap "Arigato Sensei" Ucapan ini tak dapat dibeli dengan wang ringgit!

Memetik kata-kata kawan aku kat account instagram dia "anak didik kami di Kyoto, Japan.. p/s kalau dah cikgu, kat mana2 pun cikgu... ecewah..!! huhu" 

Nilai Sentimental Origami

Lepas melawat kawasan Istana, kami ke kedai cenderamata. Perpisahan kami dengan budak-budak sekolah (yang bergambar ramai-ramai) tak berakhir macam tu saje. Ada sesuatu yang menyentuh hati aku. Budak baju biru datang dengan cikgu dan dia bagi hadiah origami sebagai tanda kenang-kenangan. Sangat terharu waktu ni, terima kasih, tak sempat nak tanya nama. Aku tercari-cari maksud disebalik hadiah yang diberi. 

Origami dipercayai dapat membawa kegembiraan dan juga simbol keamanan. Bagi masyarakat Jepun, origami mempunyai nilai sentimental tersendiri. Salah satu cerita yang aku nak kongsikan ialah kisah tentang dua sahabat baik Sadako Sasaki dan Chizuko Hamamoto. Sadako Sasaki merupakan mangsa bom atom di Hiroshima, pada ketika itu dia baru berusia 2 tahun. Pada tahun 1955 dia Sadako dimasukkan ke hospital kerana mengidap penyakit Leukimia. Chizuko, sahabat baik Sadako sering melawatnya di hospital. 

Semasa melawat Sadako, Chizuko menggunting sekeping kertas emas dan melipat kertas (origami) sehingga menjadi bentuk seekor burung. Sadako tidak faham kenapa sahabat baiknya berbuat demikian, Chizuko memberitahu Sadako "Kalau awak dapat buat sampai 1000 ekor origami  burung hajat awak akan ditunaikan." Mendengar kata-kata sahabat baiknya itu, Sadako berusaha hari demi hari membuat origami tanpa rasa jemu. Dia berhajat untuk terus hidup, untuk terus bersahabat dengan Chizuko. Namun Sadako hanya mampu sebanyak 644 origami sebelum kematiannya.

"Kalau awak dapat buat sampai 1000 ekor origami  burung hajat awak akan ditunaikan."

Demi sahabat baiknya, Chizuko berusaha menyiapkan sehingga 1000 ekor burung origami dan kesemua origami tersebut disemadikan bersama-sama Sadako. Sadako meninggal dunia pada 25 Oktober 1955. Sedih. 1000 Ekor Burung Origami "Senbazuru" merupakan kepercayaan masyarakat Jepun, jika seseorang mampu menghasilkan Senbazuru, hajat seseorang akan ditunaikan. 

Origami ni buatkan aku teringat cerita Sadako dan Chizuko.

Teringat masa aku praktikal di sebuah sekolah rendah, aku ternampak ada sorang murid darjah dua, Iman* tengah buat origami, tapi dia tak reti. Jadi aku ajar dia buat origami, memang suka la dia dapat origami yang aku ajar. Tiap-tiap, kalau dia ada masa petang lepas habis sekolah mesti dia datang kat tempat aku di bilik guru, bawak sehelai kertas, "nak buat lagi origami cikgu...." Aku pulak ada kalanya sibuk, tak dapat nak layan. Kadang-kadang dia tarik muka masam, budak-budak. Tiba-tiba rasa bersalah kat anak murid aku tu T_T.

Aku tinggalkan cerita ini sebagai kenangan manis, kenangan manis di Istana Nijo.

Bersambung...

Muhammad Saffuan Bin Jaffar

5 ulasan:

  1. Uwahhh.... Pekerjaan yang aku idam2 kan selama nih.. Seronok dapat melawat negara orang... Anyway.. Thanks follow... :)

    BalasPadam
  2. suka bunyi masa pijak2 lantai tu,macam bunyi burung kan.
    kata mereka jugak, kalau gundik dia berjalan tak boleh ada bunyi2 tu, kalau ada nanti kene hukum.

    BalasPadam
    Balasan
    1. wooo, saya cube jalan slow, bunyik jugak... macam mana la tektik diorang nak jalan tak bagi ada bunyi...

      Padam
  3. uuuish panjang nye gigih CT scroll pelan pelan nak bace hihi. kenapa nama istana ninomaru aku tak
    boleh jawab.. isk CT tak tahulah bila ada keyakinan nak ke Jepun. takut tersesat eventho orang cakap senang aje nak survive kat sana.

    BalasPadam
  4. wahh.. panjang entry ni.. terasa duduk kat sana sekejap.. bestt..! :)

    BalasPadam

Tolong letak nama, ok??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...