Sabtu, 13 Disember 2014

Trip Bercuti di Jepun - Sehari di Nagoya

Selepas kira-kira 40 minit perjalanan daripada Kyoto, kami selamat tiba di destinasi terakhir di Jepun, Bandar Metropolitan Nagoya. Nagoya merupakan bandar terbesar di kawasan Chubu. Bandar ini juga merupakan hub perindustrian utama di Jepun. Kalau korang nak tahu di sini lah lahirnya revolusi perindustrian Fabrik di Jepun, sebab tu la timbulnye "NAGOYA TEXTILE" kot...

MENGINAP DI HOTEL BAJET NAGOYA

Kami berada di Nagoya dari 18 hingga 20 September 2014, semasa di Nagoya kami menginap di Eco Hotel Nagoya, susah sebenarnya nak cari hotel murah di Nagoya, maklum ler, bandar bukan macam pekan-pekan kecik. Dari segi lokasi, memang ok, sebab berdekatan dengan Nagoya Station. Hotel ini menawarkan "Pair Room" dan "Single Room" dengan harga yang berpatutan. Satu jer, hotel ni tak de kemudahan dapur, tapi jangan risau hotel ni berhampiran dengan kedai 7 Eleven!

Bergambar dengan mak cik yang jaga hotel. 

Mak Cik ni dah kasi gelabah sama aku, dia cari booking aku tak jumpe, aku pulak terlupa nak print booking yang aku dah buat. Satu lagi, kalau korang nak booking hotel ni, korang kena e-mail. Lepas beberapa minit kekecohan, akhirnya mak cik ni jumpa booking yang aku dah buat, kalau tak jumpe kena tidur kat station keretapi la jawabnye. 

 Bilik sorang, ok la selesa, siap dengan TV, layan TV jugak, tapi sepatah haram aku tak paham.

Nasi segera yang aku beli dekat 7 Eleven berdekatan dengan hotel, korang boleh mintak orang kerja kat 7 Eleven panaskan. 

Onigiri perisa telur dan telur ikan, sedap! Masa ni aku mintak tolong dengan orang kerja 7 Eleven untuk translate dan cari yang halal untuk aku makan. Alhamdulillah, diorang fasih berbahasa Inggeris dan sanggup tolong pilih dan explain ingredient yang tak de alkohol, daging babi dan lain-lain benda haram.

SEHARI DI NAGOYA

Memandangkan masa yang agak suntuk di Nagoya dan setelah perbincangan dibuat berdasarkan bajet dan lain-lain faktor, maka kami memilih untuk membeli tiket One Day Pass. One Day Pass di Nagoya tak sama di Kyoto, one day pass di Nagoya merupakan tiket bas yang tertumpu pada kawasan-kawasan yang menjadi tumpuan pelancong di Bandar Nagoya. 

Peta laluan One Day Pass Nagoya. Tiket sehari ni namanya Me~Guru  tiket ni korang boleh beli di dalam bas dengan harga JPY500, kelebihan tiket ni, korang boleh dapat diskaun semasa beli tiket ke tempat menarik di Nagoya! Untungkan???

BERCUTI SEHARIAN DI NAGOYA
(TEMPAT MENARIK DI NAGOYA)

Di Nagoya, kami dah target untuk banyakkan lawatan di Muzium sebenarnya, antara muzium yang kami target ialah Muzium Toyota dan Muzium Sains, tapi malangnya Muzium Sains tak dibuka. Jadi di Nagoya kami melawat Muzium Toyota je la. Daripada Nagoya Station, kami menaiki Bas Me~Guru menuju ke Toyota Muzium, tiket masuk dikenakan sebanyak JPY 800, tapi dengan kalau korang ada tiket Me~Guru tunjuk je kat kaunter korang akan dapat diskaun 50%.


Ni muzium Toyota (Kereta) ke muzium tenun kain??? Aku rasa macam dah silap masuk muzium. 

Revolusi perindustrian tekstil, bosan la... Aku ingatkan muzium kereta, arghhh rasa macam nak keluar je cepat-cepat... 

Dalam masa duk tengah bosan tu, ada satu sudut yang menayangkan video bagaimana industri Tekstil berkembang di Jepun, wah~ Aku agak tersentuh dengan kisah cerita Sakichi Toyoda, dia ni anak orang susah, tapi semangat dia untuk keluar dari kesusahan tu bukan saje, merubah kehidupan keluarga tapi merubah negara Jepun! 

Lama-lama, aku layan kot muzium ni, memang best! Mak aku pun bekerja dalam bidang tekstil, mesin-mesin yang dia cerita semuanya ada kat sini 





Mesin di sini semuanya boleh digunakan, korang tekan la butang-butang kat situ, nanti dia akan hidup, main la puas-puas, tak de orang nak larang.


Bersungguh-sungguh pak cik ni, sampai rukuk terus...

Spare part kereta keluaran Toyota. Lepas aku melawat muzium ni baru la aku paham, dari Sikichi Toyoda wujud kilang tekstil, dan anak cucu dia yang buat syarikat kereta Toyota. 

Rangka kereta yang dibuat secara manual, ketuk pakai tangan je 

Nah, bukan senang nak buat kereta tau... 

Perfect! 

Model pertama kereta keluaran Toyota, cantik!!! 

Model-model kereta keluaran Toyota 



Robot keluaran Toyota

Sebenarnya ada persembahan robot nih, cuma masa yang kami datang melawat tak kene, rasanya dah tak boleh nak tunggu lama-lama kat sini. 

Bergambar di pintu masuk Muzium Toyota. Asalnya bangunan ni ialah sebuah kilang tenun kain, inisiatif Toyota telah mengubah kilang terbiar ni menjadi sebuah muzium.

Masing-masing dah penat, geng-geng yang lain dah tidur masa dalam bas, aku sempat layan panorama sekitar Nagoya, untuk beli tiket Me~Guru, walaupun short visit, semua tempat aku dah pergi. 

 Destinasi terakhir di Nagoya, Osu Kannon. Berhampiran Osu Kanno ni terdapat Shopping Arcade ala-ala Shinkyogoku di Kyoto. Kalau korang nak beli Kimono, di Nagoya banyak pilihan dan harganya jauh lebih murah! Ingat, nak shopping Kimono beli je di Nagoya. 

Di sini terdapat kedai Halal, alhamdulillah, boleh makan puas-puas!

Balik ke Hotel, masing-masing dah letih sangat-sangat, esok kami flight awal, rasa takut pulak nak tidur sebab takut terlajak tidur mati la tak balik Malaysia. Keesokan hari, kami mula meninggalkan bandar Nagoya seawal jam 5.15 pagi. Kami terus ke Stesen Nagoya (Meitetsu Line). Ada banyak pilihan untuk ke Chubu Airport, tapi  pilih yang paling murah, kami beli tiket Ekspress dengan harga JPY870, dengan perjalanan lebih kurang 40 minit ke Chubu Airport. Semua urusan dipermudahkan oleh Allah s.w.t dan kami selamat tiba di Malaysia, walaupun sepanjang 6 jam perjalanan kapal terbang asyik bergegar kuat, mana taknye, kami terbang melintasi kawasan yang dilanda taufan.

Peringatan untuk diri sendiri dan juga kawan-kawan yang lain. Jaga kesihatan semasa travel, cukupkan rehat, kalau tak jadi macam aku, asyik pening kepale ja. Banyak masa aku kena rehat. Lagi, kalau travel ramai-ramai ni kena paham la, masing-masing ada perangai masing-masing. Jangan ler nak marah-marah kawan-kawan, tak best la. Sesat ke, tak jumpa jalan ke tu semua pekara biasa masa travel, lebih-lebih lagi travel sendiri. Paling penting, korang berdepan masalah tu dengan tenang, tanpa salahkan orang lain. Sama-sama cari jalan. Jangan malu bertanya, nanti sesat jalan, tu yang penting.

Alhamdulillah, entry Jepun semuanye dah setel, apa yang aku share dengan korang aku harap dapat la bantu korang buat planning nak ke Jepun. Tak perlu nak belanja besar pun korang boleh ke Jepun, paling penting korang kena pandai planning. Memandangkan ramai yang mesej aku untuk buatkan jadual perjalanan bercuti, aku mintak maaf la ye, sebab kerja aku bukan nak buat semua tu, aku ada komitmen lain, aku rasa aku dah share itinerary dengan korang (yang Jepun akan menyusul, hehe), aku harap korang ambik la jadikan panduan, selain dari blog aku ni, korang boleh refer bloggers yang lain. InsyaAllah, next entry aku akan share itinerary aku selama 8 hari di JEPUN.



 Muhammad Saffuan Bin Jaffar

9 ulasan:

  1. Thanks sharing. Suka tengok gambar2 ni semua menarik...
    P/s : akak selalu juga ke Nagoya......... kedai kain Nagoya je :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih akak, biase2 je kami... insyaAllah satu hari nanti akak dapat pergi nagoya yang betul2... aminn :D

      Padam
  2. Setuju dengan Saffuan jadual perjalanan cuti tu boleh je buat sendiri dengan merujuk blog-blog yang ada. Kalau benda macam tu pun nak mintak orang sediakan...pergi je guna pakej... hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh jer nak buat, bayar ler... hehehe...

      Padam
  3. Biasa la klu travel sendiri, mesti ada mass sesat barat walaypun dah rancang rapi..teori nmpk ok, bila praktikal lain yg jd...
    Apa2 pun tetbaik la entry pasal trip yg ko buat ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih... kadang2 tu tak cukup info, tak dak sumber dari bloggers, web lain... kena explore sendiri... kadang2 tu nak cari location kena guna google street view...

      Padam
    2. Plan nak ke Japan on Jun 2015, try tto explore osaka,Kyoto,Nagoya n Tokyo. 8 Days cukup x nak xplore all that cities? Rasa mcm x cukup jer kann..
      Nak gi lelama, kesian pulak yg tinggal kat rumah tuu..almaklum la yg nak gi smua mak2 n bini2 org. Klu single boleh la lama sikit... :)

      Padam
    3. 8 hari mungkin pack la kot... osaka sehari dua pun dah ok... kyoto mungin banyak hari... nagoya sehari pun dah cukup, pakai bas me~guru... tokyo saya belum ada rezeki nak ke sana...

      Padam
  4. ok...baru lepas book eco hotel..terus google cr review...sdg elok la kami pn plan jln nagoya 1 hari before blk..thanks for the info:)

    BalasPadam

Tolong letak nama, ok??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...