Isnin, 26 November 2012

Tips Bercuti di Kuching, Sarawak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

   Alhamdulillah trip ke Kuching, Sarawak telah pun berakhir, beli tiket dari bulan Februari berbulan-bulan aku dengan kawan-kawan duk sibuk countdown. Sebenarnya banyak blog yang aku jadikan rujukan dan panduan untuk trip kami berlapan. Aku akan kongsikan dalam entry kali ini tempat menarik di Kuching Sarawak. 

   Jadi kat bawah ni aku nak kongsikan trip itinerary yang aku sediakan sebelum ke Kuching, dengan adanya benda ni, mudah untuk kita merancang... Asalnya itinerary ni macam lain, tapi disebabkan beberapa perkara yang berlaku dan tak dapat dielakkan, kami ubah plan, tapi semua tempat dapat pergi. Jom tengok Tips Bercuti di Kuching.



Tips 1 (Tempat Menarik di Sekitar Kuching)

So kalau nak ke Kuching, tempat mana yang sepatutnya nak melawat? Ni pun menjadi tanda tanya kepada kami, Kuching ni bukan kecik tapi besar dan ada sesetengah tempat tarikan utama terletak jauh dari bandaraya Kuching. So tempat-tempat kat bawah ni tempat yang kami dah terokai,

1) Waterfront
2) Tugu Kuching
3) Bako National Park (Bagi yang minat nak terokai alam semulajadi)
4) Semenggoh Wildlife Centre
5) Jong's Crocodile Farm
6) Sarawak Cultural Village
7) Masjid Jamek Negeri Sarawak
8) Masjid Jamek Bandaraya Kuching
9) Kek Lapis ( Ada Banyak Pilihan)
10) Pusat Membeli  belah ( Ada Banyak Pilihan)

TAMAN NEGARA BAKO

Untuk ke Taman Negara Bako, waktu yang sesuai adalah luar dari musim hujan, dan perlu dingatkan faktor air pasang surut tu penting. Waktu aku sampai ke Bako, nasib kami baik sebab air sungai belum surut, kalau tak terpaksa la batal, lepas tu kalau dah air surut waktu hiking alamatnya kena tunggu berjam-jam di Jeti Taman Negara Bako.

Harga Tiket Masuk : RM10.00
Sewa Bot : RM94 untuk 1 Trip pergi dan balik (Maksimum 5 Orang)
Sea Stack (Mercu Utama Bako National Park) : Bayaran Tambahan dikenakan sebanyak RM35.00 

Ni Seastack bahagian belakang, jangan la amik gambar kat belakang.

SEMENGGOH WILDLIFE CENTRE

Bagi peminat hidupan liar, peluang nak tengok Orang Utan ni menjadi sesuatu yang wajib. Semenggoh Wildlife Centre adalah tempatnya. Kunjungan kami semasa bulan November tak kena waktu la bro. Time tu musim buah, sekor Orang Utan pun tak nampak apatah lagi bulunya... Haha... Waktu terbaik untuk melawat antara Mac dan April, peluang nak tengok Orang Utan amat cerah!


Waktu melawat ke Semenggoh Wildlife Centre yang terbaik ialah :
9.00 - 10.00 am & 3.00 - 4.00 pm waktu ni Orang Utan akan diberi makan, makanan diletakkan di atas pelantar dan petugas akan menjerit macam ala-ala tarzan untuk panggil Orang Utan ni keluar dan makan kat atas pelantar tu. Tiket masuk hanya RM5.00 dan boleh digunakan sekali untuk sesi di sebelah petang pada hari yang sama.

SARAWAK CULTURAL VILLAGE
(KAMPUNG BUDAYA SARAWAK) SCV

Satu lagi tempat yang wajib dikunjungi, Sarawak Cultural Village. Mula-mula kami plan untuk melawat tempat ni di sebelah petang, tapi disebabkan hujan, terpaksa batal. Borak-borak dengan orang jual tiket, dia syorkan kami datang esok pukul 9.00 pagi, 2 jam jalan-jalan lepas tu jam 11.30 pagi tengok show kebudayaan.

Persembahan Budaya, wajib tengok best!

Esok kami datang time tu jugak, tapi kami spend almost 6 jam di Sarawak Cultural Village! Tengok orang jugak la kot, bagi aku, aku minat interview orang yang jaga rumah2 tradisional kalau ada demo macam tarian aku cuba, menyumpit pun aku cuba, so tak hairanlah aku dengan geng2 spend masa kat situ berjam-jam... Jangan lupa bawak bekal air minum kalau time panas, berbaloikan kalau ada bekal sendiri.

Salah satu rumah tradisional di SCV 


Sambil tu boleh la belajar serba sedikit budaya kaum di Sarawak, diorang ni permah

Sebelum ni aku ada search tentang Pantai Damai, dan kalau nak masuk kena bayar RM5.00. Masa kami bercuti di Kuching, berhampiran Sarawak Cultural Village, berhadapan dengan gate masuk, kat situ ada kawasan pantai dan ada tugu burung Kenyalang, view lawa, boleh snap2. Berbaloi jugak kan, tambah pulak tak kena bayar apa-apa. Cuma tandas ja berbayar.


Kawasan ni betul-betul terletak di depan Sarawak Cultral Village, tempat ni baru bukak rasanya.

Tiket Masuk : RM60.00 (Dapat Passport)
Tiket Masuk dengan Student Card : RM15.00 (Diorang tak bagi Passport)

JONG'S CROCODILE FARM

Jong's Crocodile Farm pun menarik jugak untuk dilawati. Kalau tengok buaya kat Zoo lebih bosan, disini ada acara bagi makan buaya dan boleh la tengok buaya lompat dan ngap makan tu. Selain daripada buaya, haiwan-haiwan lain pun ada contohnya macam Ikan Naga, tapi tarikan utama orang ke sini tak lain tak bukan nak tengok buaya lompat. Aku spend masa kat sini lebih kurang 2 jam.



Tiket Masuk : RM16 (Bukan Warga Sarawak)

Selain tu kalau nak menyaksikan pemandangan yang indah di Sungai Sarawak boleh la naik river cruise, tapi kami tak naik pun atas sebab bajet yang tak berapa nak banyak. So pilihan kami di Masjid Bandaraya Kuching yang terletak di atas bukit. Waktu tu pergi ke sana untuk solat Maghrib dan sambil tu kami menyaksikan keindahan alam di Sungai Sarawak, subhanallah!

Waktu nih terasa sangat syahdu, tidak Engkau jadikan alam ni dengan sia-sia, insaf seketika.

Tips 2 (Membeli Belah/Makan-makan)

Membeli belah kat Kuching tak dak masalah, banyak tempat yang boleh kita pergi, jalan kaki pun boleh. Kalau bab makanan, aku suggest untuk ke seberang Sungai Sarawak, kat situ ada food court, banyak pilihan dan harga pun berpatutan. Menu yang aku suggest untuk cuba since dah datang Sarawak nih adalah :

1) Mee Kolok
Ada yang rekemen Mee Kolok Haji Salleh.

Mee Kolok Haji Salleh
2) Nasi Goreng Dabai

3) Ayam Pansuh


4) Laksa Sarawak



Ni yang aku suggest je... Sebenarnya banyak lagi makanan tempatan yang nak kena cuba. Kalau nak beli kek Lapis pun di seberang sungai sana, macam tu la jugak dengan ikan terubuk masin. Bagi survenir, di seberang sungai sana lebih murah dan banyak pilihan. Sebelum nak beli tu elok2 la survey dulu.

Kenderaan untuk ke tempat-tempat menarik tu tak susah, ada public transport dan ada transport yang hotel sediakan. Bagi kami yang travel 8 orang, kami lebih selesa untuk sewa kereta. Drive di Kuching tak dak la tension sangat, jalan luas dan tak jem, tapi roundbout banyak....

Mungkin itu saja tips yang nak dikongsikan, mudah-mudahan dapat membantu plan korang untuk ke Kuching. Apa-apa pun aku suka dengan Kuching, best dan banyak lagi tempat untuk diterokai. Selamat Bercuti!

Kat bawah ni aku share sikit dengan pembaca bajet yang aku keluarkan sepanjang 5 hari aku di Kuching Sarawak. Jadi kalau ada yang plan nak bercuti di Kuching, leh la siap-siapkan bajet. Bajet di bawah tu aku travel dalam group 8 orang, kos penginapan dengan kos sewa kereta tu kira average la...

TIKET FLIGHT
1. Penang - Kuala Lumpur = RM92.00
2. Kuala Lumpur - Kuching - Kuala Lumpur = RM64.25
3. Kuala Lumpur - Penang = RM24.70


PENGANGKUTAN DI KUCHING

1. Airport - Hotel - Airport = RM12
2. Sewa Kereta & Minyak = RM60 (Untuk 3 hari dan Share 8 orang)

PENGINAPAN
1. Kos Seorang = RM79.00 (Untuk 4 malam di Hotel 360Xpress)

TIKET MASUK TEMPAT
1. Bako National Park = RM10.00
2. Sewa Bot Bako = RM32.25
3. Semenggoh Wildlife Centre = RM5.00 
4. Jong’s Crocodile Farm = RM16.00 
5. Sarawak Cultural Village = RM20.00
    
KOS PERBELANJAAN PERIBADI (MAKAN DAN CENDERAMATA) = RM360.00
 
JUMLAH KESELURUHAN = RM775.20

    Harap-harap Tips Bercuti di Kuching ni dapat membantu korang buat planning. Selamat bercuti ke Kuching Sarawak


 Muhammad Saffuan Bin Jaffar

22 ulasan:

  1. boleh share syarikat sewa kereta?

    BalasPadam
    Balasan
    1. alamak, kawan saya yang uruskan sewa kereta.... Katanya cari kat mudah.com

      Padam
  2. salam awk ni student lg ek.. sbb harga yg sy survey unk SCV around RM60.. cmne blh dpt dgn RM20.00.tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam, nak beli tiket SCV kalau boleh jangan melalui agen... Agen akan caj RM60.00... Untuk dapatkan tiket RM20++, pergi terus ke kaunter SCV dan kemukakan kad pelajar, WAJIB ada tau, sebab diorang akan photostat dan kad akan dipulangkan selepas habis kita melawat SCV... Sori agak lewat balas...

      Padam
  3. Assalammualaikum.
    Nak tahu harga tiket masuk Sarawak Cultural Village ada diskaun tak untuk rakyat M'sia ?
    faizal hashim.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam. Untuk rakyat Malaysia yang masih STUDY ada diskaun... tapi wajib bawak kad pelajar, kalau tak kena bayar RM60.00

      Padam
    2. kalau suami student, isteri kerja kerajaan dan bawak 2 anak skali.... agak2 dapat diskaun semua ker... mmg dah tempah tiket flight nie ...

      Padam
  4. Askum..sy bcadang nk pergi ke sarawak hujan bln ni dan sy rsa tips yg awk bg tu sgt mnarik..lg 1 bley x share no fon syarikat kreta tu?..sbb sy da cri kt mudah, tp xdpt la hrga mcm tu utk 3 hari..rm 60 utk 3 hari mmg murah sgt utk student mcm sy..so hrap awk bley tlong mntk no tu ngn kwn awk..tq

    BalasPadam
  5. Askum, bro mntk share no kereta sewa tu bley x?..da cri kt mudah tp xde..mmg murah la kalo rm60 utk 3 hari n sesuai utk student cm sy ni...mntk bro tnye mmber yg urus kreta tu..tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kami sebenarnya 8 orang dan sewa dua buah kereta selama 3 hari

      kos sewa sehari = RM 60, RM 60 X 2 (2 KERETA) = RM 120
      Kos sewa 3 hari = RM 120 X 3 = RM 360 (RM 45 seorang)
      yang jadi RM 60 tu sebab kami kutip seorang lebih RM 15 untuk duit minyak...

      so kos keseluruhan = RM480 ( SEWA 2 BUAH KERETA, 3 HARI TERMASUK MINYAK)

      anyway ni nombor taukeh kereta ->019 - 878 8096

      harap membantu

      Padam
    2. Boleh x nak tau kereta apa yg kamu sewa? tq

      Padam
    3. jazakallah saffuan.....anda sngt mmbantu...

      Padam
    4. You are welcome... Thanks for visiting!

      Padam
  6. Assalamualaikum safuan. Nakn tanya,
    1) hotel 360 xpress tu kalo jalan kaki ke waterfront jauh tak? Dengan hotspot kuching dekat tak?
    2) kalo drive sendiri, korang guna GPS atau tanda arah saja. saya ada baca kat sana kurang signboard. saya ingat nak drive ajer di sana .
    3)Musim buah kat Semenggoh orang utan tu sampai bulan Dis jugak ker?
    4)Dari kuching, memang sampai kesemenggoh dulu ker. sebab saya ingat mau pi jong crocodile dulu. mana satu yg sesuai.

    Terima kasih. Gud info pasai kuching ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam, mula2 sekali terima kasih kerana sudi melawat ke blog ni :)

      1) Hotel 360Xpress untuk ke Waterfront tak jauh, lebih kurang 5-10 minit, antara hotspot yang dekat dengan
      i) Tugu Kuching
      ii) Waterfront (Kat Waterfront tu macam2 boleh buat, makan2, tengok persembahan sape
      iii) Sungai Sarawak, boleh naik river cruise dan ke seberang sungai untuk makan2 (sana banyak pilihan) atau beli kek lapis

      2) Ya sana kurang signboard, agak sukar kalau tak ada GPS. Kalau nak berhenti tanya orang, makan masa... better you study jalan kat sana dan guna GPS, jimat masa

      3) Disember adalah musim buah, macam you pergi sekarang is the best time to visit!

      4) Dari kuching ke semenggoh kira2 30-45minit. Saya cadangkan awak pergi ke Semenggoh dulu, awal2 pagi jam 8.30 pagi tu dah sampai sana... lepas tu ada pertunjukkan bagi makan kat orang utan kira2 jam 9.00 pagi lepastu jam 10.00 dah boleh terus ke Jong Crocodile farm... pertunjukkan makan buaya jam 11.30 pagi...


      Padam
  7. salam bro...
    taman negara BAKO mmg kena naik bot ker ??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam,
      yes... memang kena naik boat....

      Padam
  8. Kalau nak naik bot kat taman bako. Boleh direct pergi sana dapatkan bot ke? Mksdnye cam takyah nak call tour dulu ke ape ke. Terus g sana n mmg ada bot ke yg tggu kat sana? Thanks 😊

    BalasPadam
  9. salam en saffuan..saya nak tanya..kalau gi bako national park tu, sesuai tak kalau bawak budak kecik?tq..

    BalasPadam

Tolong letak nama, ok??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...