Kilim Geoforest Park Langkawi
Pandangan pertama saya terhadap tempat ini , biasa ja... Kilim Geoforest Park satu keunikan baru di Pulau Lagenda, Pulau Langkawi. Satu tarikan baru bagi pelancong yang bertandang ke sini. Sememangnya menarik hati, jadi bagi anda yang buntu nak melawat ke mana. Kilim jadikan pilihan pertama... Sekilas pandang mengenai tempat ini. Setahu saya tempat ni baru ja bukak. Malam sebelum saya ke sini, saya dan kawan-kawan jalan-jalan kat shopping complex nak cari idea ke mana esok. Ramai yang cadangkan Langkawi Cable Car. Yang tu semua orang tahu... Tapi Kilim orang tak tahu sangat, sebab tu saya nak kongsi dengan anda semua.
Kilim Geopark (bulatan merah) berhampiran dengan Galeri Mahathir. Senang untuk sampai ke sana.
Oklah saya nak cerita... Semua pelancong akan dibawa menyusuri sungai dengan menaiki bot yang disewa dengan harga yang memang BEST. Waktu ni anda boleh la tengok keindahan hutan paya bakau kat sini. Disamping tu ada beruk-beruk yang bergayutan dengan gembiranya menyambut kedatangan anda....
Selepas itu anda akan dibawa ke suatu tempat dimana ada puluhan ekor burung helang yang diberi upah untuk mengahampiri anda.Memang menarik...
Lepas tu pulak anda akan ke sangkar ikan. Kat sini anda bolehla tengok perangai ikan yang pelik-pelik kat sini. Yang saya pegang ni spesies ikan pari yang bunuh Crocodile Hunter. Tapi di sini dia tak bunuh orang. Kalau nak cuba pegang datang la ke Kilim Geoforest Park.
Tempat ni menempatkan Kor Askar Ikan Diraja. Ikan kat sini akan menembak pelancong dengan memancutkan air...
Di sini Gua Kelawar yang menempatkan beribu-ribu botol minyak wangi buatan kelawar. Memang wangi kalau datang pasti nak ke sini lagi, sebab wangi...
Jadi.... Tunggu apa lagi? Kalau ada kelapangan datanglah melawat
KILIM GEOFOREST PARK LANGKAWI
salam...
BalasPadamni ke trip hampa dgn pn zurina....
x aci btol...
knapa kami dianaktirikan??huhu
nak pegi jugak!!!!