Isnin, 22 Disember 2014

Plan Bercuti INDOCHINA 2015 | Thailand,Cambodia,Vietnam & Laos

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tahun 2015 bakal menjelma tak lama lagi, mungkin korang masing-masing dah ada azam tahun 2015 kan? Mudah-mudahan tahun 2015 yang bakal menjelma nih akan menjadi tahun yang sangat bermakna buat korang semua. Dalam diam tak diam tu, aku sempat memasang angan-angan, kalau diizinkan Allah s.w.t aku nak mengembara ke beberapa buah negara ASEAN dan aku namakan trip aku sebagai KEMBARA INDOCHINA yang merangkumi beberapa negara seperti Thailand, Laos, Vietnam dan Cambodia. Negara-negara tersebut menjadi pilihan sebab keindahan alam semula jadi, keunikan budaya serta latar belakang sejarah yang sangat menarik. 

TRIP BACKPACKER KE INDOCHINA


THAILAND 

BANGKOK - Panorama di Bangkok, tang ni baru la "piaoww" Siam

CHIANG MAI - Salah satu keunikan di Chiang Mai, Animal Kingdom & Gajah
Sumber Gambar : http://i.telegraph.co.uk/multimedia/archive/01814/chang-elephant_1814009b.jpg

CAMBODIA

ANGKOR WAT, SIEM REAP - Salah satu keajaiban dunia di Asia Tenggara
Sumber Gambar : http://friendlybooking.com/wp-content/uploads/2014/10/siem_reap.jpg


PHNOM PENH, MUZIUM, TUOL SLENG - Tempat ini membawa anda ke zaman kegelapan Cambodia semasa berada di bawah pimpinan Rejim Pol Pot. Hampir 2 juta rakyat Kemboja mati
Sumber gambar : http://en.wikipedia.org/wiki/Tuol_Sleng_Genocide_Museum

VIETNAM 

HO CHI MINH (SAIGON)
Sumber Gambar : http://fulloftravel.com/wp-content/uploads/2012/03/ho-chi-minh1.jpg

HANOI-Katanya sejuk kat sini!
Sumber Gambar : http://www.morepep.com/02%20a%20Hanoi%20.slides.2880.jpg

HA LONG BAY, HANOI - Cantiknya pemandangan kat sini, subhanallah

LAOS

VIENTIANE - Banyak benda yang aku tak tahu pasal negara Laos, yang aku tahu air terjun kat sini cantik.
Sumber Gambar : http://static.asiawebdirect.com/m/bangkok/portals/visit-mekong-com/laos/homepage/tours/excursions-vientiane/allParagraphs/019/image/that-luang-vientiane.jpg

Memandangkan aku nak travel keempat-empat negara dalam satu Trip, aku kena research betul-betul lah memandangkan terdapat kekangan yang terpaksa aku hadapi antaranya dari segi "masa" dan juga "kos". Aku rancang siap-siap negara mana yang aku akan pergi dan bandar-bandar yang aku akan singgah disepanjang laluan Kembara Indochina nanti. Tujuannya untuk memudahkan aku untuk rancang bajet dan tempoh perjalanan dari bandar ke bandar serta jumlah keseluruhan trip. Ada jarak perjalanan yang singkat dan ada jarak perjalanan yang aku bakal lalui memakan masa yang sangat lama. Untuk Kembara Indochina nanti aku senaraikan 2 laluan alternatif.

ITINERARY KEMBARA BACKPACKER INDOCHINA 2015
(TAK LENGKAP)



Itinerary Kembara Indochina (Thailand, Vietnam, Cambodia dan Laos). Belum lengkap lagi, tak sempat la nak buat research, hari-hari kerja, letih la pulak. Insya-Allah aku akan update kat sini itinerary sampai la lengkap...

KEMBARA INDOCHINA Plan Laluan 1



Kembara Indochina seperti yang dirancang pada awalnya trip aku akan bermula daripada Chiang Mai dan akan berakhir di Siem Reap, bandar-bandar yang akan dilalui adalah seperti berikut :

1. Chiang Mai - Bangkok (THAILAND)
2. Bangkok - Vientiane (LAOS)
3. Vientiane - Hanoi (VIETNAM)
4. Hanoi - Ho Chi Minh "Saigon"
5. Ho Chi Minh - Phnom Penh (CAMBODIA)
6. Phnom Penh - Siem Reap (CAMBODIA)
7. Siem Reap - Kuala Lumpur

Berdasarkan research yang aku dah buat laluan yang akan mengambil masa yang agak lama ialah laluan no.2 (13 Jam), laluan no.3 (1 hari), laluan no. 4 (33 jam dengan keretapi). Laluan no.4 yang paling tak tahan tuh. Dalam plan laluan 1 ada 4 laluan yang sangat lama.

KEMBARA INDOCHINA Plan Laluan 2



1. Hanoi - Vientiane
2. Vientiane - Chiang Mai
3. Chiang Mai - Bangkok
4. Bangkok - Siem Reap
5. Siem Reap - Phom Penh
6. Phom Penh - Ho Chi Minh

Untuk Laluan kedua, kalau korang sedar, aku akan mulakan trip daripada Vietnam kemudian 
masuk ke Laos kemudian ke Thailand. Daripada Thailand ke Kemboja dan kemudian masuk balik ke Vietnam. Untuk plan laluan 2, hanya ada 1 laluan yang akan memakan masa yang sangat lama, iaitu laluan no. 1 daripada Hanoi ke Vientiane yang memakan masa lebih kurang 24 jam atau sehari. 

KEMBARA INDOCHINA Plan Laluan 3

Memandangkan aku dan geng kesuntukan masa, lepas tu kami tak nak travel lama-lama, ni plan laluan terbaru yang aku update (23 Disember 2014).

1. Vientiane - Bangkok
2. Bangkok - Siem Reap
3. Siem Reap - Phnom Penh 
4. Phnom Penh - Saigon

Salah satu laman web yang menjadi rujukan aku, tapi dia melawat ke banyak tempat. Kalau nak ke banyak bandar, aku kena spend masa yang lama la kan. Tavelfish.org.  Aku dalam proses mencari maklumat bersama-sama geng yang akan join Trip IndoChina 2015, setakat ni bajet belum dibentangkan lagi (cehh, berangan macam PM la pulak). Harap-harap plan tahun 2015 ni menjadi la ye, insya-Allah. Kalau geng-geng pembaca sekalian dah pernah pergi, segala tips, nasihat, panduan korang amat aku alu-alukan.

Antara blog rujukan :

1. Hanoi Redah Saja - Mymie
2. Highlight Hanoi Vietnam - Supermeng Malaya
3. Naramas Aman -
4. Farikica's World
5. Indochina Long way back overland - Budak Lektrik
6. Itinerary Indochina - Lonely Travelogue 
7. Complete Itinerary - tucantravel 
8. 11 Days Backpaking INDOCHINA Detailed Itinerary and Budget | Thailand | Laos | Cambodia | Vietnam - The Confession of a Travel Addict 
9. Jenggeltrekker's Life - Vietnam
10. Backpaker Busuk - Cambodia 

Muhammad Saffuan Bin Jaffar

23 ulasan:

  1. menarik tu...dpt pegi sekali gus ja

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih, menarik tu memang menarik... tapi pening jugak nak research + malas... aduh...

      Padam
  2. dari chiangmai keciangrai cross sungai mekong masuk laos, lagi jimat. cadang saja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. masuk laos tu terus sampai ke vientiane?
      berapa lama untuk cross sungai mekong?

      Padam
  3. wahh bestnya... insya allah.. doakan kita juga punya kekuatan untuk buat trip macam ni.. ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insya-Allah, semoga ada kekuatan untuk buat trip kembara indochina ke... trip apa2 pun... amin...

      Padam
  4. wahh teringat trip indochina 2 tahun lepas :)
    kalau kat bangkok, selain dari floating market ambik la sekali pakej ke train market, menarik sgt, separuh hari pun dh blh
    yg angkor wat tu tiket rm 50 :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. hello, dulu jalan2 kat bangkok guna transport ape ye?

      Padam
  5. Nak ikut..... !!!!! Hahahaa.. best giler... mmg awesome la.. apa pun moga semua nyer selamat dan dipermudahkan :D

    BalasPadam
  6. Salam,
    seronok baca plan2 pengembaraan org... saya bru habis citer pasal Siem Reap..setelah berbulan2 pending..he..he..
    selamat berjaya merentasi keempat2 negara tersebut..mesti seronok dapat bnyk pengalaman...(mode jealous..)
    anyway, semoga dipermudahkan segala urusan dan jngn lupa update kat blog..:) bln brp p..?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam.... bagus la... nanti boleh saya buat rujukan untuk trip thailand vietnam kemboja dan laos nanti...

      insya-Allah mudah-mudahan dipermudahkan Allah s.w.t... risau jugak ni dah jadi kes QZ8501...

      pi bila tu tak pasti lagi... insya-Allah tahun 2015...

      Padam
  7. Salam. Hee selamat berjalan-jalan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam... terima kasih... :)

      Padam
  8. waahhh..... nanti boleh lah sharing is caring itinerary... sy dgn geng pun plan nak buat indochina trip akhir tahun nie.... target bulan 11 tahun ni.. nak merasa musim sejuk dekat chiang mai..... ekekeke... kita orang baru je lepas backpack trip ke thailand area Lop Buri dgn Kanchanaburi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. wah menarik tu, saya sekarang tengah kumpul bahan untuk trip indochina bulan disember nanti... mungkin cheq eem boleh bantu...

      Padam
  9. route pertama mcm menarik sbb cover vietnam (from south to north). Byk tempat cantik dan wajib pegi. Bangkok to Chiangmai bleh berhenti kat Kanchanaburi (Death Railway) sejarah WW2..tgh buat research indochina juga...ada pasang angan2 nak laksanakan tp bergantung pada budget yg tak seberapa..:)

    BalasPadam
  10. Salam..bro. aku nyer trip start 5feb from ho chi minh n masuk kl through jalan darat.

    BalasPadam
  11. Nice geng ! Terperinci habis ! Haha.

    BalasPadam
  12. haiii.. nak tanya trip ni jadi tak?

    BalasPadam
  13. Good info...
    klu pi solo...ok tak

    BalasPadam
  14. Thanks for the guidelines. Will be doing your plan 3 in oct.

    BalasPadam

Tolong letak nama, ok??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...