Sabtu, 1 Disember 2012

Selamat Tinggal Kuching (Part 7)

Kringgg..... 

Aku tarik balik selimut, sambung balik tidur... Lepas beberapa minit, sedar-sedar dah jam 5.15 pagi...

Tidakkk... Hari ini hari terakhir aku berada di Kuching, sekejap ja masa berlalu dah nak balik. Pagi ni tak ada apa apa rencana penting, maksud aku tak dak la nak melawat ke mana-mana.

Tapi ada beberapa benda nak kena setel, bayar baki sewa kereta, lepas tu boleh la pergi sarapan kat tempat biasa "Chilli Peppers", amik gambar di tugu Kuching, main bowling, kemas beg dan balik ke Penang.

Pagi ni aku nak testing sikit, apanya? Kopi O Ais yang aku oder tak pernahnya rasa kopi o, rasa kopi o tu macam Nescafe. Kalau kat Thailand, sama la macam yang terjadi di Kuching, oder Kopi o dapat Nescafe. 

"Kak Kopi Hitam satu..." aku try oder kopi hitam

Dah sampai air kat meja, berjaya! Kopi O = Kopi Hitam itu yang betulnya

 Nasi Lemak Ayam Panggang

Sandwich Bakar

Lepas makan terus main bowling jap, namun aku tak dak bakat besar dalam main bowling, mungkin menyumpit bakat aku lebih menyerlah.








Apa-apa pun syukur alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Walaupun tak dapat tengok Orang Utan di Semenggoh, mungkin ada rezeki aku akan datang lagi ke Sarawak, banyak lagi tempat di Sarawak nih, al maklumlah negeri yang jauh lebih besar dari Semenanjung Malaysia. Apa-apa pun Sarawak ,best!

Trip lepas ni ke mana? Jakarta, Medan atau Nepal, haha....


 Muhammad Saffuan Bin Jaffar

1 ulasan:

  1. lain kali tak perlu pegi semenggoh, boleh pegi Matang Wildlife Centre kat situ memang ada pelihara orang utan dan haiwan dan burung lain. Dari Matang awak boleh teroka gua di Bau dan pergi Pasar Serikin yg terletak kt sempadan Sarawak-Kalimanta. Pasar ni buka sepanjang hari Sabtu dan half day Ahad. Ada juga kolam air panas dekat area Padawan.

    BalasPadam

Tolong letak nama, ok??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...