Pada waktu malam yang gelap dan jika anda berada di kawasan luar bandar serta cuaca yang elok tidak berawan, pastinya anda dapat melihat beribu-ribu bintang di langit. Bulan dan bintang diciptakan Allah s.w.t sudah tentu ada kegunaannya. Dalam artikel ini saya akan menerangkan kegunaan bintang dalam menentukan arah.
Firman Allah s.w.t
Firman Allah s.w.t
لَقَدۡ جَعَلۡنَا فِى ٱلسَّمَآءِ بُرُوجً۬ا وَزَيَّنَّـٰهَا لِلنَّـٰظِرِينَ
Dan demi sesungguhnya! Kami telah menjadikan di langit: Bintang-bintang (yang berbagai bentuk dan
keadaan) serta Kami hiasi langit itu bagi orang-orang yang melihatnya. 15:16
Firman Allah s.w.t lagi,
وَعَلَـٰمَـٰتٍ۬ۚ وَبِٱلنَّجۡمِ هُمۡ يَہۡتَدُونَ
Dan (Dia mengadakan) tanda-tanda panduan jalan dan dengan bintang-bintang (pada waktu malam) mereka dapat mengetahui arah yang hendak dituju. 16:16
Menentukan Arah Selatan
Buruj Crux
Lokasi : Kangar, Perlis
Kamera : Nikon D5000
Lens : Nikkor 35mm, f1.8
Appature : f1.8
ISO Speed : ISO-400
Exposure : 30 saat
Gambar di atas menunjukkan Buruj Crux. Bagaimana hendak mencari buruj ini tanpa kompas? Senang sahaja. Pertama kali untuk mengenal Buruj Crux, atau apa-apa buruj anda perlu mengenal dengan melihat gambar rajah buruj. Daripada gambaran yang anda telah dapat melalui pembacaan, anda perlulah mengadaptasinya dengan melakukan amali, berdasarkan gambar rajah atau peta bintang, anda perlulah mencarinya di langit. Tak kenal maka tak cinta.
Buruj Crux ini menunjukkan ke arah selatan. Anda boleh merujuk pada gambar rajah. Bagi negara yang berada di hemisfera utara, buruj ini tidak kelihatan. Buruj Ursa Major (Beruang Besar) ataupun dalam bahasa Melayu dikenali sebagai Buruj Biduk (Senduk). Garisan kuning menunjukkan ilustrasi Buruj Crux manakala garisan merah menunjukkan buruj tersebut memberikan panduan ke arah selatan.
Buruj Biduk (Ursa Major)
Lokasi : Nottingham, United Kingdom
Kamera : Nikon D5000
Lens : 18-105mm
Atas, gambar menunjukkan ilustrasi Buruj Biduk (Gambar Beruang) dan saya ambil daripada perisian Stellarium.
Gambar di sebelah menunjukkan bagaimana Buruj Biduk dapat menunjukkan arah utara. Garisan Merah (menunjukkan buruj), garisan biru (menunjukkan arah bintang Polaris), garisan kuning (menunjukkan arah utara) tanda N bewarna merah di dalam gambar. Salah satu elemen penting untuk menetukan arah ialah bintang Polaris (garisan anak panah biru). Bintang Polaris sangan mudah kelihatan di negara-negara hemisfera utara, bagi negara terletak di garisan Khatulistiwa, mungkin agak sukar.
Dua bintang (dalam buruj Biduk) yang selari dengan garisan anak panah biru akan membantu menunjukkan arah bintang Polaris dan setelah anda menjumpai bintang Polaris, tunjukkan bintang itu dengan tangan anda dan katakan "itulah utara bumi". Seperti mana yang telah saya katakan tadi, anda perlu kenal nama-nama bintang dan buruj-buruj penunjuk arah, barulah anda dapat aplikasikan dengan betul, kalau tidak barat pun boleh jadi selatan.
Fungsi Buruj Dalam Menetukan Arah Kiblat
Gambar rajah 1.Buruj Si Pemburu atau "The Stellar Nursey of Orion"
[sila klik pada gambar untuk lebih besar dan jelas]
Kali ini saya ingin berkongsi cerita mengenai Buruj ataupun gugusan bintang. Saya mempelajari kaedah membaca peta bintang serta mengenal pasti objek samawi (planet, bintang, nebula, galaksi, kluster dan buruj) dari seorang pesara guru, iaitu Encik Lim Hock Eng yang kini tinggal di Pulau Betong, Pulau Pinang. Beliau memiliki sebuah kedai teleskop di Kompleks membeli belah di Bukit Jambul.
Saya, Encik Lim & isteri
Suatu hari saya ke kedai Encik Lim Hock Eng untuk mempelajari cara menggunakan teleskop dan peta bintang. Untuk mempelajari cara menggunakan teleskop kita mesti berhati-hati dan untuk mahir dalam membaca peta bintang kita mesti selalu pandang ke langit katanya. Ketika memulakan pelajaran memahami peta bintang, Encik Lim Hock Eng bermula dengan Buruj Si Pemburu, yang selalu kita lihat di langit. Beliau tanya kepada saya " Saffuan tau tak buruj pemburu ni boleh tunjuk arah kiblat?" kata beliau dalam loghat utara yang fasih seperti orang Melayu. Saya menjawab " tak tau la uncle..." Saya sangat kagum dengan beliau, seorang yang mempunyai ilmu yang luas dalam bidang astronomi. Kata beliau pada saya "Mai uncle nak ajaq". Kami pun meneruskan pembelajaran.
Jika anda sedar, pada waktu malam, kadang-kadang kita melihat ada banyak bintang, dan dalam banyak-banyak bintang ada 3 bintang yang selari ( seperti gambar di sebelah)[sila klik pada gambar untuk lebih besar dan jelas] . Dikenali dengan nama Si Pemburu atau Buruj belantik ia berfungsi sebagai penunjuk arah kiblat. 3 bintang yang berjajaran itu mempunyai nama tersendiri, iaitu al-Nitak, al-Nilam dan Mintaka. Nama-nama tersebut adalah dalam bahasa Arab dan nama tersebut diterima pakai oleh Kesatuan Astronomi Antarabangsa (IAU).
Kaedah untuk menentukan arah kiblat dengan menggunakan buruj ini ialah anda perlu melihat ke arah langit pada waktu subuh kerana pada waktu itu Buruj Si Pemburu akan terbenam di ufuk barat. Pada waktu itu anda akan dapat melihat ketiga-tiga bintang akan menunjukkan arah kiblat (lihat gambar rajah 1 di atas, anak panah bewarna merah). Cara ini merupakan kaedah atau anggaran kasar sahaja, banyak cara untuk menentukan arah kiblat yang saya akan ceritakan nanti dalam artikel yang akan datang. Bagi mereka yang tinggal di hemisfera utara, kaedah ini tidak sesuai digunakan. Wallahualam
Petang Jumaat yang Mendung
Sungai Nibong, Bayan Lepas, Pulau Pinang
salam singgah di sini..
BalasPadamwah.. kamu belajar bidang astronomi ke?
masa kecil2 dlu sy minat juga dalam bidang astronomi ni.. dulu pnah gak bercita2 nk jadi ahli astronomi.. bila jumpa blog2 yg berceritakan tentang ilmu ni.. tetiba dtg semula minat ni.. (^__^)
sy add blog kamu ya.. (^__^)
encik lim!!
BalasPadamdia ler tolong sya wat kajian pasal mthri!
assalamualaikum...
BalasPadamijin share.. :) .. salam from indonesia.. ;)
assalamualaikum..
BalasPadamijin share... :) ..
salam from indonesia...
waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh... Silakan tuan, tak perlu minta izin....
BalasPadam