Ahad, 28 September 2014

Trip Bercuti Jepun - Cerita Periuk Nasik

Semalam aku terpaksa tidur awal, sakit kepala yang teramat sangat. Kawan aku siap mesej dalam group whatsApp trip Jepun, "suma dusta..!!" Sebabnya kami janji nak keluar ke Family Mart jam 11.30 malam, gigih kawan aku sorang ni datang kejut dari bilik ke bilik, hampeh... Semua tidur, termasuk aku sekali. Sakit kepala tak hilang, aku pun sambung la tidur.

Subuh awal di bumi Osaka, jam 4.20 pagi, lepas kejut kawan-kawan aku solat dan terus keluar jalan-jalan kat kawasan Hotel, tengok suasana pagi di Osaka. Waktu tu lengang, tapi dah ada yang pergi kerja. Pagi tu aku rasa segar, sakit kepala pun dah hilang. Dah puas jalan kat sekitar kawasan hotel sambil menghirup udara sejuk aku balik ke hotel, ready nak masak nasik untuk sarapan pagi.

Periuk Nasik Jepun

Berbekalkan beras yang kami bawak di Malaysia, aku dengan gigih basuh beras, nak masak nasik. Ruang dapur tu dah macam studio Chef Ammar "Masak dari hati, masak with iman" Hari ini kita nak masak nasik lahh, istimewa lahh, Allahumma salli 'ala Sayyidina Muhammad, angkat periuk masuk beras lah. Bila nak tekan button, nak masak nasik, sekali Bahasa Jepun daa. Berpeluh aku dibuatnya. Tekan tu tak jadi tekan ni tak jadi. Aku pun hentam la, tekan satu button besar kat sebelah kanan periuk. Tittt, keluar lampu merah, dengan harapan masak la nasik tu. Lepas sejam nasik tak masak-masak lagi.

"Pengalaman memasak di Jepun yang aku takkan lupa sampai bila-bila. Ingatkan periuk nasik kat Jepun ni sama macam kat Malaysia, tekan satu suis dah mula masak. Tengok-tengok ada banyak button semua tulis Jepun, mana la aku nak reti. Tekan tu tak kena, tekan ni tak kena, tekan tu tak hidup... Tunggu dekat sejam, nasik tak masak. Rasa macam nak pakai dapoq api ja, lagi senang..."

Waktu tu, aku pergi tanya pak cik Jepun semalam yang masa kami check in. Dia cakap dia tak reti guna. Pelik, dia tak datang tengok pun, terus cakap tak tahu. Hasihhh. Waktu tu ada sorang mat salleh yang duk kat dapur, aku tanya dia, lega dia reti guna. Mat Salleh tu duk kat Hotel Toyo dah lama, so semua barang kat dapur dia tahu la. Periuk nasik yang aku guna tu dah rosak, so setting menu dia tak leh nak ubah, nak tak nak kena la pakai setting masa masak nasik yang lama "White Rice" (Hakumai白米). Nak tak nak kena tunggu dekat sejam baru la masak. Jadi pagi ni, 2 jam aku masak nasik. So, benda yang mat salleh tu ajar, sekarang ni aku nak share la dengan korang, cara nak guna periuk nasik di Jepun. Jangan jadi macam aku, masak nasik sampai 2 jam, kalah orang kenduri.

Keadaan Panik seketika di Dapur. Semua setting bahasa Jepun daa.
Periuk nasik kat Hotel Toyo, setting menu dah rosak.

Periuk nasik yang kami guna untuk masa di Kyoto. Klik untuk besarkan gambar.

Nak guna periuk nasik ni tak susah sebenarnya, yang jadi susah sebab setting periuk nasik tu semua dalam bahasa Jepun. Aku pulak tak reti bahasa Jepun, kalau reti tak de masalah pun. Kat periuk ni ada 2 Button je yang nak guna, mula-mula sekali, (1)(button Menuメニュー) (klik kat gambar untuk lebih jelas). Button menu berfungsi untuk ubah setting memasak nasik. Tekan button menu, sampai arrow tunjuk kat (2)"fast cooking" (Hadayaki 早炊き). Step ketiga dan step yang terakhir (3)tekan button warna merahmasak nasik (Suihan 炊飯), lepas tu tunggu nasik masak, senang rupanya, tak susah pun, cuma kena tanya pada tok guru yang betul. Cancel nak pakai dapor api. Kalau korang tak bawak beras, korang boleh beli nasik segera di 7Eleven, Family Mart atau Lawson. Nasik ni macam pulut, sedap dan harga pun berpatutan untuk yang travel ala-ala bajet.


Nasi Segera, panaskan dalam microwave, siap!

Lepas bersarapan, kami bergerak meninggalkan Osaka. Ramai bloggers yang cakap Kyoto ni best!  Tak sabar rasanya nak ke Kyoto.

Bersambung...


 Muhammad Saffuan Bin Jaffar

11 ulasan:

  1. Kesiannya..kalau saya dah kena gastrik macam ni lama. Tak ada dapur gas ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya pun ada gastrik kak... bertahan dengan makan onigiri dulu... kalau tak dah lama kena... dapur gas ada... cuma periuk nak masak nasik tu x de...

      Padam
  2. Aku lak masak nasi guna microwave je kat JHoppers Osaka haritu. Sibaik nasi aku masak. Haha.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha, tak pernah terpikir pulak masak nasik dengan microwave.... ni ada jumpa kat wikihow... http://www.wikihow.com/Cook-Rice-in-a-Microwave

      Padam
  3. huishh jenuh gak tu smua dlm bahasa jepun adehh ~ alaaa besnya p jepun !!! huwawawa nk ikot =P

    BalasPadam
  4. kitorang makan nasik instant tu jer ... sedap, kenyang and cepat

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye, nasi instant tu memang sedap!!!
      kami makan dengan serunding jer... mungkin sebab lapar la kot...

      Padam
  5. Ingatkan kt korea je ada nasi instant Mujur ada juga nasi instant kt jepun. Bawa lauk instant jela dr mesia. Sgt senang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. yess sangat senang... nasi instant tu boleh beli kat 7E ataupun Lawson...
      leh suruh diorang panaskan... dengan lauk2 sekali... hehehe...

      Padam
  6. asssalmmulaikum berapa harga nasi instant tu? :)

    BalasPadam

Tolong letak nama, ok??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...