Jumaat, 24 Julai 2009

Papan Tanda Jalan Raya Malaysia

PAPAN TANDA JALAN RAYA MALAYSIA




Dalam bahagian artikel ni saya nak kongsi sikit mengenai suatu pekara yang mungkin ramai orang tak tahu, dan mungkin ada orang dah tahu. Bagi anda yang tahu, anda mungkin tahu apa gunanya K102 yang saya bulatkan dalam gambar di atas. Bagi yang tak tahu, apa bendanya tu??? Saja-saja ke nak letak??? Buat hiasan??? Waktu saya ke kursus memandu kereta, ketika penceramah bertanya, "Ada soalan?" Saya pun terpikir nak tanya, Saya pun tanya, ""Encik!!! Saya ada soalan..."Apa benda yang warna kuning kat papan tanda tu???" Penceramah tu tak terus menjawab soalan saya, tetapi dia bertanya kepada peserta lain yang tak tanya soalan. Semua orang kat situ tak tahu apa bendanya tu.... Ok lah penceramah tu jawab, "Benda kuning tu adalah NOMBOR PANDUAN DALAM PETA, kalau adik ada peta negeri, kat dalam peta akan ada Nombor tersebut..."

K102, huruf K, merujuk kepada kod negeri (K= Kedah), Kod huruf nombor rujukan jalan sama dengan kod nombor plate kereta, R= Perlis....
Kat bawah ni saya lampirkan peta untuk anda. Kalau anda ke tempat yang baru, dan ada peta di tangan anda, nombor rujukan jalan pada papan tanda, memang membantu....









Selasa, 21 Julai 2009

PROGRAM DUA TAHUN (PDT)

JANGAN TAKUT DAPAT TAWARAN MATRIK PST ATAU PDT


PROGRAM MATRIKULASI DUA TAHUN (PDT)
Bagi sesiapa yang mendapat tawaran PDT saya ucapkan tahniah.
Bagi anda yang mendapat modul satu, anda ialah pelajar Sains Hayat (Biologi)
Bagi anda yang mendapat modul dua, anda ialah pelajar Sains Fizikal (Fizik)


APA YANG AKAN ANDA BELAJAR PADA TAHUN PERTAMA PDT


Modul Satu (Sains Hayat)
  1. Biologi
  2. Fizik
  3. Kimia
  4. MatematiK


Modul Dua (Sains Fizikal)
  1. FiziK
  2. Sains Komputer
  3. Kimia
  4. Matematik
  5. Bagi pelajar sains hayat, anda perlu mengambil subjek Fizik,
APA YANG ANDA AKAN BELAJAR PADA TAHUN KEDUA PROGRAM SATU TAHUN (PST)


Sains Hayat
  1. Biologi ATAU Fizik
  2. Kimia
  3. Matematik
  4. Sains Informatik (Sem 1 atau Sem 2)
Bagi pelajar sains hayat Biologi ATAU Fizik, bergantung pada anda, dan juga RESULT PNGK waktu PDT dulu...


Sains Fizikal
  1. Fizik
  2. Kimia
  3. Matematik
  4. Sains Informatik (sem 1 / sem 2) Tiada


Bagi anda yang takut-takut dengan program Matrikulasi, terutamanya pelajar 2 tahun, sebenarnya anda jangan risau. Ramai bekas-bekas PDT dulu dimana result SPM yang kurang memuaskan, sekarang ni dah berjaya... maklumat lanjut layari laman web rasmi
KOLEJ MATRIKULASI PULAU PINANG… [ Edit ]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...