Sabtu, 24 Mei 2014

Plan Bercuti di Jepun ala Bajet

UPDATE Cerita terbaru Trip Jepun Murah-murah klik di sini -- Osaka, Kyoto, Nagoya


Klik kat sini ( Bajet Murah 8 Hari 7 Malam Bercuti di Jepun)


Alhamdulillah exam pun dah habis, sekarang ni aku ada banyak masa nak menulis, cuma rajin atau tak je. Sekali lagi aku tengah berangan nak melebarkan sayap ke Asia Timur, mana? Jawapannya : Jepun. Aku dah lama nak pergi Jepun, sejak sekolah menengah lagi. Dulu ada program anak angkat ke Jepun, duk sana seminggu, kena bayar RM3,000. Mana aku nak cekau duit banyak tu? Kali ni aku berkira-kira nak ke Jepun dengan kos jauh lebih sikit dari RM3,000.

Apa yang aku nak share ni just a plan, aku belum pernah sampai. Kalau korang dah ada pengalaman, dah pernah pergi Jepun, why not share dengan aku. Biasanya sebelum aku plan nak pergi mana-mana, aku wat research dulu, banyak blog aku baca, banyak laman web aku pergi, banyak orang aku tanya so aku boleh anggarkan bajet untuk ke sana. Ok, tak mau duk ceramah tang ni mai kita tengok apa yang aku dah plan.

Dulu kena apply visa untuk ke Jepun, sekarang ni dah tak perlukan visa. Jadi dah jimat dari segi kos untuk buat visa.

Plan aku nak pergi ke 3 buah tempat di Jepun, Osaka, Kyoto dan Tokyo.

Osaka dekat dengan Kyoto, tapi jauh dengan Tokyo.

Berapa harga tiket untuk ke Osaka? Ok, paling murah aku pernah survey dari Kuala Lumpur ke Osaka RM555.00. Buat masa sekarang harga agak mahal. So aku bajet antara RM500-800.

Ada banyak tempat menarik di sekitar Osaka, Kyoto dan Tokyo. Ni aku listkan beberapa tempat yang aku teringin sangat nak pergi.

Istana Osaka, sumber gambar : alphacoders.com

Romantic Train di Kyoto kalau tak silap, sumber gambar : gracesjapanadventure.blogspot.com

Destinasi Bercuti yang seterusnya di Jepun! Arashiyama Bamboo Forest di Kyoto, Sumber gambar : Funpedia.net 

Salah satu keunikan budaya orang Jepun, Geisha, sumber gambar : wikipedia - Geisha

Golden Temple, Kinkakuji di Kyoto, sumber gambar : shutterfeet.com

Untuk bercuti di Jepun, hampir kesemua tempat dihubungkan dengan kemudahan seperti bas dan subway. Contohnya di Osaka korang boleh beli 2 day pass dan tiket 2 days pass tu boleh guna untuk naik bas dan subway serta 28 tempat dengan percuma! [Maklumat untuk Osaka 2 Days Pass]





 Harga untuk 1 Day Pass & 2 Days Pass. Kalau amik 2 Days Pass lebih kurang RM100.00

Temapt-tempat yang dapat masuk free. Tapi cuba tengok T&C kat bawak tu.

Ok, kat bawah ni pulak anggaran bajet aku, tapi belum lengkap lagi. Aku pun tak sure nak amik hostel yang mana, paling penting, murah, selesa & bagus. Ada dua tiga hostel yang aku tengah survey, kalau korang ada cadangan boleh la share.

Bajet Bercuti di Jepun yang tak berapa nak lengkap.

 Ok, setakat tu je nak kongsi, sapa ada cadangan saya persilakan, dan amat dialu-alukan. Mudah-mudahan apa yang dirancang akan jadi kenyataan, InsyaAllah 2014/2015 September. So, dapat tak nak  bercuti di Jepun ala Bajet?



 Muhammad Saffuan Bin Jaffar

58 ulasan:

  1. Wah dah ada draft itinerary, insha Allah akan sampai.

    BalasPadam
    Balasan
    1. amin, ada tiket murah memang nak ngap terus....

      Padam
    2. JHoppers Osaka pun sangat dekat ngan train station. Ada market kat hujung jalan before sampai hostel. Quite selesa gak duk sana haritu walau cuma semalam.

      Padam
    3. mk join jugaaa klu da mrahh....

      Padam
  2. Cari hostel yg dekat dgn stesen train atau airbnb yg provide breakfast/dinner. Dpt makan makanan Jepun free haha klu dekat stesen pula, Jimat masa dan jimat duit train. Jepun best.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tq utk tips tu...sekarang ni tengah cari yang macam awak suggest, dekat dengan stesen bas/kemudahan lain, senang nak gerak, yup nak jimat tenaga, jimat masa

      Padam
  3. salam kenalan,,
    urm..bila nampak ja entri nak ke jepun nie..sure nak baca..
    salah satu wishlist gak..nanti dah pergi share2 lah yer..boleh nak bajet2 ke sana nanti =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam kenalan jugak... insyaAllah, tapi tak tahu la bila nak sampai nyer...

      Padam
    2. insyaAllah..ada rezeki sampai la tue..

      Padam
    3. amin... Ada rezeki boleh bercuti puas-puas di jepun...

      Padam
  4. saya dah try g jepon 12 hari masa cherry blossom cover kyoto-hiroshima-tokyo-osaka. Bajet semua dalam 2600 (x termasuk flight). Makanan boleh bawa dari malaysia siap2. Nak lompat2 dari satu prefecture, boleh amik overnite bas.:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah, kira murah tu jika 12 hari cuma RM 2600.

      Padam
    2. memang murah kan? RM2600 12 hari, 4 tempat... memang puas lah!

      Padam
    3. sy nak tanya miss tito, mcmna urus budget slm 12 hr kt sna? n bole pegi bnyk tmpt ..
      sy nnt g jepun dlm 16 hr mcm tu. takut jgk duit cpt habes..mcmn ek?

      Padam
  5. wah terbaik. AKu pon dari sekolah dulu lagi bercita-cita nak pergi Jepun. Siap blajar betul2x, nak bg dpt tempat futher study kat Jepun. Tapi xde rezeki. hahaaa.... Ko pergi dulu la. Nt dah balik share la citer best. InshaaAllah bakal menyusul. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah, ada peluang lagi... x tau la sapa yang nak pi dulu... masa dulu plan nk pergi jepun, tapi susah, kena visa bagai...

      Padam
  6. Salam Dik..saja nk tumpang kasi suggestion, skip Osaka, spend more time in Kyoto ok..sb best! Utk pegi 5 hari, agak padat sikit kalau nk kejar ke Tokyo..apa kata riki tempat2 lain sekitar Kyoto yg lebih ump atau org jarang pegi.. percayalah, lagi berbaloi2..

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam... cadangan baekk!! memang sangat2 dialu-alukan...

      Padam
  7. May be boleh grab ticket free seat AA on this coming 1st June... Sila lah merabakkan mata pepagi buta menunggu giliran... He He He...

    BalasPadam
    Balasan
    1. fuh dapat free seat memang aku lompat laa..... tengah tunggu dah ni.... hihihihi....

      Padam
  8. Wahhhh!!!! nanti dah ada pengalaman ke sn... update la kat blog..
    Insyaallah 2015 akan ke sana jugak
    sedang cuba untuk plan travel yg sgt bajet.. tq~ :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah.... nanti saya update kat blog... sekarang pun itinerary tengah duk edit2 lagi... tak sabar rasa nak pergi...

      Padam
  9. Kalau amik JR pass boleh masukkan Tokyo sekali.. Hiroshima-Kobe-Osaka-Nagoya-Tokyo.. http://jurukaka.blogspot.com/2013/06/mencari-key-begali-buatan-itali-di.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. JR pass menarik jugak tuh... tapi on budget je... JR pass ni bukan mahal ke?

      Padam
  10. JR Pass kosnya RM912 utk 7 hari...Saya tinggal di Nagoya dab berjaya cover Yokohama; Tokyo;Osaka;Kyoto;Toyama dan Hiroshima...dgn JR Pass...naik bullet train lagi...Mmg berbaloi kalau nk jalan jauh...tapi kalau nk cover Osaka dan Kyoto sahaja...tak perlu beli JR Pass.

    BalasPadam
  11. salam kenal..


    bagus gak yr plan ni.. at least bantu i gak yang berangan nak ke Jepun April next year.. thanks.

    BalasPadam
  12. azian elias...sy pn plan nk pi april..nk tgok sakura blossom :)

    BalasPadam
  13. assalamualaikum.... salam kenal..
    mcm best je bercuti ke JEPUN...klau ramai-ramai pegi lagi best

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumusalam, salam kenal...
      memang best bercuti di Jepun... ramai2 pun best jugak! bawak rombongan naik bas...

      Padam
  14. sya pun minat dari dulu lgi nk g jepun klu ada murah bajet2 kongsi2 laa.. leh nk join jugaa.. thun depan kee sebb thun depn kawen leh buln madu..heheh

    BalasPadam
  15. Subhanallah...sy pun tringin nk pergi jepun. Lama dah tringin nk p since skolah menengah lagi. Tertarik dgn scenery cantik Sana...subhanallah ciptaan allah

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang cantik kann... insyaAllah murah rezeki awak ke sana la nanti...

      Padam
  16. jangan lupa cek cuaca, biasanya time peralihan cuaca hujan, so susahlah kalau nak jalan2 tgok pemandangan. cek jugak musim apa..musim bunga best..sejuk dan cantek.. Yosh nippon yokoso!

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih atas tips yang dikongsikan...

      Padam
  17. Salam saya nak tanya. Untuk ke jepun skrg tak perlukan visa atau perlukan visa?

    BalasPadam
    Balasan
    1. perlu visa kalau passport awak bukan passport biometrik (passport baru)....

      Padam
    2. Perlu ke embassy jgk ke? Nubis n bujang tp teringin sgt nk travel cuma xtau sgt

      Padam
    3. Perlu ke embassy jgk ke? Nubis n bujang tp teringin sgt nk travel cuma xtau sgt

      Padam
    4. tak perlu ke embassy... pi jabatan imigresen malaysia buat passport, setel... :)

      Padam
  18. Emmm Assalamualaikum, hopefully sedara sampai ke Jepun memang berbaloi, Masa kitorng pergi (percutian bajet), 9h 8m all in termasuk duet belanja RM4k aje... pergi tokyo osaka. And untuk jimat train, buat reaserch.. sebenarnye ada lebih banyak pakej tiket untuk pelancong cume ramai yang tatau. Kalau nak tau boleh je email. Good luck! :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam, alhamdulillah impian saya nak jejakkan kaki ke Jepun dah tercapai... :)

      Padam
    2. Assalam. Miznordin, murahnya bajet 4k utk 9h8m. Saya juga plan nk ke tokyo pd nov 2015 nanti. Boleh tak minta emelkan pd saya pakej tiket untuk pelancong yang awak ckp tu. Emel saya : lisa_eiza@yahoo.com
      Terima kasih ya.

      Padam
  19. Sy pergi 9 hari je japan habis 8k or 9k,tmasuk,jrpass(green car) tiket flght.hotel n mkn sgt2 mahal kat japan,sy travel kyoto,osaka,tokyo,akita..tp org japan sgt mesra n baik..cuma kat japan agak sibuk kat stesen train dia..teksi mahal gila,simpan bag satu hari 600yen..kadang2 kos dia sara hidup dia lebih mahal dari gold coast lg..

    BalasPadam
    Balasan
    1. wah, menarik tu... terima kasih atas perkongsian anda!

      Padam
  20. salam...tempat beljar saya ada buat lawatan akademik ke tokyo.. dan saya ditugaskan untuk mencari penginapan sepanjang berada dia sana. boleh x saudara cadangkan penginapan yang sesuai dan murah untuk kami ?? untuk pengetahuan saudara, lawatan akademik ini terdiri daripada 22 orang merangkumi 18 perempuan dan 2 lelaki..sebarang cadangan dari pihak saudara minta emel kan ke emel saya
    fatin.nabila0811@gmail.com

    terima kasih... :) :) :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam...

      nak cadangkan saya pun tak pernah sampai ke tokyo...saudari boleh cari hostel di laman-laman web... bandingkan harga-harga... 22 orang 18 perempuan 2 lelaki, baru 20 orang... mana lagi 2 orang?

      Padam
  21. salam...
    selamat berkenalan....
    saya pun minat jugak nak pergi jepun ni..plannya nk pegi sekali ke korea....
    kalau pergi dlm bln 9, berbaloi tak??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam... selamat berkenalan jugak... macam best jer pergi jepun sekali dengan korea...
      pergi bulan berape pun memang berbaloi... kalau bulan 9 musim luruh... cantik view!!!

      Padam
  22. Salam, kami adalah pelajar Malaysia yang menetap di Jepun. Kami menawarkan perkhidmatan Tour Guide, Penginapan Guest House dan juga Pakej Budget dengan harga yg murah. Kami bersedia untuk membantu sesiapa sahaja yg berminat.

    Sila hubungi melalui :
    Website : http://www.melancongkejepun.com/
    Facebook : Melancong Ke Jepun
    Phone : +818088695448 (Adib, Tokyo)
    Email : melancongkejepun@gmail.com

    BalasPadam
  23. Salam, kami adalah pelajar Malaysia yang menetap di Jepun. Kami menawarkan perkhidmatan Tour Guide, Penginapan Guest House dan juga Pakej Budget dengan harga yg murah. Kami bersedia untuk membantu sesiapa sahaja yg berminat.

    Sila hubungi melalui :
    Website : http://www.melancongkejepun.com/
    Facebook : Melancong Ke Jepun
    Phone : +818088695448 (Adib, Tokyo)
    Email : melancongkejepun@gmail.com

    BalasPadam
  24. salam. saya plan nk ke tokyo bln NOV 2015 ni. malam tadi beli ticket dkt airasia dpt RM546 sorang pergi balik (6 hari). baru nk survey hotel/hostel kat sana..hope dipermudahkan bila kat sana. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. tiket pergi balik RM546 ??? WOW . murah .....

      Padam
    2. tiket pergi balik rm546 ??? WOW , murah

      Padam
  25. Salam semua..saya ke jepun 27may-2jun boleh sesiapa bagi plan? Plan saya nak ke tokyo,osaka,kyoto..ada tak sesiapa boleh emailkan saya itenary? Ahmadamarsyah@gmail.com

    BalasPadam
  26. info berguna tapi pening...huhuhu...sebab belum pernah sampai...hehehehe...tengah research jugak sb nak buat rombongan opismate ke Jpun Dis nanti

    BalasPadam

Tolong letak nama, ok??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...