Sabtu, 10 Oktober 2015

Tempat Cun Untuk Tengok Gunung Fuji

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

     Pengembaraan aku dan kawan-kawan meneroka keindahan di Gunung Fuji masih belum bermula. Sebenarnya ada banyak tempat yang korang boleh pergi untuk tengok gunung Fuji, berdasarkan maklumat yang aku dapat dari laman web JapanGuide.com dan JapanTalk.com berikut merupakan tempat-tempat yang dikatakan "best spot" untuk tengok Gunung Fuji.

1. Tasik Kawaguchiko
2. Hakone
3. Kamakura
4. Fuji Shibazakura Festival
5. Enoshima
6. Iyashi no Sato
7. Gotemba
8. Fuji Q Highland
9. Tokyo Sky Tree

Kenapa Pilih Kawaguchiko?

Kawan-kawan sekalian, berdasarkan research yang aku buat, lokasi no.1 (Tasik Kawaguchiko) no.6 (Iyashi no Sato) dan no.8 (Fuji Q Highland) terletak dalam satu laluan. Jadi aku memilih untuk ke Kawaguchiko kerana dalam perjalanan ke korang akan jumpa lokasi yang aku sebutkan tadi. 

Memandangkan aku cuti masa cuti sekolah (sebab kerja cikgu), aku tak boleh la nak pilih pergi masa musim bunga, ramai yang cakap masa musim bunga view lebih cantik. Kunjungan aku waktu itu baru masuk musim luruh, aku cek forecast, berkemungkinan aku dapat tengok daun merah.

TIPS
Kalau korang nak tahu masa bila bunga Sakura akan kembang mekar, masa bila daun-daun Maple akan merah, korang boleh update dengan forecast di laman web berikut : Japan Guide-Koyo Setiap ramalan adalah berdasarkan laporan tahun sebelumnya. Kalau bernasib baik korang dapat la tengok bunga sakura atau autumn foliage.

Cuti sekolah ni korang tahu la kan, kalau nasib kena musim yang best macam musim bunga, musim luruh fuh, view mesti lawa. Bagi yang tak terikat dengan cuti sekolah, boleh la tengok forecast sebelum cadang nak beli tiket flight.

Lokasi Menarik Sekitar Kawaguchiko

Fuji Q Highland

Tempat ni yang mula-mula korang akan nampak kalau korang ke Kawaguchiko dengan menggunakan Highway Bus.Tempat ni lebih kurang macam fun fair dan tarikan utama tempat ni ialah roller coaster.

Tasik Kawaguchiko

Terletak di Pekan Kawaguchiko sebuah pekan yang terkenal dengan Onsen. Tasik ini merupakan salah satu dari lima tasik yang berhampiran dengan Gunung Fuji.

Iyashi no Sato

Jika korang pernah ke Kampung Budaya Sarawak, keadaan yang hampir sama aku boleh katakan dengan Iyashi no Sato. Di sini terdapat beberapa buah rumah tradisional Jepun, ada rumah yang menempatkan permainan tradisional, ada rumah yang menempatkan pakaian samurai dan macam-macam aktiviti yang korang boleh buat di sini. Untuk pengetahuan korang Iyashi no Sato ni terletak di Tasik Saiko, juga salah satu daripada 5 buah tasik Gunung Fuji.

Pintu masuk Iyashi no Sato. Jangan lupa dapatkan kupon diskaun yang ada di K'House atau di Tourism Centre, Stesen Bas Kawaguchiko.

Berangan nak amik gambar berlatar belakangkan macam ni la. Kat belakang tu kalau tak de awan, boleh nampak Gunung Fuji. Apa kan daya hari ni dia malu la pulak. 

Rumah Tradisional di Iyashi no Sato, setiap rumah ada je aktiviti korang boleh buat antaranya beli souvenir, mewarna atau buat clay art, main permainan tradisional Jepun dan macam-macam lagi.

Keychain, besaq-besaq kuku pun JPY800 dekat-dekat RM30... Tapi kalau gepren nak, beli la satu, jangan bekira... 


 Kat sini korang boleh buat seni tanah liat bentukkan jadi kucing, burung hantu. Selain tu korang boleh warna kan apa benda nama dia aku pun tak tau.

Ni dia hasil apabila benda "yang aku tak tau apa nama" selepas diwarnakan.

Hagoita, permainan Tradisional Jepun seakan-akan badminton

Kalau tengok cerita Doraemon, nampak macam bodoh sangat si Nobita sebab tak dapat naik Take Uma. Cuba la dulu, nampak senang, bila korang cuba baru tau. Pemijak kaki tu boleh adjust nak tinggi atau rendah.

Di Iyashi no Sato korang boleh sewa Baju Samurai

Sekali dapat pakai, kena la bergaya sakan 

Kalau korang kuat cuba la jalan-jalan satu Iyashi no Sato dengan pakai baju samurai. Tobat berat!




Berhampiran dengan Rumah yang menyewa baju Samurai tu ada sebuah rumah, untuk pengunjung datang berehat. Lengkap dengan tandas, bilik mandi, dapur dan bilik rehat. Tengok la macam mana orang Jepun jaga tempa rehat ni, semua masih dalam keadaan teratur, bersih dan selesa.

Cara Paling Murah Untuk Berjalan-jalan di sekitar Kawaguchiko

Baiklah, sekarang ni aku cuba jawab soalan pembaca, ada yang  minta aku share cara yang jimat untuk berjalan-jalan makan angin di Kawaguchiko. Ada banyak cara untuk berjalan-jalan di sekitar Kawaguchiko jalan-kaki, sewa kereta, sewa basikal dan naik bas. Paling murah, naik bas! Harga tiket JPY 1,200 dan tiket ni untuk 2 hari bagi Laluan Hijau dan Merah (Laluan di Sepanjang Tasik Kawaguchiko dan Tasik Saiko)

Kedudukan Tasik Kawaguchiko dan Tasik Saiko serta beberapa tempat menarik yang ada di sepanjang laluan bas

Bas yang digunakan untuk membawa pelancong bersiar-siar di sekitar Tasik Kawaguchiko dan Tasik Saiko.

Sewa basikal murah tak? Ok je kalau nak sewa, sehari JPY 1,000 tapi aku tak mampu la nak kayuh sampai jauh-jauh. Bas ini akan mulakan operasi di Stesen Bas Kawaguchiko dan ikut korang la nak pergi laluan hijau atau laluan merah. Kat mana nak beli tiket? Tiket korang boleh beli masa korang nak turun daripada bas. Tiket tu diorang buat Poskad dan akan dicop tarikh hari yang korang beli tiket tu.

Sempat jugak aku sewa gerek, sewa dua jam ja untuk pusing-pusing dekat Tasik Kawaguchiko.

TIPS

1. Sebelum bersiar-siar di sekitar Kawaguchiko dan Saiko, rancang perjalanan anda, banyak sangat tempat yang korang boleh pergi.

2. Jangan lupa kupon diskaun, boleh dapatkan di Hostel yang korang menginap atau di Tourism Centre.

3. Datang awal naik first bus, bas pertama yang bertolak daripada Stesen Bas Kawaguchiko bergerak tepat pada waktu.

4. Pastikan ada jadual bas, supaya korang boleh rancang berapa lama korang nak melawat satu-satu tempat. Mana nak dapat? Tourism Centre, sana semua ada. Toilet pun ada.




Alhamdulillah, akhirnya Gunung Fuji muncul jugak. Sebenarnya daripada Stesen Bas Kawaguchiko korang boleh je nampak Gunung Fuji. Satu lagi tips, kalau nak tengok Gunung Fuji yang clear, bangkit lepaih subuh teruih pi jalan-jalan tengok, insyaAllah nampak. Ni kalau pi musim Salji ka... Musim bunga ka, mesti lagi cun, macam Mok Cun.

Untuk pengetahuan korang, banyak tempat menarik di sekitar Kawaguchiko dan Saiko, pilih je yang mana korang suka nak pergi. Ada tempat percuma dan ada tempat yang dikenakan bayaran. Macam kami, kebanyakkan tempat yang kami pergi FOC. Hehe... Setakat itu je cerita di Fuji insyaAllah sambung pulak cerita Raya Haji di Tokyo.

Terima kasih dan bersambung

6 ulasan:

  1. cantiknya Jepun... bilalah boleh dapat pergi..

    BalasPadam
  2. Wah ke Jepun lagi... Lepas ni boleh la aku mintak itinerary. Aku akan kesana jugak bulan 4 tahun depan. Misi mencari sakura. hehe.... Plan nak ke Fuji Q, then proceed ke Takayama, Shirakawago, Kyoto. hehee....

    BalasPadam
  3. Terima kasih berkongsi Cikgu ... seronok baca !

    BalasPadam
  4. Perghhh memang awesome korang nyer perjalanan ke gunung fuji.. yg paling smart pakai baju samurai tu huhuu...
    Well nampak bersih dan keselesaan di jepun kan :D

    BalasPadam
  5. jepunnnnn.. wishlist akak tu... hihihi

    BalasPadam

Tolong letak nama, ok??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...