"Ekspedisi Gunung Kinabalu" dua tiga kali aku fikir, argh... tak senang duduk aku, nak pergi ke tidak? Gunung Kinabalu, gunung tertinggi di Malaysia, mampukah diri ini sampai ke Puncak?
Tanpa membuang masa, aku telefon mak, pujuk mak aku supaya bagi aku ke sana (masa tu aku masih sekolah menengah). Macam-macam strategi aku guna, alhamdulillah akhirnya dapat "lampu hijau".
Berbulan-bulan sebelum tiba tarikh ekspedisi, aku dengan 4 orang lagi kawan training sungguh-sungguh, jogging pusing padang, lari naik turun tangga. Paling eksterem kami berjalan kaki sejauh 23km dari Balik Pulau ke Empangan Air Itam. Yang kami tak sempat, untuk training dengan mendaki Bukit Bendera.
Segala persiapan rapi dibuat, hantar surat rasmi ke tempat kami nak menginap (MRSM Kota Kinabalu), tiket pun dah di beli, alhamdulillah dapat tiket Air Asia, murah pun murah hanya RM168.00 return* Barang hiking pun siap, antara barang yang kami bawak :
1) Peralatan memasak
2) Makanan dalam Tin, Sardin, Kari Ayam
3) Perencah Nasi Goreng, Sup Sayur, Kicap
4) Telur dan Beras
5) Penutup muka
6) Glove Tangan
7) Baju sejuk
8) Ubat ubatan
9) Energy Water (Maaf la tak ingat, dia macam serbuk)
12 Julai 2006
Ekspedisi Gunung Kinabalu bermula dengan kami meninggalkan MRSM Balik Pulau, wah exited, teruja semua ada. Kawan-kawan lain memerah otak, studi. Kami? Pergi bercuti makan angin, memang sakan aku time tu.
Dari Balik Pulau terus kami ke Stesen Bas Sungai Nibong. Sampai ja kat stesen bas, terus beli tiket ke Kuala Lumpur, fuh banyak kot beg yang kami bawak, kebanyakkan makanan dalam tin. Tepat jam 9.30pagi aku bersama empat lagi sahabat dan seorang guru pengiring bergerak meninggalkan Pulau Mutiara.
*Selepas 5 jam perjalanan*
Exited, exited sangat. Suasana keliling dah berubah, dah nampak menara Kuala Lumpur dan nampak menara berkembar Petronas. Last aku ke Kuala Lumpur tahun 2001, banyak dah berubah kat sini. Tayar bas berhenti bergolek, kami sampai di Stesen Bas Puduraya.
Perasaan seronok aku tu dah hilang, hidung aku berdarah, bukan sikit... Banyak kot. Aku amik tisu sumbat. Cikgu aku dah bising. "Macam mana nak hiking???" Aku relaks cakap, nanti hilang la darah tu. Masuk kat dalam stesen bas Pudu, aku dah pening kepala, panas, sesak, dengan ulat jual tiket, rimas-sangat rimas. (Sekarang ni Stesen Bas Puduraya dan selesa)
Kami ke tempat menyimpan beg, sebab nak beli barang dekat area KL. Fuh takut aku tengok orang, berebut-rebut cari pelanggan untuk nak simpan beg. Sini! Sini! Kat tempat makan pun macam tu, nampak ja orang, buka peti ais, nampak ja orang buka peti ais. Kepala aku makin berdenyut-denyut, aku makin tak selesa.
Lepas beli barang, daripada Pudu kami bergerak ke KL Sentral dan dari sana kami menaiki bas untuk ke LCCT KLIA. Hidung aku ni kejap-kejap berdarah, apa masalah pun aku tak tau. Sakit kepala dan hilang, aku pun terlelap.
*Setibanya di LCCT KLIA*
Alhamdulillah, kami sampai di LCCT, ni la pertama kali aku ke airport dan pertama kali aku akan naik pesawat. Macam mana la rasa naik kapal terbang. Dulu asyik dengar orang je naik kapal terbang, tapi hari ni turn aku. Beg-beg diangkat dan kami masuk ke LCCT untuk check in bag. Penerbangan kami dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu di sebelah malam.
Tunggu punya tunggu sekali ada pengumuman dibuat.
"Penerbangan Ke Kota Kinabalu lewat......"
Aaa sudah tunggu lagi aku kat gate. Dari situ aku dah nampak kapal terbang, macam mana tak exited. Bila la aku nak naik.
Alhamdulillah, dah lama menunggu, kapal terbang sedia nak berlepas, semua penumpang siap beratur nak bagi tiket (Tiket time tu lawa, hehehe...) Masa nak beratur tu la hidung aku berdarah sekali lagi, kali ni banyak sangat.
" Adik datang dengan siapa? Adik tak boleh naik flight lagi sekarang ni. Encik bawak dia ketepi dulu..." Cikgu aku dengan sorang kaki tangan Air Asia bawak aku duduk kat seat, lepas tu aku ke tandas sampai la darah tu stop baru aku boleh naik kapal terbang. Kali ni aku yang men-delay-kan flight, hahaha....
Naik kapal terbang, semua orang dah siap duduk kat seat, nampak sangat aku dengan cikgu aku paling lewat. Tak dapat la nak duduk tepi tingkap. Aku duk kat sebelah lelaki cina, sekali sekala pramugari datang kat aku tanya aku ok atau tak. Kemudian datang lagi sorang pramugari bawak ais untuk letak atas kepala.
"Awak ok ke?" atanya laki cina tu
"Ya saya ok, tapi hidung asyik berdarah..."
"First flight? ok relaks..." macam dia tahu ja aku ni pertama kali naik flight.
~Bersambung~
Muhammad Saffuan Bin Jaffar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Tolong letak nama, ok??