Sabtu, 13 Disember 2014

Itinerary Bercuti ke Jepun

Assalamualaikum, ramai yang bertanya tentang itinerary Lengkap Backpakers Bercuti di Jepun aku baru-baru ni, nah aku share dengan korang untuk rujukan. Sekali lagi aku nak ingatkan, aku dah share dengan korang itinerary bercuti Jepun aku, lain kali aku tak akan tolong buat itinerary untuk orang ye, korang boleh amik itinerary bercuti di Jepun aku yang aku buatm, lepas tu korang pandai-pandai la ubah. Aku mintak maaf sebab aku tak dapat nak tunaikan permintaan yang macam ni. 

"Salam dik, akak nak ke Jepun bulan 4 tahun depan, bile ada tiket murah? Boleh tak anggarkan bajet trip kami? Kalau boleh adik buatkan jadual perjalanan sekali..." - Soalan dan permintaan macam ni terlalu abstrak untuk saya hadam. Saya sendiri pun buat banyak rujukan dari bloggers yang lain. Ok lah tak nak membebel panjang-panjang, ni secara ringkas perjalanan, yang detail siap dengan bajet semua korang download dari dropbox.

Benda yang aku share ni hanya merangkumi OSAKA, KYOTO dan NAGOYA, kalau nak tanya pasal tempat-tempat lain mintak maaf, saya tak sampai lagi, hehe...



ITINERARY BERCUTI DI JEPUN (8 HARI)

12 SEPTEMBER 2014
- Berpura-pura balik ke kampung (Bertolak dari IPGKPP ke Airport Pulau Pinang)

13 SEPTEMBER 2014
-Tiba awal pagi di KLIA2, tidur semalam kat airport macam pelarian, ada aku kesah??
-Bertolak dari KLIA2 ke Kansai International Airport (Petang)
-Bermalam di Kansai International Airport (tidur kat surau)

14 SEPTEMBER 2014
-Chek in Hotel (Hotel Toyo, Osaka)
-Melawat ke Istana Osaka
-Jalan-jalan di Sekitar Amerika-Mura (Jalan main redah jerr)

15 SEPTEMBER 2014
-Bertolak ke Kyoto
-Melawat ke Nishiki Market dan Shikyogoku Shopping Archade

16 SEPTEMBER 2014
- Romantic Train
- Bamboo Forest
- Kinka-kuji
-Melawat ke Nishiki Market dan Shikyogoku Shopping Archade (Shopping makanan, lapo)

17 SEPTEMBER 2014
- Nijo Castle
- Ginka-Kuji
- Melawat ke Nishiki Market dan Shikyogoku Shopping Archade (Shopping makanan, lapo)

18 SEPTEMBER 2014
- Kyoto Muslim Centre
- Sewa Kimono di Gion Machi
- Melaram dengan Kimono di Inari Shrine 
- Naik Shinkansen (Bullet Train) ke Nagoya

19 SEPTEMBER 2014
- Toyota Museum
- Nagoya Science Museum (malangnya, muzium ni tutup)
- Ronda-ronda dengan Bas Me~Guru
- Jamu mata di Osu Kannon (Sini ada kedai makanan halal, kebab, nasi kandar tak de yer)

20 SEPTEMBER 2014
- Bertolak ke Chubu International Airport
- Balik Malaysia, siapkan assignment!!!

BLOGGERS RUJUKAN :


LAMAN WEB RUJUKAN : 

1. Semakan Harga Tiket Train [HYPERDIA]
2. JR West (Shinkansen)

LAMAN WEB HOSTEL :



UNTUK PANDUAN ITINERARY BERCUTI DI JEPUN LENGKAP (SIAP DENGAN JADUAL BAJET DAN LAIN-LAIN) - KLIK SINI

Semoga apa yang aku kongsikan bermanfaat, kepada yang minat mengembara macam aku, jangan jadikan ketakutan tu sebagai satu penghalang. Bagi aku la, Travel sendiri ni bukannye mudah, banyak yang korang kena explore sendiri sebelum nak pergi berjalan-jalan. Nak cari itu nak cari ini, maklumat tu, maklumat ni, tapi ramai rakan-rakan bloggers yang sudi share, mudah jalan untuk aku ke Jepun dan alhamdulillah, cita-cita aku nak ke Jepun dari kecik lagi tercapai. My Dream is your dream, cecewahhh... Akhir kata (macam ucapan la pulak), Selamat Bercuti Ke Jepun!!!


 Muhammad Saffuan Bin Jaffar

14 ulasan:

  1. Org bujang bole travel lone ranger x? Teringin bebenor nk travel ha

    BalasPadam
  2. Selagi belum ada komitment anak@isteri@suami, elok gi travel puas2, berani ngan tidak jerr..
    Klu krwangan dah mantap on jer..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul2... memang cita2 nak travel puas... moga Allah bagi ruang dan kesempatan...

      Padam
    2. Salute ngan saffuan..muda2 lg dah explore byk country..
      Akak ni bila anak2 dah besar bru la terhongeh2 nak g travel.. 20 tahun Dulu nak travel mana ada flight murah2, kena pulak gaji x sampai 1K sbln. After 20years kerja, bru rasa free n leh g travel n kwangan dah mntap sikit. 4 years kblkangan ni bru start travel.
      My dream comes true in age over 40..
      Alhamdulillah Allah bg kesihatan yg baik utk menjelajah bumi ciptaanNya, walaupun x byk smpt d xplore .

      Padam
    3. aduh, jangan la salute2 dengan saya cikgu... insyaAllah mudah-mudahan cita2 cikgu tercapai...

      Padam
  3. cukup lengkap ni bro siap bg link lg tuu..amboii..pertanyaann macam awk kerja travel agent je..ahahaha..kalau dpt komisyen xpe gak kan.. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. sebab ramai pengunjung blog ingat saye ni travel agent...
      kalau dapat komisyen memang best!

      Padam
  4. perkongsian menarik..tq
    jgn lupa, duit kene kumpul..haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih...
      ye, duit tetap kena kumpul....

      Padam
  5. mmg best la dpt jumpa blog ni..tgh dok plan itenari tokyo-kyoto-osaka ni..hehe mohon cedok ite sket ye;p

    BalasPadam
  6. Best2... moga tcapai impian nak kesana... insyaAllah

    BalasPadam
  7. Sy bercadang nk ke jpn bln 9 nti.risau satu je,bhsa utk komuniksai disana..x pernah lg pn.

    BalasPadam
  8. Cadang nk g blan 12 next year plak,bru blk dr kunming...thanks for itenary..mmg tgh cri ni

    BalasPadam

Tolong letak nama, ok??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...